bersedia setelah niat haji
8hb Zulhijjah... (Hari Tarwiyah)sebelum hari wuquf, mengikut sunnah rasullullah ada hari tarwiyah, iaitu bermalam di Mina. perkara ni tak termasuk rukun atau wajib haji. dan org2 yg buat haji dr Malaysia, ikut tabung haji tak buat pun. so, pepagi 8hb dzulhijjah kami bersedia utk ke Mina. masa ni dah niat haji dah. sebelum zohor dah sampai Mina. dan masa ni lah kitaorg ambik tempat masing2 dlm khemah. aku dapat duduk dekat ngan kawan2 sebilik aku yg mostly bujang2. dan ikut pakej dr Doha ni, satu khemah bercampur dgn bangsa2 lain. pengalaman yg unik... sbb masing2 ada pe'el masing2... tp alhamdulillah ok je.
aku rasa agak tense on that day. maybe masa tu dlm ihram dan berdebar2 menunggu hari esok nya. masa kat Mina tu, mmg dibanyak kan talbiah dan berehat je... org pun tak banyak cakap... and petang tu hujan agak lebat... so suasana pun suram kat luar dan dalam khemah. ada parts dalam khemah yg masuk air, tp bukandekat tempat aku. masa tu kitaorg tak tahu pun, hujan lebat berlaku kat Jeddah and ada org meninggal dunia. mlm tu, lepas solat isya' terus tido, tunggu dinner tak sampai2.. rupanya jam 2am br dpt dinner... dpt ayam 3 ketul, aku tak makan, sambung tido terus.
9th Zulhijjah... (Hari Wuquf)
The big day.... قَوْلُ النَّبِى: الحَجُّ عَرَفَةٌ
so pepagi lagi kitaorg bertolak ke Arafah, utk tiba di sana sebelum zohor. mmg awal jugak kitaorg sampai. naik bas dr Mina ke Arafah, dekat je. tp ada jugak jemaah lain yg aku nampak jalan kaki je. di Arafah kami ditempatkan di dalam khemah. terasa bahang panas sbb khemah tu tak cukup ventilation. aku tunggu sehingga khutbah arafah dan kemudian berdoa. antara masa doa paling mustajab.
sesampai je kat Muzdalifah setelah solat maghrib n isya' jama'. kitaorg kutip batu utk melontar dan mencari tempat lapang utk tido. cadangnya nak tido dekat2 ngan border ke Mina supaya senang esok nya. tp telahan kami silap, rupanya border jauh lagi, kami dah landing tido. seriously it was one of my best experience. Syukur Alhamdulillah. sebenarnya tmpt yg kami decide nak tido tu macam 10 meters from the big road. mmg banyak bas lalu... dan org pun lalu lalang dekat ngan kepala aku... and Alhamdulillah, tido lena... berehat sekejap sampai subuh.
tidur nyenyak atas tanah berlapikkan sleeping bag/sejadah... 10th Zulhijjah... (rami, tawaf, saie, tahalul.. Eid Adha) - oops, sepatutnya tarikh ni start lepas maghrib, kalau ikut perkiraan islam... tp utk blog ni aku guna start subuh.
sesudah subuh berjemaah, kami berjalan kaki ke Mina, perjalanan dlm sejam lebih melalui +-4-5km. berjalan antara jutaan manusia dan celah2 bas. as i said in previous entry, untungnya buat haji dr Doha ni, kami dpt tentukan sendiri turutan ibadah haji. kami pilih cara kerja yg paling dekat dengan sunnah Rasulullah... insyaAllah... walaupun agak jauh tp tak terasa.
kami singgah dulu kat khemah yg kebetulan on the way ke jamrah. ada yg nak ke tandas ada yg nak rehat sekejap. perjalanan ke jamrah berbackground kan talbiah. mmg ramai manusia.. semua menuju ke tempat yg sama.
aku jalan kaki je, aku rasa lagi cepat dr yg naik atas bas ni... walaupun ramai, alhamdulillah aku dpt sampai ke dinding jamrah dan melontar dengan mudah. rezeki... setelah melontar dan jumpa kengkawan semula... kami jalan kaki ke Mekah... kami jangkakan dlm 6-7km... perjalanan dlm masa lebih kurang sejam lebih skit. aku decided utk ikut jalan yg agak jauh tp lapang... sesambil jalan aku cek2 kalau ada saloon2 yg blh aku singgah utk tahlul awal. semua nya penuh je... cek punya cek.. sampai lah aku ke haram.. dan menyesal aku tak tunggu sekejap kat saloon2 sebelum tu... sbb dekat2 ngan haram lagi ramai org beratur. sebelum aku tawaf, aku g jugak cari kedai utk buat tahlul awal. ikut buku yg aku baca, Rasulullah tahlul awal dan memakai wangian pada jubah masa nak buat tawaf qudum dan saei. so aku nak jugak tahlul sebelum tawaf. Alhamdullillah... sempat jugak.
ni bukan aku, tp mamat sebelum aku... setelah tahlul, aku berjalan sendiri ke masjid. hari tu hari jumaat, sesampai je kat masjid imam dah mula khutbah, aku decided utk berehat dan mendengar khutbah sebelum membuat tawaf. setelah solat jumaat br aku turun ke dataran kaabah utk tawaf dan kemudian nya saei di tingkat satu sbb ruang di ground floor sgt penuh sampai kena tutup. dlm jam 3.15pm aku selesai menunaikan semua rukun haji. Alhamdulillah... masa nak melengkapkan saei, aku rasa mcm kaki ni nak berlari je... terasa satu pencapaian diri... terasa air mata berlinangan, syukur kerana dpt sempurnakan semua rukun dengan selesa. Alhamdulillah.
That's me... on top of the van... best gak go bald ni.. terasa berangin/mentol je kat kulit kepala... refreshing Kemudian kami balik ke hotel. berehat sekejap sebelum menuju semula ke Mina utk mabit di Mina. oleh sebab ada kawan aku yg nak repair kepala yg dah dicukur, aku dan teman2 sebilik decided utk pergi sendiri ke Mina dan tak naik bas hamlah. nak jadi rezeki, ni lah peluang utk aku naik van... ooops... naik atas van.. pengalaman menarik... tp kitaorg ni bijak sgt, dah naik baru tanya harga... hahaha... RM30 satu perjalanan. sesak jugak nak menuju Mina ni. tiba di Mina dah lepas maghrib... Hari 11 dan 12 (Hari Tasyrik)
Kami stay kat Mina utk dua hari Tasyrik ni. pergi melontar selepas zohor. Alhamdulillah selesa. Nothing much kat Mina ni... berehat2... bergembira sempena hari raya... dan berjalan2 sekeliling Mina. ada gak ziarah kengkawan doha yg buat haji dgn hamlah lain. very relaxing dan dah tak tense dah compared on the first day dtg Mina. Kami berniat Nafar awal dan pulang ke Mekah selepas melontar pada hari 12th zulhijjah.
aku sempat ambik video masa melontar ni... sebelum aku g melontar (esp jumrah aqaba on the first day) aku rasa agak risau sbb org cerita yg akan bersesak2 dan bahaya takut kena pijak2. mungkin disebabkan siapnya jamrah yg besar 5 tingkat ni, keadaan dah kurang sesak. hopefully video ni give a better pic on situation dlm jamrah. seingat aku ni gambar masa jamrah wusto.. yg no 2.
Hari 13 (Wida) - dan Madinah...
Sebelum subuh kami dah menuju ke Haram... hari ni hari wida' :-( ... meninggalkan Mekah menuju ke Madinah setelah subuh pada hari tersebut. aku dah ada kat masjid jam 2.30am.. plenty of time utk menikmati pemandangan masjid sebelum meninggalkan mekah ni utk tak tahu berapa lama lagi... ntah ada peluang ke tak dtg semula. aku mmg nak subuh terakhir ni utk solat kat dataran kaabah.. so bersesak2 jugak lah... anyway, lebih cepat aku dpt selesaikan tawaf wida'... setelah tawaf, aku dapat solat sunat tawaf belakang makam ibrahim... agak tenang masa tu.. tak terasa sgt ramai org, walaupun pada hakikatnya padat jugak masa tu. bila terkenang kan bilakah aku akan kembali ke sini... air mata bercucuran (sedih + gembira)... syukur semua selesai... yang terbaik aku usahakan...
akhirnya semua selesai.. dan menuju ke Madinah... relaxing je kat Madinah. aku yg tak sempat shopping2 masa kat Mekah, menggunakan peluang utk beli apa patut... beli jubah sehelai.. buku-buku... i wish i can stay kat madinah longer... tenang sungguh bandar madinah ni. kami stay kat Madinah utk 2 malam je... pepagi hari 15th Zulhijjah dah balik doha... perjalanan ke Doha lebih cepat dr datang hari tu... 20 jam je.... sesungguhnya pengalaman haji tak mungkin aku lupakan... insyaAllah aku akan datang semula...
No comments:
Post a Comment