Monday, May 28, 2007

Hiwar...

Dulu masa kat M'sia kalau org cina atau india mengucap salam... kalau orang2 tu jawab dengan InsyaAllah atau Alhamdulillah... lagi lah kita tengok semacam... seakan tak menyetujui cara jawapan tu... macam tak sesuai...

betapa kita tak berapa suka nya orang bukan Islam menjawab sedemikian sampai kita khabarkan yg tak boleh jawab salam org bukan Islam. bukan lah aku menafikan yang hadis tu salah (aku pun tak sure apa riwayat sebenar hadis tu, semua jadi bahan mulut jer, so sesapa tahu tolong betulkan) tp aku selalunya tak kisah. lagipun kita sendiri tahu maksud insyaAllah dan Alhamdulillah... yakni seperti penyebut menyetujui kewujudan Allah. tak ke bagus kalau benda tu pun jadi ucapan diaorang?

tapi bila kat negara arab ni, macam satu tradisi plak... perkataan macam assalamualaikum, insyaAllah dan Alhamdulillah adalah perkataan yang dipakai seharian. jadi orang-orang putih kat ofis aku ni semuanya menjawab soalan mcm tu... bila tanya "how are you?" jawapan nya... "good, Alhamdulillah, thank you". bila masuk ofis, bagi salam. bila menjanjikan sesuatu dalam telefon, terdengar depa cakap insyaAllah... even dalam email pun tulis insyaAllah (semua ni bila berkomunikasi dengan orang arab lah... sesama depa tak lah depa guna). samada org putih tu asal dari UK ke, Jerman ke, Finland ke, Aussie/NZ ke... mana2 jer lah... senang jer depa sebutkan InsyaAllah dan Alhamdulillah... kenkadang bila sembang tu, depa lagi mudah sebut daripada aku ni... (malu pada diri sendiri).

dah berbulan kat sini, mesti ada mengagak aku dah mula fasih bertutur bahasa arab. hehehe... tak fasih langsung... bercakap pun tak pernah... setakat menjawab 'kif halak' 'khair, tamam, kullu zein, kullu quwais..." camtu lah... (kat sini setiap kali wish good morning/salam, mesti tanyaapa khabar... walaupun dah jumpa 3-4 kali sehari). walaupun aku dah pernah belajar bahasa arab 5 tahun, tp bahasa arab kat sini lain.... perkataan nya lain... cara bahasa nya pun lain... susah aku nak aplikasi.... orang kata bahasa arab pasar.... contoh nya (contoh dalam bahasa melayu lah...yer)

yang aku belajar : "saya akan balik ke rumah pada pukul 4 petang"
yang depa cakp : "balik rumah jam 4"

tak de tatabahasa... simple dan direct macam kita cakap seharian kat umah lah kan... bahasa pasar kita pun sama lah kan... so berkali-kali dah aku terfikir nak masuk kelas... tp masih malas... lagipun mcm banyak aktiviti lain nak dibuat... lepas tu plak... dengan situasi yang tak memerlukan aku berbahasa arab... lagi lah buatkan aku bertangguh... kat ofis semua inggeris.. kat kedai english.... kat restaurant tunjuk je menu... hehehe...

tapi insyaAllah aku akan cuba belajar satu hari nanti... satu lagi bahasa yang aku tertarik nak belajar ialah bahasa perancis... that would be later...

Sunday, May 27, 2007

Pusing-pusing???

Satu lagi keratan akhbar (kerat dan tampal dari sini)


Operasi FIirefly dari Subang?

KUALA LUMPUR 26 Mei - Kerajaan mempertimbangkan dengan serius untuk
membenarkan Firefly, syarikat milik penuh Malaysia Airlines, mengadakan operasi
penerbangan pesawat menggunakan kipas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Shah di Subang, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy hari
ini.
Mengulas isu itu buat kali pertama, Chan berkata, Kabinet membincangkan
perkara itu Rabu lepas tetapi butirannya hanya akan diumumkan minggu
depan.
“Kami akan mengumumkan butiran lanjut minggu depan, selepas mesyuarat
mingguan Kabinet. Setakat ini saja yang saya dapat beritahu anda masa
ini.
Kami sedang meneliti untuk operasi pesawat itu,” katanya kepada
pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian ijazah Kolej Tunku Abdul Rahman
(KTAR) di sini.
Firefly yang dikenali sebagai syarikat penerbangan komuniti
yang ketika ini berpangkalan di Pulau Pinang, menawarkan perkhidmatan dua kali
sehari menggunakan dua pesawat Fokker Friendship (F-50), yang menggunakan kipas
dengan 50 tempat duduk, ke destinasi seperti Langkawi, Kota Baharu, Kuala
Terengganu, Kuantan, Phuket dan Koh Samui.
Syarikat penerbangan itu memulakan
operasi komersial bagi laluan domestik pada 3 April dan laluan antarabangsa pada
13 April lepas.
Terdapat spekulasi bahawa kerajaan akan membenarkan Firefly
menjadikan Subang pusat operasi keduanya bagi menawarkan penerbangan jarak dekat
dengan pesawat yang menggunakan kipas ke destinasi domestik dan
antarabangsa.
Ini termasuk laluan dari Subang ke Ipoh dan Senai selain Banda
Aceh, Padang serta Medan in Indonesia.
Difahamkan kerajaan mula meneliti
perkara itu selepas mempersetujui cadangan Fly Asian Xpress (FAX) untuk
menyerahkan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) syarikat berkenaan kepada
Firefly beberapa bulan lagi.
Kementerian Pelancongan dilaporkan
bersungguh-sungguh melobi untuk Firefly mengadakan penerbangan jarak dekat dari
Subang memandangkan langkah itu dapat membantu meningkatkan industri
pelancongan.
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAASA), atau sebelum
ini dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Subang merupakan pintu masuk
antarabangsa negara yang utama dari 1965 hingga 1998, sebelum lapangan terbang
antarabangsa dipindahkan ke Sepang.
Peranan SAASA selepas itu menjadi kurang
penting, dengan lebih banyak mengendalikan keperluan segelintir penerbangan
membabitkan pesawat kecil yang menggunakan kipas, penerbangan sewa khas dan
perkhidmatan helikopter.
Chan berkata, bukanlah satu masalah bagi Firefly
untuk beroperasi dari Subang memandangkan lapangan terbang itu direka bagi
operasi pesawat yang menggunakan kipas, namun banyak pertimbangan yang harus
dibuat sebelum kerajaan boleh membuat keputusan akhir mengenainya.
“Tunggulah
beberapa hari saja lagi,” katanya.
– Bernama


- lah.. boleh plak pakai subang??? different type of aircraft kot... kapal terbang kipas.
- FAX bagi RAS pada Firefly... eh firefly tu anak sykt MAS. tujuan bg RAS pada AA/FAX dulu supaya MAS tak perlu tanggung... ni mcm pulang balik pada MAS je... hmm... cam ne tu...

dengan berita macam ni, yang ni, sbb aku suka berjalan... citer pasal airline saga ni mcm menarik jer... kenkadang tak kisah sgt apa akan jadi pada both companies... as long as the flight tix getting cheaper and less tax to pay lagi bagus... hehehehe....

but kalau ada sesapa yg dpt untung besar daripada all this arrangements (as usual).... bagus lah orang tu... pandai berbusiness lah.. hehehe... but yg teruk nya... nak bg sorang utk besar, selalu nya mesti ada org yg rugi besar... dan yg tak sedap nya... dan kalau yg rugi besar tu kerajaan... lagi lah rugi duit rakyat kan...

Saturday, May 26, 2007

Perlu ke???

Daripada utusan.com.my

MU: FAM rayu AFC
KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih
berusaha menyelamatkan kedatangan Manchester United ke negara ini dengan
menggesa Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memberi lampu hijau yang
diperlukan.
Naib Presiden FAM, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata,
ini sebagai usaha terakhir pihaknya agar kedatangan United untuk satu perlawanan
persahabatan dengan Pilihan Malaysia pada 27 Julai itu tidak dibatalkan begitu
sahaja.
Katanya, AFC perlu menimbang semula hasrat Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi yang begitu menyokong kuat agar perlawanan
persahabatan itu diadakan juga.
“Kami merayu kepada AFC untuk menilai kembali
usaha keras kerajaan Malaysia dalam membawa Manchester United ke negara
ini.
“Perdana Menteri secara peribadi juga mahu melihat perlawanan itu di
stadium dan saya harap AFC boleh mengambil kira itu semua untuk
dipertimbangkan,” kata Raja Ahmad.
United secara prinsipnya sudah pun
melupakan kedatangan mereka ke Malaysia jika syarat keras yang dikenakan AFC
diambil kira.
Ini kerana Presiden AFC, Mohamed Hammam tetap berkeras agar
jadual kedatangan United itu dipinda ke tarikh lain.
Manakala di pihak United
juga terus bertegas dengan tarikh 27 Julai tersebut dan berkata, satu saja cara
untuk merealisasikan kedatangan itu ialah jika AFC boleh mengubah fikiran
mereka.
Kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan di sini Rabu lalu
antara Hammam dan pengerusi Liga Perdana England, Dave Richards dan ketua
eksekutif United, David Gill.

Kenapa lah kerajaan M'sia suka sangat MU ni? Kenapa perlu berusaha keras? Bagus sgt ke team M'sia? atau sekadar nak tgk team M'sia kena belasah lagi?

Aku tgk bola (but totally tak minat MU hehehe) tp aku tak faham apa perlunya MU datang ke M'sia... untuk pembangunan sukan? persembahan hiburan? atau ada org yg mendapat untung daripada semua ni??? hmmm

Thursday, May 24, 2007

Char Kuew Teow....

kat office sekarang ni ada lah datang swap org dari BC KL, katanya sbb nak prepare KL BC utk pelancaran 24 jam siaran. tp tak de lah org dari admin department mcm aku ni, semua yang datang utk operation department lah. sbb org macam tu lagi penting... tak pasti lah betul ke utk swap for training... atau saja jer org putih ni nak berjalan2... hehehe

so, dalam seminggu dua ni ada 3 orang, 2 melayu (satu s'porean, satu m'sian) dan sorang pinoy. depa semua based kat kl... aku lunch n sembang2 lah ngan depa... and semua complaint dengan ketandusan d0ha ni... bukan setakat ketandusan tanah gurun gersang... tapi ketandusan tempat nak melepak... ketandusan shopping complex... ketandusan cafe... ketandusan kedai mamak 24 jam... ketandusan tempat hiburan... bukan nyer tak der... tp kurang sangat...

contohnya kat kl tu, ada berapa banyak boling alley, hampir semua shopping complex ada... kat sini ada 2 tpt je ada boling alley, dekat city center (2 lane saja rasanya!!!) dan Qatar Boling Center... yg tu lah cantik skit... satu frame QR8! cinema ada.. tp QR30!!! macam masuk kat gold class kat KL... tpt clubbing... ada lah kat hotel2... tp cover charge paling murah rasanya QR50 (unless bawak awek, baru leh masuk free ke awek je masuk free) (ooh bab-bab clubbing ni aku tak kisah lah tak de, kalau ada pun bukan nya aku pergi... hehehe, ni bukan nak cover line.. mmg aku malas pergi).

sedang-sedang depa citer tu... dan dalam banyak-banyak topik yg disembangkan selalu nya berkisar pasal ketandusan kedai makan yg best... specifically malaysian food... tetiba ada lah org kata... la sini tak der kedai mamak... nak makan roti canai takder... pagi-pagi takder nasi lemak bungkus... dan tak leh pekena teh tarik pagi petang siang malam... utk lunch takder nasi bungkus murah-murah... dan dalam kenang2 tu teringat betapa rindu nya aku nak makan char kuew teow breakfast pepagi kat subang hehehe... kenapa char kuew teow yg aku ingat ntah lah... among all tu jer yang aku suka kot hmmm... fish ball mee??? hehehe... oh oooh satay??? best gak... sigh (i miss my mom's cooking!!!)

Sunday, May 20, 2007

organised and discipline...

dah 8 bulan berlalu...

2 hari sudah... (setelah genap 7 bulan aku apply) aku akhirnya dapat aku punya internet line... hehehe... mmg banyak drama antara aku ngan internet provider ni... among all... aku dah dapat hadiah sbb kesabaran aku tunggu sampai 6 bulan... dan manager dia personally apologise to me... installer spend 2 hours nak rectify problem naper i tak der internet walaupun modem dan installation dah buat... and being keling (no generalising but it's a fact) mula-mula dia salah kan connection, then connection ok... then dia salahkan modem, tukar modem, then dia salahkan my computer, katanya cable port aku dah rosak (ni buat aku angin, siap boleh salah kan computer, padahal kat office aku pakai ok je)... but aku paksa dia solve it and marah2 skit (skit2 jer) and after 2 hours baru dapat siapkan installation, no problem with my computer definitely... alhamdulillah...

since aku datang sini, aku rasa badan aku dah menggemuk... dulu ada gak berjogging kat corniche... tp sekarang ni dengan temperature cecah 43-45 degree (tengah hari lah bukannya petang) nak jogging kat corniche tu dah panas... so semlm aku sign up for gym... hehehe.... means to bazirkan duit... mahal gym kat sini... kalau kat M'sia FF tu cost less than 200 sebulan kat sini, for 6 months 2500!!! tu dah around 417 sebulan kan... tp demi kesihatan (read: loser tak der benda nak buat dah) so aku sign up lah for gym... hehehehehehe...

study aku bagai tak mula apa2... dah risau lah plak... tinggal lagi 6 bulan je... i.e. 24 minggu... tolak 3 minggu beraya... tinggal 21 minggu... ada 18 chapter, kalau seminggu satu chapter.. meaning 3 minggu saja blh utk buat revision overall sebelum exam... cukup-cukup je tu...

therefore, i need to be more organised and discipline from now on... dah tak leh nak main2 dah... kena buat jadual harian... hehehehe... buat kan hidup aku lebih nerd dan boring... hahaha...

Tuesday, May 15, 2007

Travel Report - MCT tidbits...

Beberapa perkara yang menarik pasal Muscat... dan beberapa tips bagi sesapa yang nak ke sana...

1. City Orientation : Muscat ni terdiri daripada beberapa buah bandar. Central area, terdiri daripada Muttrah, Ruwi dan Muscat... Bandar baru seperti Qurm, Madinat Al Quboos, Al Khuwair dan Seeb... ada highway 3 lane menyambung antara Central area (or aku namakan kawasan lama) dan baru. Corniche, Forts, Souq dan Museum kat area lama. Map tak perlu beli, map kat aiport pun dah cukup comprehensive. Jalan2 mudah nak faham (for those yg faham lah)

2. Money : Compared to QR/AED/RM, OMR ni kira mahal... OMR 1 = QR10, AED10, RM10 (lebih kurang lah, although sekarang ni RM paling mahal among the 4 currency). Tp yang mengconfusekan orang ialah bawah daripada 1 OMR ada baisa (1 OMR = 1000 baisa). jadi kita akan tgk barang harga 100, 200, 600.... yg nilai daripada 1 jadi kita akan tgk barang harga 100, 200, 600.... yg nilai daripada 1 (200 baisa<1 Riyal). at the same time ada gak note 1/2 riyal (500 baisa) yg selalu kita ingat 1/2 baisa (50 baisa)... dan ada jugak syiling 50 dan 10 baisa... (Ard, dah ok dah ke pasal currency ni???)


3. Hotel - Sebab kan bandar ni macam terbahagi dua, kalau tak tinggal di resort atau hotel mahal yang tepi-tepi pantai, pilih hotel yang area Muttrah atau Qurm... selain daripada 2 tempat ni, aku rasa mcm tak berapa best. kalau 2 tempat ni, mcm senang nak gerak dan balik. kalau tak plan nak sewa kereta, hotel kat Muttrah Corniche bagus lah... tp condition tak de lah excellent. very basic. macam kitaorg stay kat Marina hotel, very basic. utk 2 hari ok lah, lama lagi tak larat jugak. tp memandangkan hotel2 kat mid east ni mmg mahal. yang basic ni pun cost us OMR 30 semlm.

4. Transport - teksi rasa nya senang nak dapat, kitaorg drive je... lesen M'sia valid, tp kat sini drive right side of the road (driver on the left). bagi org dah biasa mcm kat Qatar ni ok lah... for those dari M'sia mungkin susah skit kot. But berbeza banding ngan kat Doha, kitaorg kurang dengar bunyi hon dan orang memandu dengan lebih berhemah kat sini... tinggi tahap kesabaran... senang nak drive around.

5. People -Oman! boleh dikatakan (secara general) lebih bersopan, berhemah berbanding Qatar! dan Emirat!. kebanyakan mereka bekerja seperti kita org M'sia (tak tetiba jadi kaya mcm Qatar!/Emirat!). masa kat Qatar ni depa ni mcm pandang rendah kat kita, esp kita ni dikaitkan ngan p!noy yg kebanyakan kerja kelas bawahan. tp omani, depa greet and entertain us. ada sekali tu, aku kekurangan cash nak bayar lunch (hari kedua), aku patah balik ke kedai terakhir dan offer utk swipe credit card bg pembelian terakhir aku so aku dpt cash. cashier omani tu cakap tak boleh (mmg logik pun, i just tried my chances je) but instead of buat tak tahu, dia offer me OMR 5 = RM50! untuk my lunch... cashier je tu... but tak elok lah nak ambil saja... aku bg lah dia QR50 in return... terkejut gak aku ngan offer dia...










6. shop, shop, shop - tak banyak beza souvenir blh beli di Oman berbanding kat Qatar ni. cuma aku tgk dia punya kopiah unik skit... boleh dibentuk-bentuk... nak tinggi depan ke, nak flat n bulat.... bergantung kepada fesyen individu... Untuk beli Kopiah/Kummah ni, kitaorang jumpa yang murah masa kat Pasar Jumaat di Wadi Al Kabir, Ruwi area. kat sini machine punya cuma OMR2 satu... kalau kat souq paling murah blh dpt OMR2.5, tp kalau duit terlebih beli lah yang hand made.. paling murah OMR18!

untuk beli souvenir, untuk quality lebih baik (tp mahal) blh cari kat souvenir shop Bait Al Zubair, Omani Heritae Gallery atau Muttrah Souq pun ada macam2 blh beli. tp kat souq tak de lah key chain cantik, fridge magnet atau postcard.

7. Must see places - Bait Al Baranda for the history of Sultanate of Oman... Masjid Sultan Al Quboos... Route to Shang Ri La Bar Al Jissah for scenic route scenery... Inside Muscat/area belakang Al Alam Palace, the best place utk ambil gambar Fort Mirani & Jalali selain drp dari laut... dan kalau nak makan tepi laut, ada restaurant murah2 dekat dgn Grand Hyatt... ada 2 restaurant kat situ... location wise... best...

Sunday, May 13, 2007

Travel Report : MCT Day 2

8.30 am - breakfast... kat hotel jer... sebab semua muzium tutup semalam, we've decided to spend first half of today ke muzium. tak expect much with their museum... ye lah... negara arab ni... kitaorg sangka sama macam Qatar dan UAE yg takde sejarah. (eh kenapa lah kita tak masuk ke pasar ikan tu dulu sblm ke muzium, alih2 tak pergi pun pasar ikan kan?)

9.30 am - Bait-Al Baranda.... a must see museum... muzium ni memang betul2 mengubah persepsi kitaorg terhadap Sultanate of Oman ni (kalau dalam bahasa melayu, Kesulatanan Oman kan). negara yang penuh sejarah... hmmm.. jauh beza berbanding negara arab lain (Qatar n UAE) patut lah orang-orang nya nampak lebih bertamadun... hehehe... terkejut jugak bila kat oman ni ada pernah jumpa tulang-tulang dinosour...

Bagus muzium ni, ada citer pasal geography dan sejarah.... sungguh bermaklumat...

10.45 am - Bait Al Zubair, satu lagi muzium... cantik muzium ni... mengumpulkan artifak berkaitan budaya dan tamadun... mcm pakaian, tarian etc... ok lah muzium ni, tak lah secantik yang satu lagi... tp, kat sini lah boleh beli souvenir, muzium shop dia bagus, barulah jumpa benda2 sesuai utk jadi buah tangan. hehehe

11.45 am - ingatkan nak singgah Gate Museum, tutup plak... so we rushed ke Omani Heritage Gallery, tempat jual souvenir. AP br teringat yang tempat tu tutup jam 1pm.. agak jauh skit... jam 12.30pm kitaorang sampai situ...

1 pm - lepas membeli belah (sikit2 jer... sekadar beli t-shirt sehelai dan fridge magnet n key chain) kitaorg lunch kat kedai sebelah... kedai ni ada dalam list kat LonelyPlanet. try dia punya fish n chips, ingat kan special lah sbb only available on Friday, Saturday n Sunday... rupanya biasa-biasa je... hehehe... tak per lah.... janji kenyang... jam 1.30 rushed balik ke hotel sebab kena check out jam 2 (minta extend ke 2.30pm)

2.30 pm - dari hotel terus ke Masjid Sultan Quboos... yang mempunyai carpet paling besar di dunia... cantik masjid ni... 3.30 pm - tinggal 2 jam sebelum aku kena cek in kat airport, kitaorang singgah kat satu shopping mall... City Center... kat sini rasanya ada 2 shopping mall yang besar, sempat masuk satu jer.

7.15 pm - arrival kat Doha... balik naik Qatar Airways...

walaupun sekejap, mmg cukup 2 hari menjelajah Muscat ni... kalau lebih 2 hari.. mungkin lah ke pekan2 sekitar nya... best... it's really an eye opener.. tgk org arab yang berusaha utk maju, lebih cultured tak macam kat tempat ni... tetiba jer banyak duit.... plus struktur muka bumi nampakkan negara ni lebih unik. :-)

so ke mana pas ni??? MiME.... nak ke mana pas ni??? Salalah??? Sana'??? Tehran???.... kena plan ni.. musim2 panas ni mcm tak best lak nak keluar kan... hehehe

Travel Report : MCT Day 1 - 2nd half

1 pm - Lunch kat McD je... sebab semua kedai masih tutup... kepenatan lagi... so balik bilik tido (siesta)

4 pm - ke Muscat (untuk tahu sejarah Muscat dan lokasi bandar-bandar yang menciptakan Muscat i.e. Muttrah, Ruwi... dan Qurm, Madinat Al-Quboos, Al-Khuwair etc... cek kat sini) Muscat ni terkenal dengan 2 fort... Fort Mirani dan Jalali yang kiranya dulu digunakan sebagai kubu pertahanan daripada serangan portugis.



Pada masa kini, di antara dua kubu tersebut didirikan Istana Al Alam, oleh Sultan Qaboos. Walaupun ni kiranya macam istana negara, tapi Sultan tu tak de lah duduk sini... sekadar simbol je kot


5 pm - habis sesi fotografi, masa menggempur Muttrah Souq... tp... rupa-rupanya mahal giler barang-barang kat sini... pas tu plak mcm tak de benda sangat nak buat buah tangan, mungkin sebab kitaorg ni dah dok pun kat area sini (mid east) so kebanyakan benda tu mcm blh dapat tiap2 hari... but here famous ngan silver n gold, dan batu kemenyan (frankinsence (betul ke eja ni)). anyway, sbb dah datang kan... kitaorg membazirkan duit beli kummah (kopiah omani) kat sini... harga mahal nak mampus... kalau hand made ada cecah OMR 40 dan paling murah OMR 18 (itu makna RM180 ok... bukan RM18!!! hehehe)... walaupun tak der benda kat souq... still different lah... jalan punya jalan jam 7.30pm baru lah gerak ke hotel bersiap nak dinner..
9 pm - Dinner by the beach dekat Grand Hyatt... food was ok... tp sebab cuaca panas... berpeluh habis...

Travel Report : MCT Day 1 - first half

Khamis (10.05.07)

7.15 pm - Check in kat airport Doha. KM tolong hantarkan. Flight jam 9.10pm Oman Air, pertama kali naik Oman Air. Masa beli tiket, dapat tahu jika pergi naik Oman Air balik ikut Qatar Airways, dapat jimat QR120 sbb jimat in airport tax. Ok lah... lagi pun MT nak try Oman Air...

Perjalanan atas flight ok jer... tp boleh katakan 90% passenger adalah orang-orang south asia, mungkin murah tiket ke sana via muscat kot... so penuh lah orang-orang ni.. karenah nyer tak usah citer lah... even flight dah nak berlepas ni... masih on the phone... dan for sure lah tak tutup sbb bila dah dekat mendarat, phone berbunyi dpt sms... ye lah dah ada line balik... susah kan nak cakap ngan orang tak faham2 ni... hmm (aku ni racist ke? tp dah mmg perangai depa macam tu kat mana2 pun, ok bukan race but individual problem).

12am - Anyway, tiba di Lapangan Terbang Seeb lebih kurang jam 11.25... imigresen untuk aku mudah je, kena bayar OMR3 = +- RM30 (ok, exchange rate OMR1 lebih kurang RM9-10) sbb aku ada PR kat Qatar, utk org Malaysia kena bayar OMR6. Ard dan AP (both dari UAE) dah tiba lebih awal. jam 12.30 kitaorang settle imigresen (MT lambat skit, ada problem ngan visa dia) dan dah siap ambil kereta... sewa kereta lebih mudah nak bergerak kat sini. Since aku n MT ada experience driving in Gulf ok lah. but in the end we decided MT drive, i navigate (always map in my hand dlm kereta).

1 am - Tiba di hotel murah kitaorang lebih kurang jam 1 lebih... penat, walaupun tiba malam, tg cahaya lampu pun kitaorang kagum dgn keindahan Muscat... oh, berbanding Qatar dan UAE, Oman punya weekend hari Khamis n Jumaat, kiranya masa kami tiba tu mlm minggu lah... mlm agak bercahaya.. 2am baru tidur.... dengan plan esok nya nak bangun awal utk naik bot tgk ikan lumba-lumba...

8 am - dolphin watching di mar!na bandar rh0wda, naik speed bot. tgk dolphin tu bukan lah kat tepi bot je, jarak nya jauh jugak lah daripada bot, dan masa sejam dihabiskan mengejar dolphin... bukan satu bot... ada lah 3-4 bot lagi kejar-kejar dolphin tu... tak de lah puas hati sangat... tp ok lah.. memandangkan tak der apa pun boleh buat pepagi jumaat ni... semua kedai, museum, gallery tutup... norm case kat gulf ni...

11 am - Seterusnya, terus menikmati keindahan pantai kat sekitar bahagian selatan Muscat... mmg cantik pantai di sini berbanding ngan Qatar. kat sini struktur muka bumi bergunung ganang dan lebih banyak hijau... so nampak lebih eksotik lah... menakjubkan...



12 pm - singgah kat pasar Jumaat di Wadi Al-Kabir... orang ramai dah bersiap nak g sembahyang jumaat masa ni... pasar tu biasa jer.. kebetulan lalu jalan tu.. singgah lah kejap... banyak barang-barang keperluan termasuk pakaian tradisional mcm abaya dan kummah (kopiah omani). kat sebelah tu plak ada pasar sayur dan buah...

Thursday, May 10, 2007

Travel Report : MCT (Photos)

Enjoy the pics dulu... nanti baru update... byk nak citer... :-)

Muttrah Corniche...

Fort Jalali in Muscat...

Masjid Sultan Quboos... (carpet terbesar di dunia)

the MiME enjoying the scenic route to Bandar Jissah
Me admiring the sea... Bandar Jissah

Tuesday, May 08, 2007

Muscat : Planning...

since nak ke muscat ni akan bersama ngan 3 orang lain... dan disebabkan kesuntukan masa, itinerary kena plan betul-betul... dan aku memang suka bab-bab ni.. planning yang kemudian nya memeningkan kepala...

antara benda yg aku selalu peningkan kepala ialah dalam menentukan kat mana nak tido... bab hotel... dan memang selalu aku akan indicisive dalam nak pilih hotel ni.... walaupun aku ni jenis tak kisah dan preferred hotel yang murah dan tak berapa kisah keadaan bilik janji bersih lah, tp memikirkan aku kena consider jugak kengkawan lain...

hotel-hotel kat Mid east ni memang mahal, no such thing as budget hotel yg berharga kurang dari RM150. kat sini dapat harga 300 tu kira ok lah... so since kengkawan lain pun sedar benda ni... so kita orang cari lah hotel yg around QR/AED300-400. dan akhirnya 2 hotel telah dishortlisted kan... dan ada satu lagi dilemma... condition vs location...

Hotel R - senang nak book, blh guna travel agent atau online booking... location kat depan beach, like normal hotel lah.. all provided. based on website hotel nampak cantik and baru... location tak lah best sgt sbb dia jauh skit dari central (for me central is local souq area bukan business area). tp sbb kitaorg plan nak sewa kereta, that wouldn't be a problem.

Hotel M - centrally located, ada rooftop restaurant, near fish market, souq dan port. byk recommendation from LP. tp problemnya susah nak book sbb dia tak de internet bookings dan tak entertain phone calls and emails, katanya sebab tak de credit card facility. location best, tp condition very basic. harga murah skit dari hotel R.

aku prefer hotel M, tp mcm susah sgt nak book dan aku takut gak condition dia tak bersesuaian ngan kehendak member2 lain... hmm.. susah kan... then bila tanya semua orang.. depa kata tak kisah... but since they also pay for the hotel, tak seronok lah kalau depa tak puas hati kan...

semlm dpt bad recommendation dr kawan (kawan atas kawan) kat AUH, katanya ada kwn dia duduk situ tp tak best. so sbb aku ni nak jugak hotel M kan, pagi ni aku called one of the tour operator kat MCT and email to one to ask for their opinions.... one say, they received no complain from previous customers on hotel M and the one ada mentioned hotel R ada 3 night clubs and ramai org datang for clubbing, bising skit. tp hotel M is really basic.

arggh... since mmg hati aku dah terpaut kat hotel M, aku pun tekad lah.. ambil je lah.. :-) harap2 ok... lagi 3 hari nak g ni... kena buat booking lah by today...

Flying options...

Aku memang jeles betul ngan orang-orang kat UAE... sbb depa punya lah banyak options nak terbang... terbang untuk berjalan-jalan... knowing myself... aku mmg jeles kalau orang lain dpt kemudahan untuk berjalan...

UAE ada 7 emirates, 4 daripada 7 emirates ada airlines sendiri... AUH - EY, DBX - EK, SHJ -G9 dan RAK - (kata MT akan ada airline dia nanti), walaupun tak der yang termasuk dalam 5 star airline seperti yg ada kat D0ha ni... tp destinations yg dicover cukup banyak... dan banyak jugak airline lain yg menggunakan AUH dan DBX as transit, like BA transit at AUH sebelum ke MCT and many more rasanya... dan bila byk pilihan ni.. ada yg murah lah....

Tambahan plak, lucky for them, SHJ ada G9... an LCC kapal terbang.. macam AK kat M'sia tu... murah lah... kalau aku kat SHJ, memang every month lah aku travel (kenapa lah member aku kat SHJ tak buat cam ni). plus, aku dpt tahu J9 dr Kuwait pun jadikan DBX as hub.... so ada 2 budget airlines kat sana... jeles nyer!!! dan budget-budget airline ni tak lah seteruk mana.. bagi aku janji sampai... cukup....

so utk travel dlm masa terdekat ni.. aku kena bayar QR1,030 utk air tix (5 star airline lah katakan...), tp MiME (M'sian in Mid East - term yg diperkenalkan oleh MT) yang dua ni dari AUH guna BA for AED580 jer manakala dr SHJ guna G9 bayar cuma AED390... dan they've just missed J9 which should only cost them AED300.. jeles jeles jeles....

eh naper tetiba citer pasal tiket ni kan... hehehe... ooh i'm flying somewhere... it's been 2 months since aku jalan-jalan keluar dr Qatar ni... kalau dulu ada budget airline kat M'sia aku blh lah berjalan everymonth, dgn kurang kemudahan tu... aku jalan setiap 2 bulan je lah kat sini... :-(

but ke mana??? hehehe... aku nak ke muscat, oman... just for weekend trip... :-)

credit :
1. thanks to MT yg bg info on flights ni.. (u can ask him anything on airliners, every info at his fingertips)
2. all photos taken from airliners.net

Sunday, May 06, 2007

nothing much...

No activity during the weekends... except for jalan-jalan ke shopping mall.... dan some discussion on this coming weekend trip... g mana?? hmmm.. ntah...

Doha dah semakin panas... last week ada hari yang cecah 42 celcius... terasa dah mula masuk musim panas... ni baru minggu awal musim panas... nak menempuh lagi 4 bulan macam ni...

tapikan dua tiga minggu ni rasa mcm nak balik M'sia... bila lah nak ada peluang ni...

terasa nak makan nasi lemak jumaat sudah... bangun-bangun tidur terus masak... sekejap je siap semua ni... hehehe