Tuesday, May 15, 2007

Travel Report - MCT tidbits...

Beberapa perkara yang menarik pasal Muscat... dan beberapa tips bagi sesapa yang nak ke sana...

1. City Orientation : Muscat ni terdiri daripada beberapa buah bandar. Central area, terdiri daripada Muttrah, Ruwi dan Muscat... Bandar baru seperti Qurm, Madinat Al Quboos, Al Khuwair dan Seeb... ada highway 3 lane menyambung antara Central area (or aku namakan kawasan lama) dan baru. Corniche, Forts, Souq dan Museum kat area lama. Map tak perlu beli, map kat aiport pun dah cukup comprehensive. Jalan2 mudah nak faham (for those yg faham lah)

2. Money : Compared to QR/AED/RM, OMR ni kira mahal... OMR 1 = QR10, AED10, RM10 (lebih kurang lah, although sekarang ni RM paling mahal among the 4 currency). Tp yang mengconfusekan orang ialah bawah daripada 1 OMR ada baisa (1 OMR = 1000 baisa). jadi kita akan tgk barang harga 100, 200, 600.... yg nilai daripada 1 jadi kita akan tgk barang harga 100, 200, 600.... yg nilai daripada 1 (200 baisa<1 Riyal). at the same time ada gak note 1/2 riyal (500 baisa) yg selalu kita ingat 1/2 baisa (50 baisa)... dan ada jugak syiling 50 dan 10 baisa... (Ard, dah ok dah ke pasal currency ni???)


3. Hotel - Sebab kan bandar ni macam terbahagi dua, kalau tak tinggal di resort atau hotel mahal yang tepi-tepi pantai, pilih hotel yang area Muttrah atau Qurm... selain daripada 2 tempat ni, aku rasa mcm tak berapa best. kalau 2 tempat ni, mcm senang nak gerak dan balik. kalau tak plan nak sewa kereta, hotel kat Muttrah Corniche bagus lah... tp condition tak de lah excellent. very basic. macam kitaorg stay kat Marina hotel, very basic. utk 2 hari ok lah, lama lagi tak larat jugak. tp memandangkan hotel2 kat mid east ni mmg mahal. yang basic ni pun cost us OMR 30 semlm.

4. Transport - teksi rasa nya senang nak dapat, kitaorg drive je... lesen M'sia valid, tp kat sini drive right side of the road (driver on the left). bagi org dah biasa mcm kat Qatar ni ok lah... for those dari M'sia mungkin susah skit kot. But berbeza banding ngan kat Doha, kitaorg kurang dengar bunyi hon dan orang memandu dengan lebih berhemah kat sini... tinggi tahap kesabaran... senang nak drive around.

5. People -Oman! boleh dikatakan (secara general) lebih bersopan, berhemah berbanding Qatar! dan Emirat!. kebanyakan mereka bekerja seperti kita org M'sia (tak tetiba jadi kaya mcm Qatar!/Emirat!). masa kat Qatar ni depa ni mcm pandang rendah kat kita, esp kita ni dikaitkan ngan p!noy yg kebanyakan kerja kelas bawahan. tp omani, depa greet and entertain us. ada sekali tu, aku kekurangan cash nak bayar lunch (hari kedua), aku patah balik ke kedai terakhir dan offer utk swipe credit card bg pembelian terakhir aku so aku dpt cash. cashier omani tu cakap tak boleh (mmg logik pun, i just tried my chances je) but instead of buat tak tahu, dia offer me OMR 5 = RM50! untuk my lunch... cashier je tu... but tak elok lah nak ambil saja... aku bg lah dia QR50 in return... terkejut gak aku ngan offer dia...










6. shop, shop, shop - tak banyak beza souvenir blh beli di Oman berbanding kat Qatar ni. cuma aku tgk dia punya kopiah unik skit... boleh dibentuk-bentuk... nak tinggi depan ke, nak flat n bulat.... bergantung kepada fesyen individu... Untuk beli Kopiah/Kummah ni, kitaorang jumpa yang murah masa kat Pasar Jumaat di Wadi Al Kabir, Ruwi area. kat sini machine punya cuma OMR2 satu... kalau kat souq paling murah blh dpt OMR2.5, tp kalau duit terlebih beli lah yang hand made.. paling murah OMR18!

untuk beli souvenir, untuk quality lebih baik (tp mahal) blh cari kat souvenir shop Bait Al Zubair, Omani Heritae Gallery atau Muttrah Souq pun ada macam2 blh beli. tp kat souq tak de lah key chain cantik, fridge magnet atau postcard.

7. Must see places - Bait Al Baranda for the history of Sultanate of Oman... Masjid Sultan Al Quboos... Route to Shang Ri La Bar Al Jissah for scenic route scenery... Inside Muscat/area belakang Al Alam Palace, the best place utk ambil gambar Fort Mirani & Jalali selain drp dari laut... dan kalau nak makan tepi laut, ada restaurant murah2 dekat dgn Grand Hyatt... ada 2 restaurant kat situ... location wise... best...

9 comments:

Anonymous said...

zal, mahal x entrance fee utk bait al baranda ngan museums tu

Anonymous said...

tu dia.. lonelyplanet cawangan doha :-))

ard ke yg selalu "confuse" tu? hahahahaha

zal said...

nur
entrance fee utk Bait Al Zubair dan Bait Al Baranda OMR 1 each... lebih kurang RM10 sorang lah...

mt
hehehe... share the experience je... Ard confuse ke tak??? kena lah tanya dia...

Anonymous said...

kekeke saje je tau :(
very informative tau ur entry ni. is this ur last entry abt muscat ? :p

zal said...

ard
:-)

yup, my latest entry.. byk2 tulis org muak lah plak kan... hehehe

Anonymous said...

semangat nya korang ni...mcm dah duduk muscat sebulan!! padahal pegi 2 hari je.

nasib baik la tak sampai hati..kalau tak ard dah unknowingly sponsor half of my cost for the trip dah... hahaha.

zal said...

kawan sharjah
hehehe... it's my passion to share my travelling experience...

ard... ard... hehehehe

Harajuku PearL said...

hey, this summary is very informative!..good good good good....

zal said...

pato & pearl
thanks... if you want to know more i can share with u my little bit of experience in Oman ni... :-)