Thursday, April 12, 2007

Productive week...

Quite productive this week... banyak jugak keje yang telah disiapkan dan menanti feedback dari BC yg lain... tapi masih belum berjumpa ruang bagaimana nak balik ke Malaysia dengan percuma... hehehe... tp rasanya dalam minggu depan mungkin peluang nya nampak sikit kot... walaubagaimana pun, tetiba L0ndon office pulak yang minta bantuan. Masih tak tahu apa citer, L0ndon office tgh berfikir-fikir utk memanggil... so tunggu sajalah... harap-harap dapat lah pergi kedua-duanya sekali... hehehe...

Papa dah confirm balik next weekend... dia dah beli tiket pun... 19-24.... tak lama... tapi cukup lah kot... kata nya dia nak menghantar air ke M'sia... aku tak tahu lah plak M'sia kurang air sampai perlu air dari tanah padang pasir kering kontang D0ha ni... semoga dia dapat membawa air tu dengan selamat... hehehe...

ADSL aku masih berproblem... Isnin lepas orang ADSL datang umah, katanya nak baiki ADSL yg memang tak wujud kat umah aku... dia telefon pegawai dia dan maklumkan perkara tersebut. kemudian aku plak bercakap ngan pegawai dia... abis aku amukkan... (sepatutnya ada entry pasal aku complaint ni... tp sebab citer lama, aku malas tulis dah). antara status permohonan ADSL aku menurut kata pegawai tersebut (setelah cek dgn beberapa sistem depa lah)
- dah disambung pada bulan November... bill to date approx QR1,200
- sudah disambung tetapi ada permohonan pembatalan sbb ada permohonan utk 'triple play' (ADSL + land line + cable TV) yang aku tak tahu sapa yg apply... dan depa pun tak leh detect sapa apply... (aku pun tak berapa tahu service triple play, pernah sekali aku dengar dulu)
- installation still pending...
tak ke bengong... aku dah jadi confuse mana status permohonan aku... banyak sangat lah plak rekod depa ni... among other conversation satu yg paling aku ingat

ADSL : When did u apply your ADSL
Me : Late October, and it's already 6 months since then
ADSL : why don't you make a complaint (that there's no installation) since its already 6 months
Me : da ah?? this is my complaint
ADSL : you should go to the office and make complaint
Me : I've made lots of complaints... and only now ur people come and visit me
ADSL : nobody come and install ur ADSL?
Me : No (lah.. kalau ada takkan la aku complaint)
ADSL : sure no? anybody can open up your house while u r not around?
Me : Nope. Unless the person come to install and hide the modem under my bed. (dah bengang dah ni)
ADSL : Why don't you make complaint earlier?
Me : I've been complaining since November, no one come. I've been asked to wait for call from the installer, but no call... i've been so patient for 6 months considering that u r slow.
ADSL : you go to our service centre and make a complaint say that no one come to install but u've been charged QR1k..
Me : (by now... aku dah tak tahu apa nak kata... aku pass saja the phone pada mamat yg datang kat umah aku)

hmmm... tu lah... pusing-pusing aku jugak plak yang salah... aku dah give up bab ADSL ni... again, aku ajukan complaint kat admin office aku (disebabkan aku duduk kat company's apartment, aku tak blh nak complain directly to ADSL)... dah malas aku nak mengharapkan ADSL ni.. kalau ada... ada lah... kalau takder... tunggu...

ooh mlm tadi.. sempat menemani papa entertain sorang datuk ni datang dari KL, ada hal katanya ngan QR kat sini... tp sempat bawak dia pusing corn!che saja... and dinner... dan lepak-lepak jap kat hotel dia... hotel baru kat D0ha ni... memang cantik giler!!! aku rasa sure beribu harga bilik tu... dia dtg pg tadi n balik malam... nasib baik la aku tak kenal rapat ngan dia, kalau dah lama kenal, mahu saja aku minta dia bilik tu mlm semlm and check out pagi ni... hahaha... nanti aku upload gambar hotel tu weekend ni...

hari ni... nak siap kan report skit... esok dah weekend... mlm ni bershisha ngan member2 sini nak plan aktiviti weekend... katanya Nic0l Dav!d ada kat D0ha ni, ada Qa+ar C!assic. so mungkin one of the day nak g tgk dia main... hmm.. ada gak cadangan nak berbbq by the beach... tgk lah apa yang jadi... hehehe....

p/s - orang putih kat sini ada yg mcm sial... cakap ngan orang buat tak endah saja... dia ingat dia bagus sangat??? arrrghhh.. attitude problem...

No comments: