Saturday, August 16, 2008

MAQ - Bowling...

Jumaat sudah aku for the first time this year join aktiviti anjuran MAQ... (M'sian Assoc Qatar). Aku sebenarnya bukan ahli persatuan pun. the reason aku tak join sbb tahun lepas aktiviti nya semua berunsur family dan mcm ada politik skit kat dalam tu... (oops... tak nak banyak komen)


anyhow, atas pujukan abe, last friday aku join pertandingan boling ni. saja je pun, sbb dah tahu for sure kalah.... nak memeriahkan majlis. the game was ok, cuma aku seperti biasa tak perform. dah mmg tak pandai main... for record, aku cuma dapat 140 in average... aku target 150 average...


it was good to hang out together with other malaysian. memandangkan aku ni sorang je malaysia satu company aku, aktiviti mcm ni lah aku dpt kenal malaysian lain. for this event aku kenal few UEM. frankly, community malaysia kat sini mcm satu pe'el.. they tend to stick with the same ppl from same company. kalau org minyak n gas... geng tu je lah depa... kalau gamuda, melepak ngan geng depa... Qatar crew ngan crew2 lain, UEM dok g keje n balik umah melepak ngan group sama... org mcm aku ni, kena lah menempek dlm group group ni... hmmm...

utk aktiviti boling ni, disebabkan sapa sampai dulu dia main dulu, nampak mcm tak really organised. tp mmg patut lah buat mcm tu, sbb org2 malaysia kita ni, kata jam 7.30 start.. jam 7.45 pun tak muncul2. lagi satu, kenapa perlu pengumuman dibuat dalam bahasa inggeris? ni aktiviti sesama malaysian lah.... guna lah bahasa malaysia. kenapa lah pinoy2 kalau buat aktiviti kat boling center blh ubah suasana tempat tu jadi mcm manila esp sbb pengumuman dlm tagalog. ok... mungkin lah guna bahasa malaysia pasar mcm blog aku ni pun aku rasa ok jugak. tak lah semua dalam bahasa inggeris, berapa kerat sangat tak tahu bahasa malaysia?


yang bagus nya MAQ nya aktiviti ni, mlm nya plak ada acara makan2. best!!! buat plak kat kedai seri kebaya (the only malaysian restaurant yg harga makanan dia yg agak mahal) or perhaps, sbb aktiviti ni kena sponsor, tu leh buat kat restoran ni.


dinner best, tak banyak pun aturcara selain bg hadiah pemenang boling dan cabutan bertuah. lepas tu karaoke... aku baru je menemui bakat dipendam, ada sorang mamat ni, kaki karaoke rupanya... hmm.. pas ni, boleh tak kiranya set karaoke kitaorg tu pindah kat umah dia je???? :-) lama sungguh tak karaoke. berkaraoke lah kaki2 karaoke sampai jam 12 malam!


eh, takkan aku tak complain2 kan.. :-) the food was ok, average... masakan restoran ni ok, ada rasa tapi tak de kick... mcm ada kureng sana sini... dulu masa aku awal2 try dulu mcm ok, now qualiti dia makin kurang... the taste is there but just there.. no umph... kalau kedai ni wujud kat kl, org takkan layan punya.

n satu lagi, disebabkan pencatuan makanan dan jugak lambat refill, aku rasa 50% daripada seluruh makanan tak habis dimakan. depa mula2 catu satay 2 cucuk sorang, takut satay tak cukup... tp pencatuan depa tu tak betul estimate, supposedly based on kerusi yg depa ada, they should know lah berapa org dlm restaurant and catu lah so that satay tu cukup or ngam-ngam. ni tak.. bg sorang 2 cucuk, yg akhirnya dr 5-6 bungkus satay yg disediakan, ada baki 3 bungkus lagi. aku tak lah complain sbb aku nak makan banyak... cuma aku rasa mmg pembaziran ya amat.

anyway, tahniah MAQ. bukan senang nak organise event... tp mmg org senang complaint... yup, take it as an idea to improve. tu je... good luck on ur next event... ada rezeki aku join!!! :-)

6 comments:

Anonymous said...

Ye le group besor besor ie QP tu slalu stick to their gang je. Peh tu MAQ dolu dolu buat aktiviti hari sabtu kita yg keje sabtu ni tak berbaloi le nak join.

Tapi group kita ok pe..ada Crew QR,Qatar KENTZ,AL Jazeera,UEM,QP,Q tel, peh tu si nizam keje co apa? Dulu lagi ramai ada chinese ada indian sayang ramai dah brenti heheh..

Sesiapa yg rasa tersisih tu mari le join kita org.. (heh over je statement)

Fairul said...

arituh time gi qatar islamic center..ade brother from QP ajak dtg...tp pikir2 balik..segan la plak..kang diorang lepak sesama diorang..kang tersisih...haha

ayin1911 said...

Hi there..
Terlink ke ur blog from my aunty's fren..hihi..sbgai organizing committee aritu..i would like to say thanks sbb sudi bg comment event we all..hihi..we'll try our best to organize something different next time..hope to see you then..(jgn malu2 nak join..ajak ramai!!)

zal said...

dills
yup agree...

fairul
next time blh lepak ngan aku sekali

ayin1911
selamat datang ke blog. yup.. dah cukup bagus dah event tu.

Mohd Syafei Ahmad said...

zal

nanti aku kat sana boleh le kita main bowling sesama, hmm kalau nak diving kat mana ek?

zal said...

whitelighter
of course lah blh join main boling... :-)

nak diving tak berapa sure kat Qatar ni, kurang advertisement. tp for sure, diving kat oman best. in fact, ada dolphin and on certain months blh tgk whale :-)

tp, i've read somewhere, katanya qatar ni tempat dugong ke2 terbesar di dunia... tp tak sure area mana.