"hajjah!!! wara'... hajjah wara'... hajjah wara' "
"haram... ya hajjah... haram.... wara' wara'"
kenkadang ada jugak cakap...
"hajjah... belakang! belakang!" (mungkin kerana jemaah indonesia (+ Malaysia) adalah jemaah teramai)
selalu jugak aku dengar jeritan2 gitu bila dah tiba waktu solat... ini kerana ada wanita2 yg berada di saf-saf depan, depan dr saf lelaki... bagaikan mereka tak tahu yg saf perempuan sepatutnya di belakang lelaki... mungkin bagi depa, since depa sampai awal, depa blh pilih tempat di hadapan. atau depa rasa hak mereka juga utk mendapat pahala lebih banyak i.e. di saf hadapan...
perkara ni bukan perkara baru, tetapi yg aku dengar cerita dah lama dah... sejak dr dulu lagi dan susah betul nak perbetulkan pemahaman orang2 ni...
Rasulullah bersabda: ‘Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama.’ (Riwayat Muslim).
tapi yg sedihnya ada jugak suami yang teringin solat bersebelahan dengan isteri. mungkin pengalaman kat dalam masjidil haram ni nak sama2 rasa, so agaknya difikiran mereka lebih seronok solat sebelah menyebelah...ada satu hari tu, aku beriktikaf dgn 2 rakan aku... bila tiba waktu solat kami dapati ada seorang perempuan berada dalam saf yg sama, kebetulan tempat tu saf nya pendek2, jadi kawan aku tegur lah suami perempuan tu, dan minta isteri nya solat dibelakang... yg sedihnya, lelaki tu menjawab, kenapa wife dia je tak blh solat sebelah dia... sedangkan ada jugak perempuan lain sama saf dgn suaminya, astaghfirullah...
*this entry bukan berniat riak... sekadar berkongsi cerita*