Monday, August 25, 2008

Olimpik...

semlm last day olimpik, dan malaysia dapat 1 pingat perak. aku hairan jugak kenapa lah sukan kat malaysia tak power pun, mcm susah je nak menang.


dulu katanya sebab badan kecik, tp sukan yg perlu badan kecik mcm gimnastik pun tak blh jadi taraf olimpik. in fact, org yg sama saiz, thailand siap boleh menang emas angkat berat wanita tu. nak kata sebab kemudahan peralatan dan kewangan tak cukup, mungkin lah kot kemudahan dan bantuan kat Jamaica lebih baiklah kot, tu lah sampai 6 pingat emas dan 3 rekod dunia. nasib baik lah ada nicol ann david yg world class, tp tak lah plak ada squash kat olimpik. kalau tak ada lah harapan pingat emas yg lebih cerah.


anyway, kat office aku pun ada gak demam olimpik... depa pakat letak bendera negara masing-masing... :-)


so kat office aku sebenarnya memang pelbagai bangsa, from the flags blh tgk dari mana datang org-org office mate aku... ramai dari UK, ada gak Kanada, Itali, Mesir, Romania, Palestin, Qatar, Saudi, Eritrea, Lebanon, Tanzania, China, Sweden, Venezuela, Greece, Singapore, etc... and definitely sorang Malaysia :-)



on different news but still berkaitan sukan, Real Madrid won Spanish supercup mlm tadi... hmm... semlm aku tgk La Liga features season 2008/09 ada game Real Madrid vs Barca 3 May 2009... ada tak sesapa nak join aku g ke Madrid masa tu??? sesapa tahu mana reliable internet page utk aku beli tiket???

Tuesday, August 19, 2008

Kerja Kosong!!!

I have received the following email from Finance Department:

Dear all,

As you know, Finance Department needs to fill-in the vacant positions across the different Sections of the Department in order to allow for a better work quality with lesser workload...

Accordingly, you are kindly requested to submit CVs of candidates whom you think are qualified, hard-working and have a pleasant character to me and I shall pass them on to our Department Manager.

So you guys out there... yang keje Finance lah... please do submit your CV... tak kisah lah ada experience ke tak... i think ada je keje kat sini yang sesuai... :-)

Sunday, August 17, 2008

Favourite programme...

Aku keje kat department yg produce documentary utk AJE tv. dalam banyak2 documentary yg pernah ditayangkan oleh company aku, ada banyak aku rasa bagus dan ada beberapa yg mmg sangat bagus. antara my favourite program ialah kisah wartawan buat cover pasal Masjid Lal kat Pakistan. right sebelum pertempuran kecil kat Masjid tu. you can read more abt peristiwa tu kat wikipedia... sini dan sini.

watch the programme... its really an award winning... :-) enjoy....





it's the world issue yg aku rasa patut kita tahu... and kenkadang kita ignore je... we didnt go in detail (tak sedetail kes liwat mamat tu). sama macam kes perang georgia dan russia ni, berapa banyak sangat antara kita yg tahu in detail apa sebenarnya yg terjadi.

aku tak cakap pasal org lain... aku sendiri mmg dah kurang membaca n tahu pasal hal benda lain. especially bila drama politik negara yg dah mengarut tp nampak lebih menarik utk dibaca... (i reserve my comment on that, let those yg arif talk about it...).

Saturday, August 16, 2008

MAQ - Bowling...

Jumaat sudah aku for the first time this year join aktiviti anjuran MAQ... (M'sian Assoc Qatar). Aku sebenarnya bukan ahli persatuan pun. the reason aku tak join sbb tahun lepas aktiviti nya semua berunsur family dan mcm ada politik skit kat dalam tu... (oops... tak nak banyak komen)


anyhow, atas pujukan abe, last friday aku join pertandingan boling ni. saja je pun, sbb dah tahu for sure kalah.... nak memeriahkan majlis. the game was ok, cuma aku seperti biasa tak perform. dah mmg tak pandai main... for record, aku cuma dapat 140 in average... aku target 150 average...


it was good to hang out together with other malaysian. memandangkan aku ni sorang je malaysia satu company aku, aktiviti mcm ni lah aku dpt kenal malaysian lain. for this event aku kenal few UEM. frankly, community malaysia kat sini mcm satu pe'el.. they tend to stick with the same ppl from same company. kalau org minyak n gas... geng tu je lah depa... kalau gamuda, melepak ngan geng depa... Qatar crew ngan crew2 lain, UEM dok g keje n balik umah melepak ngan group sama... org mcm aku ni, kena lah menempek dlm group group ni... hmmm...

utk aktiviti boling ni, disebabkan sapa sampai dulu dia main dulu, nampak mcm tak really organised. tp mmg patut lah buat mcm tu, sbb org2 malaysia kita ni, kata jam 7.30 start.. jam 7.45 pun tak muncul2. lagi satu, kenapa perlu pengumuman dibuat dalam bahasa inggeris? ni aktiviti sesama malaysian lah.... guna lah bahasa malaysia. kenapa lah pinoy2 kalau buat aktiviti kat boling center blh ubah suasana tempat tu jadi mcm manila esp sbb pengumuman dlm tagalog. ok... mungkin lah guna bahasa malaysia pasar mcm blog aku ni pun aku rasa ok jugak. tak lah semua dalam bahasa inggeris, berapa kerat sangat tak tahu bahasa malaysia?


yang bagus nya MAQ nya aktiviti ni, mlm nya plak ada acara makan2. best!!! buat plak kat kedai seri kebaya (the only malaysian restaurant yg harga makanan dia yg agak mahal) or perhaps, sbb aktiviti ni kena sponsor, tu leh buat kat restoran ni.


dinner best, tak banyak pun aturcara selain bg hadiah pemenang boling dan cabutan bertuah. lepas tu karaoke... aku baru je menemui bakat dipendam, ada sorang mamat ni, kaki karaoke rupanya... hmm.. pas ni, boleh tak kiranya set karaoke kitaorg tu pindah kat umah dia je???? :-) lama sungguh tak karaoke. berkaraoke lah kaki2 karaoke sampai jam 12 malam!


eh, takkan aku tak complain2 kan.. :-) the food was ok, average... masakan restoran ni ok, ada rasa tapi tak de kick... mcm ada kureng sana sini... dulu masa aku awal2 try dulu mcm ok, now qualiti dia makin kurang... the taste is there but just there.. no umph... kalau kedai ni wujud kat kl, org takkan layan punya.

n satu lagi, disebabkan pencatuan makanan dan jugak lambat refill, aku rasa 50% daripada seluruh makanan tak habis dimakan. depa mula2 catu satay 2 cucuk sorang, takut satay tak cukup... tp pencatuan depa tu tak betul estimate, supposedly based on kerusi yg depa ada, they should know lah berapa org dlm restaurant and catu lah so that satay tu cukup or ngam-ngam. ni tak.. bg sorang 2 cucuk, yg akhirnya dr 5-6 bungkus satay yg disediakan, ada baki 3 bungkus lagi. aku tak lah complain sbb aku nak makan banyak... cuma aku rasa mmg pembaziran ya amat.

anyway, tahniah MAQ. bukan senang nak organise event... tp mmg org senang complaint... yup, take it as an idea to improve. tu je... good luck on ur next event... ada rezeki aku join!!! :-)

Wednesday, August 13, 2008

Keep your mid finger down...

Semlm ada lah mamat Qatari kat office aku cite pasal ada kes bunuh antara 2 qatari berlaku few weeks ago. dan kes ni melibatkan 2 org budak umur 17 tahun dr 2 tribes badwi.

mulanya depa ni berlumba, bila salah sorang dr 2 tu dah lead the race, dia himpit kereta satu lagi. sbb kan tak puas hati tak dapat memotong, mamat yg kena himpit pun tunjuk lah middle finger (f*ck) kat the other. bengang lah mamat satu lagi, dia himpit sampai satu lagi sampai berhenti, keluar dr kereta terus tembak the other one. aku heran gak mcm mana ada pistol, n org qatari tu mengaku yg mmg org2 local ni esp badwi mmg ada simpan pistol. gosh!

menurut cerita, org yg tembak tu lepas tu buat laporan polis n mengaku bunuh. sbb kalau dia tak buat mcm tu, mungkin akan berlaku pergaduhan antara dua tribes. dan mengikut hukum kat Qatar ni, yg membunuh for sure akan kena hukum bunuh. no way akan dapat hukuman lain. dan cara hukuman bunuh kat sini, tembak sampai mati.
so for those driving on the road, mcm mana sial pun driver lain, please keep ur middle finger down... mana lah tahu, tak pasal2 boleh bawak masalah... kalau tak kena tembak pun, tak pasal2 kena duduk lokap sehari. org local ni semua rule ikut cakap dia je... dia je betul... better be careful!

btw... kalau aku kencing ngan citer ni... korang pun kiranya kena kencing gak lah.. hahahaha... biasa lah surat khabar kat sini, benda buruk berkaitan anak bangsa dia takkan keluar surat khabar pun.