Thursday, December 31, 2009

Hajj : Perjalanan Haji (8 - 12 Dzulhijjah)

(Sorry lama tak update... ni entry tertangguh yg dah lama nak buat... i will wrap up all the whole hajj experience here. kalau ada salah dalam hukum agama yg aku tulis kat dlm entry, tolong perbetulkan, aku pun bukannya pandai bab2 tu... insyaAllah, kita sama2 nasihat-menasihati)
bersedia setelah niat haji
8hb Zulhijjah... (Hari Tarwiyah)
khemah yg agak sesak tp masih ada ruang

sebelum hari wuquf, mengikut sunnah rasullullah ada hari tarwiyah, iaitu bermalam di Mina. perkara ni tak termasuk rukun atau wajib haji. dan org2 yg buat haji dr Malaysia, ikut tabung haji tak buat pun. so, pepagi 8hb dzulhijjah kami bersedia utk ke Mina. masa ni dah niat haji dah. sebelum zohor dah sampai Mina. dan masa ni lah kitaorg ambik tempat masing2 dlm khemah. aku dapat duduk dekat ngan kawan2 sebilik aku yg mostly bujang2. dan ikut pakej dr Doha ni, satu khemah bercampur dgn bangsa2 lain. pengalaman yg unik... sbb masing2 ada pe'el masing2... tp alhamdulillah ok je.
ni lah ruang tido aku... kat tepi sekali....

aku rasa agak tense on that day. maybe masa tu dlm ihram dan berdebar2 menunggu hari esok nya. masa kat Mina tu, mmg dibanyak kan talbiah dan berehat je... org pun tak banyak cakap... and petang tu hujan agak lebat... so suasana pun suram kat luar dan dalam khemah. ada parts dalam khemah yg masuk air, tp bukandekat tempat aku. masa tu kitaorg tak tahu pun, hujan lebat berlaku kat Jeddah and ada org meninggal dunia. mlm tu, lepas solat isya' terus tido, tunggu dinner tak sampai2.. rupanya jam 2am br dpt dinner... dpt ayam 3 ketul, aku tak makan, sambung tido terus.

9th Zulhijjah... (Hari Wuquf)

The big day.... قَوْلُ النَّبِى: الحَجُّ عَرَفَةٌSlide 8 - Haji adalah Arafah. betapa penting nya hari Arafah ni. utk detail pasal hari Arafah, blh lah rujuk buku2 agama.
ni bukan bas yg aku naik... tp ramai yg mcm ni...

so pepagi lagi kitaorg bertolak ke Arafah, utk tiba di sana sebelum zohor. mmg awal jugak kitaorg sampai. naik bas dr Mina ke Arafah, dekat je. tp ada jugak jemaah lain yg aku nampak jalan kaki je. di Arafah kami ditempatkan di dalam khemah. terasa bahang panas sbb khemah tu tak cukup ventilation. aku tunggu sehingga khutbah arafah dan kemudian berdoa. antara masa doa paling mustajab.

ada yg memanjat ke atas bukit berdoa... ada yg berada di tanah lapang... ada jugak aku nampak yg penat n tido keletihan kat dlm khemah...

selepas maghrib kami bertolak ke Muzdalifah. walaupun dlm 4-5 km je, tp makan masa lebih kurang 4 jam baru sampai Muzdalifah. a group of us, mostly 'bujang2' (ada bujang ketika haji je, sbb tinggal wife di Doha/Malaysia) ni, decided utk bermalam di Muzdalifah dan ke Mina untuk melontar di jamrah pagi esok nya jalan kaki. ada jugak ahli kumpulan kami (mostly yg bawak wife) terus naik bas ke Mekah utk tawaf Qudum.
mencari batu di Muzdalifah

sesampai je kat Muzdalifah setelah solat maghrib n isya' jama'. kitaorg kutip batu utk melontar dan mencari tempat lapang utk tido. cadangnya nak tido dekat2 ngan border ke Mina supaya senang esok nya. tp telahan kami silap, rupanya border jauh lagi, kami dah landing tido. seriously it was one of my best experience. Syukur Alhamdulillah. sebenarnya tmpt yg kami decide nak tido tu macam 10 meters from the big road. mmg banyak bas lalu... dan org pun lalu lalang dekat ngan kepala aku... and Alhamdulillah, tido lena... berehat sekejap sampai subuh.
tidur nyenyak atas tanah berlapikkan sleeping bag/sejadah...

10th Zulhijjah... (rami, tawaf, saie, tahalul.. Eid Adha) - oops, sepatutnya tarikh ni start lepas maghrib, kalau ikut perkiraan islam... tp utk blog ni aku guna start subuh.

berjalan sambil bertalbiah...

sesudah subuh berjemaah, kami berjalan kaki ke Mina, perjalanan dlm sejam lebih melalui +-4-5km. berjalan antara jutaan manusia dan celah2 bas. as i said in previous entry, untungnya buat haji dr Doha ni, kami dpt tentukan sendiri turutan ibadah haji. kami pilih cara kerja yg paling dekat dengan sunnah Rasulullah... insyaAllah... walaupun agak jauh tp tak terasa.
jamrah yg dah dimodenkan, ada 5 tingkat... so kurang sesak.

kami singgah dulu kat khemah yg kebetulan on the way ke jamrah. ada yg nak ke tandas ada yg nak rehat sekejap. perjalanan ke jamrah berbackground kan talbiah. mmg ramai manusia.. semua menuju ke tempat yg sama.
aku jalan kaki je, aku rasa lagi cepat dr yg naik atas bas ni...

walaupun ramai, alhamdulillah aku dpt sampai ke dinding jamrah dan melontar dengan mudah. rezeki... setelah melontar dan jumpa kengkawan semula... kami jalan kaki ke Mekah... kami jangkakan dlm 6-7km... perjalanan dlm masa lebih kurang sejam lebih skit. aku decided utk ikut jalan yg agak jauh tp lapang... sesambil jalan aku cek2 kalau ada saloon2 yg blh aku singgah utk tahlul awal. semua nya penuh je... cek punya cek.. sampai lah aku ke haram.. dan menyesal aku tak tunggu sekejap kat saloon2 sebelum tu... sbb dekat2 ngan haram lagi ramai org beratur. sebelum aku tawaf, aku g jugak cari kedai utk buat tahlul awal. ikut buku yg aku baca, Rasulullah tahlul awal dan memakai wangian pada jubah masa nak buat tawaf qudum dan saei. so aku nak jugak tahlul sebelum tawaf. Alhamdullillah... sempat jugak.
ni bukan aku, tp mamat sebelum aku...

setelah tahlul, aku berjalan sendiri ke masjid. hari tu hari jumaat, sesampai je kat masjid imam dah mula khutbah, aku decided utk berehat dan mendengar khutbah sebelum membuat tawaf. setelah solat jumaat br aku turun ke dataran kaabah utk tawaf dan kemudian nya saei di tingkat satu sbb ruang di ground floor sgt penuh sampai kena tutup. dlm jam 3.15pm aku selesai menunaikan semua rukun haji. Alhamdulillah... masa nak melengkapkan saei, aku rasa mcm kaki ni nak berlari je... terasa satu pencapaian diri... terasa air mata berlinangan, syukur kerana dpt sempurnakan semua rukun dengan selesa. Alhamdulillah.
That's me... on top of the van... best gak go bald ni.. terasa berangin/mentol je kat kulit kepala... refreshing

Kemudian kami balik ke hotel. berehat sekejap sebelum menuju semula ke Mina utk mabit di Mina. oleh sebab ada kawan aku yg nak repair kepala yg dah dicukur, aku dan teman2 sebilik decided utk pergi sendiri ke Mina dan tak naik bas hamlah. nak jadi rezeki, ni lah peluang utk aku naik van... ooops... naik atas van.. pengalaman menarik... tp kitaorg ni bijak sgt, dah naik baru tanya harga... hahaha... RM30 satu perjalanan. sesak jugak nak menuju Mina ni. tiba di Mina dah lepas maghrib... Hari 11 dan 12 (Hari Tasyrik)

Kami stay kat Mina utk dua hari Tasyrik ni. pergi melontar selepas zohor. Alhamdulillah selesa. Nothing much kat Mina ni... berehat2... bergembira sempena hari raya... dan berjalan2 sekeliling Mina. ada gak ziarah kengkawan doha yg buat haji dgn hamlah lain. very relaxing dan dah tak tense dah compared on the first day dtg Mina. Kami berniat Nafar awal dan pulang ke Mekah selepas melontar pada hari 12th zulhijjah.

aku sempat ambik video masa melontar ni... sebelum aku g melontar (esp jumrah aqaba on the first day) aku rasa agak risau sbb org cerita yg akan bersesak2 dan bahaya takut kena pijak2. mungkin disebabkan siapnya jamrah yg besar 5 tingkat ni, keadaan dah kurang sesak. hopefully video ni give a better pic on situation dlm jamrah. seingat aku ni gambar masa jamrah wusto.. yg no 2.



Hari 13 (Wida) - dan Madinah...
roomate dan aku bergambar semula setelah semuanya selesai...

Sebelum subuh kami dah menuju ke Haram... hari ni hari wida' :-( ... meninggalkan Mekah menuju ke Madinah setelah subuh pada hari tersebut. aku dah ada kat masjid jam 2.30am.. plenty of time utk menikmati pemandangan masjid sebelum meninggalkan mekah ni utk tak tahu berapa lama lagi... ntah ada peluang ke tak dtg semula. aku mmg nak subuh terakhir ni utk solat kat dataran kaabah.. so bersesak2 jugak lah... anyway, lebih cepat aku dpt selesaikan tawaf wida'... setelah tawaf, aku dapat solat sunat tawaf belakang makam ibrahim... agak tenang masa tu.. tak terasa sgt ramai org, walaupun pada hakikatnya padat jugak masa tu. bila terkenang kan bilakah aku akan kembali ke sini... air mata bercucuran (sedih + gembira)... syukur semua selesai... yang terbaik aku usahakan...
pandang terakhir aku sebelum meninggalkan haram....

akhirnya semua selesai.. dan menuju ke Madinah... relaxing je kat Madinah. aku yg tak sempat shopping2 masa kat Mekah, menggunakan peluang utk beli apa patut... beli jubah sehelai.. buku-buku... i wish i can stay kat madinah longer... tenang sungguh bandar madinah ni. kami stay kat Madinah utk 2 malam je... pepagi hari 15th Zulhijjah dah balik doha... perjalanan ke Doha lebih cepat dr datang hari tu... 20 jam je.... sesungguhnya pengalaman haji tak mungkin aku lupakan... insyaAllah aku akan datang semula...

Wednesday, December 23, 2009

-bz mode-

uiks... i was busy from 12/12.... sampai lah semlm.... and lega.. dah hantar dah keje... for the first time ever in doha... aku keje sampai pukul 10 - 11 mlm.. hahaha... and aku rasa penggunaan otak aku dlm tempoh seminggu tu mungkin hampir sama dgn penggunaan otak aku selama aku keje kat doha ni.. hahahaha... kidding...

anyway, banyak cite pasal haji tak tulis lagi kat blog ni... mcm ada takde moodnak tulis.. sebab mcm dah basi... insyaAllah.. kalau rajin aku tulis semua cite haji aku during the weekends....

janji nya.. weekends ni aku nak dok relax2... n menenangkan fikiran... sbb weekend sudah aku bekerja... when everyone else enjoy 3 hari cuti... it was Qatar National day hari khamis sudah... kepada orang2 malaysia yg cuti panjang hujung tahun.... enjoy ur holiday... kalau tk tahu g mana... dtg lah doha.... tiket byr sendiri... accomodation kat doha aku tanggung.... :-)

au revoir...

Friday, December 11, 2009

Rain 09...

sedar tak sedar dah 4 tahun aku mengalami musim sejuk kat sini... as per my blog entry tahun2 sudah dah aku explain yg hujan menandakan perubahan musim... tp satu benda yg selalu diperkatakan setiap tahun, makin lama makin lewat musim sejuk bermula kat doha ni... aku rasa mcm typical je statement ni, sbb masing2 keluar kan pendapat dgn takde sorang pun blh really determine the real date when it was raining tahun sebelum nya....

lets use this blog to check... seingat aku, aku akan tulis entry bila ujan ni...

so for this year 2009...
- hari ni betul2 hujan... tarikh - 11 December 2009....

tahun 2008, citer pasal ujan ada dlm entry ni...<rain... rain... rain...>
- so dalam entry bertarikh 18 January tu, ada tulis minggu lepas tu... ada hujan 3-4 kali dalam seminggu dan 2 minggu sebelum nya ada ribut pasir... and cuaca sejuk start masa ribut pasir... so, hujan tu kiranya start between 7 hari sebelum entry tu, lebih kurang lah... so dlm 11 January 2008 ar lebih kurang... hmm tak lah tahun ni lewat, cuma nya dlm gambar tu, siap banjir2 lah depan umah aku... hehehe... tahun ni br start dgn renyai2...

tahun 2007, dengan motif yg sama... ada gak cite pasal hujan... kat entry ni... <breakfast>
- entry 29 December ni cakap, baru je nak sejuk doha ni... lets say 2 minggu sebelum tu dah start sejuk... i.e. hujan as a sign of makin sejuk... perhaps hujan 15 December 2007 lah... hmm...

tahun 2006 plak.. ni for sure aku tahu awal... sebab seminggu sebelum asian games tu dah ujan... asian games plak awal bulan 12... ada aku tulis skit kat entry ni... <cooler>
- entry ni mmg awal... 30 November 06 and aku tulis dalam minggu tu dah hujan 2 kali... so earliest would be around 23 November 06.

although the track from this may not be accurate or perhaps tarikh aku tu salah... but still tak lah jauh beza tarikh musim ni berubah, sampaikan ada cakap.. last year bulan 10 dah hujan.. or bulan 11 dah confirm winter... perhaps sejuk mungkin terasa awal lagi... but we keep the concept yg hujan petanda perubahan musim.. tahun ni tak lah lagi lewat dr tahun lepas etc2... lebih kurang sama je... :-)

hehehe... ada guna gak blog ni... guna yg tak penting mcm ni lah... hehehe... (kelakar bila baca entry2 lama...hahaha)

Tuesday, December 08, 2009

Haj: days before tarwiyah (4) - Abraj al bait...

As most of you maybe dah tahu... kat sebelah masjidil haram ada satu bangunan yg besar giler... and kenkadang nampak lagi gah dr masjid... mcm ni lah rupa bangunan tu dr dalam masjid...
actually bangunan tu mostly service apartment dan hotel... aku ada bertanya harga apartment tu, for studio apartment approximately 600++sq meter harganya dlm SR2.5 juta... tu kalau facing city, kalau facing kaabah harganya SR4.5 juta rasanya. service apartment ni managed by fairmont hotel rasanya, so kalau kita beli tp tak nak manage sendiri, kita blh dpt pulangan 10% every year. kata salesman tu, ada ramai dato'2 kat malaysia dah beli apartment kat situ. ujung tahun depan katanya siap...
tp tu yg kat atas2 tu, yg katanya akan ada ruang utk solat boleh nampak kaabah... so sapa beli apartment kat situ tak perlu lah turun haram kan... walaupun dekat... hmm... kat bawah nya plak ada 3-4 tingkat shopping mall... setakat ni ada few brands dah ada situ... ada kedai guess, debenhams, next hmm apa lagi ek?.... ada gak foot locker dan Starbucks... hmm... sigh... oh bagi sesapa yg penat bershopping n tetiba tak sedar waktu solat, blh je terus solat dlm kawasan mall ni, sbb lantai dia dah ada buat line solat, so senang, blh je tahu mana arah kiblat... so instead of buat tawaf sunat... blh je buat tawaf kedai... hmm...
mmg gah bangunan ni, kalau dr apartment yg kitaorg duduk i.e. 6km dr haram, mmg blh nampak bgnn ni... so kita senang nampak kiblat... entahnya satu hari nanti kalau ditanya mana arah kiblat kalau dlm kawasan mekah... kita tunjuk je bangunan ni... in fact bangunan ni nanti lagi tinggi dr twin tower klcc tu... so rasanya senang sikit nak bayangkan tinggi mana bgnn ni... in future macam ni lah jadinya bangunan ni...
i dont really know the rationale of having this building, dengan shopping mall yg besar tu... tentunya penjaga haramain ni dah istikharah sebelum decide nak bina bangunan ni...
picture taken after subuh.... setelah selesai buat tawaf wida'...

Monday, December 07, 2009

Haj: Days before tarwiyah (3) - Millions...

Bila aku sembang ngan budak office yang bukan Islam, byk yg tanya aku mcm mana aku manage utk duduk dlm jutaan manusia kat Mekah tu... how does it feel to be in the crowd? mmg sesak... ada kalanya sesak yg mcm nak tumbang.. tp ada kalanya mcm ada space utk diri sendiri... keadaan paling sesak selalunya masa tawaf especially kalau tawaf kat dataran kaabah tu... aku tak pernah tengok umat manusia seramai ini seumur hidup aku... aku rasa bukan aku je kalut tengok ramai orang, sbb ramai org akan keluar camera ambik gambar org2 ni... sungguh ramai... susah nak gambarkan... millions!!!
gambar waktu subuh beberapa hari sebelum 8hb Zulhijjah.. dah ramai dah org.. ni kat luar kawasan masjid, mmg dah siap penuh kat luar, walaupun kat dlm masih ada ruang...

seingat aku masa aku tawaf ifadah, rasanya org tawaf sampai takde tempat solat kat dataran tu... dr hujung ke hujung.. and penuh... tp still once u are in the crowd, u can follow the flow... insyaAllah ok... tp ntah kenapa among all the people, aku rasa antara org yg paling kuat could probably perempuan2 indon... aku rasa depa ni kalau dah buat human chain, mmg lah semua org kena tolak... and actually bukan depa je, kalau ada human chain mmg lah better jauh kan diri... kalau tak abis lah kena tolak...
waktu asar dr atas tempat saei... penuh org kat dataran kaabah...

masa tawaf tu, selalunya paling terasa bertolak2 bila melalui area dekat hijr ismail, dan area ni lah byk group of people nak menentang arus or melangkah arus... lalu kat tgh2... bila org2 ni lalu mmg tertolak2 semua org... dan tempat paling lapang adalah selepas hijr ismail ke rukun yamani... yg tu tenang je.. ada space bernafas...
back to human chain ni, aku kenkadang seronok tgk depa ni yg berpakaian seolah2 hari sukan sekolah (especially indonesians)... ada yg bertudung kepala warna sama.. ada yg dengan selendang kat bahu... ada yg taruh riben kat kepala... ada yg dah bercolor2 bagai ni pastu tambah plak topi... unik betul... :-) selain dr indonesian group yg selalu buat human chain ni jemaah turkey... ni kalau tersentuh ngan depa baik lah bg je ruang... :-)

tp ada jugak sesak2 berpunca dr org2 yg nak mendapat pahala sunat mencium hajar aswad... sbb nak mengejar pahala sunat, dia plak buat dosa dgn menolak2 org lain... dan pernah aku nampak ada org yg nak solat sunat betul2 belakang makam ibrahim kat dalam tgh sesak2 org tawaf ni... perempuan plak tu (tu la aku rasa perempuan ni sebenarnya kuat and mmg kejar rights depa) dan ada lah hamba Allah (yg mungkin terasa nak jadi 'malaikat') or perhaps husband dia yg menghalang perjalanan org tawaf supaya tidak langgar perempuan yg tengah solat ni... so terpaksa lah dtg polis marah2 mamat ni n suruh beredar... mmg menggangu perjalanan tawaf... tp semua ni banyak masa selain dr masa tawaf ifadah... sbb masa waktu tawaf ifadah mmg semua concentrate buat tawaf je... so agak teratur walaupun sgt sesak...
gambar sebelum aku join utk tawaf wida' (sedih betul hati masa buat tawaf wida' ni)

Alhamdulillah... sesak macam mana pun pasti ada ruang utk kita beribadat... takde aku dengar dikalangan kawan2 aku yg tercedera semata2 bertawaf... Alhamdulillah... tapi melihat dan berada dikalangan jutaan umat islam... mmg tak dpt digambarkan... terasa kecil betul diri ini dalam lautan manusia... (kecik lagi rasanya aku berbanding kekuasaan Allah).