Memandangkan aku dok sendiri2 sepanjang minggu lepas… masa orang2 kat M’sia sibuk menyambut Aidilfitri (ye lah kan korang beseronok kat kg halaman) aku banyak memikirkan hal hidup kat sini…
Dalam banyak2 perkara yg aku fikir tu, ada satu perkara yg menarik aku fikirkan… (yg aku blh share ngan korang ler, ada gak benda lain yg meanrik tp aku tak leh ler nak share). Aku fikir aku nak buat prinsip hidup yg baru, yg hanya akan diaplikasikan selama beberapa bulan di D0ha nih…
Prinsip tersebut adalah : HIDUP HANYA UTK SEMINGGU
Prinsip nih tak ler bermakna aku dah insaf dan aku ingat mati (itu lah yg sepatutnyer kan… bengong betul aku nih) maksud prinisip nih adalah, aku dah malas nak fikir jauh-jauh… plan benda pelbagai… rancang segala benda… buat budget utk semua… aku kat sini cuma nak fikir utk minggu depan ajer… apa aku nak buat minggu depan dan plan minggu depan. Tak leh lebih dr seminggu.
Setelah aku dikecewakan kerana tak dapat ID, aku dah insaf utk berangan2 (buat sementara waktu, kalau dah sudah mmg kaki berangan mmg tak leh nak buat macam mana lagi dah) jd sekarang hidup aku lebih focus ngan benda dpn mata dan kurang sikit ler frustration (mcm yg dialami masa tak jadi ke dubai hari tu).
Antara benda-benda yg aku dah tolak jauh sikit dr berfikir adalah:
1. pembelian kereta: nak beli kete aper? Budget harga kete? Bayar berapa sebulan? Etc.
2. kisah nak balik ke M’sia raya haji nanti… hmmm (nak balik tp malas nak berharap sgt, takut lah kalau2 tak dapat balik plak :-( nanti kecewa)
3. nak jalan2 sana sini kat mid east nih… dulu aku mmg dah taruh plan nak merayap sana sini… UAE, Yamen, Omen, Siria, Iren, Jorden, Lubnen, Meser, Bahren dan Kuwet.
4. nak join gym… hmmm… nanti2 lah dulu… kalau cukup duit.
5. nak simpan duit…. (kontra kan… dalam pernah berangan nak berjalan sakan, nak beli kereta, ada jugak pernah berangan nak simpan duit… mana kamu nak simpan duit zal kalau asyik nak berjalan ajer keje nyer.. :-) )
tp mampu ker aku nih tak berangan2… hmmm… dr pengalaman diri nih… rasa nyer tak… Cuma mungkin aku kurang skit bercakap pasal angan2 kot… tp aku ingat kan korang, buat sementara waktu ajer tau, nanti aku akan berangan kembali tau. Setelah aku dapat gaji dan ID aku… hahahaha… (tak kemanernyer lah prinsip hidup seminggu aku nih)
kesian korang habis masa baca blog aku nih… blog org berangan… fyi, sebab aku tak de benda nak buat mlm semlm kat umah, aku tulis entry nih sebaik sahaja aku tulis entry bawah tu… Cuma saja aku upload kan lewat skit… hehehe (ni lah akibatnyer dibiarkan org suka berangan dan bercakap dok sorang2… jd umpama org giler :-) )
2 comments:
pergi shopping pegang-pegang tangan,
bershopping sakan beli baju kaler-kaler,
abg zal oii, tak salah awak nak berangan,
jangan berangan sampai giler udah ler....
hehhee..
.put.
hehehehehe....
at first masa baca your pesanan, i tak perasan pon yg tu serangkap pantun... penat lah merelate kan g shopping pegang2 tangan. I tried baca semula my entry. tak der plak citer pegang2 tgn n g shopping. hehehehe... funny pantun indeed.
P/s - jgn nak ajak i berpantun... nanti tak menang tangan nanti. :)
Post a Comment