Semasa aku baru mula jejak kaki kat D0ha ni dan berjumpa org2 M'sia, antara common topic yang dibualkan ialah berkenaan cuaca panas terik dan lembap pada hujung bulan Ogos. Kebanyakan org2 kata aku beruntung kerana tiba bulan September, sebab cuaca panas dah reda. Org kata masa cuaca panas dulu, pernah cecah 48 celcius!!! hmmm separuh menggelegak kan!
Anyway, sekarang ni D0ha sedang musim sejuk... minggu sudah dah hujan 2 kali, org kata kat sini kalau hujan itu petanda perubahan cuaca. dan mmg pon berubah, aku dah letak penanda cuaca kat sidebar blog ni dan korang blh perhatikan betapa berbeza nya cuaca D0ha berbanding KL. (masa aku tulis entry ni, D0ha 19 degree, KL 30 degree). kalau kenkadang temperature KL n D0ha hampir sama pon, tgk lah kat tahap kelajuan angin, selalunya kelajuan angin kat sini lebih dari kat KL.
So walaupun kat padang pasir jangan kata lah panas sentiasa. mmg sejuk. dah lah siang semakin pendek, jam 4.45 dah masuk maghrib, lagi lah sejuk. aku plak yg takder kenderaan nih tunggu teksi kat tepi jalan kadangkala sampai menggigil dibuat nya. (sekali aje lah sbb lupa bawak jacket). mlm jg citer lah, mmg kena pakai jacket kalau berjalan malam... so mlm2 banyak lah org buat activity luar, melepak... mmg cooling. lepak kat tepi pantai buat unggun api pon best.
dan sebab kan musim sejuk ni lah baru ada org buat trip ke desert, safari desert tu. InsyaAllah nak pergi situ next year. selain dr itu, sekarang nih plak ada aktiviti crabbing. aku tak join hari tu... maybe one day blh buat crabbing ngan member2... insyaAllah.
1 comment:
wah best doha..? apa cerita best..? dengarnya M'sia dah kena titik dgn Oman...
Post a Comment