Saturday, June 30, 2007

Latio vs Tiida

MAHAL NYA!!! sedang aku baca surat khabar online, aku nampak iklan kereta baru Nissan Latio kat M'sia... memang ada sedikit berbeza dgn kereta aku Nissan Tiida... aku beli yg sedan, yg introduce kat M'sia hatchback jer...

masa aku beli dulu, dia offer harga kereta sedan kat aku QR50,000 = RM46,728. kalau yang hatchback rasanya tak silap aku QR53,000 = RM49,532. (ni guna translation RM1 = QR1.07). kalau plus insurance tambah QR1000 = RM934. (ni utk harga yang auto)

tapi yang baru iklan kat M'sia ni nissan latio punya introductory price RM92,900 tak termasuk insurance tu!!! gosh... macam mana lah nak hidup kan... dah lah gaji kat M'sia rata-rata nya kurang berbanding kat sini... tp harga benda keperluan macam ni mahal gila! almost double harga kereta kat sini berbanding M'sia.

Hmm... memang kalau dah harga macam tu, mana nak buat sale. kalau interest free punya loan pun, kena bayar RM1105 sebulan selama 7 tahun. tu pun kira duit deposit cukup2 utk bayar insurance kereta. Kalau dah RM1,105 bayar kereta, kenalah kurang-kurang nya gaji lebih RM5000! kalau tak de RM5000 tak cukup plak nak beli makanan dan pakaian... ni kira hidup bujang... kalau kawin... lagi lah!! nasib baik lah harga makanan dan sewa rumah murah.

ooh... btw, kereta aku beli tu dah cecah 5000km semlm... so dalam minggu ni nak hantar servis lah. :-)

Friday, June 29, 2007

7 Keaj4iban Duni4!

aku rasa tak ramai tahu apa sebenarnya 7 ke4jaiban duni4... kalau ditanya, ramai yang cakap Piramid, Eiffel Tower, Tembok Besar China, Taj Mahal, Menara Condong Pisa... etc.... sebenarnya.... itu semua bukan lah 7 keajaib4n duni4 yang diiktiraf... (kecuali piramid tu).


Senarai 7 ke4jaiban duni4 tu dah dikumpul kurun ke2 BC. Monumen tersebut adalah...
- Pyramid Giza
-
Taman Tergantung Babylon
-
Patung Zeus Olympia
-
Kuil Artemis Ephesus
-
Makam Halicarnassus
-
Colossus of Rhodes
-
Rumah Api Alexandria


Selepas aku balik dari jalan-jalan kat itali tahun 2004, aku terfikir lah nak pergi kesemua 7 keaj4iban duni4. Masa tu aku ingat Eiffel Tower dan Pisa tu pun termasuk lah. Tapi bila selidik... rupanya 6 daripada 7 benda atas tu dah lama musnah sama sekali... so sebenarnya 7 keajiban duni4 ni dah ghaib dah... hehehehehe...


tapi masa mencari (web surfing tu) aku jumpa laman web ni n7w, yang cuba menamakan 7 keaj4iban duni4, zaman moden. masa peringkat awal KLCC pun ada... tp bila dalam saringan seingat aku KLCC jatuh no 70 lebih kot... at least ada kan, bangga gak... anyway, sekarang ni dah peringkat akhir dah. 21 tempat telah disenarai pendek dan 7.7.7 senarai baru ke4jaiban duni4 akan diumumkan kepada dunia.

so bagi sesapa yang nak vote (aku dah buat dah) masuk lah website n7w dan letak lah pilihan anda. aku vote semua yang ada kaitan ngan peradaban Islam?Arab... :-)


bagi sesapa yang malas nak buka website tu... ni dia 21 binaan/monumen/tempat yang berjaya ke peringkat akhir....
1. Acropolis (Greece) 2. Alhambra (Spain)
3. Angkor (Cambodia) 4. Chichen Itza (Mexico)
5. Christ Redeemer (Brazil) 6. Colosseum (Itali)
7. Easter Island (Chile) 8. Eiffel Tower (France)
9. Great Wall (China) 10. Kiyomizu Temple (Japan)
11. Hagia Sophia (Turkey) 12. Kremlin & Red Square (Russia)
13. Machu Piccu (Peru) 14. Neuschwanstein Castle (Germany)
15. Petra (Jordan) 16. Statue of Liberty (USA)
17. Stonehenge (UK) 18. Sydney Opera House (Australia)
19. Taj Mahal (India) 20. Timbuktu (Mali)


oh.. aku cakap 21 senarai pendek kan... sebenarnya Pyramid Giza tersenarai awal kat atas tu, tp disebabkan Piramid mmg dah ada dlm keaj4iban duni4 yang lama, so dia dinamakan penghormatan lain... dikeluar dari senarai.


anyway, ada beberapa monumen yang aku rasa tak perlu kat dalam tu... especially Eiffel Tower, Statue of Liberty dan Sydney Opera House... ni macam orang negara tu jer yang vote sendiri... hehehe... kalau lah any one dr 3 tu termasuk senarai 7 ke4jaiban... kelakar lah... so kalau korang tak nak 3 tempat tu... cepat vote benda lain...

hajat di hati nak pergi semua tempat tu... tapi nampak gayanya...kurang potensi aku akan ke Mali sekadar nak tengok Timbuktu hehehe... tempat-tempat lain rasanya macam boleh pergi (although yg kat Amerika Selatan tu pun macam susah jer). ok lah... kita tunggu 07.07.07 dan tengok sapa yang dipilih, kita g yang tu jer... :-)

Wednesday, June 27, 2007

Sharwarma versi baru...

2 minggu sudah aku dengar citer ni daripada sorang guard orang nepali sini... pastu last weekend masa makan2 kat umah kawan m'sia ni.. ada gak citer... td ada kawan fwd kan keratan akhbar ni... hmmm... takut jugak ek... :-) (cek website Peninsula)

It’s true! Four Asians land in jail for
cannibalism


D0ha. Four Asians have been rounded up and produced in a criminal court on charges of cannibalism. They are accused of killing a colleague, also an Asian, and devouring his body, reports Al Sharq.

Rumours had been circulating in the city about a crime where a human flesh had been cooked and eaten. This has been now confirmed.This is the first such incident of its kind reported not just in Qatar but in the region, the daily said. It pointed out the quartet chose to eat the body of the deceased to hide the fact they had murdered him.

The incident came to light when one of the four accused suffered from severe reactions after eating human flesh and was subsequently rushed to the Emergency Department of Hamad Medical Corporation (HMC). Doctors attending to him sent him in for an X-ray. The result clearly showed the outline of a human finger in his stomach sending the doctors into a tizzy. They immediately gathered their wits about them and called in the police.

The hospitalised man was taken into custody and confessed to having eaten the flesh of a colleague along with his three cronies. His three accomplices were soon arrested and they admitted to having committed the crime. The foursome was produced in a criminal court with the prosecution demanding that they be remanded to police custody for further interrogation. The court immediately acceded to the prosecution's demand. Legal circles said they presume the accused may be extensively interrogated to find if they had been involved in a similar crime here before.

Meanwhile, a report published recently by an Indian language daily published here identified the four accused as Vietnamese nationals and said their alleged victim was from Nepal. The daily, however, clarified the nationalities were based on rumours.



gila tak gila orang kat sini... semua nya dah mental sampai jadi mcm ni... and among rumours org cakap masa polis sampai umah, depa jumpa kepala dan organ badan yg dikerat2 kat dlm fridge... plus rumours jugak kata kes ni berlaku kat construction site area Mushre!b, hehheeh.. dekat umah MT.... jeng jeng jeng...

Release...

Dulu aku pernah terbaca satu artikel ni... pasal lepaskan semua hatred dan saling memaafkan... kisah dia macam ni (lebih kurang lah)...

seorang cikgu ni suruh students dia (bebudak sekolah rendah lah) bawak beberapa biji kentang setiap hari... dan setiap hari jugak jumlah ubi tu bertambah... sampai lah students ni complaint sbb makin lama makin berat... dan makin lama makin busuk... so cikgu ni cakap lah... yang motif buat benda (kelakar) ni supaya students dia tahu, kalau kita bawa benda yang kita tak suka (perasaan marah dan benci) dan setiap hari bertambah plak benda kita tak suka tu... lama2 dia makan diri dan kita terseksa membawa nya... dan apa yang sepatutnya kita buat... ada lah memaafkan dan berhati mulia... hehehe... so tak lah berat mengendong benda2 tak elok dan busuk tu....

tapi kan.. kalau kita je asyik please orang... memaafkan... berhati mulia... ber baik sangka... sabar... susah gak kan... instead of buat semua tu... apa kata... kita marah balik... tengking balik... and buat new deal... so the other party sedar kesilapan dia.. dan sama-sama tanggung... dan sama-sama paham... tak gitu??? baru lah keadaan makin harmoni... dan tak der sapa benci sesapa... luahkan... jangan simpan dalam hati...

Tuesday, June 26, 2007

Safety???

gambar-gambar construction sekitar perjalanan aku pergi balik rumah ke office...

ni... tetiba pagi tadi tak der jalan nak masuk office.. kena lalu jalan tak siap berbatu-batu... dah lah tak der sign board mcm mana nak masuk office, tak de nak bg notice pun pada staff... senang-senang jer tutup...
then on the way balik tadi... aku lalu lah jalan biasa... dekat dengan area rumah aku akan dibina commercial center 4 bangunan tinggi... tu gambar jengkaut (ada ke nama machine mcm ni) tgh nak robohkan bangunan.... mana ada safety net ke halang bangunan tu daripada runtuh ke jalan... bahaya betul... ni gambar close up...

Brunch...

Sorry... ni citer lama... MT dan Aina dah lama update dah.. aku je belum...
2 minggu sudah ni.. (hahaha... lama giler punya citer) buat makan-makan kat umah MT... sebab apa? tak der sebab... sesaja jer... so menu nya... aku buat nasi lemak lauk ayam goreng dan rendang dinding... MT masak nasi kerabu color kuning.... actually aku masa kat M'sia tak pernah makan nasi kerabu color kuning ni, selalunya biru... pastu tak tahu lah plak nasi kerabu ni kena buat tumis dan kerisik... tp sekarang dah tahu... :-)

so saja jer nak taruh gambar2 makanan kat sini...
memang laku habis nasi kerabu ni.. walaupun ulam-ulaman tak cukup dan malas nak buat solok lada... apa yang ada pun mmg dah cukup best... especially ada 5 orang kelantan kat sini... hehehe


sebab nasi kerabu tu dah terlampau laku... nasi lemak aku ok ok jer... tp lauk dia abis lah jugak... nasi je kureng... ala.. ada 2-3 orang tak datang... and nak jemput lagi ramai takut lak tak abis... :-) janji... rendang dinding aku siap orang tapau bawak balik.. hehehe...

so pas ni bila lah nak masak2.... so MT yang kat M'sia tu.. bawak2 lah bahan2 utk buat makan2 lagi.. hehehe

Monday, June 25, 2007

booster...

citer semalam lagi...

habis satu jam setengah meeting dengan my CFO, dep dir ops (boss kat operation), 4 supervisor and 1 kuli cabuk (that's me)

ops dep dir : one more thing... please don't take zal away from my department. He's been hardworking and we really need him. He's been taking care of our financial really well and coordinating n organising our stuff too... please don't take away him from us.

CFO : no.. we won't....

me : (kembang tak hengat... n aku rasa memang merah padam muka aku masa tu... blushing... hehehe)

more worried :-(

aku dapat call tadi... masa office

(semua perbualan in English)

call 1...

sec. dir : are you 'zal'?
aku : yes... sapa tu?
sec. dir : saya secretary director
aku : ok
sec. dir : have you signed your contract?
aku : no (jgn persoalkan kenapa aku naive duduk kat sini tanpa kontrak, aku dah berkali2 minta tp byk saja alasan)
sec. dir : are u sure.
aku : yes, so when will i get my contract?
sec. dir : I will think about it?
aku : what do you mean, you'll think about it?
sec. dir : i'll check n think about it, bye...


call 2...

sec. dir : 'zal' its me again
aku : yes, so when will i get my contract
sec. dir : ok... so u r an XXX, so u will get QRXXXX and housing allowance of QRXXXX, so will you sign this contract
aku : what? (ooh amaun tu jauh daripada apa yg dijanjikan sebelum aku dtg sini :-( )
sec. dir : the amount that i've said, is the salary of all the staff at ur level
aku : but that's not the amount as per earlier agreement
sec. dir : but u have not signed the agreement, you do not have an agreement, do you want to sign this contract or not?
aku : (speechless)
sec. dir : so?
aku : i'll go to ur office, and we shall discuss further, there's so many people around my place at the moment.... :-(

Sunday, June 24, 2007

Run???

What would you do if ada orang remind suruh u keluar dari company... pesanan yang cakap... u better leave before they make you to leave...

Thursday, June 21, 2007

I'm losing it!!!

hehehe.... semlm aku 'teman' MT bershopping kat Zara... (konon lah teman hahaha) tapi memang pada masa yang sama aku pun dah memerlukan seluar kerja yang baru, seluar sekarang ni macam dah lusuh...

tapi biasa lah kan... bila time sale ni yang murah adalah item-item yang dah tak banyak saiz... yang tinggal saiz-saiz besar gedabak... atau pun saiz kecil... (janji bukan saiz pak arab hehehe) dalam belek-belek tu... aku ada lah jumpa 2 helai yang sesuai dan aku suka plus harga berpatutan... tapi... saiz plak tak der... kecewa lah jugak... tapi bagi dua-dua helai seluar tu ada saiz 1 inchi dari saiz yang aku selalu pakai... hmm.. sungguh kecewa...

tapi sebab geram aku ambil jugak dan cuba. aku dah sedia maklum, cutting seluar zara ni untuk orang kaki kurus tak berotot peha bukan macam aku (hehehe... nak cover, padahal banyak lemak...) tapi... yang mengejutkan aku... aku boleh muat dan sesuai... seelok saja... pinggang agak longgar skit dan bahagian lain just nice... nak duduk tahiyat akhir sembahyang pun tak ketat... terkejut aku...

ini bermakna... setelah sebulan aku join gym dan agak2 mengurangkan skit makanan, pinggang aku dah turun 1 inchi!!! heheheehe....

tadi, aku g hantar MT yang nak becuti ke M'sia (seronok kan... selang 2/3 bulan boleh balik... jeles jeles jeles...) aku pun pergi lah gym... bosan gak kalau pergi gym sorang-sorang... so untuk mem'boost'kan aku punya semangat... aku g lah timbang berat... ooopsss... rupanya aku ringan by 1 kg!!! hahaha.. dah lama dah aku tak pernah turun berat badan ni...

i am really losing it!!! :-)

so... since MT takde dua minggu... tak der lah teman aku makan, jadi makan skit jer lah... dan g gym lagi bagai tak hengat... hahaha.... pas ni boleh lah dapat perut flat... bukan flabby macam sekarang... so, ard!!! boleh challenge ke???

Tuesday, June 19, 2007

Meng'google'...

Kelakar gak bila aku detect macam mana orang jumpa blog aku ni... ada yang melalui referal/link from other blog dan ada melalui google... dan ada macam-macam lagi...

tapi yang menarik perhatian aku... ada sapa ntah google for this...

"Pelacur place in Doha"

dan blog aku muncul sebagai no satu dalam senarai... hahaha... sorry man!!! aku tak de jual pelacur or info macam mana nak cari pelacur kat Doha... hahaha...

tapi yang kesian nya... kenapa lah orang melayu tu sibuk cari pelacur kat doha ni kan??? nak buat bayaran bil air tertunggak??? hahaha... ish.. tak elok tau cari pelacur... bahaya... kalau dah kawin tu... kesian anak bini... :-)

Monday, June 18, 2007

Eligible...

Based on my employment contract, yang aku pun belum sign lagi ni... (giler kan dah 9 bulan keje tak sign kontrak, bukan aku jer... ramai lagi...) setelah 9 bulan aku dah boleh utilise my annual leave... dan hari ni genap 9 bulan!!!

ada 30 hari lagi cuti aku ni... dalam 18 hari nak reserve untuk balik raya puasa, 2 hari guna sebelum exam... so i got around 10 days more... nak guna untuk apa... aku pun tak tahu... kalau plan balik raya haji, plan nya my parents nak raya sini... so tak perlu lah cuti lama sangat...

bila dengar citer pasal orang balik for good or balik bercuti, rasa macam nak balik je... hehehe... tp baik lah aku jelajah tempat lain plak kan... seingat aku... dah 6 bulan aku keje tak bercuti. Jarang berlaku ni... untung orang kat M'sia boleh kata hampir tiap-tiap bulan ada public holiday... so ada peluang untuk rehat lama skit selain weekend... aku hanya rehat weekend jer... plus kat M'sia... selain ada annual leave... kenkadang boleh ambil medical leave... ala... g klinik mengaku sakit perut... settle... hehehe.. end up main boling or tengok wayang... hahaha... macam biasa buat je kan... kat sini buat per nak ambil MC, tak de apa boleh buat kat umah pun... bazir masa jer...

hmm... 10 hari cuti kan.. nak buat apa yer??? 2 minggu tu kan...

Sunday, June 17, 2007

Hala Madrid!!!

Setelah 4 tahun menunggu... akhirnya Real Madrid berjaya mengungguli Liga Sepanyol!!! and actually dah 4 tahun tak pernah menang anugerah apa-apa sejak kedatangan David Beckham ke Real Madrid... Yuhoo!!! Tahun ni tahun terakhir Beckham, oh by the way, antara semua Galacticos yang ada dlm Madrid, Beckham lah player yang paling aku tak berapa kesah... ada ke tak de aku rasa tak de impak. anyway, the last few games dia ngan Madrid memang lah memberangsangkan lah.. tak dinafikan....
Beckam meninggalkan padang semalam, ditukarkan ngan Reyes yang seterusnya menjaringkan 2 gol utk madrid!!!

Dah 10 musim aku menjadi peminat setia Real Madrid... daripada kesebelasan utamanya terdiri daripada Canizares, Hierro, Sanchis, Carlos, Panucci, Redondo, Seedorf, Raul, Amavisca, Suker dan Mijatovic (ada tak aku tertinggal player 97/98 season ni??)... sampailah kemasukan Figo (among my favourite), Zidane, Ronaldo dan Beckham... dan sekarang muka-muka baru macam Gago, Higuan, Cicinho, Torres dan Ramos... harap-harap tahun depan boleh menang lagi besar punya piala... dah lama tak menang Champions League kan...

tapi tahun ni merupakan tahun terakhir bagi the most favourite player, Roberto Carlos... pindah plak dia ke Fenerbache setelah 11 tahun kat Madrid... :-( ye lah dia pun dah tua kan...
Tapi game malam tadi memang lah mendebarkan... V.Nistelrooy keluar sebab cedera memang menyebabkan madrid bagai hilang punca... ketinggalan 0-1 sehingga minit ke 67 (setelah kemasukan Reyes minit 66)... selepas gol penyamaan... bagaikan tak pandang belakang... main separuh padang jer... sampai lah final score 3-1... (hehehe barca menang 1-5 pun tarak guna.. hehehe)....
arggh... dah lama aku bercita-cita nak ke Madrid... hajat nya dulu kalau blh nak bergambar ngan Roberto Carlos, Mijatovic, Zidane dan Figo... sekarang ni semua tak der except Mijatovic dah terlibat dalam pengurusan... pas ni nak sokong sapa lah plak kan dalam team ni, although sokong team kalau ada fav player lagi best... nak sokong Cicinho lah plak (tp dia tak consistent)... Cannavaro plak dah tua jugak... hehehe....hmmm... we shall see sapa yang Real nak beli musim depan... (tp tolong lah jangan beli cristiano ronaldo tu, walaupun bagus... hahaha...)
i wish one day aku dapat jugak jejak kat stadium kat Madrid... better still if dapat dok kat VIP box sambil tgk Real vs Barca season-season akan datang lah.. :-) (macam Tom Cruise, Katie Holmes, Nadal, Vic Beck mlm tadi... hehehe)

(all pics taken from Yahoo News Photo, Reuters news)

Thursday, June 14, 2007

Entry tak perlu...

aku rasa boling alley kat doha ni lagi bagus lah daripada boling alley kat KL... sebabnya... masa kat KL... aku nak cecah 140 pin tu memang kadang-kadang jer... kalau nasib baik... tapi masa kat sini... hehehe... average score rasanya 150 pin... hehehe... average tu... so maknanya kenkadang ada gak lah cecah 180 dan 190 hehehe... bila lah plak nak cecah 200 kan... hahaha... tu lah yang kitaorg g semlm... reramai g main boling kat QBC...

so weekend ni tak der plan apa2 sangat... tapi ada lah jemput dalam 10 - 15 orang makan lunch hari Jumaat lepas solat... dah lama tak kumpul ramai-ramai... kalau bukan buat makan-makan macam mana nak ajak ramai-ramai kan... menu... keropok dan karipap... hahaha... tengok lah apa yang menjadi esok... lagpun rasanya among all jemputan tu kebanyakan nya baru sangat balik ke M'sia... rasanya depa tak de lah kepingin sangat nak makanan M'sia.... so hidang roti arab pun cukup kan... :-)

since, aku tak jadi nak balik M'sia kan... so... rasanya terpaksa lah aku plan cuti-cuti sekitar gulf ni... hehehe... ke Dubai yang nak start DSS minggu depan... atau ke Sana' yang musim panas nya average 29 degree sajer... or ke mana-mana tempat di Iran (better lawat sebelum perang kan)... or hmm... Dehi ke... :-)

kan aku cakap... entry ni entry tak perlu... sesaja jer... :-)

Wednesday, June 13, 2007

Sad sad sad...

Aku sebenarnya tengah tunggu green light daripada boss sini dan boss dari KL utk aku keje kat KL sekejap...

bukan lah aku nak ambil advantage ni so that aku boleh ke KL (walaupun itu kira bagus lah) tapi aku dah rasa keje aku ni mcm my own baby yang aku jaga... so for report yang aku bagi pada management kat sini sebelum ni aku based dengan report dari other BC termasuk kl. tp aku dapat tahu mungkin rekod depa kat KL tu kurang tepat dan tak der orang personally tgk / taking care of the report. jadi selama ni, aku akan bg report menggunakan figure yang tak tepat...

tapi... hari ni aku dapat email daripada Boss KL yang katanya Boss sini tak bagi aku ke sana dan suruh aku remotely resolved from here... aku boleh buat benda ni provided ada orang kat sana yang control and cek... kalau tak der... back to square one... hmmm....

Restructuring...

sekarang ni tengah restructuring department aku... dan benda-benda macam kelam kabut... orang yang keje sendirian macam aku ni... yang takder direct line manager macam tak certain dengan job scope... biasalah sini mana ada certain jobscope dari awal pun...

plus... there's a possibility longer working hours... like 10 hours per day for 5 days a week... (kalau it comes with tambah gaji... i don't mind... apa lah sangat boleh buat kat Doha pun kan... hehehe)

but aku agak risau skit, uncertainties selalu membuat kita risau kan... tambah risau bila my big boss yang interview me and employed me... menghadapi masalah besar dan namanya tak masuk dalam restructuring... dia lah tempat mengadu and bergantung kat sini... kalau dia betul-betul takkan ada dalam new organisation chart... errmmm.. sedih lah jugak... it's like aku akan kena report pada semua head of section, tp aku kind of tak de orang nak support aku... macam tu lah...

hope i can cope up with more work and more birokrasi... :-(

Sunday, June 10, 2007

So close...

Taufan Gonu, yang semua orang tahu, melanda Muscat Oman... geographically tempat tu memang dekat dengan Doha ni... in fact aku dah pergi pun...

dan hari ni ada kawan aku forward these pics (tak tahu lah mana source dia) kesian sungguh tengok orang yang ditimpa bencana... dan sebab aku dah pernah pergi tempat-tempat ni... kesusahan yang mereka alami... feel so close to my heart... aku berdoa agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala... dan semua bertambah selamat... Semua kuasa Allah...


aku makan kat McD ni on one of the days masa aku kat sana...

Kebetulan ada gambar yang aku pernah ambil dulu.... ni gambar masa aku kat sana....

dan selepas taufan... ini jadi nya....

gambar deretan kedai ni tak der lah aku ambil... tapi aku ingat pernah window shopping kat sini dan the following adalah gambar kedai yang menghadap deretan kedai ni.... (rasanya lah, kalau tak salah aku)
masa kat sana dulu, ada aku terbaca dalam surat khabar berkenaan tsunami yang dijangka melanda Muscat. Ramalan menjangkakan tsunami melanda 3 hari sebelum aku sampai sana... tapi setelah 3 hari tak jadi apa-apa pun...
rupanya ramalan tu kurang tepat, namun tetap menjadi. mungkin rezeki aku dapat menikmati keindahan muscat, rezeki aku taufan ni tidak melanda masa aku kat sana... Alhamdulillah...
Simpati aku kepada mangsa taufan... Alfatihah kepada muslims yang telah pergi semasa taufan...

What would you do???

Apa nak buat bila tetiba mata tak boleh tidur??? otak rasa segar... macam banyak sangat benda nak fikir... sedangkan bila fikir2... otak tu berfikir apa lah yang aku fikir sangat ni sampai aku tak boleh tido... rupa nya tak der fikir apa-apa... cuma tak boleh tidur...

dulu aku ada cara nak lelapkan mata kalau tak boleh tidur... tapi macam tak menjadi dah petua tu... macam takkan menjadi pun ada... or mungkin takkan jadi dah petua tu masa akan datang pun... biarkan je petua tu tinggal kenangan je kot... :-(

so end up aku buka laptop dan tulis entry ni... hmm... pas ni nak baca buku, study skit... for sure aku mengantuk lepas baca seperenggan buku tu... hehehe... kalau tak mengantuk gak... at least aku study... yeah time to concentrate on myself... :-)

Friday, June 08, 2007

Souq revisited...

musim kurma now... tp byk yg masih separuh masak... i like this type... :-)

ada pic kat souq.. nanti update...

Donut ke Kuih Keria??? (part 2)

Walaupun bentuk nya hampir sama tapi cara membuat nya lain... bahan nya lain... tapi matlamat dia sama... snack food or kuih dalam bahasa kita kan...

again nak bercerita pasal course pertembungan budaya yang aku pergi bulan sudah... ni aku nak tulis case study yg dibincang kan (kalau panjang sangat/kecik tulisan nya, malas baca blh skip... hehehe). ooh btw, case study ni ada nampak macam nak melebihkan orang-orang eropah (i.e. termasuk UK dan US)...

case study 1:

Lisa, an American manager, working in Asia, She talked to another ex pat colleague about her exprience: At firt she had enjoyed the atmosphere-it as very polite and people seemed very keen to help out. It was easy to get their agreement and cooperation. However, as time has moved on, she has found that the actions have not progressed at all - the deadline has passed and nothing has happened, nor has anyone given any warning that things were behinf schedule or that there was a problem. "I don't understand it, they smile and say 'no problem' but nothing happens.'

case sudy 2:

Joe has just arrived from his US-based Head Office on a secondment in India. He was overheard a complaining to his American colleague: 'These people just don't seem to get it. I have to give very detailed instructions to get even the simplest thing done. Unless i cover absolutely everything, problems usually develop. They just don't take the initiative to do anything over and above what i have outlined. I now they are bright; I heard some creative ideas being mentioned, but they are very reluctant to speak up and share them with me. I feel that they just want me to tell them what to do and then leave them to get on with it. This is different to what i see back home."

different culture jadikan kita mengambil langkah berbeza dalam menangani sesuatu perkara... tapi culture tu tak semestinya datang daripada 2 negara yang jauh... even dalam perhubungan sesama kerabat sendiri pun kadang kala tak kena... kenkadang tak semestinya sebab negara atau kaum atau agama berbeza... ia bergantung pada individu...

sebenarnya lagi susah kalau kita nak faham seseorang yang sama budaya, agama, negara... sebab kita ingat dah sama semua, approach kita pun sama... tapi ada masa nya jadi serba tak kena.. tak sefahaman... bila kita dah try our best to suits others... tapi still tak sefahaman kita jadi give up... tak nak lah kita merendah kan diri sampai terasa di control atau seperti kena pijak plak kan... so end up... buat tak reti jer lah... and let it be for others to understand us...

whether relationship semasa kerja or day-to-day life or even dalam keluarga pun... both kena faham, open up, communicate, tolak ansur... worst is... kalau ego yang ditatang dulu... tambah macam aku ni.. hidup pun keliling ngan orang yang sama... dah lah semua baru jumpa... at times nak jugak please semua orang... tp kenkadang rasa muak lah plak... people come from different background... different families... different environment... kalau tak reti nak adapt... and selalu sangat ingat cara sendiri tu lah yang terbaik... susah lah...

it's time to give and take... to communicate... to understand... to adapt... so that things can be done... hidup lebih harmoni... (unless memang nak hidup sendiri... then... tak perlu lah buat semua ni... dan jangan lah ganggu hidup orang lain...)

Thursday, June 07, 2007

Occupied...

ntah macam mana... tetiba aku jadi terlebih rajin minggu ni... bila terlebih rajin memang lah keje banyak... aku mula lah buat keje lebih-lebih... dan lebih cepat... hehehe... really like it... :-)

harap-harap momentum rajin ni berterusan lah sampai bila-bila... aku memang suka diri aku masa rajin... semua keje boleh siap... tp memang kenkadang tu diri tu terasa malas sangat nak keje... mood tu pusing2 (bukan nak puji bangsa cina, tp setakat aku keje ngan depa ni. (masa kat M'sia) depa mcm tak der turun mood rajin depa, apa lah rahsia depa? wish i could have that energy)

oooh... tambahan pulak internal audit ada kat office sekarang, disebabkan orang-orang lain macam kurang organised... dan aku lah yang memang paling organised kat office... (terpaksa angkat bakul sendiri hehehe...) thanks to my experience masa awal-awal keje dulu tu... (yup those training ground memang berkesan) so internal audit tu macam asyik-asyik tanya aku lah... (nasib baik lah minggu aku rajin... semua aku settle... dan mana2 yg tanya soalan tak sesuai tu... habis lah kena taji... hahaha)

weekends... hmm... tak der apa plan sangat... maybe dah rajin ni... kena lah tumpu on my study... memang dah kena start dah... sapa boleh tolong piat telinga ni bila aku malas study??? hehehe...

Tuesday, June 05, 2007

K0nek-ted??? or Dis-K0nek-ted???

arggh... aku dah memang dah tak boleh bersabar... memang patut dicarut jer Kew-tel ni... bagi sesapa yang selalu baca blog ni memang dah selalu sangat aku complain pasal Kew-tel dan ADSL kan...

ooh.. sebelum aku citer panjang... company aku minta semua org yg stay kat provided apartment, ambil alih land line drp company, makna nya semua bill atas nama sendiri dan bukan lagi atas nama company, and aku dah pun agree with it... hmm.. ni bukan benda yang aku nak complain ni... benda lain... tp memang berkait... ok.. senang citer aku buat kronologi kat sini (kalau nak tgk my blog entry, click pada date -kiasu! hehehe) :

19.10.2006 - aku pindah ke my new apartment, since aku tahu aku kena pindah situ a day earlier... aku dah apply utk ADSL 18.10.2006.

31.1.2007 - setelah 3 bulan aku apply masih tak dapat lagi... aku tak push sangat sebab aku pun balik raya dan busy nak settle benda lain (first few months lah katakan). bila aku complain, org admin office aku blh bagi alasan bodoh.

24.3.2007 - orang Kew-tel tak muncul-muncul walaupun dah janji nak datang... another alasan... ooh masa ni.. aku dah mula complaint lebih banyak kat my admin...

3.4.2007 - Kew-tel billed me for ADSL yang tak pernah install. bill bulan 4 aku dapat, balance tertunggak utk ADSL berjumlah QR1k++. lagi lah aku complaint, katanya installation dah buat since 9/11/06 (konon efficient lah kan???)

8.4.2007 - more complaints kat admin aku... and depa plak support kew-tel... bodos... again aku memperjuangkan hak aku (hahaha...)

9.4.2007 - akhirnya datang lah orang kew-tel ke apartment aku.... ooopsss... tapi bukan nak install tapi nak repair ADSL yg aku memang takder... (double bodos?)

end of April - aku dapat call daripada Manager kat Kew-tel, depa minta maaf kat aku personally, dan aku dapat hadiah subwoofer and speaker utk laptop (alamak busy kot masa tu, tak citer plak kat blog ni... dah ada gambar dulu... tp naper ntah tak citer). and dia janji kan yang 1.5.07 aku akan dapat ADSL.

1.5.07 - da ah... nope... tak der sapa datang install (aku dah penat nak tulis dalam blog...)

15.5.07 - akhirnya ada orang install tp still tak leh get connected....

17.5.07 - i got ADSL line.... :-) hooray!!!

27.5.07 - aku dapat email dari admin katanya nak pindah semua nama landline kepada tenant apartment. aku tak sign, tp argue supaya semua bil tertunggak (remember 1k++ tu) dicreditkan dari akaun aku... dia bg deadline 7.6.07 utk aku sign... i'll see apa respon depa.

3.6.07 - depa baru nak respon and depa cuba settlekan...

4.6.07 - dapat email dari manager Kew-tel yg semua balance dah dicreditkan... Alhamdulillah... :-).... happy ni... sbb semua settle... now baru first time aku nak log-in internet since installation... aku tak nak login sebelum ni sbb aku nak semua settle dulu...

5.6.07 (6.30 am... pg tadi) - aku cuba login tak dapat... aku call kew-tel... kata nya my land line dan ADSL dah dis-K0nek-ted since 22.5.07... WTF!!! BODOS tak???

masa kat office... apa lagi aku serang lah admin... apahal lak kena dis-K0nek?? dengan bodos nya dia kata... oh mungkin disebabkan ada gp period antara aku masuk bln 10 tahun lepas dgn org yg keluar dr apartment aku tu (aku tak tahu bila) depa ada hantar surat suruh dis-K0nek the landline.. dan depa baru buat 22.05.07!!! Triple bodos!!! now depa kata kalau aku nak land line dan ADSL (yg rupanya cuma 5 hari je hidup) aku kena apply semula dan aku kena tanggung semua charges!!! Quadraple Bodos!!!

aku dah suruh depa dapatkan my line... or else... aku dah fed up... pas ni ada yang nampak org pakai baju tidor or berweekend kat office layan internet... aku dah tak boleh nak sabar... this-K0nek or that-Konek???

Friday, June 01, 2007

English Breakfast or Nasi Lemak??? (part 1)

Ntah macam mana, semlm masa fikir-fikir apa nak makan masa lunch, aku teringat makanan yg aku dulu pernah muak dan tak larat nak makan masa lunch kat office KL... aku teringat nasi campur kat kedai mamak, taruh ayam goreng garing, kuah madu dan kuah kari... taruh sayur kobis layu dan papadom... hmmm.. walaupun aku dulu dah muak makan benda ni, sbb makan tiap-tiap hari... tetiba bila teringat makanan ni... terliur plak... (akhirnya aku lunch makan roti arab cicah daging with mushroom soup n kuah kari ayam -arab style- color kuning pekat takde rasa). hehehe... ooopsss... bukan ni yang aku nak citer... tp best kan kalau citer pasal makan... tak pernah habis :-) tapi tu lah bezanya... lain tempat lain makanannya kan...

3 minggu lepas (lebih kuranglah) aku hadirkan diri ke Cultural Awareness Course anjuran ofis aku... ni kali kedua seminar ni dibuat, kononnya ada orang-orang expat baru yang memerlukan recap pasal pertembungan budaya ni... tp aku rasa tak memberangsangkan langsung penerimaan orang2 putih kat ofis aku... daripada 3 sesi 8 jam tu, 1 sesi terpaksa di cancel sbb 2 org je dtg. sesi aku pada hari ke 3 pun cuma ada lebih kurang 12 org je dtg. Bila aku balik ofis the next day, org putih (UK) cakap, seronok pergi course yg diconduct oleh sorang aussie dan sorang jamaican tu? ooh rupanya depa pandang kulit lah, sbb pada depa aussie apa tahu pasal budaya UK kan.... dan Jamaican nak wakil diri sebagai Qatari??? hmmm...

apa aku dapat daripada course tu??? (soalan terakhir yang disoal masa penghujung seminar) aku rasa aku lebih tahu berkenaan budaya (read : insensitive, ignorance and pride) org2 UK... hehehe... (lain daripada org lain) tujuan cultural awareness mcm nak jelaskan budaya tempatan kepada expat, dan berubah yakni adapt lah pada cultural luar bukan lah nak anggap budaya dr negara dia tu yang terbaik. tetapi apa yg diharap oleh minat dan mat salleh ni adalah supaya budaya tempatan dan lain2 berubah dan mengikut cara mereka. so masa seminar tu, asyik-asyik dibandingkan budaya mereka tu lebih bagus, dan asyik-asyik dibanggakan apa yang mereka hilang (miss)/terpaksa tempuh kat sini.

bukan lah aku nak banggakan budaya tempatan yang tak bertamadun ni, ada lah amalan orang sini (Arab) yang patut berubah, macam tak reti nak beratur, cara driving macam jalan tu depa punya (memang pun kan) dan bossy tak tentu pasal (nak beli barang kat kedai runcit/nak order juice kat kedai, depa hon jer dari dlm kereta org kedai kena ke kereta ambil order). ditambah plak kewujudan ramai giler kelly ng yg sememangnya aku tak faham putar belit nya. kalau kat jalan, yg tetiba tukar lane tak bg signal, masuk lane tak tentu arah dan mcm-mcm lagi... oh.. jangan cakap lah kalau masa nak deal ngan depa, lagi lah berputar belit... (B.O busuk yg tengik blh kira budaya ke?? hehehe) mcm tu lah budaya tempatan (*minta maaf kalau ada yang terasa, this is generalisation based on my observation*)

tp... org putih ni plak... nak orang ikut budaya depa... ada yang bagus ok lah... tapi jangan lah harap semua nya sama macam kat negara depa... kalau dah tak boleh nak adapt, balik lah negara sendiri kan... pergi negara orang tukar lah skit budaya tu supaya sesuai dengan keadaan... tp masih kekalkan lah budaya yang baik tu.... (aku tak berapa setuju dgn pepatah melayu, masuk kandang tu... sbb mcm ubah semuanya, i think adapt skit2 dan kekalkan apa yang bagus dan improvised budaya tempatan ke lebih baik, better).

actually pertembungan budaya ni mmg effect cara kerja seseorang, patut lah dulu masa awal-awal kerja aku dengar khabar angin katanya employer kat M'sia lebih suka ambil oversea grad berbanding local grad, ini semua mungkin sbb pembawaan diri org yg study oversea tu. org UK dan US lebih individual focus yakni (pada pendapat aku) lebih berani ke depan, nampak lebih bertanggungjawab sebagai individu berbanding kumpulan etc, manakala kita kat Malaysia lebih Group focus, kita lebih harmoni, a team member dan bila buat keputusan tu suka nak tanya semua orang, get consensus etc... jadi bila time reward/interview, boss akan nampak yg individual focus ni lebih menonjol, bukan nya tak bagus group focus, depa bagus in a team. bila dah individual, mula lah bila ada salah, selalu pinpoint pada org instead of us, we rectify as a group and solve it.

bukan tu jer... kita punya budaya berhierarki berbanding sesetengah tempat yang flat hierarchy (equality)... tu lah kita berbudaya encik/tuan/puan... status tu penting... pendapat pun susah nak bagi sbb kita ingat kita org bawah... lain pada tu, kita ni orang asia lebih indirect berbanding mereka yang lebih direct... pertembungan budaya inilah yang membezakan cara kerja... yang mungkin sebelah pihak kata pihak lagi satu tunjuk bagus, while orang tu plak balas kata kita ni lembab tak tahu nak cakap terus terang...

pemahaman budaya lebih penting, tak semestinya budaya kita tu tak bagus, dan tak semestinya budaya mereka budaya paling bertamadun... tetapi kalau kita boleh adapt dan mengamalkan kedua-dua budaya pada masa yang sesuai lebih bagus... janji keje jalan... dapat siap orang puas hati gaji masuk bulan-bulan (arrggh... tak maju nya hidup aku).

tp tu lah yang aku nak bebelkan ni... inilah antara benda yang aku alami masa keje sini i.. pertembungan budaya.... aku lagi lah kira org minoriti kat sini... dan aku jadi org tengah operation dan dept aku... masa aku deal ngan operations, mostly org UK ni.. terpaksalah aku ikut budaya mereka... kena individualistic, berani ke depan etc... tp bila aku nak deal ngan department aku yg boss arab dan ramai asians... aku lebih work as a team dan lebih hormat dgn bosses... hmmm... talam dua muka??? ntah lah... tapi cam tu lah... antara benda yang aku belajar kat sini...