Friday, June 08, 2007

Souq revisited...

musim kurma now... tp byk yg masih separuh masak... i like this type... :-)

ada pic kat souq.. nanti update...

Donut ke Kuih Keria??? (part 2)

Walaupun bentuk nya hampir sama tapi cara membuat nya lain... bahan nya lain... tapi matlamat dia sama... snack food or kuih dalam bahasa kita kan...

again nak bercerita pasal course pertembungan budaya yang aku pergi bulan sudah... ni aku nak tulis case study yg dibincang kan (kalau panjang sangat/kecik tulisan nya, malas baca blh skip... hehehe). ooh btw, case study ni ada nampak macam nak melebihkan orang-orang eropah (i.e. termasuk UK dan US)...

case study 1:

Lisa, an American manager, working in Asia, She talked to another ex pat colleague about her exprience: At firt she had enjoyed the atmosphere-it as very polite and people seemed very keen to help out. It was easy to get their agreement and cooperation. However, as time has moved on, she has found that the actions have not progressed at all - the deadline has passed and nothing has happened, nor has anyone given any warning that things were behinf schedule or that there was a problem. "I don't understand it, they smile and say 'no problem' but nothing happens.'

case sudy 2:

Joe has just arrived from his US-based Head Office on a secondment in India. He was overheard a complaining to his American colleague: 'These people just don't seem to get it. I have to give very detailed instructions to get even the simplest thing done. Unless i cover absolutely everything, problems usually develop. They just don't take the initiative to do anything over and above what i have outlined. I now they are bright; I heard some creative ideas being mentioned, but they are very reluctant to speak up and share them with me. I feel that they just want me to tell them what to do and then leave them to get on with it. This is different to what i see back home."

different culture jadikan kita mengambil langkah berbeza dalam menangani sesuatu perkara... tapi culture tu tak semestinya datang daripada 2 negara yang jauh... even dalam perhubungan sesama kerabat sendiri pun kadang kala tak kena... kenkadang tak semestinya sebab negara atau kaum atau agama berbeza... ia bergantung pada individu...

sebenarnya lagi susah kalau kita nak faham seseorang yang sama budaya, agama, negara... sebab kita ingat dah sama semua, approach kita pun sama... tapi ada masa nya jadi serba tak kena.. tak sefahaman... bila kita dah try our best to suits others... tapi still tak sefahaman kita jadi give up... tak nak lah kita merendah kan diri sampai terasa di control atau seperti kena pijak plak kan... so end up... buat tak reti jer lah... and let it be for others to understand us...

whether relationship semasa kerja or day-to-day life or even dalam keluarga pun... both kena faham, open up, communicate, tolak ansur... worst is... kalau ego yang ditatang dulu... tambah macam aku ni.. hidup pun keliling ngan orang yang sama... dah lah semua baru jumpa... at times nak jugak please semua orang... tp kenkadang rasa muak lah plak... people come from different background... different families... different environment... kalau tak reti nak adapt... and selalu sangat ingat cara sendiri tu lah yang terbaik... susah lah...

it's time to give and take... to communicate... to understand... to adapt... so that things can be done... hidup lebih harmoni... (unless memang nak hidup sendiri... then... tak perlu lah buat semua ni... dan jangan lah ganggu hidup orang lain...)

Thursday, June 07, 2007

Occupied...

ntah macam mana... tetiba aku jadi terlebih rajin minggu ni... bila terlebih rajin memang lah keje banyak... aku mula lah buat keje lebih-lebih... dan lebih cepat... hehehe... really like it... :-)

harap-harap momentum rajin ni berterusan lah sampai bila-bila... aku memang suka diri aku masa rajin... semua keje boleh siap... tp memang kenkadang tu diri tu terasa malas sangat nak keje... mood tu pusing2 (bukan nak puji bangsa cina, tp setakat aku keje ngan depa ni. (masa kat M'sia) depa mcm tak der turun mood rajin depa, apa lah rahsia depa? wish i could have that energy)

oooh... tambahan pulak internal audit ada kat office sekarang, disebabkan orang-orang lain macam kurang organised... dan aku lah yang memang paling organised kat office... (terpaksa angkat bakul sendiri hehehe...) thanks to my experience masa awal-awal keje dulu tu... (yup those training ground memang berkesan) so internal audit tu macam asyik-asyik tanya aku lah... (nasib baik lah minggu aku rajin... semua aku settle... dan mana2 yg tanya soalan tak sesuai tu... habis lah kena taji... hahaha)

weekends... hmm... tak der apa plan sangat... maybe dah rajin ni... kena lah tumpu on my study... memang dah kena start dah... sapa boleh tolong piat telinga ni bila aku malas study??? hehehe...

Tuesday, June 05, 2007

K0nek-ted??? or Dis-K0nek-ted???

arggh... aku dah memang dah tak boleh bersabar... memang patut dicarut jer Kew-tel ni... bagi sesapa yang selalu baca blog ni memang dah selalu sangat aku complain pasal Kew-tel dan ADSL kan...

ooh.. sebelum aku citer panjang... company aku minta semua org yg stay kat provided apartment, ambil alih land line drp company, makna nya semua bill atas nama sendiri dan bukan lagi atas nama company, and aku dah pun agree with it... hmm.. ni bukan benda yang aku nak complain ni... benda lain... tp memang berkait... ok.. senang citer aku buat kronologi kat sini (kalau nak tgk my blog entry, click pada date -kiasu! hehehe) :

19.10.2006 - aku pindah ke my new apartment, since aku tahu aku kena pindah situ a day earlier... aku dah apply utk ADSL 18.10.2006.

31.1.2007 - setelah 3 bulan aku apply masih tak dapat lagi... aku tak push sangat sebab aku pun balik raya dan busy nak settle benda lain (first few months lah katakan). bila aku complain, org admin office aku blh bagi alasan bodoh.

24.3.2007 - orang Kew-tel tak muncul-muncul walaupun dah janji nak datang... another alasan... ooh masa ni.. aku dah mula complaint lebih banyak kat my admin...

3.4.2007 - Kew-tel billed me for ADSL yang tak pernah install. bill bulan 4 aku dapat, balance tertunggak utk ADSL berjumlah QR1k++. lagi lah aku complaint, katanya installation dah buat since 9/11/06 (konon efficient lah kan???)

8.4.2007 - more complaints kat admin aku... and depa plak support kew-tel... bodos... again aku memperjuangkan hak aku (hahaha...)

9.4.2007 - akhirnya datang lah orang kew-tel ke apartment aku.... ooopsss... tapi bukan nak install tapi nak repair ADSL yg aku memang takder... (double bodos?)

end of April - aku dapat call daripada Manager kat Kew-tel, depa minta maaf kat aku personally, dan aku dapat hadiah subwoofer and speaker utk laptop (alamak busy kot masa tu, tak citer plak kat blog ni... dah ada gambar dulu... tp naper ntah tak citer). and dia janji kan yang 1.5.07 aku akan dapat ADSL.

1.5.07 - da ah... nope... tak der sapa datang install (aku dah penat nak tulis dalam blog...)

15.5.07 - akhirnya ada orang install tp still tak leh get connected....

17.5.07 - i got ADSL line.... :-) hooray!!!

27.5.07 - aku dapat email dari admin katanya nak pindah semua nama landline kepada tenant apartment. aku tak sign, tp argue supaya semua bil tertunggak (remember 1k++ tu) dicreditkan dari akaun aku... dia bg deadline 7.6.07 utk aku sign... i'll see apa respon depa.

3.6.07 - depa baru nak respon and depa cuba settlekan...

4.6.07 - dapat email dari manager Kew-tel yg semua balance dah dicreditkan... Alhamdulillah... :-).... happy ni... sbb semua settle... now baru first time aku nak log-in internet since installation... aku tak nak login sebelum ni sbb aku nak semua settle dulu...

5.6.07 (6.30 am... pg tadi) - aku cuba login tak dapat... aku call kew-tel... kata nya my land line dan ADSL dah dis-K0nek-ted since 22.5.07... WTF!!! BODOS tak???

masa kat office... apa lagi aku serang lah admin... apahal lak kena dis-K0nek?? dengan bodos nya dia kata... oh mungkin disebabkan ada gp period antara aku masuk bln 10 tahun lepas dgn org yg keluar dr apartment aku tu (aku tak tahu bila) depa ada hantar surat suruh dis-K0nek the landline.. dan depa baru buat 22.05.07!!! Triple bodos!!! now depa kata kalau aku nak land line dan ADSL (yg rupanya cuma 5 hari je hidup) aku kena apply semula dan aku kena tanggung semua charges!!! Quadraple Bodos!!!

aku dah suruh depa dapatkan my line... or else... aku dah fed up... pas ni ada yang nampak org pakai baju tidor or berweekend kat office layan internet... aku dah tak boleh nak sabar... this-K0nek or that-Konek???

Friday, June 01, 2007

English Breakfast or Nasi Lemak??? (part 1)

Ntah macam mana, semlm masa fikir-fikir apa nak makan masa lunch, aku teringat makanan yg aku dulu pernah muak dan tak larat nak makan masa lunch kat office KL... aku teringat nasi campur kat kedai mamak, taruh ayam goreng garing, kuah madu dan kuah kari... taruh sayur kobis layu dan papadom... hmmm.. walaupun aku dulu dah muak makan benda ni, sbb makan tiap-tiap hari... tetiba bila teringat makanan ni... terliur plak... (akhirnya aku lunch makan roti arab cicah daging with mushroom soup n kuah kari ayam -arab style- color kuning pekat takde rasa). hehehe... ooopsss... bukan ni yang aku nak citer... tp best kan kalau citer pasal makan... tak pernah habis :-) tapi tu lah bezanya... lain tempat lain makanannya kan...

3 minggu lepas (lebih kuranglah) aku hadirkan diri ke Cultural Awareness Course anjuran ofis aku... ni kali kedua seminar ni dibuat, kononnya ada orang-orang expat baru yang memerlukan recap pasal pertembungan budaya ni... tp aku rasa tak memberangsangkan langsung penerimaan orang2 putih kat ofis aku... daripada 3 sesi 8 jam tu, 1 sesi terpaksa di cancel sbb 2 org je dtg. sesi aku pada hari ke 3 pun cuma ada lebih kurang 12 org je dtg. Bila aku balik ofis the next day, org putih (UK) cakap, seronok pergi course yg diconduct oleh sorang aussie dan sorang jamaican tu? ooh rupanya depa pandang kulit lah, sbb pada depa aussie apa tahu pasal budaya UK kan.... dan Jamaican nak wakil diri sebagai Qatari??? hmmm...

apa aku dapat daripada course tu??? (soalan terakhir yang disoal masa penghujung seminar) aku rasa aku lebih tahu berkenaan budaya (read : insensitive, ignorance and pride) org2 UK... hehehe... (lain daripada org lain) tujuan cultural awareness mcm nak jelaskan budaya tempatan kepada expat, dan berubah yakni adapt lah pada cultural luar bukan lah nak anggap budaya dr negara dia tu yang terbaik. tetapi apa yg diharap oleh minat dan mat salleh ni adalah supaya budaya tempatan dan lain2 berubah dan mengikut cara mereka. so masa seminar tu, asyik-asyik dibandingkan budaya mereka tu lebih bagus, dan asyik-asyik dibanggakan apa yang mereka hilang (miss)/terpaksa tempuh kat sini.

bukan lah aku nak banggakan budaya tempatan yang tak bertamadun ni, ada lah amalan orang sini (Arab) yang patut berubah, macam tak reti nak beratur, cara driving macam jalan tu depa punya (memang pun kan) dan bossy tak tentu pasal (nak beli barang kat kedai runcit/nak order juice kat kedai, depa hon jer dari dlm kereta org kedai kena ke kereta ambil order). ditambah plak kewujudan ramai giler kelly ng yg sememangnya aku tak faham putar belit nya. kalau kat jalan, yg tetiba tukar lane tak bg signal, masuk lane tak tentu arah dan mcm-mcm lagi... oh.. jangan cakap lah kalau masa nak deal ngan depa, lagi lah berputar belit... (B.O busuk yg tengik blh kira budaya ke?? hehehe) mcm tu lah budaya tempatan (*minta maaf kalau ada yang terasa, this is generalisation based on my observation*)

tp... org putih ni plak... nak orang ikut budaya depa... ada yang bagus ok lah... tapi jangan lah harap semua nya sama macam kat negara depa... kalau dah tak boleh nak adapt, balik lah negara sendiri kan... pergi negara orang tukar lah skit budaya tu supaya sesuai dengan keadaan... tp masih kekalkan lah budaya yang baik tu.... (aku tak berapa setuju dgn pepatah melayu, masuk kandang tu... sbb mcm ubah semuanya, i think adapt skit2 dan kekalkan apa yang bagus dan improvised budaya tempatan ke lebih baik, better).

actually pertembungan budaya ni mmg effect cara kerja seseorang, patut lah dulu masa awal-awal kerja aku dengar khabar angin katanya employer kat M'sia lebih suka ambil oversea grad berbanding local grad, ini semua mungkin sbb pembawaan diri org yg study oversea tu. org UK dan US lebih individual focus yakni (pada pendapat aku) lebih berani ke depan, nampak lebih bertanggungjawab sebagai individu berbanding kumpulan etc, manakala kita kat Malaysia lebih Group focus, kita lebih harmoni, a team member dan bila buat keputusan tu suka nak tanya semua orang, get consensus etc... jadi bila time reward/interview, boss akan nampak yg individual focus ni lebih menonjol, bukan nya tak bagus group focus, depa bagus in a team. bila dah individual, mula lah bila ada salah, selalu pinpoint pada org instead of us, we rectify as a group and solve it.

bukan tu jer... kita punya budaya berhierarki berbanding sesetengah tempat yang flat hierarchy (equality)... tu lah kita berbudaya encik/tuan/puan... status tu penting... pendapat pun susah nak bagi sbb kita ingat kita org bawah... lain pada tu, kita ni orang asia lebih indirect berbanding mereka yang lebih direct... pertembungan budaya inilah yang membezakan cara kerja... yang mungkin sebelah pihak kata pihak lagi satu tunjuk bagus, while orang tu plak balas kata kita ni lembab tak tahu nak cakap terus terang...

pemahaman budaya lebih penting, tak semestinya budaya kita tu tak bagus, dan tak semestinya budaya mereka budaya paling bertamadun... tetapi kalau kita boleh adapt dan mengamalkan kedua-dua budaya pada masa yang sesuai lebih bagus... janji keje jalan... dapat siap orang puas hati gaji masuk bulan-bulan (arrggh... tak maju nya hidup aku).

tp tu lah yang aku nak bebelkan ni... inilah antara benda yang aku alami masa keje sini i.. pertembungan budaya.... aku lagi lah kira org minoriti kat sini... dan aku jadi org tengah operation dan dept aku... masa aku deal ngan operations, mostly org UK ni.. terpaksalah aku ikut budaya mereka... kena individualistic, berani ke depan etc... tp bila aku nak deal ngan department aku yg boss arab dan ramai asians... aku lebih work as a team dan lebih hormat dgn bosses... hmmm... talam dua muka??? ntah lah... tapi cam tu lah... antara benda yang aku belajar kat sini...