Thursday, October 22, 2009

Haji...

Alhamdulillah... aku mendapat jemputan Allah untuk mengerjakan haji pada tahun ni... mmg rezeki kurniaan Allah... now i really percaya berkenaan rezeki utk pergi haji ni. Duit dan tenaga bukan jadi pengukur... tetapi lebih kepada rezeki dr Allah dan rahmat Dia je kita berpeluang g haji... ada lebih kurang 40+ org M'sia kat sini yg berhajat n mendaftar g haji, setakat ni cuma 15 org lebih kurang yg dpt pergi.

serba sedikit berkenaan proses application haji kat sini. seminggu ramadhan hari tu dia declare kat surat khabar permohonan nak g haji telah dibuka dan permohonan dibuat melalui website haji. bagi rakyat malaysia kat sini, kita dah kumpul siap2 salinan passport dan gambar dan serahkan pada hamlah (travel agent) utk urusan haji. walaupun sebenarnya individu yg nak pergi kena register sendiri, tp bg kami, hamlah sini volunteer nak register kan. Senang lah... tak ragu2 sangat dgn proses ni.

kemudian tunggu lah jawapan. Alhamdulillah, selasa sudah aku dpt sms kata permohonan aku diterima. dan aku diminta berhubung dengan hamlah utk langkah seterusnya dlm tempoh 3 hari selepas terima sms tu. Next, kita semua kena bg passport original, surat kebenaran dr company, dapatkan suntikan influenza dan meninggitis dan bayaran penuh. Setelah semua ini diserahkan, baru confirm dpt g haji. dalam tempoh 4 hari selepas itu (in total 7 hari lah dr confirmation date), kalau ada yg tak abis selesaikan benda ni, permohonan dia terus dibatalkan dan akan bg kuota pada org lain.

Menurut surat khabar, 1200 jemaah haji dr Qatar akan menaiki bas untuk menunaikan haji. dan aku insyaAllah salah sorang dr 1200 jemaah tersebut. katanya naik bas mungkin sampai 30 jam... nanti aku detail out in the post-haji entry. tahun ni ada diskriminasi skit, dulu dia pengumuman hanya qatari sahaja dibenarkan pergi ke makkah menaiki kapal terbang, bangsa2 lain naik lah bas. I dont mind actually sbb memang plan asal nak g haji pun naik bas, so no hal lah. tp diskriminasi betul.... perhaps, they have their reasoning.

Anyway, doakan aku semoga terus menyiapkan persediaan g haji. Frankly, aku tak de siap apa2 sangat lagi... tak de kursus haji mcm kat malaysia kat sini... tak ramai ustaz yg blh mengajar pun... insyaAllah aku cuba buat yg terbaik...

Again... Alhamdulillah... aku dpt rezeki ini.....

6 comments:

anap_ilmi said...

Alhamdulillah..seronok bile dgr org nak pergi haji neh..nnt boleh la kirim doa keyh?

Doakan supaya dapat menamatkan pengajian pada semester ini dengan cemerlang dan menjadi tetamu Allah lagi pada musim haji akan dtg...terima kasih ~

dzi said...

alhamduillah... untung nye u. selamat pegi n balik yer. Moga Ibadah u diterima Allah. take care

Dills said...

Alhamdulillah...syukur nikmat pada tuhan..

Anonymous said...

i doakn moga mndpt hj yg mabrur.. doakn i jugak kat sana yer...

Pu3 UMNO Perak said...

Alhamdulillah...congrats bro! hmm, tak citer pun masa balik ari tu? my parents pun dapat g gak this year.. kalau terserempak dgn diorang, tegur2 ek...
Moga selamat perjalanan pergi dan balik, selamat dan sihat semasa mengerjakan haji dan semoga mendapat haji mabrur..

zal said...

anap_ilmi, dzi, dills, anon, PUP
Terima kasih atas doa... sesapa nak doa, nanti aku akan taruh entry... senang nak ambik dr situ, and tolong doakan... insyaAllah