Sunday, August 31, 2008

Ramadhan Kareem!!!

Kepada semua umat Islam... Selamat menyambut bulan Ramadhan... InsyaAllah dirajinkan diri kita dengan diperbanyakkan ibadah... Semoga Ramadhan tahun ini lebih sempurna dari yang telah lalu...

kalau ikut kalendar Islam.. 2 hari sudah genap 2 tahun aku kat doha. 2 tahun sudah.. aku g ke MAQ event alih2 malam tu ada sembahyang terawikh... read here... mlm ni plak aku akan ke embasssy sempena sambutan hari Merdeka... pas tu terawikh...

lain mcm skit pengumuman puasa kat sini. walaupun majority umat islam duduk kat sini, tp information mcm ni, selalu nya kena tunggu kat masjid, bukan kat tv atau radio. bila ditanya kat org org arab ni, katanya, kalau kat masjid ada solat terawikh maka esoknya puasa lah... pelik...

anyway, insyaAllah... esok adalah hari pertama bg seluruh umat islam di dunia tahun ni... (kecuali umat islam kat libya yg dah puasa start hari ni - 31 Ogos 08).

Selamat Berpuasa!!! Ramadhan Mubarak!!! Ramadhan Kareem!!! InsyaAllah...

Saturday, August 30, 2008

Fun day by the pool... n birthday... and karaoke... and bbq...

hehehe... from the title dah tahu dah.. punya lah banyak aktiviti last friday... punya lah best... siap mandi kolam (bapak2 budak lagi banyak dr budak)... then celebrate birthday by the pool... sambung BBQ kat umah... and karaoke until midnite... enjoy the pics below...
the party...
and the pool..
the bbq...
buka hadiah...
and karaoke...












and finally... special pose for blog readers...
tp mcm tak sesuai je gambar ni utk bg ucapan selamat berpuasa.... hehehe...

Friday, August 29, 2008

Anwar....

Korang mungkin tak sempat tgk interview ni kat tv... or perhaps korang mungkin tak subscribe channel ni.... enjoy the interview :-)
part 1...


part 2


will the 16 september betul-betul terjadi??? hmm...

Wednesday, August 27, 2008

Tengok anak bulan...

Ni aku dapat kat dalam gulf times today (27 ogos 2008)...

Moon sighting appeal
Published: Wednesday, 27 August, 2008, 01:31 AM Doha Time
THE ADHOC committee for sighting the crescent moon at the Ministry of Waqfs (endowments) and Islamic Affairs has urged all Muslims in Qatar to try to scan the sky on Saturday evening, 29th Sha’aban (August 30), to spot the Ramadan Crescent moon. The committee appealed to any person who sighting the crescent moon to report to its premises located at the building of Waqfs and Islamic Affairs Ministry in the Al Sadd area to give his testimony where the committee will meet immediately after Maghreb (sunset) prayer. – QNA


manakala ni dalam suratkhabar Malaysia... utusan malaysia (27 ogos 2008)

31 Ogos tarikh lihat anak bulan Ramadan
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan berpuasa di Malaysia tahun ini ditetapkan pada petang Ahad, 31 Ogos ini (29 Syaaban 1429 Hijrah). ...bla... bla... bla...

hmm.. macam mana ni??? kat malaysia cakap, 31 ogos = 29 syaaban, while sini plak 30 ogos = 29 syaaban...

so ada kemungkinan... sini start puasa on 31 ogos if ada nampak anak bulan.. while org kat malaysia br nak mula tgk anak bulan n only fast on 1 sept.

and for me yg akan beraya kat malaysia... n most probably raya on 1 oct (kalau puasa on 1 sept)... aku akan puasa 31 hari.. so mcm mana? kalau ikut hadith, (translate guna bahasa pasar) beraya bila nampak anak bulan.. but max2 puasa 30 hari je... (correct me if am wrong)

plus... dear embassy people... be careful, korang ada majlis makan malam merdeka day on 31st, kalau puasa pd hari tu, korang kena lah sedia makan enough utk berbuka puasa ok :-)

Monday, August 25, 2008

Olimpik...

semlm last day olimpik, dan malaysia dapat 1 pingat perak. aku hairan jugak kenapa lah sukan kat malaysia tak power pun, mcm susah je nak menang.


dulu katanya sebab badan kecik, tp sukan yg perlu badan kecik mcm gimnastik pun tak blh jadi taraf olimpik. in fact, org yg sama saiz, thailand siap boleh menang emas angkat berat wanita tu. nak kata sebab kemudahan peralatan dan kewangan tak cukup, mungkin lah kot kemudahan dan bantuan kat Jamaica lebih baiklah kot, tu lah sampai 6 pingat emas dan 3 rekod dunia. nasib baik lah ada nicol ann david yg world class, tp tak lah plak ada squash kat olimpik. kalau tak ada lah harapan pingat emas yg lebih cerah.


anyway, kat office aku pun ada gak demam olimpik... depa pakat letak bendera negara masing-masing... :-)


so kat office aku sebenarnya memang pelbagai bangsa, from the flags blh tgk dari mana datang org-org office mate aku... ramai dari UK, ada gak Kanada, Itali, Mesir, Romania, Palestin, Qatar, Saudi, Eritrea, Lebanon, Tanzania, China, Sweden, Venezuela, Greece, Singapore, etc... and definitely sorang Malaysia :-)



on different news but still berkaitan sukan, Real Madrid won Spanish supercup mlm tadi... hmm... semlm aku tgk La Liga features season 2008/09 ada game Real Madrid vs Barca 3 May 2009... ada tak sesapa nak join aku g ke Madrid masa tu??? sesapa tahu mana reliable internet page utk aku beli tiket???

Tuesday, August 19, 2008

Kerja Kosong!!!

I have received the following email from Finance Department:

Dear all,

As you know, Finance Department needs to fill-in the vacant positions across the different Sections of the Department in order to allow for a better work quality with lesser workload...

Accordingly, you are kindly requested to submit CVs of candidates whom you think are qualified, hard-working and have a pleasant character to me and I shall pass them on to our Department Manager.

So you guys out there... yang keje Finance lah... please do submit your CV... tak kisah lah ada experience ke tak... i think ada je keje kat sini yang sesuai... :-)

Sunday, August 17, 2008

Favourite programme...

Aku keje kat department yg produce documentary utk AJE tv. dalam banyak2 documentary yg pernah ditayangkan oleh company aku, ada banyak aku rasa bagus dan ada beberapa yg mmg sangat bagus. antara my favourite program ialah kisah wartawan buat cover pasal Masjid Lal kat Pakistan. right sebelum pertempuran kecil kat Masjid tu. you can read more abt peristiwa tu kat wikipedia... sini dan sini.

watch the programme... its really an award winning... :-) enjoy....





it's the world issue yg aku rasa patut kita tahu... and kenkadang kita ignore je... we didnt go in detail (tak sedetail kes liwat mamat tu). sama macam kes perang georgia dan russia ni, berapa banyak sangat antara kita yg tahu in detail apa sebenarnya yg terjadi.

aku tak cakap pasal org lain... aku sendiri mmg dah kurang membaca n tahu pasal hal benda lain. especially bila drama politik negara yg dah mengarut tp nampak lebih menarik utk dibaca... (i reserve my comment on that, let those yg arif talk about it...).

Saturday, August 16, 2008

MAQ - Bowling...

Jumaat sudah aku for the first time this year join aktiviti anjuran MAQ... (M'sian Assoc Qatar). Aku sebenarnya bukan ahli persatuan pun. the reason aku tak join sbb tahun lepas aktiviti nya semua berunsur family dan mcm ada politik skit kat dalam tu... (oops... tak nak banyak komen)


anyhow, atas pujukan abe, last friday aku join pertandingan boling ni. saja je pun, sbb dah tahu for sure kalah.... nak memeriahkan majlis. the game was ok, cuma aku seperti biasa tak perform. dah mmg tak pandai main... for record, aku cuma dapat 140 in average... aku target 150 average...


it was good to hang out together with other malaysian. memandangkan aku ni sorang je malaysia satu company aku, aktiviti mcm ni lah aku dpt kenal malaysian lain. for this event aku kenal few UEM. frankly, community malaysia kat sini mcm satu pe'el.. they tend to stick with the same ppl from same company. kalau org minyak n gas... geng tu je lah depa... kalau gamuda, melepak ngan geng depa... Qatar crew ngan crew2 lain, UEM dok g keje n balik umah melepak ngan group sama... org mcm aku ni, kena lah menempek dlm group group ni... hmmm...

utk aktiviti boling ni, disebabkan sapa sampai dulu dia main dulu, nampak mcm tak really organised. tp mmg patut lah buat mcm tu, sbb org2 malaysia kita ni, kata jam 7.30 start.. jam 7.45 pun tak muncul2. lagi satu, kenapa perlu pengumuman dibuat dalam bahasa inggeris? ni aktiviti sesama malaysian lah.... guna lah bahasa malaysia. kenapa lah pinoy2 kalau buat aktiviti kat boling center blh ubah suasana tempat tu jadi mcm manila esp sbb pengumuman dlm tagalog. ok... mungkin lah guna bahasa malaysia pasar mcm blog aku ni pun aku rasa ok jugak. tak lah semua dalam bahasa inggeris, berapa kerat sangat tak tahu bahasa malaysia?


yang bagus nya MAQ nya aktiviti ni, mlm nya plak ada acara makan2. best!!! buat plak kat kedai seri kebaya (the only malaysian restaurant yg harga makanan dia yg agak mahal) or perhaps, sbb aktiviti ni kena sponsor, tu leh buat kat restoran ni.


dinner best, tak banyak pun aturcara selain bg hadiah pemenang boling dan cabutan bertuah. lepas tu karaoke... aku baru je menemui bakat dipendam, ada sorang mamat ni, kaki karaoke rupanya... hmm.. pas ni, boleh tak kiranya set karaoke kitaorg tu pindah kat umah dia je???? :-) lama sungguh tak karaoke. berkaraoke lah kaki2 karaoke sampai jam 12 malam!


eh, takkan aku tak complain2 kan.. :-) the food was ok, average... masakan restoran ni ok, ada rasa tapi tak de kick... mcm ada kureng sana sini... dulu masa aku awal2 try dulu mcm ok, now qualiti dia makin kurang... the taste is there but just there.. no umph... kalau kedai ni wujud kat kl, org takkan layan punya.

n satu lagi, disebabkan pencatuan makanan dan jugak lambat refill, aku rasa 50% daripada seluruh makanan tak habis dimakan. depa mula2 catu satay 2 cucuk sorang, takut satay tak cukup... tp pencatuan depa tu tak betul estimate, supposedly based on kerusi yg depa ada, they should know lah berapa org dlm restaurant and catu lah so that satay tu cukup or ngam-ngam. ni tak.. bg sorang 2 cucuk, yg akhirnya dr 5-6 bungkus satay yg disediakan, ada baki 3 bungkus lagi. aku tak lah complain sbb aku nak makan banyak... cuma aku rasa mmg pembaziran ya amat.

anyway, tahniah MAQ. bukan senang nak organise event... tp mmg org senang complaint... yup, take it as an idea to improve. tu je... good luck on ur next event... ada rezeki aku join!!! :-)

Wednesday, August 13, 2008

Keep your mid finger down...

Semlm ada lah mamat Qatari kat office aku cite pasal ada kes bunuh antara 2 qatari berlaku few weeks ago. dan kes ni melibatkan 2 org budak umur 17 tahun dr 2 tribes badwi.

mulanya depa ni berlumba, bila salah sorang dr 2 tu dah lead the race, dia himpit kereta satu lagi. sbb kan tak puas hati tak dapat memotong, mamat yg kena himpit pun tunjuk lah middle finger (f*ck) kat the other. bengang lah mamat satu lagi, dia himpit sampai satu lagi sampai berhenti, keluar dr kereta terus tembak the other one. aku heran gak mcm mana ada pistol, n org qatari tu mengaku yg mmg org2 local ni esp badwi mmg ada simpan pistol. gosh!

menurut cerita, org yg tembak tu lepas tu buat laporan polis n mengaku bunuh. sbb kalau dia tak buat mcm tu, mungkin akan berlaku pergaduhan antara dua tribes. dan mengikut hukum kat Qatar ni, yg membunuh for sure akan kena hukum bunuh. no way akan dapat hukuman lain. dan cara hukuman bunuh kat sini, tembak sampai mati.
so for those driving on the road, mcm mana sial pun driver lain, please keep ur middle finger down... mana lah tahu, tak pasal2 boleh bawak masalah... kalau tak kena tembak pun, tak pasal2 kena duduk lokap sehari. org local ni semua rule ikut cakap dia je... dia je betul... better be careful!

btw... kalau aku kencing ngan citer ni... korang pun kiranya kena kencing gak lah.. hahahaha... biasa lah surat khabar kat sini, benda buruk berkaitan anak bangsa dia takkan keluar surat khabar pun.

Tuesday, August 12, 2008

Lagu hari pilihanraya...

Masa balik sudah aku beli a new album (tak la br mana, but terbaru lah) of one of my favourite artists... Norah Jones. Malam tadi br aku berpeluang nak dengar the album (tu pun tak abis) and i was attracted to the melody of this song.. sekali dengar i dah suka dah... n aku terus cek lyric... rupa nya its related to election day.... hmm... since kat Malaysia sedang dan akan menghadapi pilihanraya kecil lagi 13 hari.. lagu ni aku tujukan kat org-org Malaysia... :-)

Norah Jones
My Dear Country Lyrics

Songwriters: Jones, Norah

'T was Halloween and the ghosts were out,
And everywhere they'd go, they shout,
And though I covered my eyes I knew,
They'd go away.

But fear's the only thing I saw,
And three days later 'twas clear to all,
That nothing is as scary as election day.

But the day after is darker,
And darker and darker it goes,
Who knows, maybe the plans will change,
Who knows, maybe he's not deranged.

The news men know what they know,
but they, Know even less than what they say,
And I don't know who I can trust,
For they come what may.

'cause we believed in our candidate,
But even more it's the one we hate,
I needed someone I could shake,
On election day.

But the day after is darker,
And deeper and deeper we go,
Who knows, maybe it's all a dream,
Who knows if I'll wake up and scream.

I love the things that you've given me,
I cherish you my dear country,
But sometimes I don't understand,
The way we play.

I love the things that you've given me,
And most of all that I am free,
To have a song that I can sing,
On election day.

to puteri umno perak... i guess u may like this song... hehehe... better than Jason Mraz... hahaha...

nice video clip here... you tube ntah naper.. dia disabled plak embedded kat tpt lain...

Sunday, August 10, 2008

Fly back...

ni nak citer pasal outdated story.. hehehehe...

dah seminggu lebih aku kat doha ni.. eh dah nak masuk dua minggu baru nak cite pasal balik hari tu.... cuti 2 minggu tu mcm kejap sangat.. alih2 dah nak balik. aku pack all my things in boxes and bags... and in total check in luggage 42.6kg!!! n semua tu makanan je!!! baju2 except toileteries jd hand luggage.. giler!!! tak pernah2 buat mcm ni.. semua nya sebab lagi sebulan (now tak sampai sebulan) dah nak puasa.

a bit kelam kabut masa check in, flight aku jam 4.15am, so aku plan dtg KLIA jam 1am... aku ada bawak 1 polestrene box, utk barang2 sejuk... (termasuk lah yong tau fu yg dilla pesan). the plan was, nak wrap polestrene box tu kat klia yg kena bayar RM7 tu. tp bila aku sampai tempat tu jam 1.15am, rupanya wrapping station tu dah tutup. katanya sampai jam 1am je... hmm... i tot its an international airport, apasal lak tutup jam 1am kan.

so bila discus2 ngan org kaunter katanya ada kemungkinan box tu akan pecah... tp aku merayu lah kat mamat check in tu.. taruh lah fragile ke apa ke.. wrap ke apa... sebab mengharap sangat box tu tak pecah.. and kalau tak jadi bawak pun nak buat apa ngan kotak tu.. so aku pun gamble je lah... mmg aku risau kotak ni pecah, sepanjang flight sampai lah masa tunggu kat conveyer belt kat doha. the main reason aku risau kotak tu pecah sebab kat dalam dia ada petai jeruk n tempoyak!!! hahaha... kalau pecah n keluar bau.. memang macam gas beracun!!!

anyway, the flight was smooth except for turbulence skit right after take off.. i mean bila near lautan hindi tu.. dah mmg macam routine, kat situ mmg selalu turbulence... i took both snack n breakfast and managed to watch kung fu panda and (apa ntah satu lagi movie, dah lupa title)... trying to sleep sbb esok nak keje.. tp as usual... the most is 2 hours je blh tido. sampai kat doha right on time... imigresen semua ok... tp brg plak lambat keluar... aku macam tertunggu2 je kalau2 ada announcement panggil nama aku sbb kotak dah pecah... tunggu punya tunggu.. alhamdulillah kotak selamat... tak kempunan lah dilla nak makan yong tau fu n jeruk petai dia.. hahaha... :-) so these are my bags and boxesoh... thanks to razi who bg pinjam his car for the whole 2 weeks kat malaysia hari tu.. hehehe.. kesian dia patah kaki sbb kena follow my schedule yg sebuk lah nak jumpa org sana sini.. hahaha... and also big thanks also to him sbb taking care of my house in KL... :-)

Saturday, August 09, 2008

Banned TGIF....

First of all... Hepi Besday Shah!!! thanks for the dinner... sebab laki nya besday, kena lah belanja org.. kalau perempuan nya besday, sibuk2 nak kena buat surprise kan??? tak adil!!! heheehe... so my birthday nanti nak keluar dr doha... hahahaha...


anyway, besday tu mmg best.. makan ramai2... tp yg tak best nya... TGIF kat landmark tu...


1. the waitress pemalas... or rude or both... bila nampak aku dah start pegang pen n isi complaint form baru lah nak baik2... nak serve elok2... sampai nak tukar my steak to a bigger portion! huh!!!


2. steak dia kecik nak mampos.. hahaha.. seriously kecik... even place like ponderosa blh set berat steak, tgif tak berani letak... sbb daging2 dia kecik.. dah lah tu... liat n keras....


3. iklan je ribs.. but never have ribs (mungkin kena kat aku je lah kot) i think that was my 3rd time nak order ribs, tak de pun...


4. nowadays, new rule, outside cake depa nak charge QR50!!! hari tu aku negotiate.. dia bg lah bawak, since first time... anyway, dia ingat best ke depa nyanyi birthday tu.. hehehehehe...


so... no more TGIF!!! banned TGIF dah pas ni... no more dinner there.. no more birthday party :-

Wednesday, August 06, 2008

Tribunal Tuntutan...

Antara sebab aku g balik bercuti last week adalah untuk menghadiri pendengaran (hearing) kat Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah. as you all know (kalau pernah baca lah dulu... aku ada beli umah ni)

firstly, dengan bangganya baik lah aku puji dulu tribunal ni. Tribunal ni letak nya kat Pusat Bandar Damansara. Masa aku balik raya tahun lepas, aku dah ambil form utk buat tuntutan... tp sebabkan aku pun delay, form tu aku submit bulan April sudah... in 1 month time, Tribunal telah memaklumkan melalui surat depa ke alamat aku kat Ipoh berkenaan tarikh pendengaran. Tp tarikh mula2 aku tak dapat hadir. aku pun hantar surat (thru my fren kat kl) and ask them to reply ke my email address. to my surprise in 1 week time, depa blh bg new date n hantar directly to my email. efficient gak. and too bad, aku still tak dapat dtg on the new date (aku bg tahu aku start cuti on 18th July, depa buat hearing 18th July 9am. aku sampai airport pun 9.10am) anyway, 2 hari lepas aku minta tunda, depa blh reply and bg new date... and all this done through email. Frankly, aku impress ngan their efficiency (or aku je yg masih our govt office still slow kot).

anyway, back to the hearing. it was held on 28 July hari tu, hari isnin. 3 hari sebelum hearing (petang jumaat to be exact) org PKNS / Jernih Matang PGMS call aku minta aku tarik claim aku. huh! dia kata dia janji nak bayar all my claims. bengong tak? kalau dah agree kenapa lah tak bg tahu awal2 kan... i might have plan a trip to tioman dah weekend tu kalau aku tak perlu g ke tribunal on monday. bodoh ya amat. anyway, i do not agree with their request sebab aku nak everything on paper instead of on the phone je. then, developer bg offer jual tapak letak kereta extra yg dulu nya harga RM12k 1 tapak, at RM8k satu tapak... still too expensive for a tapak letak kereta...
so, on 28th tu aku pun pergi tribunal. aku dtg 45minit awal. aku tunggu wakil PKNS yg kononnya akan bawak surat utk agree akan bayar all my claim. but he came late, lagi 5 minit sebelum hearing, and court secretary tak setuju nak cancel dah lewat mcm tu. so kitaorg kena lah tunggu sampai nama kena panggil.

luckily nama aku kena panggil utk kes ke 3. sbb surat persetujuan dah ada, aku pun bg tahu yang arif aku bersetuju dengan surat tu. dan yang arif minta tarikh bayaran cek, dan dia kata seminggu. aku minta bayaran awal i.e. exactly the next day sebab aku nak balik Doha... hehehe.. and for the record yang arif suruh mamat PKNS tu setuju, and dia setuju :-).... in fact petang tu aku dah dapat cheque aku... hooray...

it was an experience lah. walaupun court tu kecil2an tp best gak... dulu mmg aku bercita2 nak jadi lawyer... akhirnya aku dapat gak masuk court.. hahaha.. tp harap2 tak lah aku masuk court utk benda tak elok plak nanti kan.. hehehe.. :-)

Monday, August 04, 2008

Back in Doha

Dah semakin panas Doha ni.. but itu tak lah sepanas mana... sbb malaysia pun panas gak.. tp the high humidity tu yg lebih menggangu... tak selesa betul... keluar office, keluar kereta, keluar umah... nak kena lap cermin mata...

anyway, ada tak sesapa pernah g ski kat iran??? kalau ada tips let me know... :-)