Wednesday, October 28, 2009

irony...

1. aku dapat cikgu baru mengajar french, cikgu lama dpt keje tetap somewhere else... tp yg tak best nya, cikgu ni tak tahu cakap english.... dia ni tunisian... so dia tak paham apa kita cakap in english... even accountant pun dia blh tak paham... but at the end of the class dia cakap plak in arabic, which 4 dr 6 org dlm kelas tu paham.. so jadi plak lah soal jawab in arabic, awal2 aku paham gak arabic depa, bila dah mula pekat... hampeh aku tak paham... so adakah kelas french aku juga merupakan kelas utk aku improve arabic.... 2 dalam 1 ni... hahahaah

2. che le ajak aku teman dia masuk tournament 9 pin tap... utk qualify, peserta kena buat few trials within the allocated period.. so sapa byk buat trial sampai dpt point utk 6 frame terbaik dpt masuk peringkat seterus nya. aku tahu aku mmg main boling sekadar suka2... malas lah nak masuk2 game ni.. tp sbb che le dah pujuk aku agree je lah... saja lah try n teman dia... tp, yg heran nya, bila aku bagus, point dia akan merosot... kalau aku spare tak kena.. or dpt split br dia dpt strike... for the whole 6 frames jadi gitu... tp setelah 2 frame kitaorg detect gayanya mcm tu, aku terpaksa lah flop sana sini... so che le dpt good games... mmg betul dia dapat good result... tp tu lah... aku tak leh la nak masuk tournament (alasan!!!)

Saturday, October 24, 2009

Ujian...

Kalau kita pernah baca majalah Mastika... selalu kita baca tentang ujian Allah di tanah haram.... kenkadang rasa gerun plak bila nak g haji ni...

tp... pada aku... ujian dah sedia ada even sebelum g haji... aku dpt rasakan ujian on tahap kesabaran mmg memuncak masa ni...mcm dengan semua org aku tak puas hati... ada je yg buat aku marah... (before this aku rasa tahap patience aku mmg tahap tinggi... sbb kalau tak tinggi tak mampu dok hidup ngan org arab). frankly, for those who know me... aku ni mmg kaki complain, tp sekadar sebut kat mulut je... tp still bersabar... tp lately, rasa marah tu mcm terlebih... macam sampai nak maki2 org...

Alhamdulillah aku dpt tersedar lagi... tp tu lah... ujian Allah dah bermula...

* p/s -
For all readers yg aku kenal directly... and those for yg aku belum kenal lagi... aku mohon maaf atas segala kesalahan yg aku dah buat sendiri... kesalahan pada Allah blh lagi minta ampun, Dia yang maha pengampun dan pemurah. tp dosa sesama manusia ni aku kena minta maaf direct dengan korang semua... Maafkan aku... dan bg ada yg aku berhutang... tolong bg tahu ye...

Thursday, October 22, 2009

Haji...

Alhamdulillah... aku mendapat jemputan Allah untuk mengerjakan haji pada tahun ni... mmg rezeki kurniaan Allah... now i really percaya berkenaan rezeki utk pergi haji ni. Duit dan tenaga bukan jadi pengukur... tetapi lebih kepada rezeki dr Allah dan rahmat Dia je kita berpeluang g haji... ada lebih kurang 40+ org M'sia kat sini yg berhajat n mendaftar g haji, setakat ni cuma 15 org lebih kurang yg dpt pergi.

serba sedikit berkenaan proses application haji kat sini. seminggu ramadhan hari tu dia declare kat surat khabar permohonan nak g haji telah dibuka dan permohonan dibuat melalui website haji. bagi rakyat malaysia kat sini, kita dah kumpul siap2 salinan passport dan gambar dan serahkan pada hamlah (travel agent) utk urusan haji. walaupun sebenarnya individu yg nak pergi kena register sendiri, tp bg kami, hamlah sini volunteer nak register kan. Senang lah... tak ragu2 sangat dgn proses ni.

kemudian tunggu lah jawapan. Alhamdulillah, selasa sudah aku dpt sms kata permohonan aku diterima. dan aku diminta berhubung dengan hamlah utk langkah seterusnya dlm tempoh 3 hari selepas terima sms tu. Next, kita semua kena bg passport original, surat kebenaran dr company, dapatkan suntikan influenza dan meninggitis dan bayaran penuh. Setelah semua ini diserahkan, baru confirm dpt g haji. dalam tempoh 4 hari selepas itu (in total 7 hari lah dr confirmation date), kalau ada yg tak abis selesaikan benda ni, permohonan dia terus dibatalkan dan akan bg kuota pada org lain.

Menurut surat khabar, 1200 jemaah haji dr Qatar akan menaiki bas untuk menunaikan haji. dan aku insyaAllah salah sorang dr 1200 jemaah tersebut. katanya naik bas mungkin sampai 30 jam... nanti aku detail out in the post-haji entry. tahun ni ada diskriminasi skit, dulu dia pengumuman hanya qatari sahaja dibenarkan pergi ke makkah menaiki kapal terbang, bangsa2 lain naik lah bas. I dont mind actually sbb memang plan asal nak g haji pun naik bas, so no hal lah. tp diskriminasi betul.... perhaps, they have their reasoning.

Anyway, doakan aku semoga terus menyiapkan persediaan g haji. Frankly, aku tak de siap apa2 sangat lagi... tak de kursus haji mcm kat malaysia kat sini... tak ramai ustaz yg blh mengajar pun... insyaAllah aku cuba buat yg terbaik...

Again... Alhamdulillah... aku dpt rezeki ini.....

Monday, October 19, 2009

Muhasabah sekejap...

1. awal bulan september sudah menggenapkan 3 tahun blog ni wujud...

2. 19 september pulak... genap 3 tahun aku ada kat doha ni...

apa aku dah dapat setelah 3 tahun kat sini... ntah.. hahahaha

alhamdulillah... dapat skit aku tengok dunia luar...

alhamdulillah... dapat skit aku belajar budaya dan cara keje orang asing...

plan... disebabkan aku penat dah belajar bahasa arab, aku dah start belajar french... baru je ambik 3 class...

bukan aku tak nak memahamkan dan mefasihkan diri dalam bahasa arab... tp otak ni dah dungu nak belajar... bila aku g masuk kelas, aku rasa aku dah faham... sbb most of the class akan ajar fuskhah... tp bila aku nak aplikasi, kat jalanan depa pakai arab gulf, lain macam bunyi nya...huruf jim jadi ya... huruf Qaf jadi ga.. belum lagi depa campur ngan arab egyptian yg jim jadi ga... or arab syams... lain pulak bunyi nya... dan to make things worst.. u can get away dengan berbahasa inggeris sbb mostly org yg jaga kedai dan merata2 tempat... india n pinoy...

plan... tp aku plan jugak nak cari personal tutor utk belajar arab ni, belajar one-to-one.. ok skit

alhamdulillah... keje ok kot... although kena ditukarkan posisi... ada kemungkinan kurang travel dah, kena dok balik office, insyaAllah kalau perancangan management menjadi dan aku perform plak keje... tahun depan aku bz mengadap computer lah (bukan blogging or chatting ye... fb pun bukan) bekerja...

alhamdulillah... walaupun dah 3 tahun keje tp tak de increament or bonus (although naik grade) dan bila aku selidik gaji aku tak lah besar mana berbanding org2 lain kat sini... hmm... aku bersyukur ngan apa yg ada.

alhamdulillah... aku dah daftar gym... aku gained 5kg masa cuti raya hari tu... aimed to loose 15 kg in 180 days i.e. 1kg in 12 days or 83 gram per day.. mampukah... aku nak turun sama macam my weight sebelum start keje.... that was 9 years ago!!! boleh tak?

tp kan... setiap kali kita muhasabah.. bersyukur dan merancang... aku lah especially.... jarang betul aku merancang dlm bentuk kerohanian... mcm aku akan mati esok hari... asyik lah merancang macam nak hidup 100 tahun lag... dunia je fikir... and syukur ngan nikmat dunia je... astaghfirullah... pas ni kena set plan yg lebih spiritual...

Saturday, October 17, 2009

Raya - Extended Issue...

(jap jap jap... nak kena cuci2 n sapu2 sawang kat blog ni... dah sebulan lebih tak betul2 update...)
aku nak cite pasal raya... although cite dah lama tapi sempena dah nak abis bulan syawal ni... dan aku pun dah alhamdulillah berjaya menghabiskan puasa enam semalam... so kiranya br lah betul2 raya...
Pre Raya...
aku balik ke ipoh 2 hari sebelum hari raya. seperti tahun lepas, tahun ni mak aku nak jugak buat lemang... dia cuma taruh pulut je dalam buluh... dan aku lah yg buat keje membakar... and seperti tahun lepas jugak, kitaorg joint venture ngan jiran sebelah... dia bakar lemang dia, aku bakar lemang family aku... cumanya guna satu tempat penghadang lemang n dia supply kayu api... yg elok nya buat lemang sendiri ni, kita blh make sure bab rasa, dan tahap masak lemang tu.. so tak lah hangus or tak masak langsung...
tahun ni, kitaorg semua beraya kat ipoh. plus ada sepupu aku pun nak beraya sama... so for my mom, byk la assistant dia kat dapur... n sehari sebelum raya dia pun start lah masak rendang dendeng, rendang ayam dan rendang kerang. rendang kerang ni tak pernah pun buat sebelum ni, tahun ni dia nak buat plak...
by asar semua siap, dan kitaorg menuju ke bidor. tahun ni, kitaorg sambut raya kat bidor, malam tu dah kumpul ramai2... buka puasa terakhir tahun ni kat bidor. dulu masa arwah opah aku ada, mmg tiap2 tahun raya kat situ. since arwah opah meninggal rasanya dah 56 tahun sudah, dah jarang beraya sana... ada lah sekali 2 pagi raya kumpul sana, tp sekejap je lah... mlm raya kali ni, 4 (drp 6) family adik beradik mak aku ada sama...
Raya day (s)....
The first raya as per last year (hmmm... tiap2 raya aku routine je), visit semua adik beradik my dad... so kitaorg g ke batu gajah dan taiping... kat taiping ada 2 rumah... bak kata mak aku... kita tak tahu sepanjang mana usia depa ni... semua nya kata my dad dah masa kecederaan... all dah above 70s... dah lah keje kat luar, raya lah masa nak visit sanak saudara... plus masa ni lah anak2 depa balik, so blh kenal sedara mara... tak lah nanti bertembung kat mana2 tetiba accident boleh bergaduh sakan... so kita kenal lah sedara...
anyway, nak start semula pasal first day raya. tahun ni kitaorg tangkap gambar dulu sebelum keluar berziarah.. pakai baju color last year je... malas membazir tempah baju baru, for men especially, baju melayu penuh ni pakai hari raya je.... rugi tempah byk2.... and for our family, berziarah ke kubur mmg tak pernah dibuat pada hari raya. but i can see the trend is coming. umah aku kat ipoh ni, tak sampai 400 meter dengan tanah wakaf, traffic teruk pagi raya tu, siap org bawak bunga lagi.... for my mom, hari raya is hari bergembira, buat pe nak visit kubur. and kalau nak berdoa pun, from home boleh.. niat saja nak sedekah... and kalau nak visit, hari lain pun boleh, kenapa perlu hari raya... anyway, sesapa yg pergi tu... must have their reasons...first destination batu gajah... ni umah abg my dad. tak ramai umah dia ni, cuma ada 2 anak dia je... dtg beraya sekadar berziarah n kenal sedara.. dah besar2 anak2 sepupu aku... siap ada dah nak kawin, in fact kawin hari ni... hahaha.... singgah dalam sejam dua pastu terus ke umah my dad's sis n bro kat taiping... yg ni lagi meriah... ramai cucu depa (anak my cousins) kat umah ni... n semua nya baru naik... riuh lah rumah...
so that's my raya... by then... jam 8-9pm tu dah balik umah... and kemas umah, sebab selalunya on the second day of raya, semua sepupu2 n sedara mara yg aku visit on first day akan buat lawatan balas.. yup indeed depa datang...
yup, raya kedua dan ketiga mmg duduk umah je... semua umah kitaorg visit tu, anak2 depa plak datang... busy di dapur. tahun ni my mom masak laksa dan mee sup apart from menu raya yg biasa. tp tu bg yg datang pagi dan tengah hari. kalau sesapa dtg malam, akan di jamu ngan nasi dan lauk mcm makan malam biasa. ye lah... masa 1-3 hari raya, selalu makan macam2... kita ni org melayu, nak gak makan nasi... and mmg bila jamu nasi n lauk ni, lagi cepat abis and lebih kenyang... hehehe.... aku tolong kemas2 je... bila balik malaysia aku tak masak.. :-)
my dad with his elder brothers... sorang lagi kakak dia tak de dlm gambar, sbb datang siang (gambar kat luar umah kat atas).

that's about it... that's my raya in Malaysia... visit family ngan relatives je... umah kengkawan pun aku tak berapa pergi. hahaha... the rest of the week aku kat ipoh, aku dok kat umah membesar kan perut!!! hahaahaha... makan makan makan... memang seminggu penuh aku kat ipoh... the last week tu aku balik kl... dok melepak kat kl je...

Post Raya (kat doha plak...)
the last time aku buat makan2 kat umah aku rasanya bulan puasa tahun sudah masa family abg aku visit doha.. that was the last... kengkawan sini dah kecoh2 dah... so dengan terpaksa rela aku pun buat makan2 raya kat umah aku.. the finale, sbb pas ni aku takkan buat makan2 kat sini dah... last weekend aku buat majlis ni.. dan menjemput dlm 40 adults and anak2 depa lah...
aku masak asam laksa/laksa penang dan rendang dendeng n ayam makan dengan ketupat palas dan nasi impit. rendang tok aku dah siap bawak dr ipoh and sbb aku takut tak cukup aku tempat nasi tomato... ooh mmg macam banyak je dlm menu... aku bukan nya masak sendiri.. thanks to my 3 good fren dlm gambar bawah ni yg rajin bertungkus lumus kat dapur tolong menghidang (ye, depa hidang potong n tambah lauk2 je... and buat air... masak depa tak buat...) best ada depa kat dapur, penuh dgn drama... bergambar pun nak drama ni...alhamdulillah depa kata sedap2 makanan yg terhidang... aku pun tak sure depa tu sekadar manis mulut or mmg sedap. janji laksa and rendang dendeng tu habis... hehehe... yg berbaki cuma nasi tomato ngan dalca yg aku sedekahkan kat guard/cleaner kat apartment aku... senang cite :-)
and hari semalam genap puasa enam aku... and lagi 3-4 hari abis lah syawal.... so this is my raya this year... insyaAllah bertemu sekali lagi Ramadhan dan Syawal tahun depan. InsyaAllah...

Tuesday, October 13, 2009

Uiks...

Lama betul aku tak update blog ni... hmm.... jap jap jap... banyak nak cite.... tp tak sempat2...

Sunday, October 04, 2009

Baru balik doha...

huh.. at last, berakhir my 3 weeks holiday... malas menulis masa kat malaysia... will update this blog soon.... ciao!!!