Showing posts with label politic. Show all posts
Showing posts with label politic. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Politik Afrika - Bahra!n

Went to Bahrain 2 weeks ago... nasib baik sempat bawak wifey g sana... (will talk abt the travelling later :-) )

anyway, the chaos in Bahrain so closed to our heart since we've been there recently... and hampir semua tempat yg tunjuk dlm tv tu, kitaorg pass by...

But since we've been to the country and rasanya the culture sama je mcm kat negara ni... but we never expect something like this video would ever happened... harap2 tak akan jd kat D0ha ni.. insyaAllah...



(still title politik afrika, yes bahrain bukan kat afrika... but the politik mcm afrika - even an insult to african, i know... sorry)

Monday, February 14, 2011

Politik Afrika (Mesir)

byk sungguh cite politik africa (yup, mesir ni africa, north africa) selepas sudan dan ivory coast, muncul kisah tunisia, then egypt... and dengar cite nya algeria is soon... kisah revolution kat mesir ni, menyebabkan aku terpana kat depan tv follow the stories... for those yg tak berapa follow (yeah and i understand cite pasal mesir ni tak really well told kat tv malaysia pun :-) ) so here is the summary...

First Part:
The first episode of Egypt Burning tells the story of five days in January 2011 when the people of Egypt broke through a barrier of fear they had known for a generation and rose in revolt against their president.

Anger had long been brewing in Egypt - strikes, unemployment and sectarian tension were on the rise.

Small networks of activists had been agitating against Hosni Mubarak's autocratic rule for years. But it was only when another Arab country, Tunisia, rose up against its tyrant that the Egyptian activists attracted mass support.

People took to the streets across Egypt demanding political freedoms, an end to state corruption and a better quality of life for the impoverished population.




second part:
After seven days of mass protests, a people's movement had taken hold of the country.

At Tahrir Square in the centre of the Egyptian capital, Cairo, the police had melted away. The army had moved in, but was doing nothing to stop the protests.

Full of hope and sensing that the regime might be cracking, the protesters called for a million people to gather and voice their demand that Hosni Mubarak step down. But the regime was about to fight back.



hope this helps you to understand further on what's happening kat mesir tu.

(sorry been so malas utk tulis, i will update the blog and backdate the stories, skit lagi ada entry sblm entry ni)

Wednesday, January 05, 2011

Politik Afrika...

ada 2 berita pasal politik kat negara africa yg menarik minat aku lately...


1. Cote D'1voire (1vory Coast) 2010 Presidential Election - (Cote D'Ivoire tu pronounce as Kote Divuar)
ni kisah pasal presidential election kat Ivory Coast tahun lepas. Pertandingan antara president asal Laurent Gbagbo (leader Ivorian Popular Front (FPI)) dan Alassane Ouattara. Pilihanraya ni sebenarnya sudah tertunggak dr tahun 2005, hujung 2010 br terlaksana. Pada 3 Dec, keputusan awal, Ouattara diumumkan mendapat 54% mengalahkan Gbagbo. Tapi Gbagbo tak menerima keputusan dan mencabar keputusan Constitutional Council, katanya ada fraud di kawasan utara.

Pada 4 December, Constitutional Council declare 7 kawasan utara ada fraud, oleh itu Gbagbo memperoleh 51% undi dan declared Gbagbo menang pilihanraya. Tetapi pemerhati dunia tidak mempersetujui keputusan tersebut. Since then, banyak perbincangan antara pemimpin2 dunia esp. dr Afrika utk menyelesaikan perbalahan.
yg kuning ke coklat tu kawasan Outtara, the reds plak lebih pada Gbagbo...

Gbagbo ni lebih berkuasa di selatan, kawasan Christian. Beliau berpengaruh ke atas Constitutional Council, Tentera dan Polis dan Media tempatan (sounds familiar???). Manakala Outtara ni wakil party islam di utara, dpt sokongan UN, EU dan negara2 afrika lain. Since keluar pilihanraya, Gbagbo mengarahkan tentera mengawal Outtara ni kat hotel and tak blh keluar. tp berita semlm ada menyatakan yg Gbagbo dah bersedia utk bermesyuarat...

let's see apa akan jadi lepas ni... (to read more, boleh baca kat sini, sini dan macam2 lagi sumber...)


2. 5outhern 5udan 1ndenpendence Referendum 2011
Ni satu lagi negara yg asyik lah berlaku civil war... so the southern yg lebih ditindas akan buat referendum utk memilih samada stay kat dlm sudan atau pun keluar dr sudan. Referendum ni akan berlaku dlm 4 hari lagi (9hb Jan 2011). heard that apa saja keputusan referendum tu, ketegangan pasti berlaku... hmm... would there be a new country emerge on 10th January ni???


when they claimed ditindas, maksudnya depa tak dpt hasil minyak, tak dpt equal peluang pekerjaan, development kat kawasan south ni... etc... for mor info, please do check on other website esp. the easiest en wiki... and of course here... (malas aku nak komen panjang am aint reporter nor political analyst, nanti salah term plak).


but since berita ni asyik keluar kat tv, interested lah nak tahu lanjut n do the read up.

Friday, January 15, 2010

ALLAH...

As much as possible aku tak nak cakap pasal topik paling hangat kat malaysia ni... sbb aku bukan ahlinya dan aku rasa Allah maha berkuasa untuk menjaga namaNya...

anyway, ni ada keluar kat Al Jazeera... first program inside story... ntah kenapa depa interview mamat ni.. buat malu je... mcm tak de org lain... tp aku cek ngan office mate, depa kata pihak authority yg suruh depa interview mamat ni.. and masa on the phone mcm confident je... hehehe


pastu... ada satu lagi program, 101 east, yg ni best!!!... enjoy!!! selamat ber jumaat...


hmm... apa pendapat korang??? setuju atau tak utk membiarkan Allah digunakan utk semua umat manusia?

Wednesday, September 02, 2009

KBL: First hand story

You may have read my so-called book (Kite Runner + Thousand of Splendid Sun) review dulu... u can still read it here... selepas aku baca 2 buku tu, aku mmg byk persoalan yg tak terjawab berkenaan Afghanistan dan Taliban... among all...

- samada betul Taliban tu mmg teruk dan simply bunuh org, as per book...
- samada buku2 tu hanya propaganda US
- samada betul perempuan ditindas teruk semasa pemerintahan Taliban
- samada betul ramai org Afghan benar2 membenci Taliban
- samada all the above justified US menyerang afghan

dan selepas baca 2 buku tu, aku bertekad utk g ke afghanistan semata2 nak merasa sendiri kehidupan kat sebuah negara yg pernah maju dan makmur yg sekarang ni jadi terkebelakang punca drpd perang dan pemerintahan Taliban.

so masa aku kat Kabul hari tu, aku sempat tanya ngan local i.e. office mate aku. He's Dawood, umur 30 tahun, single. Dia org Tajik (considered ke 3 besar kat afghan - pashtun bangsa paling ramai). Dia masih tinggal dengan keluarga dengan 9 adik beradik dia. Dia pernah hidup pada zaman Taliban. Masa aku jalan2 keluar ngan dia, aku berpeluang bertanya dia, pasal apa sebenarnya Taliban from his point of view and from the perspective org2 sekeliling dia. This is his story... (kalau ada fact yg salah tu, maybe salah aku sendiri yg ingat2 lupa citer dia, sorry)
Menurut Dawood, setelah kekalahan Rusia, Afghanistan ditadbir oleh Mujahideen (sekarang rasanya digelar Warlords). pada tahun 1996 Taliban merampas kuasa dan mula mentadbir Afghanistan ikut acuan mereka sendiri. Antara yg terawal tindakan depa ialah berkaitan dgn perempuan kena pakai burqa. Taliban ni kebanyakannya dr org2 pashtun. mengenai kes pembunuhan berleluasa tu, mmg berlaku. They simply killed others especially bangsa Hazara yg dikatakan lebih rendah taraf dia.

Dawood dan keluarga dia cuma sanggup tinggal di Afghanistan (Kabul) selama 2 tahun dalam pemerintahan Taliban. Tahun 1998 mereka meninggalkan rumah dan lari ke Pakistan. Menurut Dawood, depa terpaksa pindah sbb depa takut depa akan dibunuh kerana tidak sehaluan kata dengan jiran sekampung yg joint Taliban. Kata Dawood, sesapa saja buat masalah ngan org Taliban i.e. anggota dia, senang saja diserang dan dibunuh. Memang betul apa yg dilaporkan oleh akhbar dan tv yg katanya perempuan mmg ditindas. Bagi family Dawood yg tak pakai burka, depa mmg terasa terancam.
Pendekatan undang2 shariah yg diamalkan oleh Taliban terlampau extreme utk diikuti. Plus, ada katanya mcm patut diikuti oleh org2 yg bukan pengikut Taliban tapi org Taliban blh je buat sewenang2nya. dan since Taliban tu mmg mostly Pashtun, so, bangsa2 lain mmg simply lose the battle utk hidup aman. Org Pashtun ni mmg menunjukkan kuasa depa. since Mujahideen dikalahkan oleh Taliban, depa mmg berkuasa sepenuhnya. Although dia jugak pernah ada sejarah hidup masa berperang dengan Rusia, pada dia zaman Taliban lagi teruk lagi.

Dawood kembali ke Kabul dari Pakistan pada tahun 2002, setelah Taliban dikalahkan oleh US. Walaupun dia kata US bukan nya berniat baik utk hapuskan Taliban, tapi depa at least mampu utk hidup kat umah tanpa perlu rasa takut. since then, Kabul blh katakan agak tenang dan aman. dan masa sekarang ni, walaupun Taliban masih ada, tp ramainya kat Kandahar dan southern part of Afghanistan. Dan kata Dawood, kalau kes2 bom berani mati tu, selalunya org Pakistan yg buat, not an Afghan.
Banyak lagi citer dia kat aku, all about kesusahan hidup masa Taliban. anyhow, at least persoalan aku terjawab. its a first hand story dari org Afghan sendiri. Dawood sangat berharap yg perang ni dpt selesai, namun masa election tu, dia tak g mengundi jugak. katanya, dia pun tak harap ngan current president. corrupt jugak... tp tak lah sampai berbunuh-bunuh.

Tuesday, August 18, 2009

KBL: Safety...

Senang cite, as all of u know, mmg tak selamat negara ni... tambah2 plak dlm seminggu ni lagi lah double tak selamat. Mmg betul Taliban cuba nak mengganggu pilihanraya kali ni... bilangan serangan taliban meningkat berganda2 dlm tempoh seminggu ni. awal pg ada 2 roket meletup kat presidential compound, ada bombing kat trak UN (i think UN kot) kat jalan antara jalalabad ke kabul. paling teruk kat kandahar (selatan afghanistan yg mana lebih ramai taliban), semlm ada bombing n roket berleluasa... dan takut2 kalau curfew terus je kat sana... tp alhamdulillah aku ok insyaAllah.. dok kat office je...
menurut kata org, utk monitor keselamatan ni, US dah lancarkan belon udara utk dpt kan view 360 degree bandar kabul ni minggu lepas... masa aku jalan2 kat town pun aku dah nampak dah belon udara ni. tp tak tahu lah setakat mana effective nya camera ni... or betul ke tak ada camera kat situ.
talking abt pilihanraya, ada org tanya aku sama ke demam pilihanraya sana ngan kat malaysia. rasanya bab berkempen mungkin sama i.e. berceramah n kempen ke merata tempat. tp antara beza nya sini, disebabkan ni presidential election, kempen dia mcm kat US, nak pilih presiden je... (dan jugak wakil2 tempatan, tp ni tak hebat sgt). so individu berkempen utk berusaha jadi presiden negara... so tak de lah bendera2 parti merata2 tapi lebih kepada muka calon2 presiden.
memandangkan ramai rakyat afghanistan sini yg buta huruf, aku tak sure mcm mana rupa kertas undi, samada kena pangkah ke macam mana... tp for sure muka calon kena ada 38 org kesemuanya, sbb kalau setakat taruh nama, ramai mungkin tak tahu sapa tu... dan utk mengundi, jari akan dicelupkan dgn ink yg kekal selama 2 minggu (ada kata2 yg taliban memang menentang election ni, sesapa mengundi kena potong jari... or else potong kepala terus). tp utk mengundi, pengundi kena tunjuk kad daftar undi, tp since perempuan kat sini tak diwajibkan tunjuk muka, so ada lah byk kad daftar undi yg tak bermuka dan boleh jual merata2...
sepertimana kat US, kat sini ada jugak presidential election debate... i.e. calon2 president berdebat sesama sendiri (setakat ni debat 2 - 3 - 4 penjuru lah kot, tak de lah 38 semua dok atas pentas). debat ni ditayangkan live di channel tempatan. apa2 soalan blh ditanya... kena bg tahu menifesto masing2...
lagi 24 jam pengundian bermula, mungkin kah taliban akan lebih mengganas esok bg menghalang terus pilihanraya? sejak semlm dah takde kempen dah kat tv or kat jalanraya... kempen tamat 48 jam sebelum hari pengundian... anyway, harap2 takde berlaku apa2 kejadian yg membahayakan semasa hari pengundian (eh tak thrill lah...) ok, kalau ada apa2 pun... tolong jangan libat kan aku ngan kengkawan kat sini... insyaAllah...

Thursday, August 13, 2009

KBL: Afghan-presndential-election...

Few may ask apa sebab aku ada kat kabul ni... aku sebenarnya kat sini utk coverage Pilihanraya presiden afghanistan sambil jengok2 office kecik kat kabul ni... talking abt the election... here are some infos on it... in case korang tak baca kat news lah...

Election ni akan diadakan dalam tempoh 7 hari, to be exact on 20th aug ni. Ni election kali kedua bg afghanistan selepas perang dengan amerika, election yg sebelum ni pada tahun 2004, dimenangi oleh Hamid Karzai i.e. president sekarang dgn 54% undi. election ni utk memilih president, setakat ni ada 38 calon (rasanya lah) termasuk 2 - 3 org perempuan. utk menang jadi president, calon kena dpt 50% + 1 undi... kalau takde yg dpt 50% ke atas, 2 calon teratas akan bertanding one-to-one dlm tempoh 6 minggu setelah selesai election ni.
utk election kali ni mungkin berlaku havoc sbb taliban dah clearly stated yg depa akan ganggu election ni dan mmg tak bersetuju pasal election ni. minggu lepas ada 9 roket meletup kat kabul... semlm ada fight kunduz province, dekat south helmund province... lagi 7 hari ni tak tahu lah kat mana... tp yg teruk byk nya kat southern area, kandahar and below... kat situ mmg kuat org taliban ni, dia dah arahkan supaya org ramai tak keluar mengundi. depa ada jugak block lebuh raya and kawal bandar2 mengelakkan org keluar mengundi.

utk election ni, Hamid Karzai ditentang hebat oleh Abdullah Abdullah... ada jangkaan Hamid Karzai takkan dpt more than 50% undi, dan kemungkinan besar head-to-head ngan abdullah abdullah... dgn abdullah abdullah blh turun ke kandahar dan berkempen mmg mengejutkan, sbb kawasan tu kawasan taliban... dia pun ada ke mazar e sharif utk berkempen...
aku ada sembang ngan beberapa org afghan yg bukan dr office aku... depa pun ada yg sokong hamid karzai ada yg abdullah abdullah... tp among them, ramai yg kata that they are not going to go out to vote... one maybe tak percaya ngan politik, the other cakap none of the candidate layak pun jadi president, and ada cakap its all planned and registration pun fraud... mcm blh agak je result.
it seems a general knowledge kat negara2 mundur yang mana government akan berusaha utk menjaga kekuasaan dlm government. apparently, hamid karzai ni pun mmg famous for corruption... no wonder... anyway, we shall see apa result in 7 days, i'll update more on the election soon...
p/s - br balik dinner dgn team... satu cover citer kat kandahar and the other ke mazar e sharif (balkh province)... hope they all balik dgn selamat...

Thursday, May 07, 2009

NBO : Politics

Politik kat negara ni lagi byk drama dan cerita... kalau setakat tarik2 dr kerusi mcm kat ADUN perak tu, mcm benda kecik je... anyway, sbb terlampau banyak drama, Women NGO melancarkan satu boycott last week... apparently boycott ni berakhir semlm rasanya...
(boleh tak org2 perempuan perak pun buat boycott ni jugak... so that negeri blh continue pentadbiran... be it BN or PR... sesapa je kalau mentadbir elok2 no hal lah...)

KENYA WOMEN CALL FOR SEX BOYCOTT OVER POLITICAL DEADLOCK
By Parselelo Kantai in Nairobi

Published: May 1 2009 03:00 | Last updated: May 1 2009 03:00

Kenyan women's organisations have called for a nationwide sex boycott to force feuding male politicians in the coalition government to resolve their differences.

The women say they are prepared to pay prostitutes to withhold their services for a week to make the campaign more effective.

The boycott has been sparked by a feud between Mwai Kibaki, the president, and Raila Odinga, the prime minister, over who runs the government agenda in parliament.

The women have sent emissaries to the wives of both men to encourage them to join in the boycott which reflects growing public anger with the pace at which the coalition government is tackling the underlying causes of last year's post- election crisis.

Kenya was gripped by violent ethnic protests that almost pitched the country into civil war and resulted in the deaths of some 1,500 people in the aftermath of disputed elections.

you can continue reading : http://www.ft.com/cms/s/0/b8a23436-35e8-11de-a997-00144feabdc0.html?nclick_check=1

aku ada problem lah ngan blogspot ni.. susah betul nak memblog...