Tuesday, August 18, 2009

KBL: Safety...

Senang cite, as all of u know, mmg tak selamat negara ni... tambah2 plak dlm seminggu ni lagi lah double tak selamat. Mmg betul Taliban cuba nak mengganggu pilihanraya kali ni... bilangan serangan taliban meningkat berganda2 dlm tempoh seminggu ni. awal pg ada 2 roket meletup kat presidential compound, ada bombing kat trak UN (i think UN kot) kat jalan antara jalalabad ke kabul. paling teruk kat kandahar (selatan afghanistan yg mana lebih ramai taliban), semlm ada bombing n roket berleluasa... dan takut2 kalau curfew terus je kat sana... tp alhamdulillah aku ok insyaAllah.. dok kat office je...
menurut kata org, utk monitor keselamatan ni, US dah lancarkan belon udara utk dpt kan view 360 degree bandar kabul ni minggu lepas... masa aku jalan2 kat town pun aku dah nampak dah belon udara ni. tp tak tahu lah setakat mana effective nya camera ni... or betul ke tak ada camera kat situ.
talking abt pilihanraya, ada org tanya aku sama ke demam pilihanraya sana ngan kat malaysia. rasanya bab berkempen mungkin sama i.e. berceramah n kempen ke merata tempat. tp antara beza nya sini, disebabkan ni presidential election, kempen dia mcm kat US, nak pilih presiden je... (dan jugak wakil2 tempatan, tp ni tak hebat sgt). so individu berkempen utk berusaha jadi presiden negara... so tak de lah bendera2 parti merata2 tapi lebih kepada muka calon2 presiden.
memandangkan ramai rakyat afghanistan sini yg buta huruf, aku tak sure mcm mana rupa kertas undi, samada kena pangkah ke macam mana... tp for sure muka calon kena ada 38 org kesemuanya, sbb kalau setakat taruh nama, ramai mungkin tak tahu sapa tu... dan utk mengundi, jari akan dicelupkan dgn ink yg kekal selama 2 minggu (ada kata2 yg taliban memang menentang election ni, sesapa mengundi kena potong jari... or else potong kepala terus). tp utk mengundi, pengundi kena tunjuk kad daftar undi, tp since perempuan kat sini tak diwajibkan tunjuk muka, so ada lah byk kad daftar undi yg tak bermuka dan boleh jual merata2...
sepertimana kat US, kat sini ada jugak presidential election debate... i.e. calon2 president berdebat sesama sendiri (setakat ni debat 2 - 3 - 4 penjuru lah kot, tak de lah 38 semua dok atas pentas). debat ni ditayangkan live di channel tempatan. apa2 soalan blh ditanya... kena bg tahu menifesto masing2...
lagi 24 jam pengundian bermula, mungkin kah taliban akan lebih mengganas esok bg menghalang terus pilihanraya? sejak semlm dah takde kempen dah kat tv or kat jalanraya... kempen tamat 48 jam sebelum hari pengundian... anyway, harap2 takde berlaku apa2 kejadian yg membahayakan semasa hari pengundian (eh tak thrill lah...) ok, kalau ada apa2 pun... tolong jangan libat kan aku ngan kengkawan kat sini... insyaAllah...

3 comments:

anap_ilmi said...

nmpk mcm tulisan arab.diorg ckp arab ke?ke parsi?mcm iran la plak.ke cmne?

zal said...

anap_ilmi
bahasa sini berbagai2... tp aku rasa yg mcm arab tu namanya Dari. It's afghanistan formal language, mcm persian gak that's why it's a.k.a eastern persian.

Mohd Syafei Ahmad said...

Taliban ni tak habis2 kan.. baik lah diorang ni jadik petani ke, or buat la apa2 untuk mengubah diri dan keluarga.. barulah negara boleh membangun..