Monday, July 09, 2007

Movie outing...

Last weekend, aku g tengok Transformers... for the first time aku mengunjungi panggung wayang kat sini.

malam sebelum nya aku dah ajak nizam join aku... and aku cakap kat dia, sms aku jam 12 kalau dia decided nak join.... tp sampai jam 12pm... no sms... so aku siap2 n nak gerak... tp baru jer aku reverse kereta dia plak sms tanya jam berapa nak g... so end up aku pergi pick up dia dan both pergi tgk movie.

sampai around 1.12pm... dan transformers ada kat 4 cineplex, ada show jam 1, 2, 3, 4.... so kitaorg ambil show jam 2pm cineplex no 4. Masa beli tiket.. baru 1/4 cineplex penuh... tp bila show... 3/4 gak penuh. org kat sini bukan nyer jenis nak beli tiket awal, dan beratur pun tak panjang.. no rush pun... and yang tonton semua bangsa ada... arab berjubah pun ramai... harga tiket QR30... mahal giler!!!

Sementara tunggu pukul 2 tu... sbb kan nizam tak makan lagi... kitaorang lepak kat food court je yang bersebelahan ngan cineplex... aku dah makan breakfast (pizza arab yg beli hari semalam) so nizam je makan... food court kat sini kira banyak choice gak lah.. ada fast food like McD, K-F-C, Hardees, Subway, Pizza Hut, makanan Lebanese, Syrian, Turkish dan Chinese...

then dekat jam 2 kitaorang masuk cineplex... sitting memang bagus.. memang tak ganggu langsung view.. and kitaorang beli seat tengah, kiri kanan semua arab berjubah...

aku sempat g beli popcorn.. yang pada pendapat aku sedap gak.. sbb dia kurang giler biji-biji popcorn yang keras tu.. hehehehe... ooh untuk review transformers... hmm... aku rasa dah ramai orang/blogger yang lebih arif dalam movie review...


tapi... kau rasa kalau masa robot tu transform dia buat dr jauh instead of close up, lagi best... masa kapal terbang land n jadi robot tu smart. eh, kenapa lagu dia bukan lagu macam dalam kartun dulu??? lagi satu, walaupun kononnya action pertama tu berlaku kat Qatar, tapi apa yang dibayangkan seolah Qatar ni mcm Badwi/nomad... dan dressing arab kat situ tak macam the real Qatarlah... tapi memang lah kat sini ada US army based, and katanya based yang paling besar di Middle East ni... (seronok tgk based tu hancur hehehe....)


anyway, kira bagus jugak lah cineplex sini... yang tak bagus nya org-org yang tak reti nak tutup bunyi hp ni.. kalau sekali tak pe, ni org yg sama, siap bercakap n marah2 lagi.. dan the worst part org ni duduk sebelah aku... tp nasib baik lah citer ni kira bising.. bukan drama... kalau tak sure aku konsentrasi terganggu...


ada orang tinggal komen kat my previous entry suruh aku tengok movie kat cionema kat Mushreib tu.. apa best nya??? macam ramai kelly-ng je... apa menarik kat situ?? any action?? can elaborate??

Sunday, July 08, 2007

N7W

akhir nya diumumkan semalam, 7 kejaiban duni4 yang baru... :-)


boleh tak aku taruh 6 gambar jer??? hehehe...

Wednesday, July 04, 2007

Movie....

Bagi mengelakkan kebosanan weekend ni tak seteruk weekend sudah... aku plan utk g tengok movie hari sabtu ni. aku dengar hari jumaat selalu nya ramai orang plus, macam best je tido hari jumaat kan. lagi pun kengkawan ramai yang cuti hari jumaat. :-)

tapi aku letakkan syarat pada diri sendiri, yakni... aku kena make sure aku hatam selak dan baca (faham tak faham belakang kira) chapter economics sebelum g tengok movie. kalau habis baca chapter tu, makna nya aku sette 4 daripada 18 chapter untuk exam aku...

tapikan memandangkan tiket tengok wayang kat sini mahal gile... aku nak pilih filem terbaik untuk aku pergi tengok.... and btw, fyi, citer pirates of carribean pun masih ada lagi kat sini.... so bagi those movie goers kat KL... or sapa yg update n tahu pasal movie ni. boleh tak pilih kan which among these movies yang paling worth tgk????

Pirates of the Caribbean: At World's End
atau....

Ocean's Thirteen atau....

Fantastic Four: Rise of the Silver Surfer
atau....

Live Free or Die Hard
atau....
Shrek the Third
atau....

Spider-Man 3 (jgn tak percaya, masih ada kat cinema sini tau)

atau....

Transformers (mcm tempting jer nak tengok yang ni...)

atau....

aku patut tunggu Harry Potter and the Order of the Phoenix
actually, it is more between transformers (hehehehehe... dulu aku memang minat giler kartun ni...) atau harry potter (since aku dah tgk all the previous movie) hmmm... mana satu yer??? or kalau ada tahu movie lain lagi best... ok gak... who else wanna join me....

Monday, July 02, 2007

Office Politic (1)

kalau ur best collegue kena buang... then ur best boss pun akan kena buang... should you still keep in touch with them and concern about their well being.... atau ignore dan jaga periuk nasi sendiri?

kalau dapat tau pulak one of them sakit atau family depa meninggal plak... patut tak ziarah atau at least hantar sms... atau buat-buat macam tak tahu... dan buat-buat tak nampak...

kalau lah depa tu kena buang sebab office politic... tapi depa lah orang yang guide dan ajar kita kerja... apa patut kita buat? adakah kita jadi berani tak tentu pasal... and still contacting them... or should we try as best as we can not to associate ourselves with them... atau kita memang terus lost contact... dan buat hal sendiri demi memajukan lagi company tercinta...

office politik baru... belum politik negara...

Sunday, July 01, 2007

Sunny...

semalam aku sembang ngan member kat KL... ye lah itu lah aktiviti sabtu aku... chat ngan member m'sia... depa cite kat M'sia sekarang panas...

wo... sini pun dah panas lah... sini lagi lah... tak der shade.. tak der pokok2 besar2 blh berteduh... kalau ikut ramalan cuaca... temperature sini range 40-42 degree... terik... dan malam nya plak tak de lah sejuk... berkuwap (bahasa org perak ni) ye lah.. so kira masa humidity tinggi tu, senanglah berpeluh... tak selesa langsung kalau keluar rumah...

tp satu lagi perkara bila musim panas ni, air nak mandi pun panas. kalau kononnya terfikir nak cool kan badan sebab cuaca panas tengahari... hehehe.. mimpi lah... disebabkan tangki air kebanyakan umah/apartment letaknya kat atas bumbung/atas flat.... jadi masa panas ni, air dalam tangki pun panas!!! so umpama mandi air panas lah masa tengahari...

cuaca panas ni terasa sejak pertengahan bulan 5 dan katanya akan terus sehingga pertengahan bulan 9... so aku ada 2 bulan lebih lagi nak menempuh musim panas ni... dan dalam tempoh ni lah selalunya pak-pak dan minah-minah arab akan ambil cuti2 panjang dan holiday ke luar negara... macam orang-orang kat office sekarang (arab lah) mula dah bercuti sebulan terus...