Sempena hari terakhir berkempen utk piliharaya presiden afghanistan, kitaorg buat live show hari ni kat Babur Garden (Bagh-e Babur). Disebabkan faktor2 keselamatan, aku tak dibenarkan g awal ke Garden ni, lagipun aku bkn terlibat secara langsung pun utk show... so aku duduk lah kebosanan kat office sorang2... tp around jam 5 ada kereta dtg utk aku dpt menjenguk garden ni... alhamdulillah... dpt jugak aku dtg tengok walaupun sekejap...apa significant nya babur garden ni... Babur (Zahiruddin Muhammad bin Omar Sheikh) adalah pengasas kepada Dinasti Moghul di India... dia ni keturunan Genghis Khan (dr sebelah mak dia). Taman ini dikatakan dah dibina tahun 1528 atas arahan Babur. Dalam banyak2 taman yg dia bina, dia decided utk dimakamkan di taman ini. Dia meniggal tahun 1530 di Agra, setelah 9 tahun dia meninggal baru lah mayat nya dipindah dan dikebumikan di sini atas permintaan beliau. Yg putih tu lah masjid kat taman ni...
Sejak dr itu, pelbagai pembinaan di tambah di taman ni, dr tembok mengelilingi taman, marble screen, masjid, terusan air etc etc... oleh waris2 beliau termasuk lah Shah Jahan... namun selepas itu, berlaku gempa bumi 1842 yg meruntuhkan tembok dan masjid.. kemudian restored, tambah pool and fountains... pastu rosak balik sebab perang dan now restored dan conserved semula since tahun 2003...
mmg sekejap sgt aku kat sini, aku tak dpt pergi jauh, cuma sekitar pavillion... so aku tak de lah nampak the real garden... the terrace... the fountain... the tomb... etc etc...belakang babur garden ni ada gunung tempat penempatan... aku teringin gak masuk kat salah satu umah tu... kalau ada rezeki... insyaAllah...
but at least.. i've been here and i view the sunset above kabul city center... stunningly beautiful!!!
No comments:
Post a Comment