Showing posts with label kabul. Show all posts
Showing posts with label kabul. Show all posts

Wednesday, September 02, 2009

KBL: First hand story

You may have read my so-called book (Kite Runner + Thousand of Splendid Sun) review dulu... u can still read it here... selepas aku baca 2 buku tu, aku mmg byk persoalan yg tak terjawab berkenaan Afghanistan dan Taliban... among all...

- samada betul Taliban tu mmg teruk dan simply bunuh org, as per book...
- samada buku2 tu hanya propaganda US
- samada betul perempuan ditindas teruk semasa pemerintahan Taliban
- samada betul ramai org Afghan benar2 membenci Taliban
- samada all the above justified US menyerang afghan

dan selepas baca 2 buku tu, aku bertekad utk g ke afghanistan semata2 nak merasa sendiri kehidupan kat sebuah negara yg pernah maju dan makmur yg sekarang ni jadi terkebelakang punca drpd perang dan pemerintahan Taliban.

so masa aku kat Kabul hari tu, aku sempat tanya ngan local i.e. office mate aku. He's Dawood, umur 30 tahun, single. Dia org Tajik (considered ke 3 besar kat afghan - pashtun bangsa paling ramai). Dia masih tinggal dengan keluarga dengan 9 adik beradik dia. Dia pernah hidup pada zaman Taliban. Masa aku jalan2 keluar ngan dia, aku berpeluang bertanya dia, pasal apa sebenarnya Taliban from his point of view and from the perspective org2 sekeliling dia. This is his story... (kalau ada fact yg salah tu, maybe salah aku sendiri yg ingat2 lupa citer dia, sorry)
Menurut Dawood, setelah kekalahan Rusia, Afghanistan ditadbir oleh Mujahideen (sekarang rasanya digelar Warlords). pada tahun 1996 Taliban merampas kuasa dan mula mentadbir Afghanistan ikut acuan mereka sendiri. Antara yg terawal tindakan depa ialah berkaitan dgn perempuan kena pakai burqa. Taliban ni kebanyakannya dr org2 pashtun. mengenai kes pembunuhan berleluasa tu, mmg berlaku. They simply killed others especially bangsa Hazara yg dikatakan lebih rendah taraf dia.

Dawood dan keluarga dia cuma sanggup tinggal di Afghanistan (Kabul) selama 2 tahun dalam pemerintahan Taliban. Tahun 1998 mereka meninggalkan rumah dan lari ke Pakistan. Menurut Dawood, depa terpaksa pindah sbb depa takut depa akan dibunuh kerana tidak sehaluan kata dengan jiran sekampung yg joint Taliban. Kata Dawood, sesapa saja buat masalah ngan org Taliban i.e. anggota dia, senang saja diserang dan dibunuh. Memang betul apa yg dilaporkan oleh akhbar dan tv yg katanya perempuan mmg ditindas. Bagi family Dawood yg tak pakai burka, depa mmg terasa terancam.
Pendekatan undang2 shariah yg diamalkan oleh Taliban terlampau extreme utk diikuti. Plus, ada katanya mcm patut diikuti oleh org2 yg bukan pengikut Taliban tapi org Taliban blh je buat sewenang2nya. dan since Taliban tu mmg mostly Pashtun, so, bangsa2 lain mmg simply lose the battle utk hidup aman. Org Pashtun ni mmg menunjukkan kuasa depa. since Mujahideen dikalahkan oleh Taliban, depa mmg berkuasa sepenuhnya. Although dia jugak pernah ada sejarah hidup masa berperang dengan Rusia, pada dia zaman Taliban lagi teruk lagi.

Dawood kembali ke Kabul dari Pakistan pada tahun 2002, setelah Taliban dikalahkan oleh US. Walaupun dia kata US bukan nya berniat baik utk hapuskan Taliban, tapi depa at least mampu utk hidup kat umah tanpa perlu rasa takut. since then, Kabul blh katakan agak tenang dan aman. dan masa sekarang ni, walaupun Taliban masih ada, tp ramainya kat Kandahar dan southern part of Afghanistan. Dan kata Dawood, kalau kes2 bom berani mati tu, selalunya org Pakistan yg buat, not an Afghan.
Banyak lagi citer dia kat aku, all about kesusahan hidup masa Taliban. anyhow, at least persoalan aku terjawab. its a first hand story dari org Afghan sendiri. Dawood sangat berharap yg perang ni dpt selesai, namun masa election tu, dia tak g mengundi jugak. katanya, dia pun tak harap ngan current president. corrupt jugak... tp tak lah sampai berbunuh-bunuh.

Monday, August 24, 2009

KBL: Back to DOH

Hari last day tu aku sempat gak lah g shopping... ada lah dalam 2 jam sebelum nak ambik flight balik ke DOH. tu pun sangat tergesa2... aku kena settlekan semua benda sebelum balik. so cuma sempat g satu tempat, beli satu dua benda je. and kebetulan aku g ngan budak office yg nak beli carpet, so most of the time spent kat dalam kedai carpet tu, and since aku dah abis kan masa kat situ, aku pun beli lah sekeping carpet as souvenir :-) (sorry neither key chain nor fridge magnet could be found hehehe)
hari last tu, sabtu, was the first day of Ramadhan. sama mcm kat Doha, takde apa2 special nya ramadhan kat kabul ni, bukan nya mcm kat M'sia, Ramadhan i would say more like food fiesta instead of mengenang konsep lapar dan dahaga tu hehehe... since nak balik petang tu, aku tak berkesempatan pun nak berbuka kat sana. i wish i had the time berbuka kat sana walaupun sehari... hmm... rugi rugi rugi...
aku balik sekali ngan colleagues, sorang producer, sorang correspondent, 2 cameraman dan sorang engineer... with them (except for the producer ngan correspondent tu) ada at least 8 - 12 bags of equipments. so... mmg teruk lah travel ngna barang2 yg banyak tu... especially nak lepaskan polis dan checkpoint kat airport kabul. kalau ikut prosedur yg betul, kita kena xray semua barang dan angkut semua n jalan ke airport dlm 500meters. but that doesnt mean kita blh bawak keluar semua brg tu freely, surely tersangkut dan kena tahan. so to make things easy and as usual, we have to bribe our way to the airport. mmg keje nya salam n senyum je... but all these done by Dawood, bukan kitaorg. kita dok senyap je kat dalam kereta and pass duit je.bukan sorang nak kena bribe... almost semua polis kat tepi jalan tu stop our lorry n sibuk bertanya2 hmmm.. minta bribe lah.. then bukan depa je kita kena bg duit, bila dah kat parking lot, banyak plak porter yg nak ditips.. ye lah, kalau sorang bawak 3 trolley mmg lah perlu porter. sampai pakai 10 porters seluruh nya. luckily the check in process was done smoothly. the departure hall very simple. aku cari lah jugak kalau2 depa ada key chain or fridge magnet... tarak...

the flight back was less exciting compared to the flight datang ari tu. cumanya naik2 je, kapal terbang kena cecah 2000 feet secepat mungkin dan baru membelok dan membetulkan laluan (kalau tak salah aku lah). no food taken sbb puasa.
sampai kat dubai lagi satu kisah... aku tak sempat nak berbuka kat flight sbb kapal terbang land 10 minit sebelum berbuka. sampai kat terminal 2, aku beli air kosong je. dan nak menguruskan barang2 yg banyak tu, kena lepas kan custom yg nak cek itu ini. yg for sure depa nak take statement/byk soal kalau bawak flak jacket (jaket kalis peluru tu). sebabkan flak jacket surely depa akan tahan. pastu, dr terminal 2 kena naik teksi menuju ke terminal 1 utk ambik flight ke Doha. jauh 2 terminal ni. dan nak kena do all the check in dan lepas immigration. akhirnya jam 8.30pm br lah aku sampai ke lounge, nasib baik dpt jemputan ke business lounge, dapat lah makan free... good food!!!

jam 12.30am br aku sampai Doha. Panas!!!... the moment aku sampai doha, aku dah terkenang kan kabul. hehehe... cuaca kat kabul malam sejuk, dah autumn nak masuk winter. terus g sahur sbb esok nya nak kena masuk office... pretty tired... i really wish i could go back to Kabul utk holiday... jalan2 keluar dr bandar. InsyaAllah one day i will go there again.

Saturday, August 22, 2009

KBL: Videos

More videos on Kabul and Babur Garden... enjoy




Thanks Aizal for uploading these in youtube... (ada byk lagi lah... hehehe)

Friday, August 21, 2009

KBL: Puasa...

Nampak gayanya aku memulakan puasa tahun ni di Kabul... tp aku akan balik ke Doha esok, so tak sempat lah nak berbuka kat sini. (yeay!!! esok dah nak balik!!!)

talking abt puasa... again kat malaysia kenkadang bukan nya fikir bab menahan lapar dan dahaga... tp its all about food and bazaars... eat eat eat... so aku nak share some food that i took here... actually ramai tanya mcm mana mkn kat sini... bg aku ok je... sbb aku ni balun apa saja... hahaha.. local food, i don't really know their speciallity or cuisine, sbb tak berkesempatan nak g mana2 utk try (safety issue). but we had a chance utk rasa local food (perhaps) kat office, sbb lunch is provided kat office (nak keluar pun tak de tempat nak g, and again security issue)...
For local, as per kawan office cakap. they normally eat rice yg mixed ngan raisins then ada satu dish sayur and ada dish daging plus roti arab. tu je lah... very simple... tp mmg rice tiap2 hari mcm kita lah... cuma nasi depa byk2 color n byk2 gaya masak... tak lah nasi putih mcm kita tu...
and since guest house aku ni ada restaurant... and its a lebanese restaurant.. so mlm2 makan lebanese food lah.. sama je macam kat doha... so nothing special...
anyway... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!!! Ramadhan Kareeem... semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr Ramadhan sebelum2 ni... dan aku minta maaf, atas segala salah dan silap... insyaAllah.... Selamat Berpuasa!!!

Wednesday, August 19, 2009

KBL: Shopping...

kat kabul ni tak de banyak shopping mall besar mcm kat tempat lain, ye lah.. bukan negara maju.. branded item ada, tp mostly dtg dr india or pakistan or china.. so samada betul2 branded or not.. dunno.. for makanan banyak imported goods, especially kat supermarket dekat dgn area UN, US embassy dan sewaktu dengannya... semlm aku sempat gi ke supermarket, sambil beli snacks n drinks utk org office aku beli some snacks for myself... brg2 bawah ni cost me approximately USD20++... mahal jugakkan... tp ye lah ada yg terang2 imported items... hehehe

sempena nak bersolat jumaat esok and nak meraikan kewujudan aku kat negara ni, siang tadi aku g tempah kurta utk aku pakai hari jumaat ni... a simple kurta, bayar lebih skit blh siap in 1 day :-) tempah aku tempah ni tak lah modern, aku ikut je driver aku bawak (pics below), and tak memilih sangat, aku ambik je yg color yg ada... its quite cheap though... for sepasang kurta for USD 20... ke mahal.. hahahaha... esok akan siap kurta aku... (first gambar - kedai beli kain, second gambar - barisan tailor)

ptg tadi pusing2 town... hari ni hari kemerdekaan afghanistan dr british (or russia... tak sure) so it is a public holiday sini. esok plak hari pilihanraya, so cuti gak. lusa plak hari jumaat, pun mmg dah siap cuti... sabtu plak menyambut ramadhan... pun cuti... its a long 4 days holiday kat afghanistan, jalan agak lengang... kedai tak banyak bukak... tp kedai2 dekat kawasan residential (mcm kat gambar bawah ni) bukak gak lah...

ni video kat jalan luar skit dr city centre... near kawasan perumahan... byk jual buah-buahan.. makanan etc.. tempat ni agak selamat, tp colleague aku tak de pun nak berhenti, so aku ikut je lah... anyway, from here dpt lah tgk skit2 bandar afghan...

Tuesday, August 18, 2009

KBL: Safety...

Senang cite, as all of u know, mmg tak selamat negara ni... tambah2 plak dlm seminggu ni lagi lah double tak selamat. Mmg betul Taliban cuba nak mengganggu pilihanraya kali ni... bilangan serangan taliban meningkat berganda2 dlm tempoh seminggu ni. awal pg ada 2 roket meletup kat presidential compound, ada bombing kat trak UN (i think UN kot) kat jalan antara jalalabad ke kabul. paling teruk kat kandahar (selatan afghanistan yg mana lebih ramai taliban), semlm ada bombing n roket berleluasa... dan takut2 kalau curfew terus je kat sana... tp alhamdulillah aku ok insyaAllah.. dok kat office je...
menurut kata org, utk monitor keselamatan ni, US dah lancarkan belon udara utk dpt kan view 360 degree bandar kabul ni minggu lepas... masa aku jalan2 kat town pun aku dah nampak dah belon udara ni. tp tak tahu lah setakat mana effective nya camera ni... or betul ke tak ada camera kat situ.
talking abt pilihanraya, ada org tanya aku sama ke demam pilihanraya sana ngan kat malaysia. rasanya bab berkempen mungkin sama i.e. berceramah n kempen ke merata tempat. tp antara beza nya sini, disebabkan ni presidential election, kempen dia mcm kat US, nak pilih presiden je... (dan jugak wakil2 tempatan, tp ni tak hebat sgt). so individu berkempen utk berusaha jadi presiden negara... so tak de lah bendera2 parti merata2 tapi lebih kepada muka calon2 presiden.
memandangkan ramai rakyat afghanistan sini yg buta huruf, aku tak sure mcm mana rupa kertas undi, samada kena pangkah ke macam mana... tp for sure muka calon kena ada 38 org kesemuanya, sbb kalau setakat taruh nama, ramai mungkin tak tahu sapa tu... dan utk mengundi, jari akan dicelupkan dgn ink yg kekal selama 2 minggu (ada kata2 yg taliban memang menentang election ni, sesapa mengundi kena potong jari... or else potong kepala terus). tp utk mengundi, pengundi kena tunjuk kad daftar undi, tp since perempuan kat sini tak diwajibkan tunjuk muka, so ada lah byk kad daftar undi yg tak bermuka dan boleh jual merata2...
sepertimana kat US, kat sini ada jugak presidential election debate... i.e. calon2 president berdebat sesama sendiri (setakat ni debat 2 - 3 - 4 penjuru lah kot, tak de lah 38 semua dok atas pentas). debat ni ditayangkan live di channel tempatan. apa2 soalan blh ditanya... kena bg tahu menifesto masing2...
lagi 24 jam pengundian bermula, mungkin kah taliban akan lebih mengganas esok bg menghalang terus pilihanraya? sejak semlm dah takde kempen dah kat tv or kat jalanraya... kempen tamat 48 jam sebelum hari pengundian... anyway, harap2 takde berlaku apa2 kejadian yg membahayakan semasa hari pengundian (eh tak thrill lah...) ok, kalau ada apa2 pun... tolong jangan libat kan aku ngan kengkawan kat sini... insyaAllah...

Monday, August 17, 2009

KBL: Bagh-e Babur...

Sempena hari terakhir berkempen utk piliharaya presiden afghanistan, kitaorg buat live show hari ni kat Babur Garden (Bagh-e Babur). Disebabkan faktor2 keselamatan, aku tak dibenarkan g awal ke Garden ni, lagipun aku bkn terlibat secara langsung pun utk show... so aku duduk lah kebosanan kat office sorang2... tp around jam 5 ada kereta dtg utk aku dpt menjenguk garden ni... alhamdulillah... dpt jugak aku dtg tengok walaupun sekejap...apa significant nya babur garden ni... Babur (Zahiruddin Muhammad bin Omar Sheikh) adalah pengasas kepada Dinasti Moghul di India... dia ni keturunan Genghis Khan (dr sebelah mak dia). Taman ini dikatakan dah dibina tahun 1528 atas arahan Babur. Dalam banyak2 taman yg dia bina, dia decided utk dimakamkan di taman ini. Dia meniggal tahun 1530 di Agra, setelah 9 tahun dia meninggal baru lah mayat nya dipindah dan dikebumikan di sini atas permintaan beliau. Yg putih tu lah masjid kat taman ni...
Sejak dr itu, pelbagai pembinaan di tambah di taman ni, dr tembok mengelilingi taman, marble screen, masjid, terusan air etc etc... oleh waris2 beliau termasuk lah Shah Jahan... namun selepas itu, berlaku gempa bumi 1842 yg meruntuhkan tembok dan masjid.. kemudian restored, tambah pool and fountains... pastu rosak balik sebab perang dan now restored dan conserved semula since tahun 2003...
mmg sekejap sgt aku kat sini, aku tak dpt pergi jauh, cuma sekitar pavillion... so aku tak de lah nampak the real garden... the terrace... the fountain... the tomb... etc etc...
belakang babur garden ni ada gunung tempat penempatan... aku teringin gak masuk kat salah satu umah tu... kalau ada rezeki... insyaAllah...
but at least.. i've been here and i view the sunset above kabul city center... stunningly beautiful!!!

Sunday, August 16, 2009

KBL: Keje...

Keje aku takde lah directly involve ngan keje2 production. therefore, org pun tertanya2 kenapa lah aku kena hantar ke sini... but basically aku tolong in admin side... and tolong in jaga bajet... senang citer...
office aku kat sini tak lah besar mana... it is in one of drug lords bungalow... tempat dia central jugak, quite near dengan area yg kena bomb tu. tp, kawasan ni mcm byk sgt construction lain, jalan teramat lah buruk... kat depan office, kat kiri ada je villa br buat.. so jalan tak cantik...

as i said, keje aku kat sini more into admin... termasuk lah nak siapkan newsroom... including g shopping kerusi.. dan tempah meja kat kedai perabot... brg2 sini agak mahal and mostly second standard item from china... so no choice.. with limited bajet, aku beli je apa patut... but this has open up opportunity nak g keluar jalan... eh, of course lah ngan budak office... kalau aku sorang mati lah.. they are not only tak leh cakap english most of them menulis pun tak blh... masa kat kedai kayu ni, semua pekerja ni sorang pun takde yg tahu menulis, depa cuma ada buku resit je, kenalah kita tulis apa kita beli dan berapa harga...

Saturday, August 15, 2009

KBL: First Bomb...

Pagi tadi (abt 2 hours ago) lepas aku ambik coffee utk breakfast... duduk2 je kat garden tu sambil sembang ngan news team... tanya2 apa blh buat kat kabul, since it's a bit calm and semlm i spent whole day kat bilik do nothing... blh ke pergi market or any places to buy souvenir?... we've decided to go to one place when we have slack time, perhaps on the last day. and they said, kalau g ngan org office should be fine, tp jangan dok lama lah.. kejap2 je... sekadar tgk2 jap.

tetiba dengar bunyi letupan... terkejut jugak... tp tak de gegaran... 1 letupan yg agak kuat... but early assessment by org2 kat guest house kata it's quite near but perhaps not that big... the news team cepat2 call sana sini and decided the next move, depa dptkan kereta and terus ke tempat kejadian... aku, continue minum kopi and asked for ommelette... apa lagi aku blh buat...

after abt 1 hour plus, i managed to go to office (br ada driver ambik) dan meet up with the news team tadi. it was a car bomb near US embassy and NATO area. kereta tu siap blh lepas 5 police check points. br diletupkan... and estimate abt 20 dead and few more injured...

hmm... is that considered as tiny... i dont know... Alhamdulillah... am ok... anyway, plan nak ke market to kena lah reassess...

Friday, August 14, 2009

KBL: Solah Jumaat

Jumaat sudah aku g solat ngan office mate aku, supposedly hari jumaat hari cuti kat kabul ni, and thats the only day yg org cuti. hari sabtu pun depa keje. mostly offices kat kabul keje 6 days a week. org kata depa kena keje lebih sbb nak make up balik time yg hilang sbb berperang.


tempat kitaorg pergi jauh jugak dr office. office mate aku, dawood, tu kata situ tempat dia janji ngan kawan2 dia... apparently dia ada group of frens yg depa rapat with, kind of brotherhood. (org office aku yg lain cakap dia ni agak weirdo in beragama, aku tak kisah and tak libat kan aku, no hal). since the brotherhood duduk kat luar aku pun dok luar. sesampai je sana, around jam 1pm dah dengar ada ceramah agama. solat jumaat or zohor supposedly start jam 1.30pm lebih kurang.


ceramah tu on and on sampai lebih kurang 1.40pm dan azan...lepas azan semua org solat sunat 4 rakaat (normally kat malaysia 2 rakaat je) actually it was the same masa kat nairobi, depa punya solat sunat pun 4 rakaat. then khatib berkhutbah + doa sekejap je... dalam 10 - 15 minit, then terus solat jumaat. habis solat jumaat... semua bgn utk solat sunat 4 rakaat... pastu khallasss....
lepas abis solat semua ni, the brotherhood tu kumpul kat luar masjid tu n hugs each other... since aku join diaorg... so join the ritual. according to dawood, lepas solat tu depa selalunya akan continue baca quran. but dia kalau kena keje tak lah join, and in this case dia kena hantar aku ke office. this jumaat, dia kata they will kumpul kat masjid lain plak.

Thursday, August 13, 2009

KBL: Afghan-presndential-election...

Few may ask apa sebab aku ada kat kabul ni... aku sebenarnya kat sini utk coverage Pilihanraya presiden afghanistan sambil jengok2 office kecik kat kabul ni... talking abt the election... here are some infos on it... in case korang tak baca kat news lah...

Election ni akan diadakan dalam tempoh 7 hari, to be exact on 20th aug ni. Ni election kali kedua bg afghanistan selepas perang dengan amerika, election yg sebelum ni pada tahun 2004, dimenangi oleh Hamid Karzai i.e. president sekarang dgn 54% undi. election ni utk memilih president, setakat ni ada 38 calon (rasanya lah) termasuk 2 - 3 org perempuan. utk menang jadi president, calon kena dpt 50% + 1 undi... kalau takde yg dpt 50% ke atas, 2 calon teratas akan bertanding one-to-one dlm tempoh 6 minggu setelah selesai election ni.
utk election kali ni mungkin berlaku havoc sbb taliban dah clearly stated yg depa akan ganggu election ni dan mmg tak bersetuju pasal election ni. minggu lepas ada 9 roket meletup kat kabul... semlm ada fight kunduz province, dekat south helmund province... lagi 7 hari ni tak tahu lah kat mana... tp yg teruk byk nya kat southern area, kandahar and below... kat situ mmg kuat org taliban ni, dia dah arahkan supaya org ramai tak keluar mengundi. depa ada jugak block lebuh raya and kawal bandar2 mengelakkan org keluar mengundi.

utk election ni, Hamid Karzai ditentang hebat oleh Abdullah Abdullah... ada jangkaan Hamid Karzai takkan dpt more than 50% undi, dan kemungkinan besar head-to-head ngan abdullah abdullah... dgn abdullah abdullah blh turun ke kandahar dan berkempen mmg mengejutkan, sbb kawasan tu kawasan taliban... dia pun ada ke mazar e sharif utk berkempen...
aku ada sembang ngan beberapa org afghan yg bukan dr office aku... depa pun ada yg sokong hamid karzai ada yg abdullah abdullah... tp among them, ramai yg kata that they are not going to go out to vote... one maybe tak percaya ngan politik, the other cakap none of the candidate layak pun jadi president, and ada cakap its all planned and registration pun fraud... mcm blh agak je result.
it seems a general knowledge kat negara2 mundur yang mana government akan berusaha utk menjaga kekuasaan dlm government. apparently, hamid karzai ni pun mmg famous for corruption... no wonder... anyway, we shall see apa result in 7 days, i'll update more on the election soon...
p/s - br balik dinner dgn team... satu cover citer kat kandahar and the other ke mazar e sharif (balkh province)... hope they all balik dgn selamat...

Wednesday, August 12, 2009

KBL: Around town...

Hari ni aku berpeluang ke tengah bandar... aku kena g daftar diri kat balai polis central utk dptkan foreigners registration card. Apparently aku kena simpan kad ni sampai lah keluar dr negara ni.
this pic taken yesterday, masa dah dekat ngan office...

mmg tak develop lagi bandar ni... banyak lagi perlu dibuat... tp jalan2 kat bandar ok lah.. and kat bandar ni ada satu dua je traffic light, itupun kata colleague aku br start beroperasi 2-3 minggu sudah. jalan takde divider kat tgh2... so kenkadang jadi 2-3 lane sehala... tp most of the roads here mmg jadi jalan sehala... that'll be easier to handle kot.

here some of the pictures...
what astonished me most was bangunan residential yg dibina kat lereng2 gunung. umah2 tu umpama separuh kat luar separuh masih lagi dlm gunung... cantik dan unik...
so... apa hasil kad aku... aku rasa org yg isi form aku ni illiterate, mmg tak reti eja even dia copy directly dr passport aku. nama bapak aku salah eja... no passport pun tak betul... tarikh visa pun salah tulis... colleague aku ada offer bantu isi kad tu, dia plak kena marah, katanya sbb dia cakap mamat tu salah tulis... hehehe... what's the point of having this card when salah je info dia... dunno... hehehe
hope I will have other chance to venture out again. and harap2 dapat guna my DSLR... gambar2 atas tu semua guna my small camera and taken from a moving car...