Friday, November 23, 2007

Meng-ketam :-)

khamis mlm jumaat sudah aku, nije, kimi n abe g meng'ketam' i.e. menangkap ketam.. selalunya ni lah aktiviti awal2 sebelum winter... tangkap ketam ni seelok nya pada bulan mengambang.. sebab apa... tak tau...

sebenarnya bukan kitaorang je yg plan nak tangkap ketam tu.. ramai lagi.. dan tempat kitaorang g tu, kat simaisma, lebih kurang 30 minit dari doha, memang penuh ngan orang M'sia.. ada ketikanya mcm rasa kat M'sia je... biasa lah bila kat negara orang kita mcm assume org tak paham bahasa kita.. alih2 kuat je bunyi cakap melayu kat tgh laut... although tak nampak muka, for sure org malaysia kan..

sebelum ke laut.. kitaorg makan bihun yg dibuat oleh kak yati.. her whole family pun ada kat sana... :-) seharusnya, peralatan nak tangkap ketam ni perlu ada... paling tidak ada kasut diving, lampu torchlight yg elok dan tombak... kalau tak der tombak jawabnya jadi lah mcm kes kitaorang.. menangkap pakai tangan dan penyepit... lepas n menyusahkan... tak leh nak tangkap kat tempat dalam skit... hehehe... (bak kata abe, gambar kak yati family tu mcm mangsa banjir kan.. hik hik hik...)

sebab kitaorg tak de tombak... kaedahnya, nije pegang baldi... kimi tukang suluh... abe tukang tangkap ketam... aku plak.. tukang ambil gambar... ni lah aksi2 tangkap ketam hari tu... :-)
walaupun aku tukang tangkap gambar, FYI, the first ketam yg kitaorang nampak pun, aku yg detect dulu... although tak dapat tangkap.. hehehe... and disebabkan mata aku yg tajam... selalu gak aku yg nampak ketam... tp nak jadi citer, banyak yg aku jumpa, ketam tengah mengawan, jadi nya ada lah kes, tangkap satu melekat dua... hehehe..

ooh... kalau nak tahu... cam ni lah rupa ketam kalau tgk dari atas air... kalau korang dapat nampak mana ketam tu.. mmg korang layak turun tangkap ketam...
dalam tempoh hampir 3 jam... kitaorang berjaya menangkap lebih kurang 15 ekor ketam... dengan lebih 10 ekor ketam terlepas cam tu jer.. sbb tangkap pakai tangan... thanks to yati family sebab pinjamkan tombak... bila pakai tombak tu.. bagai nak cucuk daun kering je.. senang sungguh nak dapat ketam... so jadi lah aksi gini kan..

ni lah hasil nya.. 15 ekor ketam yang sedia dimasak... :-)

kitaorang selesai tangkap ketam dalam 12.30am.. masa tu masih ada ramai lagi kat tepi pantai sebab ada gak family yg plan nak tido kat tepi pantai je.. dengar citer next week yati family nak berbbq sana n tido terus.. :-)

so since hari seterusnya hari jumaat... abe dengan sukarela memasak ketam tu utk kitaorang makan.. since umah MT dah tak de nak jadi port melepak.. dapur aku digunakan utk memasak.. dan makan ketam... buat 2 jenis masakan ketam.. yg besar2 dalam 8 ekor buat masak lemak.. yg kecik2 baki nya buat chilli crab je... :-) yum yum... so sesapa yg tak g ari tu, tak berminat ke nak join later.. :-)

8 comments:

Anonymous said...

seketui seketui ketam masuk kuali gamaknya! harap2 ade ler lagi musim crabbing masa kat doha nanti..
-Razi-

mt said...

best nye....

Ard said...

bestnyer!!! nampak sedap sgt ketam tu!!!

Anonymous said...

weh..teman nak tanya ni :

1. hangpa sume pi meng-ketam or dok kat dalam banjir kat Kelantan? Nampak macam dalam banjir je especially Rizal & famili..muahaha

2. hangpa siang ke dak ketam tu sebelum masak?nampak macam masih maintain je rupanyer sebelum & selepas masak!!!kaler je lain...hmm

3. tu ke lampu suluh Dato' K yg paling power? aiyo.... nak suluh lubang hidung pun tak nampak..

4. hang pa sume macam dah biasa je menangkap di dalam kesamaran..haha

Nurul A. Abid said...

Eiiii...bestnya aktiviti ni especially part yang ketam kena tangkap basah....he...he....last2 'dikahwinkan' dalam kuali ek.

EoNe said...

ok gak activity ketam mengketam nie yea and of course the gulai ..soup ketam ada ?I was told i is good especially yg kena demam denggi where t helps to increase the red blood counts ....Wallahua'lam

famil said...

bulan mengambang sebab time to time ketam mengawan... so diorg akan pergi jalan2 kat pesisiran pantai..

zal said...

razi
musim ketam maybe ada, tp cuaca sejuk sgt for crabbing. so mengetam kat tepi corniche je.. hehehe

mt
tu lah... mmg best, last weekend depa g lagi, tp dah sejuk, tak dapat pun. masa u ada sini dulu naper kita tak g? hmmm...

ard
mmg sedap pun... :-) fresh...

anonymous... sapa ni???
1. ada ke ketam masa banjir?
2. siang ketam mcm siang ikan ke?
3. hehehe... buat pe nak suluh lubang hidung?
4. sapa yg pernah kena tangkap dalam kesamaran ni?

nurul a abid
best best best... so bila nak datang n join???

Eone
kitaorg buat 2 jenis dish je. yup i've heard the same gak pasal soup ketam tu.

famil
mcm tau je cara idup seekor ketam. tp org kata gak, masa bulan mengambang isi ketam byk... apa kaitan nya tak tau...