Sunday, November 04, 2007

The 3 days...

30.10.07
8.30am, aku dah register kat klinik ophtalmology utk appointment jam 9am. tp sbb lapar, dapat appointment aku g makan dulu. jam 10am aku jumpa Dr Ron di bilik 6 dan dia yang periksa mata aku. it's the same procedure yg dia buat, sama macam yg kat ipoh except for ada satu part yg rasa nak tercabut mata apabila dia tekan kelopak mata supaya dapat melihat bebola mata dgn lebih jelas. then setelah berpuas hati, Dr Ron menetapkan tarikh pembedahan pada esok harinya.
11.30am aku daftar masuk wad. aku pilih wad first class dengan satu katil, tak dapat sbb dah penuh. tp sbb aku dah book, bila ada org keluar jam 5pm aku dpt bilik for my own. sejurus aku masuk bilik, wad 9a katil 25, aku dikehendaki turun ke wad 6b (khusus utk mata) utk pemeriksaan oleh Dr Akmal. aku rasa ni doktor baru sbb banyak perkara dia tak berapa sure. nak ambil darah pun tak sure, nak buat ac scan pun tak sure... semua kot kot... then 2-3 jam lepas itu, Dr Adilah dan Dr Andrew plak yang panggil aku turun dan memeriksa mata aku. Dr Adilah dan Dr Andrew seterusnya menerangkan lagi apa yang akan dibuat semasa pembedahan esok hari.

petang tu plak megat datang, pak tam n mak tam... thanks megat for buah tangan... sedap gak donut ni, tapi mahal gak kan...



31.10.07
hari pembedahan, tp sehingga jam 10 pagi aku masih tak tau bila masa sebenar aku akan dibedah. sehingga lah jam 10.40 pagi aku telah dipanggil dan diberi baju utk pembedahan dan kena baring kat atas katil utk dibawa ke bilik bedah. sehingga saat ini aku masih lagi tak rasa risau, aku pun tak tahu kenapa but rasa confident je masa tu.. siap buat lawak n complaint2 kat nurses lagi... hehehe...

masuk ke bilik pembedahan, aku minta kebenaran nak bawak kamera, tp doktor kata hanya dapat kebenaran pengarah hospital br boleh bawak, aku masuk awal kat operating theatre, Dr Andrew taruh ubat anaesthatic. cara nya agak ngeri skit, iaitu injection directly under my eye. but sakit nya below expectation, tak rasa langsung. aku terbaring kat katil tu lama jugak sebab patient sebelum aku tu lambat skit siap nya... so ada lah almost one hour aku terbaring... siap bangun g toilet lagi.

recap balik apa sebab aku kena surgery. ada berlaku retinal detachment kat dalam mata aku, hasil daripada terdapat beberapa lubang wujud kat retina, jadi air dalam biji mata telah keluar dan menjarakkan retina dari biji mata. so surgery ni dibuat bagi melekatkan kembali retina aku dengan menggunakan scleral buckle. (gambar tepi tu gambar ambil kat internet, tp mcm tu lah rupanya scleral buckle, yg attached kat dalam mata aku ni pendek je, 8mm)


oleh kerana buat localised anaesthatic, iaitu hanya sebelah mata je kebas, aku sedar sepanjang procedure. so aku ada lah bersembang2 ngan doktor semasa procedure. dan terdengar lah Dr akmal tak tahu jawab soalan2 dari Dr Ron. rupanya Dr Akmal tu kiranya masih baru lah. Dr Andrew dan Dr Adilah yang melakukan surgery, Dr Akmal hanya terlibat potong benang jahitan je, itupun terlebih panjang potong nya. dan aku rasa, biji mata aku dikeluarkan masa surgery tu sebab ada ketika nya aku nampak muka doktor, tp bila jahitan dibuat gelap je pandangan. dan bila doktor kata dia dah siap dan nak closing up, br aku nampak muka doktor tu semula (nanti bila review next week aku confirm kan ngan doktor whether biji mata aku dikeluarkan ke tidak).
the whole procedure took 1 hour. lepas surgery aku tunggu kejap kat bilik menunggu sebelum dibawa keluar. my parents n razi setia menunggu 4 jam kat luar bilik... thanks!!! tp aku mmg tengah lapar masa tu, aku kat dalam bilik operation dari jam 11am sampai jam 3pm... sesampai je kat bilik terus makan lunch.. kelaparan... hehehe...

tak lama lepas tu datang nizam dan MT, rupanya depa dah sampai awal, cuma aku belum balik bilik lagi. depa plak tunggu kat lif pelawat, aku naik melalui lif staff.. tak sempat depa berdrama... hehehe... tapi agak penat gak lah.. lepas sembang2 skit.. aku penat tidur... dan later petang tu.. datang rafi dan boboi... then ijam n family... thanks for berziarah...


01.11.07
pepagi lagi dah datang nurse nak cuci mata, jam 6am aku dah bangun. Jam 7 aku dah berjalan sendiri ke tingkat 6 utk pemeriksaan doktor... semua keempat2 doktor ada. antara katanya yang aku faham, 6mm buckle dah cukup utk mata aku 8mm tu dah cukup panjang. tgh hari tu shah datang dan my cousin pun berziarah... around 5pm baru discharge. balik ke kota damansara kejap, lepas dinner balik terus ke ipoh...

ni lah rupanya mata aku 2 hari setelah operation, still red and berair... dan according to the doktor bengkak kat mata akan remain for 2-3 days dan aku akan rasa jahitan dalam mata tu for the next 2-3 weeks... so kena lah buat follow up later masa kat doha..

anyway, mana blh blog ni sepi dari gambar makanan kan... so ni lah antara food yang aku makan kat hospital hari tu..

7 comments:

Aina said...

Adakah itu gambar Dr Ron? Ensem...kalau gitu i pun nak gi check mata lah kat dia he hehe..

Kat spital pun siap sempat amik gambar makanan, tu yg tak tahan tu....

Anyway, wish u speedy recovery. Okey.

mt said...

semoga cepat sembuh......

p/s: 'cantik' lak u pakai gown putih tu,,, muahahahahha

Anonymous said...

I leave it to MT jer yg ucap cepat sembuh. Dah 10 kali dah rasanya hahahaaaa...

BTW, I try to expediate the extraction of the medical report okay!

-Razi-

aizal said...

makanan dia lagi sedap laa dari Hospital Al-Ahli..

EoNe said...

Moga cepat sembuh ..ameen

عيديد said...

Zals, mata I ada ketumbit..Tak baik2 lagi. Diorang ckp I tgk cerita porno byk sgt. I rasa kena buat operation mcm you jugak la. Nanti operation boleh duduk M'sia lama2. OK I will come to AUH sbb UAE cuti merdeka masa tu.Nanti kita buat BBQ

zal said...

aina
yup, tu lah dr Ron. sporting habis, bg ambil gambar. hehehe... camera mesti jalan gak :-)

mt
u missed the time i was still with the gown. hehehe

razi
thanks for help out and be there :-)

aizal
hehehe... al ahli lagi byk... tp sini blh pesan dr cafetaria or warung2 kat KL... lagi sedap...

Eone
insyaAllah... Ameen

Aidid
hahhaa.. i tak pernah kena ketumbit lah.. (hmm... sbb i tak tgk porn)