Monday, November 02, 2009

Haj: 14 more days...

Lagi 14 hari saja lagi sebelum aku berangkat pergi menunaikan Haji, insyaAllah... frankly, persiapan aku pergi ni, langsung jauh dr perfect, tp aku buat sebaik mungkin insyaAllah... menurut buku panduan haji keluaran tabung haji, aku kena buat perkara2 berikut sebagai persediaan:

1. niat dengan penuh ikhlas hendak ke tanah suci semata-mata utk mengabdikan diri kepada Allah swt.

2. Mempelajari cara-cara pelaksanaan ibadah haji yg sempurna.

3. Membanyakkan taubat sebelum ke Tanah Suci

4. Membersihkan harta daripada perkara yg syubhah dan haram

5. Meninggalkan perkara-perkara maksat dan melalaikan

6. Mmbanykkan istighfar dan memohon keredhaan Allah swt

7. Memohon maaf dan keredhaan semua orang termasuk ibu bapa, suami dan sanak saudara

8. Berpesan kepada anak-anak dan kaum keluarga agar sentiasa bertakwa kepada Allah swt.

9. Menyelesaikan segala hak Allah swt dan hak manusia yg masih tertanggung pada dirinya

10. Memilih kawan yang soleh dan amanah sebagai teman

11. Menunaikan solat sunat mesafir sebelum berangkat ke Tanah Suci

Hmmm.... terasa sangat mcm nak pergi masuk big exam.. tak sabar nak menyempurnakan haji ni...

4 comments:

anap_ilmi said...

rindu nak kesana lagi..tumpang gembira org yg dpat pergi ni....

bofoyengfeng said...

uhh...menghitung hari bro. doakan gua disana nanti walaupun lu tak kenal gua. ;)

Aku dan Kamu said...

aku doakan ko mendapat haji yang mabrur

zal said...

anap_ilmi
ada rezeki blh pergi lagi...

bofoyengfeng
insyaAllah...

Aku dan Kamu
terima kasih... semoga ko mendapat berkat Allah...