Friday, November 13, 2009

Haj... the last 4 days...

mcm risau je plak nak g haji ni... dah tinggal 4 hari je lagi... setiap kali aku jumpa org, bila nak berpisah selalunya depa akan salam n mendoakan dpt haji mabrur. Terima Kasih kengkawan... walaupun aku pun tak sure, apa maksud mabrur sebenar2nya... sekarang ni aku rasa macam nak masuk exam besar yg aku rasa aku dah agak2 prepare tp tak tahu mcm mana finale question nya...

sekarang ni pun dah ada gak majlis2 utk mendoakan kesejahteraan pergi dan pulang... again, doakan haji mabrur. Alhamdulillah. harap2, korang pun dapat berpeluang g ke sana suatu hari nanti (bg yg belum pergi lah).

tp kenkadang aku fikir ibadah haji tu mcm tak lah susah sangat, confirm rukun nya... buat yg wajib nya... tinggal yg dilarang... insyaAllah lah... tp aku rasa yg lebih susah bila balik nanti. mampukah aku jadi org yg lebih baik dr sekarang (sebenarnya senang je... sbb aku mcm sial sekarang ni :-) ) tp blh tak aku jadi hamba Allah yg sesungguhnya memenuhi tuntutan Nya... hmm... bg aku tu lagi susah... mungkin blh utk sekejap... tp mampukah aku consistent lepas tu? InsyaAllah...

2 comments:

Unknown said...

Aku bukannya nak nasihat tp pandangan je. Sebelum dan Selapas Haji adalah Hijrah. Baik tak baik adalah di tentukan Allah. Ukuran/benchmark dah ada tp bukannya hanya untuk selepas bergelar/menunaikan Haji. Kebaikkan harus di jadikan target kehidupan sejak dari awal lagi. Haji adalah rukun semua org wajib untuk menunaikan Rukun Islam yang akhir jika bermampu dan dijemputNYA. Tapi, kebaikan adalah mesti samaada sebelum atau selepas dan Insyaallah yang selepas itu adalah penghijrahan yg lebih baik.

zal said...

radius qatar
yup... abang... agree... tp kalau dr awal tak buat baik, sebaiknya, dapatlah kiranya haji ni menjadi turning point bagi saya untuk berubah jadi baik.. kalau org yg dah siap baik tu, jadi bertambah baik... kita manusia mmg tak lari dr dosa... InsyaAllah... jadi terbaik kerana Allah...