Wednesday, July 14, 2010

Travel Report: Favelas...

a favela viewed from my apartment roof top...

Favela ni kalau dlm bahasa kita ni setinggan lah.. its the term for slum area or shanty town kat south america. asalnya dr kurun ke 18. slaves dok sini... settlement atas tanah takde nama or govt public land. lama2 dia developed.. org dr luar bandar dtg keje ke bandar n takde umah dok kat sini. then depa bg duit kat sedara mara n sedara mara plak dtg ke bandar n semua dok sini.. umah setinggan ni makin lama makin tinggi... dia bina umah atas umah.... ada sampai 13 tingkat.

ramai kaitkan favela ni as tempat tak selamat, sbb dia mcm port utk mafia n drug dealers. yes indeed, mmg byk drug dealers kat sini. byk jugak geng mafia. tp not all favelas ni penuh ngan mafia depends on location. sbb ramai yg dok kat favela ni utk keje kat bandar. yg ironi nya, bak kata tour guide tu, kat dlm favela adalah tempat paling selamat kat rio, sbb geng2 mafia ni mmg tak suka ada criminal kat dlm favela which akan bg peluang polis masuk dlm favela ni. so, depa mmg jaga keselamatan favela n mmg polis takde kuasa kat sini. cite pasal favela penuh ngan drugs n criminal ni dibesarkan2 dlm filem. if korang ada tgk filem city of god, mmg ada cite pasal ni. although flem ni bukan actually kat favela, tp kat rumah gantian favela (umah kerajaan bg pindahkan org kat favela) tp issue nya berlaku kat dlm favela.


aku join trip tour favela ni. seperti mcm aku join g trip soweto... tp aku rasa trip soweto lagi best la, sbb sejarah dia lagi significant.... reason aku g pun sbb blh nampak favela ni merata2 rio dan reputation dia as tempat tak selamat. but ada org kata tak ethical plak nak tgk kehidupan org susah, and ada plak yg support by going with agent yg ada bantu buat sekolah or bg donation. yup agent aku ikut ni ada sponsored satu sekolah yg 85% of the fund come from the tour yg kitaorg g ni.

first kitaorg masuk favela rocinha, the biggest favela in rio. ada 250,000 org dok sini katanya. in total ada 950 favela in rio, n ada yg besar n ada yg kecik. in total lebih sejuta org rio dok kat favela n keje depa byk nya dlm service industry, hotel - restaurant - maid - cleaner etc. perjalanan ke favela ni melalui kawasan org2 kaya mcm jalan2 kat bukit tunku kat kl.... umah2 org kat bukit, style umah besar2.... then sampai satu part br masuk kawasan favela. kitaorg berhenti sekejap sbb view dr favela entrance ni mmg best... atas bukit... nampak the whole rio town. the best view of the town sbb nampak cross tu and the sugar loaf in one frame. tp kitaorg tak leh ambik gambar sbb kawasan tu byk drug dealing operation. the mafia tak nak ada gambar dealers, setelah berhenti sekejap kita org g satu umah ni yg ada balkoni, tempat blh ambik gambar.... n this is favela rocinha... padat n ramai...selepas tu, guide bawak kitaorg ke favela sebelah favela rocinha. kat situ lah depa ada sekolah kecik. n kat situ sbb kawasan kecik, kitaorg blh masuk dlm favela, celah2 umah tu... tp kalau without guide mmg blh sesat. umah atas umah, ada tangga kecik ke atas and ada turun bawah, merata2... tp agak bersih, tak busuk... kalau bau pun bau anjing depa... tak lah busuk bau tandas ke apa... sbb ada sistem pembentungan. tp nak jadi cite, kat tgh2 favela ni ada sungai/air bukit lalu... ada mcm air terjun, tp air tu tak blh guna sbb sistem toilet apartment mewah atas bukit tu buang air kedalam sungai tu... what a waste...favela ni bertingkat2... bila ada generasi baru dtg, depa bina atas rumah yg sedia ada.... sini takde alamat.... tp ada electricity. internet ntah ada ke tak... org2 susah sini keje kat bandar, even depa ada business depa takkan tinggalkan favela sbb itu umah depa. kata tour guide, susah org favela ni nak maju mana. depa takde education, and nak g belajar sgt mahal n depa takkan mampu... so depa always dipinggirkan...now... byk jugak usaha kerajaan brasil nak bantu... ada proses perpindahan.... ada process buat sekolah buat kawasan rekereasi... byk benda... ada menjadi, ada yg tak... perhaps satu hari nanti maybe hilang favela... tp hilang plak unik bandar ni... n maybe susah jugak la nak buang terus... the mafia tu hebat... oh... btw, pernah byk perang antara geng2 mafia ni... which kalau cari kat internet sure ada byk cerita pasal rocinha, pasal favela n maybe pasal one of the 3 big gangs (aku cuma ingat salah satu nama, rasanya "friend of a friend" and rasanya ada satu lagi "kids of rio" kot....) and one can't deny location favela ni best, kenkadang view dia lagi best dr 5 stars hotel... right overlook the city or with sea view....
ujung tu favela, viewed from my apartment... yg bangunan putih tu sheraton hotel.. see... the view dr sheraton tu sama je ngan favela atas tu, and probably better.. :-)

ni plak favela yg ada view of the city, aku rasa tour guide tu ada cakap kat favela atas ni lah video clip michael jackson tu...

Rio is so famous ngan carnival, selalu buat bulan february, and above is the arena, tempat perarakan (blh sewa baju kalau nak berangan) and u can see ada favela kat ujung arena, a good view of carnival for those who live there...

anyway, apart from city of gods, cite incredible hulk pun ada ambik arial view of the favela. and one of the favela ni pernah ada kat dlm video clip michael jackson "they dont really care about us" from this video ada tunjuk mcm mana keadaan dlm favela, for this one namanya dona mata (gambar kat atas), not rocinha.

Tuesday, July 13, 2010

Travel Report: Rio the beaches...

hari ketiga, hari ahad, br aku mula nak tgk2 rio waktu siang... pepagi lagi aku dah keluar. plan asal nak naik ke atas bumbung hotel aku utk ambik gambar. seriously hotel aku mmg paling murah around the area. mulanya aku nak dok hostel, tp takde hostel yg ada individual room available sbb kalau dorm susah nak solat. so aku ambik lah hotel ni. tp, yg teruk nya roof top only open at 8am... and sunrise at 6am... hampeh... if aku dpt sunrise, this would be the view... tp ni gambar dah siang dah...so sbb tak leh naik roof top aku terus ke ipanema beach... around the corner je. ada lah 5 minit jalan kaki. hotel aku area aproador beach. its actually the tanjung between copacabana beach dan ipanema beach... yup copacabana very famous, tp tu dulu2... sekarang mostly org muda go to ipanema, copacabana mmg nampak org tua2 je...

what's for today... aku plan pepagi lepas bfast aku masuk favela, will talk abt this place in an entry later. trip ke favela akan siap by 1pm... so lps tu nak dok beach... yup... aku g lepak kat beach whole day... doing nothing jalan2... mandi laut... n tgk org... hehehe. the last activity yg paling best... hahahaha...
from far... that's ipanema beach.. penuh ngan manusia... ni otw nak balik lepas g favela..

yeah... rio is all about beach... senang kalau blh tgk map... kalau dtg sini stay around ipanema, tp copacabana pun ok gak sbb senang cari makan and ada night activity. ipanema lebih upmarket and lebih bersih and kurang org murahan... tp instead of the two beaches, dok tgh2 mcm aku, aproador beach. pantai dia lebih utk org main surf... tp walkable to both ipanema yg best gi siang.. and copacabana gi malam... here are some of the pics yg aku ambik guna hp je. org hotel kata bahaya ambik pakai real camera since aku g jalan sorang2... n aku rasa pun susah... kalau nak masuk laut ke... or nak main volleyball (oops tak main pun, tgk je)....

ni ipanema beach on a weekend....
aku g gak copacabana on other day... weekday... kat copacabana ada sandcastle...

masa kejap sgt lah kat rio.. if i have another weekend, sure aku blh cakap ngan diaorg ni aku nak join skali.. too bad, tgk dr tepi je.... btw, apart from volleyball depa ada gak main soccervolley (betul ke?) rule mcm volleyball tp pakai kaki n kepala n badan except tangan... mcm takraw lah tp pakai bola volley n net rendah skit dr volleyball.
this is a wonderful song yg buat ipanema ni famous... 1960's Girl from Ipanema..

Travel Report: Sao Paulo to Rio

(that the hostel wall pepagi, ujung tu tempat breakfast)

Pepagi lagi aku dah jaga. ye lah the day before aku tido pukul 9am. tp since aku nak full rest, although terjaga aku sambung tido balik... dan since ada room mate aku tak lah blh je buka lampu. tp jam 6am tu aku dah tak larat tido, then aku siap2 nak blah... mandi sat n br tahu yg hostel tu bg breakfast. jam 8.30am bila reception dah buka, aku pun bg tau nak blah n nak tanya mcm mana nak g ke bus station utk ke Rio. since aku tak beli tiket lagi, so aku tak lah terkejar2. and according to mamat jaga reception, ada faire (pasar) pagi jual antique items dekat ngan hostel so aku decided utk g jenguk2 apa ada kat situ sebelum bergerak ke station bas.

(aku ambik train/metro ke station bas)

jam 9.30am aku ke station bas. mudah jugak nak cari kaunter, tp sbb aku malas nak sesat2... aku nampak kaunter pertanyaan aku tanya lagi... actually bila keluar dr hotel or touristic area, depa ni tak tahu english sgt, so nasib lah. kalau ada yg tahu senang, kalau tak... cakap je mana tempat, depa tunjuk lah... n pepandai lah agak2 apa dia cakap and pepandai lah agak mcm mana cara nak bg depa paham. depa semua cakap portugese brazil... kenkadang aku campur2 english n french... ambik... hehehe...(aku nya bas kat platform 10)

bas awal masa tu 10.15am rasanya. tiket harga 82BR dlm RM150 lebih kurang. perjalanan ambik masa 6 jam lebih... depends on traffic. seat best, leg room besar, seat luas - perhand siap bg bantal n selimut. ada dpt biskut n air botol. sebelum naik bas aku makan lagi, try a cheese bread yg ada aku nampak budak makan the day before... its yummy :-) seriously yummy.... hehehe(cheese bread.. sekotak ni rasanya 6BR dlm RM10... dpt lah 10 ketul)

the journey was uneventful... ada masa aku agak ralat gak buat journey 6 jam lebih ni. wasted my day and masa tu plak game argentina vs german yg aku miss... tp ye lah, if i didn't do this trip (naik bas ni) aku takkan tahu apa rupa negara brasil out of the city. at least aku blh guna time ni utk rehat lah. anyway, seriously if i can do this trip again, i will fly :-)(some view of brazil... awal2 nampak tempat industri... then residential...t then ladang.. and more resindential n more ladang... not really rich people, mcm malaysia je style nya and hiway pun bukan besar mana... max2 pun 4 lane, but most of the time 2 lane je.)

sesampai je kat rio... check in hotel... then had a rest. sampai pun masa tu dah pkl dekat 6 petang, dah sunset dah... aku tak lapar sangat, so org hotel suggest aku jalan je arah copacabana beach... ada kedai2 kat tepi jalan and ada some people around. although dia suruh aku g area lapa i.e. downtown, aku tak prepare sgt nak g town. dia kata situ byk club n pub.. good utk g drink... am not drinker and aku tak g club. so aku decided utk jalan ke copacabana.... hehehe... masa jalan-jalan tu, mmg terfikir... sungguh tak sangka aku dpt jejak bumi amerika selatan. Alhamdulillah...(night view from my hotel rooftop... that's ipanema beach tu, although tak berapa nampak)

Monday, July 12, 2010

Travel Report: Fly to Brasil

Qatar airways bg promotion g their new destination kat South America, Sao Paulo and Buenos Aires. At first aku nak g ke Buenos Aires, suddenly a friend of mine cakap ba
ik g ke Rio... which is very near to Sao Paulo.... yup, brilliant idea... and Rio, here i come...
Kali ni aku mmg travel light, aku tak check in pun luggage, the beg 10kg bawak atas je. Flight ke Sao Paulo memakan masa 14 jam, fly dr doha jam 8am sampai sana jam 4pm, ada 6 hours saving. Airport Sao Paulo, GRU, tak besar. n ntah macam mana aku terlaju plak jalan, aku org pertama dr flight yg sampai kat queue... hehehe... no visa needed and not many question asked... in fact dia cuma wish me to enjoy my holiday je :-) (perhaps sbb takde mood kot dia ari tu)
right after keluar imigresen, sementara tunggu beg, aku tukar duit dulu. takut kalau2 kat luar nanti dah kelam kabut etc, tak sempat nak tukar duit. dapat je beg terus keluar. seriously i do not know where should i go from there. nak naik bas, tapi tak tahu ke mana. then nasib baik nampak information counter and dia terangkan mana nak tunggu bas etc... and dpt lah idea skit. dia pun cakap itu ini pasal bas nak g ke Rio... and promo itu ini lah. then before aku blah aku tanya dia, so Brazil menang ke kalah lawan Belanda? dia buat muka sedih, kalah 2-0 katanya... so terus aku zip mulut, no question about world cup... hehehe... btw, byk lagi money changer kat luar arrival hall... tp aku tak cek plak mana rate lagi bagus, luar or dalam.
although world cup dah abis buat brazilian, tp banner and poster and bendera masih ada. nampak betul kemeriahan world cup kat sini. so 2014 mmg lagi meriah lah negara ni. tp sure mahal nak dtg masa tu.
ni station tatuape

aku punya hostel, yup aku dok hostel for the first night sbb aku nak stay 1 mlm je sebelum ke Rio. Lokasi dia kat vila madalena, katanya tempat best for artist and good night life. not that am artist or mmg suka nightlife, tp ni je tempat yg murah n good rating available. aku naik bas dr airport ke tatuape station then tukar ke metro, mula line biru ke line merah then ke line hijau br sampai station yg aku nak g. based on direction dr hostel keluar je terus lah jalan ke hostel, 15 minutes je. tp aku salah turn, sampai aku jumpa metro station lagi satu, so i ended up naik cab je.
mlm tu ingat nak keluar, tp rasa badan penat plak, n i think let have some rest sbb esok nak ke rio. and since masa aku jalan ke hostel tu, aku rasa area dia kawasan perumahan yg aku tak sure mana nak tuju. sorang2 plak tu... baik aku tido and ready for tomorrow...`

Saturday, July 10, 2010

Back from Brasil...

sekejap sungguh trip ni.. seminggu je.... naik flight pun 14 jam one way.... will write more abt the trip soon... here some highlights :-)