Monday, May 31, 2010

DC : Doped

aku fly ke DC 3 hari awal (1 hari mmg utk flight je - 14 jam ok!) then 2 hari plan utk jalan2 - shopping2 :-)

ni kali kedua aku sampai ke DC ni. aku mengharap sgt lah dpt upgrade sbb 14 jam, tp tak pernah lah bernasib baik. dok lah kat ekonomi. penuh plak tu... and kids, menangis je semua nya. tp ok lah aku dpt tido je.. dan watched 4 movies. masa sampai airport aku expect aku kena double check up macam dulu, tp ntah kenapa, kali ni lebih mudah. not much question. cumanya nak lepas imigresen tu makan 2 jam beratur...

so sabtu tu aku sorang2 lah jalan2 g malls... plan nak g ke NY tak jadi... nak g outlet mall pun tak jadi :-( so g lah tgk apa yg patut. my colleague yg fly sama, dia g boston jumpa sedara dia. tp nak jadi sebab masa aku nak lintas jalan, aku tergelincir dan kaki terseliuh. duduk lah sekejap tepi jalan bg sengal2 reda. tp tak ingat, lepas tu terus je jalan terjengkut2 sambung shopping hehehe. tp utk mengelakkan kaki jd terlebih bengkak, aku decided utk balik awal. masa terseliuh tu aku dengar gak crack tp since aku mampu jalan i dont think ada retak or patah. so balik awal, rest early.

esok nya bangun dlm pkl 5am, harapkan blh lah berjalan ari tu. tp, kaki sakit gile, mcm menyucuk2. terus aku decided utk g hospital. kurang2 nya nak xray. esok nak keje. bahaya gak kalau tak sembuh. aku g George Washington Univ. hospital. mmg hospital ni je paling dekat n aku rasa ni gak hospital yg akan rawat president US lah.

awal pg jam 6am tak ramai org kat emergency. ada lah 3-4 org. dan tak sampai setengah jam aku kena panggil utk buat check up. lepas tu aku kena panggil ke dalam wad kecemasan utk further check. then aku kena xray kaki. first time aku dok atas kerusi dan kena tolak. :-) aku rasa kesian plak kat nurse yg tolak aku tu, aku ni kan berat. tp yg kelakar nya, nurse yg xray kaki aku tu kata aku ni muka mcm tiger woods... hahaha..

lepas tu aku rehat atas katil sampai dtg doktor. actually ada 3-4 doktor/nurse/sesapa ntah dtg check, setiap kali check tu lah aku kena explain apa punca kaki tu. n doktor yg ni cakap takde retak apa2. dia akan advice ubat and nak bg painkiller. dia kata lepas bg injection tu, aku akan drowsy so aku kena make sure someone else ambik and kena rehat whole day. am glad takde apa2, so... lepas rehat mlm blh g jalan lagi :-). sementara tunggu injection, dtg org registrar tanya pasal insurance n payment, n suruh jumpa lepas discharge and tak lama lepas tu, dtg nurse nak suntik kat bontot. (my first time experience kena injection kat bontot). dia cek nama n sakit, br inject. and takde lah sakit apa pun.

lepas inject since dia akan akibat kan drowsy, doktor suruh rehat dulu. lepas 30 minit dtg doktor and nurse n cakap blh lah balik. aku pun bgn lah.. tp bila berdiri je, badan mcm terhuyung hayang. tak blh tegak. n doktor suruh duduk n baring semula. rehat sejam lagi. aku pun rehat, tido2 ayam. and nurse buat blood pressure check. after sejam lebih kot, doktor dtg semula kata dia nak pindah kan aku ke wad, tak blh balik. dia kata bkn admitted tp nak close supervision. aku perlu diberikan oksigen. dan pas tu ada nurse tolak katil aku.. woo.. kena tolak atas katil plak ni.. masa tu aku rasa ok je... tak sakit apa2 in fact kaki aku mcm lega. tp masa tu buku lali aku depa taruh cast, bg straight.
sampai kat dlm wad, depa letak oksigen dan taruh bloood pressure check yg akan pump every 30 minutes. aku agak mamai, tidor2 ayam dan setiap 3o minit aku tersedar sbb blood pressure pump tu. dan aku akan tersedar setiap kali doktor datang or nurse cek... masa tu br jam 7.30 pagi. aku tak berapa sedar sgt... dlm sedar tak sedar tu, sampai pkl 1pm. br aku rasa agak lega. nurse cakap kalau nak makan blh lah dia bg juice and biskut. aku kata ok lah. tp doktor kata aku akan rasa nausea. aku try.
so nurse dtg bg juice. skit je. lepas minum aku rasa mcm nak sedawa... n masa ni tetiba rasa nak muntah. nasib baik nurse dah prepare kan aku bekas... muntah abis air juice aku minum tu... then rehat lagi. tido2 jap... masa tu mata tgk benda semua bergerak2 tak tetap. doktor dtg explain (utk kali ke berapa ntah) sebenarnya depa dah bg narcotic kat aku. sepatutnya 2mg je kot utk aku. tp depa bg 4mg. dia kata normally 4 mg, tp maybe dia tak assess saiz badan aku, depa tak kurang kan dose. so aku dah overdose. dan dia minta maaf aku kena dok wad ni.

pastu aku try lagi, minum air and biskut plak. again aku muntah. doktor kata aku kena ada air dlm badan utk detox narcotic. depa nak bg aku drip taruh air. aku tak nak... aku cakap aku nak try minum lagi. tp bila muntah jugak... doktor cadang bg satu lagi injection utk nausea. aku agree... alhamdulillah, lepas kena suntik tu, aku dah blh makan n agak lega skit. lepas rehat lagi... jam 4 aku dibenarkan keluar. aku sign discharge paper then balik. apparently, depa tak caj apa2 pun...

ptg tu aku sambung tido lagi. dr jam 5 sampai 10. sedar kejap, then jam 11pm tido sampai pg isnin. abis lah satu hari ahad aku tido. hari isnin dah ok, kaki blh jalan tp kepala kureng. tp aku tetap g office lah. ari tu ari memorial day, sepatutnya cuti je. tp ada gak blh buat planning skit2... sampai tghhari tu, aku dah tak larat aku balik tido. tp malam tu gigih gak g jalan :-) sbb dah settle lepas bgn tido.

hari selasa br aku ok... dok citer kat office semua org suruh saman je... blh dpt sejuta kalau saman... aku bz sangat nak fikir pasal saman... and mcm malas nak go through... hehehe.. decided not to... the fact yg doktor minta maaf n no charge tu menunjukkan mmg hospital salah. tp hmm.. tak kisah lah janji selamat. alhamdulillah :-) what an experience... being doped.

No comments: