Thursday, December 08, 2011

DEL : Agra - the fort and the tomb

Taj Mahal... mana lagi nak pergi kan kalau dah g india... rugi kalau tak singgah kat taj mahal ni... it was majestic from far... (ni gambar from our hotel room... next entry aku cite pasal hotel plak).nak ke taj mahal ni, kereta dah tak boleh masuk abt 500 meters from the entrance, katanya nak elakkan keadaan berdebu and nak make sure climate yg elok sekitar taj mahal. from the ticket booth, kena lah jalan kaki or ambik electric car atau naik kuda kalau tak silap. we decided to take a walk. sebelum sampai tu, biasa lah tempat tourist, penuh dgn org2 jual souvenir merayu2 beli barang... kat sini you can find items like tshirt dr 1 for 10usd yg kalau kita ignore and tak layan yg dia bg discount sampailah tetiba blh jadi 10 for 10 usd for the same item. kitaorg tak beli apa2 pun... sbb mmg hajat nak tgk taj mahal dulu. ticket nak masuk taj mahal ni ada 2 tier, satu for tourist mcm kita ni (Rs 250 + Rs500 (tourism levy), satu for local (Rs 20 je)... jauh beza rate dia. colleague aku tu dulu belajar kat india, dia mmg ada permit kat india. so dia byr murah. then kitaorg ambik audio guide for INR100 rasanya. tp masa kitaorg otw ke Agra, the driver tak pasal2 ambik sorang tour guide ni yg kitaorg tak nak pun. and sebab kitaorg insist (aku lah sebenarnya insist) tak nak guide, so guide tu diignore sepanjang kitaorg kat situ. tp mmg kat situ ramai guide yg offer diri sama mcm citer slumdog millionaire heheh

ni entrance ke taj mahal... south or western or eastern aku pun tak ingat. but u have to pass this red gate first, and belakang tu br taj mahal. taj mahal ni dlm compound gated area. then lepas gate ni br lah nampak the taj mahal... lovely... dr jauh nampak kecik... makin lama kita menapak ke situ makin besar... mmg lawa from far... n masa ni rasanya berpuluh2 kali aku ambik gambar... dr setiap sudut hehehe...mmg lawa dr jauh. and masa kitaorg sampai ni, waktu tghhari... and hujung spring nak masuk summer... terik jugak lah... the audio guide akan terangkan about the garden before we reached the taj mahal. masa kitaorg sampai tu, kiranya tak ramai org sbb blm cuti sekolah. i can say, largely org yg datang adalah local tourist, foreigners sgt kurang... like 10% - 20% je... or maybe less... sgt tak ramai... oh aku buat estimate ni based on warna kulit n paras rupa. so those dr pakistan and bangladesh or srilanka n even some malaysian pun aku assume local tourist lah... ooops.... kitaorg jalan sampai ke pintu masuk tomb ni... ooh for those yg nak tahu sejarah taj mahal, sila buka wikipedia hehehe... although gambar taj mahal ni agak typical and mmg gitu lah gahnya taj mahal ni. but being there, korang akan rasa lain gah nya, mmg huge... plus the garden, the pool... semua buat benda ni mcm giler cantik. see picture above, betapa kecik nya org berbanding pintu masuk ke tomb.... so....what is it inside??? (sapa2 yg nak g taj mahal ni, tak perlu baca... nanti spoil the mood plak... hehehe... nak masuk ke dalam, kena wrap kasut (wrapper disediakan) or tak pakai kasut terus. tp sbb lantai sgt panas ari tu, aku wrap je kasut.

ok, as u know, taj mahal ni tomb or makam isteri shah jehan i.e. mumtaz mahal. so kat dlm ni ada lah makam dia. ruang kat dlm taj mahal ni di bina dlm bentuk octagon, ada makam tu kat tgh n depa jugak selitkan makam shah jehan sblh makam mumtaz mahal. makam shah jehan di masukkan later so jadinya tak semetri skit lah. taj mahal ni patutnya dibuat semetri. kat dlm tu ada lah dinding2 marmar macam kat luar. supposed ada tiles bunga2 and setiap bunga tu ada stones dr kelopaknya, daunnya etc. aku tak ambik gambar sbb gelap kat dlm tu. and bawak small torchlight is advisable, or else, kalau pakai local guide, depa ada torchlight utk suluh all the batu2 tu.

ok... spoiler... as said, mmg ramai dlm tu bawak torchlight, so memasing pun suluh lah marmar tu, batu tu... n semua org pegang2 marmar tu... end up dinding marmar tu jd kusam, mcm kotor. n berpeluh2... the ventilation dlm tu was very bad... and aku dtg tu dah musim panas, bayangkan korang dok dlm tempat yg ramai org2 berpeluh. mmg tengik bau memasing. pastu plak, mmg bila masuk kena pusing tomb tu and takde control crowd... bersesak2 dgn bau2an.. mmg pening and my wife mcm nak pitam bila kat situ. tak kira lagi budak2 yg suka menjerit2 sbb dlm tu bergema... not really a good place. aku maybe over expect yg kat dlm tu lagi cantik... all white marble and sejuk n tenang... nope!!! totally not.. tu sebab aku kata cantik diluar dan dr jauh je taj mahal ni... ignore the model yg dah pening terduduk luar tomb... tp kat gambar bawah ni u can see the marble yg mcm dah berdaki... :-) after the tomb kita kena keluar to the other side of taj mahal which is the north or yg face yamuna river. menurut sejarahnya, kat seberang sana yamuna river ni, shah jehan nak bina satu lagi taj mahal with black marble instead of white, tp telah diberhentikan kerja2 nya oleh anak dia yg mengambil alih kuasa. aku rasa aurangzeb yg stop, tak ingat plak sapa... oh kalau korang dpt master who is who dlm empayar mughal ni, better... mmg agak confuse who comes after who and sapa bina apa.... but yg aku tahu aurangzeb ni lebih islamic among all... so probably dia yg stop. kat sebelah taj mahal ada satu masjid n satu lagi bangunan (ntah apa ntah) and rasanya dulu ada jugak dikatakan, sebenarnya entrance taj mahal ni sepatutnya dr Yamuna river then terus ke garden kat belakang (above adalah pintu facing yamuna river)... not the entrance yg berbatu merah aku tunjuk earlier dlm entry ni. aku tak larat dah nak tgk masjid tu and after ambik gambar kat the other side of taj mahal, kitaorg terus keluar... nak ke agra fort plak.

agra fort ni dibina masa depa bina taj mahal jugak. jarak dia lebih kurang 2-3km je dr Taj mahal. Again, aku malas nak cite pasal sejarah antara agra fort and taj mahal n sebenarnya aku pun tak sure... hehehe... mana bina dulu and bina utk apa... hehehe... so silakan me wikipedia here...

although kitaorg dah lunch dulu sebelum ke agra fort, tp kitaorg dah agak penat jugak lah... masa kat agra fort, kitaorg tak ambik phone guide, and since mamat yg so called guide kitaorg masih ikut, kitaorg bg peluang la kat dia bercerita. mmg ada lah jugak dia citer pasal taj mahal masa tu, nak menunjukkan yg dia tahu cite taj mahal, and dia kaitkan dgn agra fort. too much of mughals and emperors... aku tak dpt nak susun keje2 depa n turutan depa ni...


dlm agra fort ni banyak sections and setiap sections and binaan ada sejarah sendiri.. kenapa color putih... kenapa kat situ... kenapa yg ni besar dr yg tu.. kenapa bina kat depan or belakang.. kenapa byk yg berukir ada yg tak... etc etc.... anyway, enjoy some of my pics taken masa kat dlm tu...(byk gambar kat fb :-) )

and dr agra fort ni blh nampak taj mahal yg face yamuna river... kalau black taj mahal tu wujud, it would be on the left side of the river...

by then it's already around 5.... it's time for us to check in then relax kat hotel... penat travel sepanjang hari.. btw, taj mahal pun blh dilihat waktu malam, bila full moon especially. tp tak leh masuk cuma dok kat tepi bukit kat south entrance. aku tak g pun, sbb agak penat dah by then... and kitaorg nak enjoy our hotel :-) and for kenangan here is our picture bersama taj mahal :-)

1 comment:

Wak Lat said...

ehh bro kat msia skrg pown dh ada bangunan cam tajmahal.. kita namakan rosmahal ugk isteri yg kucentaik.. x caya ko google je.. hahaba