
lebih kurang mcm taj mahal, kena park kereta jauh dr site. and our driver dah tolong carikkan tuk tuk utk ke masjid fatehpur tu. masa kitaorg turun tu, dah berkerumun tourist guide local ni nak bawak kitaorg and as agreed with the driver, kitaorg tak ambik tour guide pun. sampai lah ada sorang mamat ni merayu dan aku mcm termakan pujukan dia. siap dia kata dia ni muslim, takkan menipu kot... so akhirnya kitaorg ambik lah tour guide tu, dia agree for 100 ke 200 rupee ke for all 3 of us. tak ingat.

masa dia explain tu lah br kitaorg tau yg fatehpur sikri ni terbahagi dua, i.e. fatehpur the masjid jame and sikri the palace. katanya masjid or fatehpur tu dibina sebab sorang mughal king ni, sapa nama ntah, tak dpt2 anak. so bila jumpa salim (sorang sufi ni) dia dpt anak. and demi menghormati sufi ni dia bina lah masjid ni. and sampai sekarang the family of the sufi still stay sini. ada sekolah agama kat sini dan masjid ni masih digunakan -katanya kedua terbesar di India. bg anak dan keluarga salim ni, kalau meninggal dikuburkan di sini, yg lelaki di luar makam, yg perempuan dibahagian dlm bangunan. (gambar bawah - the arts on the pillar, kubur di luar makam, mimbar / ruang hadapan masjid)




memang besar pintu masuk ke masjid ni. aku rasa dikira besar sebab even kat depan ni pun boleh solat kot. aku rasa tour guide tu kata entrance ni antara terbesar kat india. mmg byk monumen lama lain ada entrance2 besar mcm ni.



memang ye pun, nasib baik ada guide, macam2 citer pasal bangunan2 ni and totally no information pasal nama bangunan/bilik/binaan or kegunaannya kat dlm tu. kat situ ada jugak lah kitaorg tahu pasal aktiviti depa, bini2 dia, memerintah berapa lama, menteri2, favourite pastime... nak tahu lagi lanjut... baca wikipedia ye.. :-)

satu yg interesting, as aku cakap kat entry taj mahal, ada sorang pemerintah, aurengzab yg islamic. nampak satu kesan i.e. kepala2 ukiran ni dipotong masa pemerintahan beliau... sbb islam tak boleh letak gambar haiwan.

frankly aku lagi suka melawat fatehpur sikri berbanding taj mahal. sbb ketenangan kawasan dia. and probably the tour guide yg baik, kitaorg byr dia extra, lebih dr yg first guide. so for those yg nak ke india, if you do daytrip ke agra dr delhi maybe tak sempat ke fatehpur sikri. kalau tido kat agra br sempat. it's worth a visit. and lepas fatehpur sikri, kalau ada time, better straight gi jaipur instead balik ke delhi. lagi dekat. but seriously worth going ke sini.

1 comment:
confirm la Delhi destinasi aku april nanti!
Post a Comment