Wednesday, September 02, 2009

KBL: First hand story

You may have read my so-called book (Kite Runner + Thousand of Splendid Sun) review dulu... u can still read it here... selepas aku baca 2 buku tu, aku mmg byk persoalan yg tak terjawab berkenaan Afghanistan dan Taliban... among all...

- samada betul Taliban tu mmg teruk dan simply bunuh org, as per book...
- samada buku2 tu hanya propaganda US
- samada betul perempuan ditindas teruk semasa pemerintahan Taliban
- samada betul ramai org Afghan benar2 membenci Taliban
- samada all the above justified US menyerang afghan

dan selepas baca 2 buku tu, aku bertekad utk g ke afghanistan semata2 nak merasa sendiri kehidupan kat sebuah negara yg pernah maju dan makmur yg sekarang ni jadi terkebelakang punca drpd perang dan pemerintahan Taliban.

so masa aku kat Kabul hari tu, aku sempat tanya ngan local i.e. office mate aku. He's Dawood, umur 30 tahun, single. Dia org Tajik (considered ke 3 besar kat afghan - pashtun bangsa paling ramai). Dia masih tinggal dengan keluarga dengan 9 adik beradik dia. Dia pernah hidup pada zaman Taliban. Masa aku jalan2 keluar ngan dia, aku berpeluang bertanya dia, pasal apa sebenarnya Taliban from his point of view and from the perspective org2 sekeliling dia. This is his story... (kalau ada fact yg salah tu, maybe salah aku sendiri yg ingat2 lupa citer dia, sorry)
Menurut Dawood, setelah kekalahan Rusia, Afghanistan ditadbir oleh Mujahideen (sekarang rasanya digelar Warlords). pada tahun 1996 Taliban merampas kuasa dan mula mentadbir Afghanistan ikut acuan mereka sendiri. Antara yg terawal tindakan depa ialah berkaitan dgn perempuan kena pakai burqa. Taliban ni kebanyakannya dr org2 pashtun. mengenai kes pembunuhan berleluasa tu, mmg berlaku. They simply killed others especially bangsa Hazara yg dikatakan lebih rendah taraf dia.

Dawood dan keluarga dia cuma sanggup tinggal di Afghanistan (Kabul) selama 2 tahun dalam pemerintahan Taliban. Tahun 1998 mereka meninggalkan rumah dan lari ke Pakistan. Menurut Dawood, depa terpaksa pindah sbb depa takut depa akan dibunuh kerana tidak sehaluan kata dengan jiran sekampung yg joint Taliban. Kata Dawood, sesapa saja buat masalah ngan org Taliban i.e. anggota dia, senang saja diserang dan dibunuh. Memang betul apa yg dilaporkan oleh akhbar dan tv yg katanya perempuan mmg ditindas. Bagi family Dawood yg tak pakai burka, depa mmg terasa terancam.
Pendekatan undang2 shariah yg diamalkan oleh Taliban terlampau extreme utk diikuti. Plus, ada katanya mcm patut diikuti oleh org2 yg bukan pengikut Taliban tapi org Taliban blh je buat sewenang2nya. dan since Taliban tu mmg mostly Pashtun, so, bangsa2 lain mmg simply lose the battle utk hidup aman. Org Pashtun ni mmg menunjukkan kuasa depa. since Mujahideen dikalahkan oleh Taliban, depa mmg berkuasa sepenuhnya. Although dia jugak pernah ada sejarah hidup masa berperang dengan Rusia, pada dia zaman Taliban lagi teruk lagi.

Dawood kembali ke Kabul dari Pakistan pada tahun 2002, setelah Taliban dikalahkan oleh US. Walaupun dia kata US bukan nya berniat baik utk hapuskan Taliban, tapi depa at least mampu utk hidup kat umah tanpa perlu rasa takut. since then, Kabul blh katakan agak tenang dan aman. dan masa sekarang ni, walaupun Taliban masih ada, tp ramainya kat Kandahar dan southern part of Afghanistan. Dan kata Dawood, kalau kes2 bom berani mati tu, selalunya org Pakistan yg buat, not an Afghan.
Banyak lagi citer dia kat aku, all about kesusahan hidup masa Taliban. anyhow, at least persoalan aku terjawab. its a first hand story dari org Afghan sendiri. Dawood sangat berharap yg perang ni dpt selesai, namun masa election tu, dia tak g mengundi jugak. katanya, dia pun tak harap ngan current president. corrupt jugak... tp tak lah sampai berbunuh-bunuh.

5 comments:

Que Sera Sera said...

But it is still one side of the story kan? You can only judge/conclude once you could speak to someone yang pro-Taliban also.

Just like what happened to Shah Alam now? If someone not in Malaysia were to ask a pro BN person, his/her story will be different from someone else yg bukan pro BN..

Mohd Syafei Ahmad said...

Kira buku tu buku2 tu bukanlah fiction semata kan. Kesian dengan nasib org Afghan kan.

famil said...

aku rasa malaysia pun sedang menuju ke arah ini..

dari maju dan makmur, dek kerana ekstrimis agama.. kita akan menjadi seperti afghanistan/lubnan yg dah tak aman

bambang said...

Handsome nya dia....

zal said...

que sera sera
totally agree with u. but from here aku attest yg buku tu bukan lah merely propaganda.

whitelighter
yup.. that's what i thought jugak..

famil
ooh i dont think so... we are far more better... btw, lubnan aman je, apart kalau kena serang dgn israel...

bambang
rezeki dia... hahaaha