Saturday, October 17, 2009

Raya - Extended Issue...

(jap jap jap... nak kena cuci2 n sapu2 sawang kat blog ni... dah sebulan lebih tak betul2 update...)
aku nak cite pasal raya... although cite dah lama tapi sempena dah nak abis bulan syawal ni... dan aku pun dah alhamdulillah berjaya menghabiskan puasa enam semalam... so kiranya br lah betul2 raya...
Pre Raya...
aku balik ke ipoh 2 hari sebelum hari raya. seperti tahun lepas, tahun ni mak aku nak jugak buat lemang... dia cuma taruh pulut je dalam buluh... dan aku lah yg buat keje membakar... and seperti tahun lepas jugak, kitaorg joint venture ngan jiran sebelah... dia bakar lemang dia, aku bakar lemang family aku... cumanya guna satu tempat penghadang lemang n dia supply kayu api... yg elok nya buat lemang sendiri ni, kita blh make sure bab rasa, dan tahap masak lemang tu.. so tak lah hangus or tak masak langsung...
tahun ni, kitaorg semua beraya kat ipoh. plus ada sepupu aku pun nak beraya sama... so for my mom, byk la assistant dia kat dapur... n sehari sebelum raya dia pun start lah masak rendang dendeng, rendang ayam dan rendang kerang. rendang kerang ni tak pernah pun buat sebelum ni, tahun ni dia nak buat plak...
by asar semua siap, dan kitaorg menuju ke bidor. tahun ni, kitaorg sambut raya kat bidor, malam tu dah kumpul ramai2... buka puasa terakhir tahun ni kat bidor. dulu masa arwah opah aku ada, mmg tiap2 tahun raya kat situ. since arwah opah meninggal rasanya dah 56 tahun sudah, dah jarang beraya sana... ada lah sekali 2 pagi raya kumpul sana, tp sekejap je lah... mlm raya kali ni, 4 (drp 6) family adik beradik mak aku ada sama...
Raya day (s)....
The first raya as per last year (hmmm... tiap2 raya aku routine je), visit semua adik beradik my dad... so kitaorg g ke batu gajah dan taiping... kat taiping ada 2 rumah... bak kata mak aku... kita tak tahu sepanjang mana usia depa ni... semua nya kata my dad dah masa kecederaan... all dah above 70s... dah lah keje kat luar, raya lah masa nak visit sanak saudara... plus masa ni lah anak2 depa balik, so blh kenal sedara mara... tak lah nanti bertembung kat mana2 tetiba accident boleh bergaduh sakan... so kita kenal lah sedara...
anyway, nak start semula pasal first day raya. tahun ni kitaorg tangkap gambar dulu sebelum keluar berziarah.. pakai baju color last year je... malas membazir tempah baju baru, for men especially, baju melayu penuh ni pakai hari raya je.... rugi tempah byk2.... and for our family, berziarah ke kubur mmg tak pernah dibuat pada hari raya. but i can see the trend is coming. umah aku kat ipoh ni, tak sampai 400 meter dengan tanah wakaf, traffic teruk pagi raya tu, siap org bawak bunga lagi.... for my mom, hari raya is hari bergembira, buat pe nak visit kubur. and kalau nak berdoa pun, from home boleh.. niat saja nak sedekah... and kalau nak visit, hari lain pun boleh, kenapa perlu hari raya... anyway, sesapa yg pergi tu... must have their reasons...first destination batu gajah... ni umah abg my dad. tak ramai umah dia ni, cuma ada 2 anak dia je... dtg beraya sekadar berziarah n kenal sedara.. dah besar2 anak2 sepupu aku... siap ada dah nak kawin, in fact kawin hari ni... hahaha.... singgah dalam sejam dua pastu terus ke umah my dad's sis n bro kat taiping... yg ni lagi meriah... ramai cucu depa (anak my cousins) kat umah ni... n semua nya baru naik... riuh lah rumah...
so that's my raya... by then... jam 8-9pm tu dah balik umah... and kemas umah, sebab selalunya on the second day of raya, semua sepupu2 n sedara mara yg aku visit on first day akan buat lawatan balas.. yup indeed depa datang...
yup, raya kedua dan ketiga mmg duduk umah je... semua umah kitaorg visit tu, anak2 depa plak datang... busy di dapur. tahun ni my mom masak laksa dan mee sup apart from menu raya yg biasa. tp tu bg yg datang pagi dan tengah hari. kalau sesapa dtg malam, akan di jamu ngan nasi dan lauk mcm makan malam biasa. ye lah... masa 1-3 hari raya, selalu makan macam2... kita ni org melayu, nak gak makan nasi... and mmg bila jamu nasi n lauk ni, lagi cepat abis and lebih kenyang... hehehe.... aku tolong kemas2 je... bila balik malaysia aku tak masak.. :-)
my dad with his elder brothers... sorang lagi kakak dia tak de dlm gambar, sbb datang siang (gambar kat luar umah kat atas).

that's about it... that's my raya in Malaysia... visit family ngan relatives je... umah kengkawan pun aku tak berapa pergi. hahaha... the rest of the week aku kat ipoh, aku dok kat umah membesar kan perut!!! hahaahaha... makan makan makan... memang seminggu penuh aku kat ipoh... the last week tu aku balik kl... dok melepak kat kl je...

Post Raya (kat doha plak...)
the last time aku buat makan2 kat umah aku rasanya bulan puasa tahun sudah masa family abg aku visit doha.. that was the last... kengkawan sini dah kecoh2 dah... so dengan terpaksa rela aku pun buat makan2 raya kat umah aku.. the finale, sbb pas ni aku takkan buat makan2 kat sini dah... last weekend aku buat majlis ni.. dan menjemput dlm 40 adults and anak2 depa lah...
aku masak asam laksa/laksa penang dan rendang dendeng n ayam makan dengan ketupat palas dan nasi impit. rendang tok aku dah siap bawak dr ipoh and sbb aku takut tak cukup aku tempat nasi tomato... ooh mmg macam banyak je dlm menu... aku bukan nya masak sendiri.. thanks to my 3 good fren dlm gambar bawah ni yg rajin bertungkus lumus kat dapur tolong menghidang (ye, depa hidang potong n tambah lauk2 je... and buat air... masak depa tak buat...) best ada depa kat dapur, penuh dgn drama... bergambar pun nak drama ni...alhamdulillah depa kata sedap2 makanan yg terhidang... aku pun tak sure depa tu sekadar manis mulut or mmg sedap. janji laksa and rendang dendeng tu habis... hehehe... yg berbaki cuma nasi tomato ngan dalca yg aku sedekahkan kat guard/cleaner kat apartment aku... senang cite :-)
and hari semalam genap puasa enam aku... and lagi 3-4 hari abis lah syawal.... so this is my raya this year... insyaAllah bertemu sekali lagi Ramadhan dan Syawal tahun depan. InsyaAllah...

3 comments:

anap_ilmi said...

selamat hari raya..maaf zahir batin..xlayan flickr ke bang?leh tgk hasil D90 sket..ahakz

al-lavendari said...

wah meriah sungguh raya baik di malaysia mahu pun di doha.

saya setuju hari raya untuk kita bergembira, kenapa nak sedih2 pulak dgn melawat kubur. tapi mungkin juga mereka ambil kesempatan ziarah ramai2 masa cuti raya.

zal said...

anap ilmi
flickr? takde lah...

al-lavendari
rezeki... ziarah kubur... hmm... saya dah lama tak buat...