Showing posts with label roadtrip. Show all posts
Showing posts with label roadtrip. Show all posts

Tuesday, January 24, 2012

DC - NY : The roadtrip...

wo hoo... aku tak pernah terfikir yg dlm trip kali ni aku berpeluang driving dr DC ke NY or in fact driving di US. apparently, mlm yg tak jadi travel (see the reason in previous entry) tu, aku br lah tgk2 internet n cari kereta yg bersesuaian. with limited time and with no experience aku pilih kereta and company. first criteria was kedai tu dekat dgn public transport n senang aku nak ambik kereta pagi2 sabtu and 2nd nak return kereta tak jauh dr hotel. *aku tak terfikir langsung naik train masa tu, tp dgn condition my wife, kesian dia nak lompat2 masuk train.

so i chosed the National Rental Car, sbb dia ada office kat Union Station i.e. the main train station kat DC and tempat return kereta 3 blocks away from hotel yg dah siap booked plus harga pun considered ok, not the cheapest but beza tak byk. but the 2nd factor tu sgt penting pada aku, sbb kalau blh aku nak hantar kereta on time utk sewa sehari n tak nak simpan kereta mlm tu. i've checked parking kat NY 1 mlm paling murah pun $40 tu pun ntah celah mana. tp aku kena bayar mahal skit sbb return kat NY bkn pulang balik ke DC. so total cost for 1 day rent ($60), pulang kat NY ($100++) for 1 day plus GPS ($12/day) and taxes was $219! ok lah...When you rent a car kat DC ni, based on experience aku depa akan offer few things. 1. whether kita nak bayar prepaid fuel i.e. masa pulangkan kereta tu, tak payah isi penuh minyak tu depa akan isi semula sampai penuh n kita dah byr siap. according to the person, rate dia murah dr fuel price kat luar. aku accept je sbb malas nak fikir. apparently it was a good decision sbb aku tak perasan kat NY tu (aku dok kat empire state building area) mana kedai petrol, luckily dah siap bayar or else, rate charge isi penuh lagi mahal.


2nd question, whether nak beli ezpass toll card, which aku ambik je, aku tak tahu berapa toll kena tp it was again another good decision. kitaorg mcm lalu dkt 10 toll pelbagai price... and queue for paying cash panjang gile. similar mcm msia, touch n go laju je... byr cash panjang gile. dah lah tu, each tol berbagai harga so kena tanya berapa n kalau tak cukup duit susah. but it really save our time. they also asked abt insurance, aku tak ingat aku ambik extra ke tak.



driving to NY from DC was pleasant. ikut highway je and mengambil masa lebih kurang 4-5 jam kalau direct... kitaorg tak masuk bandar cuma sekali je aku masuk pekan kecik sbb nak beli ubat for wife. we passed junction g baltimore and few other cities. hoping jugak ada kena masuk bandar so we could say we've been there. tp mostly we went around the city je... tp ada gak nampak city from far. and mostly kiri kanan pokok2 je... it was pleasant experience lah... we really enjoyed the outskirt scene. but wifey penat melawan mengantuk sbb painkiller tu kuat giler utk dia. oh... exactly lepas keluar DC nampak gak motel2 murah n kitaorg terfikir, next time kalau ada rezeki buat roadtrip boleh je dok kat motel2 ni... mmg mcm dlm movie.



we stop few a couple of times utk beli lunch and toilet break. traffic was really good and the takde sesat. another reason we opt for the car instead taking public transport sbb kitaorg nak kejar jugak plan asal nak g ke woodbury premium outlet. yg katanya outlet terbesar kat US and the best in NY. jarak dia jauh gak dr NY lebih kurang sejam perjalanan. mmg plan asal nak ke outlet ni, n ikut internet bas tiket $42 sorang so total $84 utk 2 org. so kiranya kitaorg save from paying that lah since dah ada kereta n beli pun blh byk sbb senang bawak. so this made our rental cost tu terasa berbaloi. tp setelah driving 4 jam dr DC and lagi 4-5km nak sampai outlet tu, tetiba traffic jam teruk... mmg kereta beratur for dunno what reason. kitaorg patut sampai outlet pkl 3++ end up for jarak 1km we spend dekat 40 minit. masa tu mmg jadi tak sabar dah lah highway mcm PLUS kat msia tu takde jalan potong. tp ntah mcm mana ada simpang ke kanan ikut jalan x berturap yg ada few people divert, tak byk kereta pusing situ, tp dr GPS aku ada nampak possibility utk sampai ke outlet mall kalau aku turun jalan tu (yg tak berturap tu part keluar dr highway ke jalan kampung je)... belasah je... yup, from there 10 minit je lalu jalan kecik mcm jalan kampung we reached the mall dah dkt pkl 5.sbb dah lewat and plan nak return kereta mlm tu jugak we gave ourselves 2 jam je kat outlet mall in fact the mall pun mmg tutup pkl 7. luckily depa ada sedia wheelchair for rent (mmg dah cek sblm dtg) and masih ada available. tp sbb office wheelchair tutup 30 minit awal dr kedai, mmg kitaorg punya masa terhad je kat situ. It was a good place to shop especially brand coach lah... n tempat tu mmg handicapped friendly and having the wheelchair jadi senang jugak bwk barang sbb mcm trolley jadinya... hehehe... it was enjoyable sbb ada brg2 situ yg mmg worth buying tp since the handicapped issue, agak terhad lah perjalanan.



we left the outlet mall around 7.30pm and dah gelap dah masa tu and it took us about an hour utk sampai ke tunnel utk ke manhattan island. ingatkan dpt pakai brooklyn bridge utk ke Manhattan tp rupanya pakai tunnel je... but anyway, aku ikut je GPS tu, tak berani nak venture out. lagipun nak kejar time nak pulangkan kereta. the view was fascinating... bila drive tu mmg gile excited nak masuk NY. hehehe... tp yg jadi kacau nya... GPS jadi kelam kabut bila keluar dr tunnel tu. panjang gak tunnel tu. keluar je, GPS tak leh locate kereta kat mana n tak blh bg direction... serious shit... aku tak tahu nak belok kanan or kiri cumanya dia ada tunjuk kena ambik route color purple yg dia tanda but at that point of time aku tak sure am heading north or south. tp aku tau skit2 orientation bandar so kena tgk no jalan lah.. n aku tgk2 mana direction ke empire state building. mmg agak panik. dah lah jalan semua sesak and byk giler kereta. like ko takde masa sgt nak tgk kiri kanan... n kereta sgt rapat. tp luckily jugak NY ni blok blok and mostly one way, if you were supposed to turn to right tp tak sempat tunggu lagi 2 block boleh pusing semula.... and ntah mcm mana, bila aku berjaya bawak kereta sampai ke purple route yg GPS tunjuk, barulah dia bersuara suruh turn kanan kiri.. but by then dah dekat dah ngan hotel.



managed to reached hotel tp tak jumpa plak parking tepi jalan. ada satu slot tak leh parking nearby aku letak kereta while wife tinggal kat dlm. i tried doing the check in, it went smoothly. and masa aku ambik kereta wifey cakap ada polis dtg suruh ubah kereta nasib baik tak kena saman sbb dia bg 10 minit n polis tu kata kalau dia pusing balik n ada kereta tu lagi, dia saman. sampai kat hotel aku letak je tepi jalan sementara angkat brg ke atas and wife kena melompat2 (pakai crutches) utk ke lift. luckily we have requested for handicapped room and it was available. handicapped room ada toilet yg besar n senang bawak wheelchair masuk. tp wheelchair yg kitaorg pre-order tak dihantar, sbb katanya credit card buat hal... and bila aku no credit card br, dia promise hantar esok.after wife settled and brg semua dah angkat (termasuk yg beli kat outlet)... aku hantar kereta sendiri. dlm GPS mmg dekat and balik tu aku takde map, n hafal2 simpang mana nak pusing. patut 2 block je dr hotel. tp masa driving tu since all one way sana sini, kena jalan pusing2 sebelum sampai return point. masa aku jalan kaki balik, aku dah confuse sesat. (as map above point A was our hotel, point B was the return point). dah lah aku tak ingat betul2 nombor jalan hotel... alamak... tp jalan jugak lah based on my intuation, nak tanya org takde plak sbb masa tu dah 11pm. jalan punya jalan sampai aku jumpa satu restaurant yg aku pernah makan dulu (masa first time kat NY in 2008), kedai makanan islam yg aku blh beli dinner (mmg lapar pun) n aku tanya direction. rupanya aku dah 2 block lepas hotel aku n aku berjalan tu divert skit... but it was not that difficult afterwards utk sampai hotel.



sampai hotel dah dekat midnight. wifey dah risay gile sbb sejam dah keluar but was happy and we had very good food for dinner... very tiring day. full of adventure and experience. and paling best bila aku tolak wife on wheelchair sambil berlari masa kat outlet mall sbb nak kejar time utk pulang kan wheel chair (dia suruh aku pusing jalan jauh, dah suruh tgk map, tp salah bg direction, berlari aku kejar time hehehe... *pastu kena marah skit hahaha).

Wednesday, December 07, 2011

DEL : Agra - the journey

Kitaorg ada 2 kali weekend kat India ni. as aku risau keje akan lagi busy pada the second week, aku decided dgn office mate aku utk g ke taj mahal/agra on the first weekend. Yup, aku g keje ni ngan sorang lagi colleague.
Agra ni tak lah jauh mana dr Delhi. rasanya dlm 240km lebih kurang. so logically kalau naik kereta dlm 2 jam setengah sampai lah... but kata org, sbbkan akan masuk town maybe 3 - 4 jam br sampai. ooh, kitaorg decided utk naik kereta sewa+pemandu utk ke agra. kwn aku yg berkira2, katanya kalau naik train (which was my original plan) kena byr utk 3 org, kos dia lebih kurang sama dgn naik train. plus, dia kata dia nak dok tidor kat satu temple about 50km out of agra, so aku rasa good for him lah kalau ambik teksi. aku honestly tak kisah, sbb aku nak ke agra je, naik apa pun aku tak kisah. and naik kereta mungkin blh nampak the kampung2.
but it was not a very good idea sebenarnya. aku baca kalau naik train, bertolak dr delhi dlm pkl 6.30am by pkl 9am dah sampai n breakfast included. kitaorg ni naik kereta, yg saiz besar kete kancil tu, took around 6 hours!!! to get to Agra... rasanya kitaorg bertolak around 7am sampai taj mahal pkl 1pm rasanya. pergh.. mmg mencabar betul perjalanan... traffic was very very bad bila masuk bandar. depa ni mana lah nak ikut traffic light. bila ada je intersection pekan2 kecik, mesti jalan yg asalnya utk 3 lane jadi dekat 6-8 lanes... semua bertumpu utk lepaskan diri dr intersection. kanan ke kiri ke depan semua masuk serentak... so kena lah mengesot skit2.. mencilok utk dpt ruang... sgt tak bertimbang rasa. pas tu plak, bab memotong sebelah kiri, mencilok pastu hon, memang biasa. pastu byk kereta slow bwk gandum. kenkadang ditarik kerbau n ada masa gandum (mcm gambar bawah ni) ditarik unta. seriously it was an experience yg aku rasa tak perlu hehehe... and aku rasa, too fast too furious patut buat kat india ni... mmg horrible lah cara depa drive (patut lah kat doha ni depa bwk kereta mcm bengong!!!)
and kitaorg terpaksa melalui jalan n experience yg sama utk balik semula ke delhi. tp masa balik tu malam and weekend. jalan tak sebusy masa masuk pekan, tp as dangerous n reckless as masa dtg. and bila malam, byk plak dhabar (aku rasa tu lah namanya)... kalau kat msia mcm kedai tomyam tepi jalan. mmg drivers stop kat sini nak pekena teh or kopi. kitaorg ada berhenti kat restaurant sblm bertolak dr agra, so masa singgah ni, aku tak berani makan minum. takut. kawan aku (india tu) suggest aku tak try pun.
and masa hari kitaorg balik tu, mmg auspicious day utk kawin. byk jugak aku nampak org berarak2 utk g kawin... dr kampung2... sampai lah ke hotel2/estates bila dah dekat dgn delhi. ada majlis keraian perkahwinan. meriah dgn lampu2.
masa on the way back dr agra tu since ada masuk kampung2, kitaorg ada nampak benda2 bulat mcm piring berketul2 disusun bertingkat mcm piramid. mmg banyak benda ni... n rupanya ni adalah tahi lembu yg dah dikeringkan n digunakan utk dijadikan bahan bakar. korang blh baca lanjut kat wikipedia and cari gambar kat internet. itu ok lagi lah.. mmg well known. colleague aku yg join trip ni mmg seorg penganut hindu yg tegar, tu lah sanggup tido kat kuil tu. so dia bercerita lah yg rumah2 kat kg sepanjang perjalanan tu adalah rumah2 yg hebat, sbb depa blh sapu taik2 lembu yg fresh kat lantai n dinding utk mendapat berkat (yucks). and ada umah yg dia tunjuk yg sbbkan dah bertahun2 dia sapu taik lembu tu, terus lantai tu mcm bersimen, tp dr taik lembu kering. dia ni punya lah taat, sampai dia kata, one day if dia jumpa lembu yg blh diminum air kencing nya (lembu tu kena lah jaga pemakanannya jugak) dia akan try... walla wei... aku yg dengar pasal lantai n dinding sapu taik lembu tu teru buat tekak aku kembang... td br je singgah kedai tepi jalan yg tak semenggah masa keluar dr agra tu, adakah dia guna benda tu utk lantai dan dinding n kat tempat masak utk dpt berkat.... alhamdulillah, masa kat sana tak pernah sakit perut, harap2 semua bersih.

Monday, December 05, 2011

Roadtrip : Doha - Mekah - Madinah (Mac 2011)

Ni adalah citer lama... road trip umrah dgn kawan2 kat doha ni. disebabkan ni cite lama, so cite pasal trip ni disertakan dgn gambar. aku sudah lupa2 jugak cerita nya, so cerita bergambar lagi mudah... let's start with the plan...
trip ni plannya agak last minute and agak impromptu. although mmg semua yg pergi ada hajat utk mengerjakan haji. tp the set timing tu tak tetap. tambahan plak pihak saudi lambat skit nak buka border utk umrah. selalunya bln dua, tp thn 2011 ni bulan 3 br start blh buat umrah. oleh sbb kurang preparation, especially ada constraint dgn timing/cuti. trip ni cuma 5 hari saja. sgt ringkas dan pantas.
aku tak plan sgt nak cite pasal ibadat umrah dlm blog ni. aku cuma nak cite pasal perjalanan dan pengalaman roadtrip dan travel with my close friends. kami pergi ber 9 dgn satu baby. asalnya pergi 3 kereta, tp tukar plan last minute, kena pergi 2 kereta je. so nasib baik kereta aku blh muat 6 org. berjasa jugak lah. mmg niat aku beli kereta ari tu nak g roadtrip. dpt plak rezeki bawak org g umrah ni. among 9 of us - 3 org dah g haji, 3 org dah pernah g umrah dan 3 org first timer, including my wife. Alhamdulillah. terkabul doa aku bwk wife ke sana.
perjalanan dr doha ke mekah dlm 1600-1700 km!!! so, kami mengambil masa hampir 20 jam utk sampai ke mekah. bwk kereta dlm range 140km-160km/hr. sbbkan ramai lelaki, kami gilir2 lah memandu. so tak penat sangat. perempuan tak blh langsung drive disaudi ni. dan sepanjang perjalanan, bandar besar yg kami tempuh - riyadh... selain tu pekan2 kecil. ada satu part tu, yg kawan2 aku cakap mcm grand canyon plus wadi. aku tak dpt tgk part ni, aku tgh tidor sbb kitaorg lalu kat situ dlm pkl 8-9am. aku dah drive mlm tu... pg tu tak sedar langsung.
sepanjang perjalanan ada lah restaurant2 kecik dan stesen2 minyak tempat berhenti. but sadly to say, most of the toilet yg ada masa kitaorg buat toilet break tu, either dirty or too dirty sampai totally kena skip... bukan nak kata kotor sbb busuk, najis pun ada merata2... sungguh tak melambangkan islam... tp kalau berhenti for makan. toilet kat restaurant agak reasonable. toilet masjid yg selalunya kotor... tak paham aku. btw, although it's 1700km pun, cost minyak tak mahal mana, its 60sen (RM0.50) rasanya, per litre... :-)
tp food sepanjang perjalanan was marvelous. although tak byk pilihan i.e. restoran akan tanya nasi dgn daging atau nasi dgn ayam. nasi dia sedap, lauk pun sedap. n among all, ada satu restoran ni mmg the best (pic below). nasi mandy ayam... kitaorg pun mmg penat and lapar kot... but seriou sly kedai simple harga murah makanan sedap... perfect.
apart from that... mmg padang pasir sahaja... sampai la kami ke tempat miqat di Taif. Taif ni tempat miqat bg org2 yg melalui jalan ni ke mekah. lokasi nya dlm 90km dr mekah. dah dekat sgt. for yg kurang tahu, tempat miqat ni lah tempat memakai ihram dan berniat utk umrah.
di tempat miqat ni disediakan kemudahan utk mandi sunat. toilet+bilik mandi superbly clean. tp aku ingat masa aku g haji dulu lagi lah bersih tempat ni. mmg mudah... satu toilet besar, byk tempat sangkut baju. and toilet cangkung yg bersih. air banyak... what else do u need kan... cumanya bawak lah tuala sendiri. anyway, kain ihram tu pun tebal, boleh jd tuala.
dah siap... kami pun ready to go for umrah... labaikallahhuma labaik.... perjalanan ke mekah agak sukar jugak. sbb hujan agak lebat masa tu. and kereta2 tak biasa bwk dlm hujan, byk pakai hazard lights. and aku plak mmg tak berapa nampak, tp mmg dr malaysia, bila hujan aku suka nak cepat, sbb nak settle cepat n tak suka slow2 dok belakang lori, sbb lagi tak nampak. kesian plak kat kawan kereta belakang yg rasanya tak biasa. sorry geng... anyway, aku tunggu jugak kena sound, suruh slow, sbb kami communicate pakai walkie talkie, tak pulak suruh slow... so kira ok lah :-)
ooh masa sampai mekah, dlm bandar ada sesat2... dlm nak sampai ke hotel tu, tetiba aku termuncul dkt benar dgn masjidil haram. mmg tak sangka dpt drive sampai situ... kami tiba dekat sgt nak masuk waktu asar... n by the time dah dekat dgn hotel, mmg dah azan pun, n jalan ke hotel pun dah tutup sementara. tp sekejap je. kami tiba rasanya khamis mlm jumaat, so agak ramai lah org2 local berdekatan dtg mekah jugak.
hotel kami tak jauh sgt dgn masjidil haram. a simple hotel. own by malaysian rasanya. cukup lah serba serbi utk bermalam 2 mlm. rasanya satu malam SR200 ke, 250, tak ingat. bilik utk 2 org. setelah refresh... kami pun turun utk mengerjakan ibadah umrah.. hujan pun dah berhenti sejak kami tiba di mekah tadi.
kami set utk start umrah lepas solat isya. tp by the time sampai masjid, hujan berderu2 turun... lepas solat kami berkumpul sekejap, ingat nak tunggu lepas hujan berhenti br nak buat tawaf, ye lah, masa tu lantai basah n hujan renyai2. tp memandangkan tak ramai org tawaf, baik turun waktu tu jugak. yup we got lucky, tak ramai org... tawaf sungguh selesa.
lepas selesai mengerjakan umrah, upacara tahalul... yg lelaki semuanya potong nipis, tp tak botak. some of us mmg tak pernah potong senipis ni before.... alhamdulillah selesai umrah. it was a small achievement for me. tak sangka betul finally dpt kerjakan umrah. u know, within 24 hours dtg dr doha, terus sampai mekah n settle umrah. alhamdulillah dipermudahkan perjalanan dan ibadat kami. we were too tired by then.. straight away balik and berehat. we have jumaat esoknya di mekah.
Actually, masa kami g umrah tu mmg ramai org dtg berumrah. as aku cakap sebelum ni, visa utk umrah keluar lambat. ramai jugak jemaah dr malaysia, sbb katanya pakej mmg dah plan dr januari tp march br dpt pergi.. mmg sgt ramai... lepas solat jumaat tu jalan penuh sesak.
we had the full hari jumaat di mekah sebelum the next day ke madinah. although aku benci bgnn ni, tp kat situ lah tempat melepak pun. abraj al bait. dlm tu byk kedai2 utk shopping including starbucks yg sah2 yahudi. kitaorg g jugak lah... hehehe... but, sapa yg pernah pergi sini. perasan tak starbuck mekah ni bersopan skit or diubah logo dia. see the pic below...
apart from that pusing2 kedai... n jalan2 around hotel... ramai sungguh manusia. kami pun shopping gak sikit2. beli souvenirs and jubah. jubah lelaki kat mekah ni lg byk choice dr kat doha. ada byk color n different designs. harga pun murah.
the next day, lepas subuh dan breakfast kami meninggalkan mekah menuju ke madinah... as usual, tawaf wida adalah sessi yg paling sedih bila mengerjakan haji or umrah or meninggalkan mekah... sbb selalunya masa ni lah kita akan terfikir betapa best nya berada di mekah, dekat sgt dgn Allah, kecil sungguh diri ini, banyak sgt dosa belum terampun, byk sangat hajat belum diminta and tak tahu bila lagi nak dtg ke sini. mmg aku sangat sayu bila mana terpaksa membuat tawaf wida'. plus for this trip, rasa mcm tak sempat buat apa2 dah nak balik dah. mmg sungguh introduction on umrah to wifey. tp alhamdulillah, sempat jugak lah.
perjalanan ke madinah mengambil masa lebih kurang 4 jam, sepatutnya lah... tp ntah mcm mana kami ambik masa lebih dr tu. kitaorg keluar dr mekah dlm 10.30am (tu pun masih tak puas hati antaranya sbb tak jumpa restoran al baik, fast food ayam goreng restoran said to be way much better than kfc :-)).
sepanjang perjalanan byk nampak bukit2 kecil batu batu. ada unta. and as usual, bila jauh berjalan nak jugak berhenti for toilet break. again sepertimana yg berlaku dr Doha ke Mekah, kat sini pun facilities kurang. ada nampak macam proper rnr and station minyak, tp establishment yg elok ni mcm tutup atau mcm baru yg belum dibuka. aku suspect, tempat2 ni dibuka bila musim haji kot. bila masa umrah ni, traffic tak byk, depa tak buka. tp entah lah... susah nak paham. benda ni bukan nya utk org g umrah or haji je. rasanya byk je org lain lalu kat sini n local pun. kenapa tak well maintained.
ada sekali tu, kami terpaksa buat 3 stop berturut, i.e. first stop... toilet tak leh guna - tutup. then next stop berhenti lagi - toilet sgt kotor. then 3rd stop - lebih kurang kotor, tp manageable... balun... sbb kenkadang tu, tak leh nak tunggu lagi... kalau tunggu next stop sama je. make sure air ada... settle (below pic one of the stops). kami pun tak de lah nak jadi org yg menambahkan lagi kotoron. tp ironi nya, selalu nya lepas settle, the next stop (the one after - or the 4th) cantik lah plak. proper lagi... in our case, tetiba siap ada masjid and ada restoran at tazzaj. mcm sesuai plak berhenti for lunch n solat zohor. so berhenti lagi... sebabkan ni lah... kitaorg ambik masa 6 jam dr mekah ke madinah. anyway, nothing to rush pun. plan nya mmg janji sampai di madinah before maghrib.
kami tak buat persiapan awal kat madinah. hotel pun tak book. thought that we could find rooms easily. ye lah, bg yg pernah dtg, we could remember hotel madinah tak mahal. and banyak giler sekitar2 masjid. kami pun nak tido for 1 night je, takkan lah takde bilik kan... so gamble je. lepas je lunch, aku suruh member aku drive and aku start buat phone call utk book hotel n tanya price. garmin tu ada gak taruh no tel hotel, from there je kami cari mana hotel nak book. satu2 aku call... dr yg mahal 5 star ke murah 3star... alamak... mostly hotel penuh lah plak.
sbb kan kitaorg pun dah set in mind, mana area hotel nak cari. sampai je kat madinah, park kereta ke tepi, aku pun g jalan dr satu hotel to another and tanya bilik. dekat lebih 10 hotel gak lah aku ketuk, alhamdulillah, we got one good and cheap (atas tu). quite near to masjid. sbb satu malam je, kitaorg dpt dok situ. and kena check out awal sbb ada org lain dah book for the next day. Alhamdulillah... and we still got plenty of time to get ready for Maghrib.
aku mmg suka madinah sbb ketenangannya. and bandar dia best utk jalan2... org2 agak tenang n xde nak rush2... kedai pun banyak... hahaha... apa lah aku ni, dtg umrah nak beribadat, ni sibuk nak citer shopping... pagi esok nya pun kitaorg sempat jalan2 sekitar masjid. dlm masjid... sambil sembang2 dgn wifey about future... hehehe... and by noon tu mmg nak gerak balik semula ke doha. berat hati sungguh. penat pun tak hilang... rasa mcm nak je stay another night. tp sbb dah committed dgn member2 insyaAllah next time sempat lagi ke sini.
perjalanan dr Madinah - Riyadh - Doha lebih elok dr Doha - Riyadh - Mekah ari tu. ikut kan jarak dia lagi dekat. tp yg lagi best nya highway dia ada proper toilet n rnr. siap ada coffee juncture and located just nice within the other. tp make sure korang isi minyak masa ada kat madinah lagi. jgn tunggu masuk highway. sbb the last petrol pump dkt highway tu mcm agak susah nak g, so aku skip, ingat kan lepas tu ada petrol pump... hahaha... tak sempat sampai, minyak kitaorg dah dkt nak abis. if u miss the rnr, mcm kat malaysia, kena lah masuk pekan or kampung kecik dekat2 highway tu. in our case it was about 7 km out of the main highway masuk kg. tp ok lah... ada experience isi minyak tgh2 padang pasir... n sempat gak rehat2. masa kitaorg g ni, cuaca agak dingin. walaupun panas tp relax. anyway, tak bekejar apa pun. janji sempat sampai doha the next day. ni lah kenderaan kami...
again, tepi2 jalan takde apa sgt... desert desert desert... cumanya ada lah bukit ni mcm table top mountain kat cape town, tp versi kecik. tu je rasanya yg ada tepi jalan tu. bila masa siang, seronok drive ni especially bila semua berjaga... borak2 sambil share balik citer buat umrah ari tu... n share all the foods dlm kereta. and bila penat kami berhenti kat rnr. ada byk good coffee shop kat sana... mostly drive through.
if you drive to mekah or balik dr madinah ni, mengikut kata org, kalau plate nya bukan local saudi mesti akan ada org dtg nak pow duit or so... ni terjadi kat kami. masa sekali berhenti tu, aku tgh isi minyak ngan member while ada few tgh kat dlm kedai convenient store beli2 jajan. tetiba ada satu kereta tahan aku, merayu minta sedekah. katanya dia dtg dr jauh. tetiba hilang duit kena curi. pastu bini plak sakit ke anak sakit, aku tak ingat... mmg cite sedih lah. n mmg wajar la bagi sedekah. tp bila teringat cite kawan, n ada gak mcm ketidak logikan nya and amount yg minta pun sampai 500!! aku tak jadi bagi... hmm... bersalah ke aku? anyway, when we discuss balik dlm kereta. rasa nya ok je ko...
we decided utk berhenti kat riyadh for dinner. sbb masa dtg ari tu tak sempat pun singgah riyadh. and timing mcm elok je... kami sampai, although agak lewat around 8-9pm tp kedai masih buka. btw, jalan nak dekat2 masuk riyadh agak busy and ada byk spot speed trap. so jaga2 ye. kitaorg chose one mall then terus ke situ. and dah jalan2 kitaorg decided utk makan kat tony romas. berbanding doha, kat saudi ni, even non-muslim pun kena pakai abaya. plus utk makan, kalau ada perempuan wajib dok kat family section. agak strict rule tu kat sini. kami yg ramai ni susah gak nak diaccomodate, sbb family section mostly utk 4 org n bertutup. nak makan tpt open, takut mutawwa (org agama) marah. so ikut je lah. and since one of us birthday dia ari tu, we bought a simple cake n celebrate... saja je buat happy2 skit... tak abis pun kek tu, bg je kat pekerja tony romas.
after riyadh, ada 5 jam perjalanan sebelum ke doha/border doha. we left riyadh around 1am. lepas je isi minyak. kitaorg shoot terus ke doha. i was driving alone masa tu. semua org kepenatan. berwalkie talkie sembang dgn kereta satu lagi. was thrill n kagum dgn capability aku utk drive 5 jam straight. kitaorg singgah sekejap kat satu tempat for solat subuh n arrived at the border around 6-7am. the clearance was smooth.. by 8am dah sampai doha. alhamdulillah.

bila aku tulis entry ni, terasa rindu sangat nak kembali ke sana. bila lah ada rezeki lagi. tq to friends yg ikut journey ni. it was pleasant, dipermudahkan. insyaAllah ada keberkatan kita pergi hari tu. yup, bila lah aku nak gi sana lagi. terasa sgt rindu...

Sunday, October 09, 2011

Roadtrip : Bahrain (Feb '11)

Since dah lama aku tak tulis blog, akan ada lah entry2 yg cite benda2 lama... saja je nak share.

so, entry ni cite pasal our roadtrip to Bahrain (dr Doha) last februari. pergi satu kereta je dgn wife. tak lah plan apa2 sgt, sekadar nak try kereta yg aku br beli masa tu... and as aku pun pernah g bahrain before, so aku rasa senang lah nak g, dah tahu city orientation. Lucky us, we managed to do Bahrain sebelum berlaku riots, kitaorg pergi awal February rasanya, abt a week before the kecoh2 kat situ.

Plan... aku plan trip ni solely based on this website - pak wahyu di Qatar - terima kasih ye encik Wahyu, your information sgt berguna. aku mmg ambil 100% information sini dan follow je... sgt informative. dr pre-departure, mana nak stop, apa nampak, semua complete ditulis oleh pak wahyu... jd for those out there yg nak g sana... blh je follow instruction kat situ (aku malas nak tulis balik).


sbb tak de g beramai2 kitaorg bertolak dr Doha bila2 dah rasa nak g. so lps keje hari khamis, aku rehat n tido sekejap, around 10pm bila dah lepas rehat baru gerak ke sana. cuaca sejuk sepanjang perjalanan. ada tikanya termometer tunjuk 9 degree kat luar... perjalanan mengambil masa dlm 5 jam (termasuk imigresen check yg very smooth). most of the journey kat saudi. jalan ok, tp gelap. dan perjalanan dkt pekan hufuf agak confusing, sbb jalan sedang dinaiktaraf, so, ada byk diversion and simpang sana sini tp tak cukup signboard. and gps totally tak update. tp as jalan sana satu dua je... kalau salah u-turn je lah. kitaorg sampai kat bahrain around 2-3am... tak de book hotel for that night, tp kitaorg dah book hotel jumaat mlm. kitaorg terus menuju hotel yg dibook, hoping kalau2 ada bilik... mmg ada bilik, tp bilik dlm renovation. very low level mcm rumah tumpangan... sekadar utk tido, katanya pkl 10am bilik yg dibook akan ready.


A very nice boutique hotel (Hotel Palace of Bahrain)... hotel kecik, bilik very nice. and aku suka gila breakfast room dia. and orange juice dia best gile.. freshly squeezed. breakfast dia pun best. first day... hmm... pusing2 town... tgk few forts... as that day was friday, most kedai tutup. kitaorg pun tak lah keluar awal, since semlm penat... as aku pun sebelum ni mmg pernah ke bahrain, most of the tempat we visited are the places aku dah g dulu. boleh tgk tempat2 tu kat entry2 ni... aku dulu tak sempat ambik gambar port waktu malam... yg ni, sempat singgah :-)


and my previous trip tak sempat tgk 1 benda... the tree of life, sbb masa g dulu tak de gps... so pergilah aku ke tree of life tu... a bit far to the south of manama island... tempat minyak... yg unik nya tree of life ni, ada sebatang pokok besar tumbuh tgh2 desert and katanya takde punca air ke pokok tu tp pokok tu still membesar... read wiki for more details la kan. tempat tu tak lah jauh sgt dr city center. for me plak yg unik nya on the way ke situ byk org2 buat khemah2 mcm kita camping2 and picnic... padahal tgh2 tanah kering kontanf dan antara paip2 minyak... depa jadikan area tu tempat beriadah. agak sedih gak lah, since negara kecik takde tempat depa nak camping2 n picnic2 so guna area tu je lah. kalau kat doha ni at least ada gak desert yg lagi besar dgn pasir yg elok... dan ada gak laut. sana apa pun tarak.


seperti trip dulu aku assume ada satu kampung dekat satu fort ni probably kampung org2 syiah. dunno betul ke tak... again aku citer kat wife aku the same... hehehe... since kes riot ni berkaitan ngan depa, kebetulan we took some pictures of the kampung...


the second day kitaorg g mall je. rupanya ada gak few items yg boleh jumpa kat bahrain n tak de kat doha. and harga dia pun slightly murah (murah skit je lah). takde benda nak buat pun kat sana... dah petang skit, kitaorg balik. jam 6ptg dr bahrain. bad decision. masa tu gile bz org2 nak cross border. it was smooth kat bahrain side, masuk kat saudi border.. mcm siot... dr 7 lane buka kat bahrain border depa channel kan masuk satu lorong kat saudi. giler!!! it took 2 1/2 hours utk melepaskan traffic, imigration and jambatan. (aku plak dah nak terkencing masa tu, takde plak tandas... haru!!!).


and we reached doha around 12 midnight... a quick trip utk test kereta... not that hectic.

Tuesday, January 19, 2010

Visa Umrah dah ok...

Pagi ni aku terima email cakap dah boleh apply visa utk g Umrah... so sesapa bercita2 nak g umrah tu, dah blh start apply and probably dah blh pergi dah weekend ni... and aku ada baca satu iklan umrah anjuran org2 indon, utk pakej 7 hari naik bas, cuma 1600 je for adults... so, sesapa nak g umrah, blh lah cepat2 daftar.

Tahun lepas aku ada plan nak buat umrah tahun ni... i.e. even lepas baru je balik haji. sbb aku tak pernah lagi drive sendiri cross border utk buat umrah.. driving kat tanah saudi arabia tu. so i've made initial discussion ngan kengkawan aku yg sama2 g muscat dulu utk pergi buat umrah soonest visa dibuka. masa discuss2 tu, haji aku pun tak tentu dpt lagi ke tak. then bila haji dah dapat tahu, alhamdulillah nama aku naik... then aku keep on hold pasal umrah.

Once balik haji, ada lah discuss2 skit pasal umrah. tp aku rasa i may not able to go. aku dpt boss baru yg demanding. aku tak rasa aku dapat cuti lagi for the next 3-4 months. and since baru je balik haji, nak apply lagi for 1 week mcm susah je... plus, in a very short notice parents aku pun nak dtg (actually aku yg pujuk depa datang, tak sangka plak agree... hahaha) but my parents cakap, dia datang if aku blh bawak depa jalan2 out of doha. depa kata doha ni bosan je dok lama2 (demanding).

so i have to back off from the trip g umrah :-( (sorry bebanyak guys, i've made a promise but i didn't keep it) and i think it is better for me to go for umrah masa bulan ramadhan nanti... different experience la kan.. although masa tu tgh musim summer and panas on the way to Mekah... but luckily, since dengan alasan parents nak dtg doha, my leave has been approved by my boss.. :-)

so... aku akan bercuti 1 minggu end of february... dubai and muscat here i come!!! (again!!!) I so love muscat... hahaha... for this 3rd visit am going to find the real wadi!!! :-)

Friday, December 19, 2008

Roadtrip - Hari 6 - Hari 8

Hari 6
Hari ni fullday kitaorg ambil dhow trip cari dolphin... mmg cantik musanddam ni... nothing much to say about it... the pics say it all...
Lepas dhow trip, aku sempat g ke khor an najd which is 25 km away from hotel... dah petang masa tu, sempat gak sampai melalui jalan batu2. unik nya khor ni kerana this is the only khor yg blh sampai naik kereta....

mlm tu kitaorg nak buat impromptu BBQ... i can say it was the best BBQ ever kitaorg pernah buat.. one sbb we were somewhere but doha... second sbb mmg impromptu... third sepanjang perjalanan 6 hari kitaorg belum lg dpt duduk relax n sembang2 mcm kat doha... plus the whole day was really relaxing...
Hari 7

kitaorg balik semula ke Dubai... last stop sebelum balik semula ke Doha... Dubai as usual very hectic. sempat g ke ikea (festival city dubai), Dubai mall dan Global village... driving dlm kumpulan kat dubai... mmg memenatkan...

Hari 8

from dubai... kitaorg plan utk terus balik ke doha... cuma singgah sekejap kat Masjid Abu Dhabi... katanya masjid terbesar di dunia... Masya Allah...mmg cantik.. sampai aku rasa distracted, macam bukan dlm masjid plak...

















we reached doha jam 11pm... driving back tak seteruk driving pergi hari tu... sekejap je rasanya dah lengkap 8 hari... when we left doha... semua mcm ragu2... jadi ke tak trip ni... alhamdulillah.. semua selamat... balik with no drama2... hahaha...