Wednesday, November 28, 2007

I hate exam!!!

aku memang kalau boleh tak nak terlibat dalam apa-apa peperiksaan... SPM ke... Degree ke... atau ujian lesen memandu... tapi ntah kenapa beberapa bulan sudah aku telah menggatalkan tangan dan sign up utk ambil test sabtu ni...

walaupun aku tak de lah study bagai nak rak sebab aku sebenarnya tak tahu apa punca aku study ni, tp kira nya aku ada lah spend studying... sekadar untuk hilang rasa bersalah... hehehe... suatu pembaziran yg teramat... dan setakat ni, utk exam ni aku dah habis paling kurang RM7000.... dan hasilnya.. tarak... hahahaha... membazir kan???

so, i've decided... no more signing up for this exam, sbb kalau aku pass pun, aku tak sure aku minat ke tak meneruskan kerjaya aku dlm bidang yg exam ni bawa pada aku... hahaha.. giler sekejap aku memikirkan kenapa lah aku bazirkan duit... anyway, alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku menambah dan menajamkan ilmu yg aku ada. kalau bukan sebab exam ni, tak de sebiji pun buku ilmiah yg aku baca sepanjang tahun ni... hehehe.... anyway, masa aku sign up pun, aku cuma hajatkan supaya otak aku tak lembab sebab tak berpikir je pun...

tapi... aku still go for the exam... dengan tak prepare apa-apa ni, aku rasa hanya kuasa Allah sahaja yg boleh mentakdirkan aku pass exam ni... :-) but anyway, yang penting esok aku akan ke abu dhabi!!! satu lagi emirates di UAE akan ku pijak :-)

*sambil menyelam minum air.... aku nak g ikea AUH shopping.. hahahaha...

Sunday, November 25, 2007

Hari Lahir...

Selamat Hari Lahir Kak Long!!!! :-)

Friday, November 23, 2007

Meng-ketam :-)

khamis mlm jumaat sudah aku, nije, kimi n abe g meng'ketam' i.e. menangkap ketam.. selalunya ni lah aktiviti awal2 sebelum winter... tangkap ketam ni seelok nya pada bulan mengambang.. sebab apa... tak tau...

sebenarnya bukan kitaorang je yg plan nak tangkap ketam tu.. ramai lagi.. dan tempat kitaorang g tu, kat simaisma, lebih kurang 30 minit dari doha, memang penuh ngan orang M'sia.. ada ketikanya mcm rasa kat M'sia je... biasa lah bila kat negara orang kita mcm assume org tak paham bahasa kita.. alih2 kuat je bunyi cakap melayu kat tgh laut... although tak nampak muka, for sure org malaysia kan..

sebelum ke laut.. kitaorg makan bihun yg dibuat oleh kak yati.. her whole family pun ada kat sana... :-) seharusnya, peralatan nak tangkap ketam ni perlu ada... paling tidak ada kasut diving, lampu torchlight yg elok dan tombak... kalau tak der tombak jawabnya jadi lah mcm kes kitaorang.. menangkap pakai tangan dan penyepit... lepas n menyusahkan... tak leh nak tangkap kat tempat dalam skit... hehehe... (bak kata abe, gambar kak yati family tu mcm mangsa banjir kan.. hik hik hik...)

sebab kitaorg tak de tombak... kaedahnya, nije pegang baldi... kimi tukang suluh... abe tukang tangkap ketam... aku plak.. tukang ambil gambar... ni lah aksi2 tangkap ketam hari tu... :-)
walaupun aku tukang tangkap gambar, FYI, the first ketam yg kitaorang nampak pun, aku yg detect dulu... although tak dapat tangkap.. hehehe... and disebabkan mata aku yg tajam... selalu gak aku yg nampak ketam... tp nak jadi citer, banyak yg aku jumpa, ketam tengah mengawan, jadi nya ada lah kes, tangkap satu melekat dua... hehehe..

ooh... kalau nak tahu... cam ni lah rupa ketam kalau tgk dari atas air... kalau korang dapat nampak mana ketam tu.. mmg korang layak turun tangkap ketam...
dalam tempoh hampir 3 jam... kitaorang berjaya menangkap lebih kurang 15 ekor ketam... dengan lebih 10 ekor ketam terlepas cam tu jer.. sbb tangkap pakai tangan... thanks to yati family sebab pinjamkan tombak... bila pakai tombak tu.. bagai nak cucuk daun kering je.. senang sungguh nak dapat ketam... so jadi lah aksi gini kan..

ni lah hasil nya.. 15 ekor ketam yang sedia dimasak... :-)

kitaorang selesai tangkap ketam dalam 12.30am.. masa tu masih ada ramai lagi kat tepi pantai sebab ada gak family yg plan nak tido kat tepi pantai je.. dengar citer next week yati family nak berbbq sana n tido terus.. :-)

so since hari seterusnya hari jumaat... abe dengan sukarela memasak ketam tu utk kitaorang makan.. since umah MT dah tak de nak jadi port melepak.. dapur aku digunakan utk memasak.. dan makan ketam... buat 2 jenis masakan ketam.. yg besar2 dalam 8 ekor buat masak lemak.. yg kecik2 baki nya buat chilli crab je... :-) yum yum... so sesapa yg tak g ari tu, tak berminat ke nak join later.. :-)

Wednesday, November 21, 2007

Update (2)

makin banyak benda nak update tak update2...

- my exam
- visit to AUH
- Kew-tel (again?)
- ketam mengetam
- the first few weeks kat doha
- a plan that i've been waiting for more than a year..

but now... busy (apa yg dibusykan tak tau...) :-) and mcm tak de mood nak tulis...

and my head can't think str8... so many things in head... :-) (next year plan pun tgh fikir ni)

nanti aku update banyak2 entry terus.. hehehe... lagi 2 minggu ok!!! enjoy lah the music.. :-)

Saturday, November 17, 2007

Hati ku tertinggal di Malaysia...

ooh... sebabkan demam lagu indon kat Malaysia masa aku balik kg... aku dah tukar lagu2 kat jukebox dah.... lagu indon...

tp among all lagu indon ni... ada satu tu lagu titled hati ku tertinggal di malaysia nyanyian kumpulan dewa yg paling aku benci sekali... so aku tak masuk pun lagu tu kat jukebox ni...

tp kan... tajuk tu lah paling relevan utk situasi aku masa sekarang ni... hmmm... bila lah hati ku akan berada bersama aku di Doha ni.... hmmm....

Friday, November 16, 2007

Update...

Dah lama tak update blog ni kan...

banyak citer nak update...

- about umah baru....
- some pics on raya open house (punya lah lama delay.. dah basi :-) )
- other stuffs...

but now... busy pasal nak pack balik doha.. huk huk huk... sekejap jer dah habis sebulan setengah aku bercuti :-)

it's been a long-long holiday yang aku tak pernah rasa before... but then... macam tak de apa2 pun aku buat for the past 6 weeks... macam membazir jer...

so orang-orang doha... here i come... :-) my flight will be tomorrow 17th Nov 07... akan reach doha at 6.30am... sesapa nak hantar aku kat KLIA... aku ada kat sana around 11pm - 11.59pm on Friday :-)

Sayonara :-)

Thursday, November 15, 2007

Another Birthday...

Hari ni.... genap setahun AJE dilancarkan :-)

Happy Birthday AJE

ini bermakna dah lebih setahun aku kat Doha... :-)

another 10 months to go... :-)

Wednesday, November 14, 2007

Hepi Besday...

HEPI BESDAY

So nak hadiah apa tahun ni? :-)
makin tembam kan sekarang???

Sunday, November 04, 2007

The 3 days...

30.10.07
8.30am, aku dah register kat klinik ophtalmology utk appointment jam 9am. tp sbb lapar, dapat appointment aku g makan dulu. jam 10am aku jumpa Dr Ron di bilik 6 dan dia yang periksa mata aku. it's the same procedure yg dia buat, sama macam yg kat ipoh except for ada satu part yg rasa nak tercabut mata apabila dia tekan kelopak mata supaya dapat melihat bebola mata dgn lebih jelas. then setelah berpuas hati, Dr Ron menetapkan tarikh pembedahan pada esok harinya.
11.30am aku daftar masuk wad. aku pilih wad first class dengan satu katil, tak dapat sbb dah penuh. tp sbb aku dah book, bila ada org keluar jam 5pm aku dpt bilik for my own. sejurus aku masuk bilik, wad 9a katil 25, aku dikehendaki turun ke wad 6b (khusus utk mata) utk pemeriksaan oleh Dr Akmal. aku rasa ni doktor baru sbb banyak perkara dia tak berapa sure. nak ambil darah pun tak sure, nak buat ac scan pun tak sure... semua kot kot... then 2-3 jam lepas itu, Dr Adilah dan Dr Andrew plak yang panggil aku turun dan memeriksa mata aku. Dr Adilah dan Dr Andrew seterusnya menerangkan lagi apa yang akan dibuat semasa pembedahan esok hari.

petang tu plak megat datang, pak tam n mak tam... thanks megat for buah tangan... sedap gak donut ni, tapi mahal gak kan...



31.10.07
hari pembedahan, tp sehingga jam 10 pagi aku masih tak tau bila masa sebenar aku akan dibedah. sehingga lah jam 10.40 pagi aku telah dipanggil dan diberi baju utk pembedahan dan kena baring kat atas katil utk dibawa ke bilik bedah. sehingga saat ini aku masih lagi tak rasa risau, aku pun tak tahu kenapa but rasa confident je masa tu.. siap buat lawak n complaint2 kat nurses lagi... hehehe...

masuk ke bilik pembedahan, aku minta kebenaran nak bawak kamera, tp doktor kata hanya dapat kebenaran pengarah hospital br boleh bawak, aku masuk awal kat operating theatre, Dr Andrew taruh ubat anaesthatic. cara nya agak ngeri skit, iaitu injection directly under my eye. but sakit nya below expectation, tak rasa langsung. aku terbaring kat katil tu lama jugak sebab patient sebelum aku tu lambat skit siap nya... so ada lah almost one hour aku terbaring... siap bangun g toilet lagi.

recap balik apa sebab aku kena surgery. ada berlaku retinal detachment kat dalam mata aku, hasil daripada terdapat beberapa lubang wujud kat retina, jadi air dalam biji mata telah keluar dan menjarakkan retina dari biji mata. so surgery ni dibuat bagi melekatkan kembali retina aku dengan menggunakan scleral buckle. (gambar tepi tu gambar ambil kat internet, tp mcm tu lah rupanya scleral buckle, yg attached kat dalam mata aku ni pendek je, 8mm)


oleh kerana buat localised anaesthatic, iaitu hanya sebelah mata je kebas, aku sedar sepanjang procedure. so aku ada lah bersembang2 ngan doktor semasa procedure. dan terdengar lah Dr akmal tak tahu jawab soalan2 dari Dr Ron. rupanya Dr Akmal tu kiranya masih baru lah. Dr Andrew dan Dr Adilah yang melakukan surgery, Dr Akmal hanya terlibat potong benang jahitan je, itupun terlebih panjang potong nya. dan aku rasa, biji mata aku dikeluarkan masa surgery tu sebab ada ketika nya aku nampak muka doktor, tp bila jahitan dibuat gelap je pandangan. dan bila doktor kata dia dah siap dan nak closing up, br aku nampak muka doktor tu semula (nanti bila review next week aku confirm kan ngan doktor whether biji mata aku dikeluarkan ke tidak).
the whole procedure took 1 hour. lepas surgery aku tunggu kejap kat bilik menunggu sebelum dibawa keluar. my parents n razi setia menunggu 4 jam kat luar bilik... thanks!!! tp aku mmg tengah lapar masa tu, aku kat dalam bilik operation dari jam 11am sampai jam 3pm... sesampai je kat bilik terus makan lunch.. kelaparan... hehehe...

tak lama lepas tu datang nizam dan MT, rupanya depa dah sampai awal, cuma aku belum balik bilik lagi. depa plak tunggu kat lif pelawat, aku naik melalui lif staff.. tak sempat depa berdrama... hehehe... tapi agak penat gak lah.. lepas sembang2 skit.. aku penat tidur... dan later petang tu.. datang rafi dan boboi... then ijam n family... thanks for berziarah...


01.11.07
pepagi lagi dah datang nurse nak cuci mata, jam 6am aku dah bangun. Jam 7 aku dah berjalan sendiri ke tingkat 6 utk pemeriksaan doktor... semua keempat2 doktor ada. antara katanya yang aku faham, 6mm buckle dah cukup utk mata aku 8mm tu dah cukup panjang. tgh hari tu shah datang dan my cousin pun berziarah... around 5pm baru discharge. balik ke kota damansara kejap, lepas dinner balik terus ke ipoh...

ni lah rupanya mata aku 2 hari setelah operation, still red and berair... dan according to the doktor bengkak kat mata akan remain for 2-3 days dan aku akan rasa jahitan dalam mata tu for the next 2-3 weeks... so kena lah buat follow up later masa kat doha..

anyway, mana blh blog ni sepi dari gambar makanan kan... so ni lah antara food yang aku makan kat hospital hari tu..

Friday, November 02, 2007

Retina Attached...

Alhamdulillah... aku dah selamat menjalani RD surgery last Wednesday....

Terima kasih pada Dr Ron, Dr Adilah, Dr Andrew dan Dr Akmal from Hospital Selayang dan Dr Liau dan Dr Farid from Hospital Ipoh... plus all the nurses in Ward 9A hospital selayang :-)

Terima Kasih to my parents n razi yang menjaga aku for the 3 days admitted kat hospital... Thanks mak, yang sabar melayan my kerenah hehehe.... sorry razi, the chiang mai trip was cancelled and u have to enjoy your 3 days holiday kat hospital instead, very much thanks for ur time n patience.

Thanks megat, maktam, paktam, MT, nizam, rafi, boboi, ijam n family, lob and shah yang sudi visit kat hospital... dah lah hospital tu ulu skit.. :-) and thanks MT for be a constant informer to update kawan2 kat Doha :-)

Thanks for all the doa from family and frens in Doha n Malaysia n UK :-)

Alhamdullilah... semua dah ok.. and will be back in Doha in 2 weeks time... later i will detail out the procedure... now mata tak sembuh lagi... so tulis skit2 jer :-) *mcm ucapan terima award plak..hik hik hik... :-)