Sunday, February 15, 2009

A Qatari Wedding...

Baru-baru ni aku berpeluang untuk kali pertamanya menghadiri majlis perkahwinan orang Qatar. Dah 2 tahun aku tunggu invitation, tak pernah ada. tp at least aku 2 tahun, abe zu yg ikut aku g wedding ni dah 4 tahun keje sini.. ni pun his first time... tak seperti malaysia, kita senang jemput org g kenduri especially yg bukan kat dlm dewan... sini depa tak berapa rapat ngan bukan local. btw, majlis yg aku pergi ari tu, majlis lelaki, so takde perempuan langsung... majlis perempuan celebrate only by women, kat dlm dewan rasanya. mmg lelaki tak blh diinvite, sbb dlm dewan tu dengar katanya depa berhias cantik2 tak pakai tudung n sexy2... (uiks... rugi tak dpt gi.. hehehe)

Majlis dah bermula selepas maghrib, tp as advice by tuan rumah aku dtg lewat i.e. lepas isya'. actually itu pun aku kiranya awal... ramai lagi lewat... like our majlis kahwin, first kita dtg dan bersalam dgn family/bapa/pengantin lelaki... sama jugak kat sini, salam ucap tahniah dan kemudian duduk lah mana2. bagi org kita selalunya kita salam je, tp dah ikut budaya depa, kena lah laga2 pipi... hehehe... tp for those local yg i think sedara mara or sesama qatari, depa lagi hebat... siap laga2 hidung... :-)
sementara menunggu tu, akan ada org bawak teko arab bg sesapa nak coffee arab or teh arab... rasanya mmg pekat... but at the same time ada jugak serve teh o (chai ahmar) atau teh susu (chai halib). dan kat atas meja kecik2 tu ada kekacang, manisan (i think from oman) dan air kosong. sambil duduk2 sebelum makanan tiba, ada persembahan tarian pedang. although it is a normal tarian pedang, tp camera video yg ambil gambar mmg hebat, siap ada jib lagi... and pakai 2 cameras. in fact, tempat bersalam2 tu pun ada satu lagi kamera... i think the amount of camera used lagi banyak drpd production telefilem melayu... ye ke?
around 8 lebih... few ppl datang bawak lapik plastic alas carpet. dan mula menghidang kan makanan. very simple indeed. ada salad, ada air gas, ada few things yg aku pun tak sure... dan lastly, baru lah turun nasi makhbush kambing... and org pun turun makan atas lantai...
ooh.. this is how we ate...
i can say that was one of the best'est' nasi yg aku pernah rasa... gile sedap! abe zu sampai sendat perut makan!!! but after the makan2... one scene yg aku tak expect berlaku. those south asian workers yg maybe keje utk majlis or perhaps keje construction sekitar2 tu pun mula masuk majlis and makan balance makanan. uiks... and bukan tu je... depa siap bawak beg plastic n tapau the food... apparently i guess its normal, sbb takde sapa pun halang...

anyway, it is another experience. it's as not much as i expect sangat lah... but at least aku dah pergi. one of the thing yg aku mmg impikan utk pergi sebelum aku tinggalkan doha (oooh another thing is pergi Umrah...) so since aku dah dpt dtg wedding ni, so blh lah aku tinggalkan doha dah kan.. hahaha...

this is the bridegroom and the father... with abe n me... and 2 org arab yg jadi tetamu dlm majlis ni... :-)

4 comments:

Pu3 UMNO Perak said...

wow! it is really something la bro! part laga2 hidung tu.. THAT i wanna see! hahaha..
apsal tak amik gambar food tu sebelum dijamah? Mesti lapar giler ek? ;D
bagus jugak diorang bagi asian workers tu makan.. sedekah tu... selain tak membazir... kan? kan?
papepun, memang menarik!

yeen said...

apsal tak pakai jubah daaa.. baru blend in hik hik

Anonymous said...

camner ko bleh dapat invitation ni?

Lollies said...

majlis orang pompuan memang dasat. macam disco pun ada. kat situlah anak dara kena melaram habis untuk attract bakal2 mak mertua.

eh mana satu pengantinlah. anak and bapak macam sama aje.

anyway i was told kat doha ni memang ada orang yang starving. so cikgu i memang marah betul kalau throw food. they will collect it and hantar somewhere. so kalau buat pot luck and makanan berlebih tu kasilah the laboureres tu.