Sunday, December 06, 2009

Haj: days before Tarwiyah (2) - women's right..

(this entry may involve some fiqh issues, kalau ada salah silap, please perbetulkan aku...)

"hajjah!!! wara'... hajjah wara'... hajjah wara' "
"haram... ya hajjah... haram.... wara' wara'"

kenkadang ada jugak cakap...
"hajjah... belakang! belakang!" (mungkin kerana jemaah indonesia (+ Malaysia) adalah jemaah teramai)

selalu jugak aku dengar jeritan2 gitu bila dah tiba waktu solat... ini kerana ada wanita2 yg berada di saf-saf depan, depan dr saf lelaki... bagaikan mereka tak tahu yg saf perempuan sepatutnya di belakang lelaki... mungkin bagi depa, since depa sampai awal, depa blh pilih tempat di hadapan. atau depa rasa hak mereka juga utk mendapat pahala lebih banyak i.e. di saf hadapan...

perkara ni bukan perkara baru, tetapi yg aku dengar cerita dah lama dah... sejak dr dulu lagi dan susah betul nak perbetulkan pemahaman orang2 ni...

Rasulullah bersabda: ‘Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah saf yang pertama dan seburuk-buruknya saf yang terakhir, manakala sebaik-baik saf bagi wanita ialah saf yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah saf yang pertama.’ (Riwayat Muslim).

tapi yg sedihnya ada jugak suami yang teringin solat bersebelahan dengan isteri. mungkin pengalaman kat dalam masjidil haram ni nak sama2 rasa, so agaknya difikiran mereka lebih seronok solat sebelah menyebelah...

ada satu hari tu, aku beriktikaf dgn 2 rakan aku... bila tiba waktu solat kami dapati ada seorang perempuan berada dalam saf yg sama, kebetulan tempat tu saf nya pendek2, jadi kawan aku tegur lah suami perempuan tu, dan minta isteri nya solat dibelakang... yg sedihnya, lelaki tu menjawab, kenapa wife dia je tak blh solat sebelah dia... sedangkan ada jugak perempuan lain sama saf dgn suaminya, astaghfirullah...

*this entry bukan berniat riak... sekadar berkongsi cerita*

5 comments:

Ghazali B Abd Aziz said...

Assalamualaikum Haji;

Tak sempat utk kita bertemu di Mekah / Madinah ....

Sebabnya waktu musim Haji, kami amat susah untuk memasuki Mekah ...

Insya Allah, andainya ada tika dan waktu di lain masa , kita akan bersua jua ....

Haji;

Memang betul yang pasal saf ini ... susah nak explain to them ...

Waktu tak sibuk (not hajj season), kekadang tuh lagi teruk ... dia orang TETAP BERKERAS nak jugak sembahyang kat saf depan ehehehehe pass tuh lak di backing oleh suami ...

So nak buat macam mana ....

Take care

Anonymous said...

:(

sedih rasanya. First of all, I want to thank Allah that He has given me sense of independence and direction and tak rasa gentar hilang husband kat Haram. Maybe some women takut hilang husband kot. Allah knows best.

Tapi i usaha gak cari area yg semua pompuan. Itupun you tau, sometimes men pulak encroach tempat pompuan nak bawak bini or mak. Nasib baik ramai gang yang tak kenal sama sama halau. hehe. Garang tu.

I fahamlah kalau lambat, tapi yg datang awal pun cop tempat depan. Kesianlah the guys.

whitelighter said...

hmm maybe pentadbiran kota makkah kena buat section just untuk jemaah muslimat.

anap_ilmi said...

yeah..btul2..mmg rasa pelikk je ttb ada ppuan smyg depan kita neh..tapi sbb dah bersesak2 kann...buat tak tahu je la kannn..

*rasanya sepatutnya ilmu itu diterapkan sblm dtg ke tanah haram bg semua orang.tak adalah nnt timbul masalah bile dah smpai situ...

zal said...

Ghazz
InsyaAllah.. ada gak hajat nak g umrah plak lepas ni, mungkin kita blh berjumpa...

anon
education lah kot... kalau depa tahu apa yg patut depa buat tak lah jadi mcm ni.

whitelighter
hmm.. masa2 umrah blh lah buat section, tp haji ni terlampau ramai... susah nak handle...