Saturday, March 31, 2007

Projek Dukhan - Hari Kedua

Hari kedua bermula sangat awal, ye lah... sampai D0ha pun dah dekat pukul 12... so sebelum tidur, buat preparation untuk sambal tumis, isi roti john dan buat list barang perlu beli bila dah terbit matahari dan plan utk masak-masak sebelum ke Dukhan semula. Jam 2 lebih baru tidur.

Disebabkan hari kedua hanya bermula jam 3pm, ada lah ruang untuk menyediakan makanan di pagi hari... nak beli roti utk roti john especially. seawal jam 6 aku dah bangun. persiapan pun bermula...
Kitaorang kiranya sampai awal la jugak, dalam 2.45 dah nak set up gerai. jam 3 dah mula orang nak membeli air... tengah panas, haus... hari kedua ni merupakan hari kemuncak pesta ni.


Menu hari ni sama macam semalam cuma ada pertambahan Roti John dan Bihun Goreng... serta husband Yin demo buat donut kat gerai...

Sambutan... superb!!! jam 7, nasi lemak dah habis!!!! hehehe.... roti john yang sedap amat dimasak oleh MT pun memang laku... tak menang tangan... oooh utk orang arab kitaorang gelarkan roti john ni as kebab M'sia... utk org M'sia, bagi memelayukan nya... roti ni digelar Roti 'MT'. Eh MT betul ke tangan ko tak berbedong masa baby dulu??? hahaha...

Makanan yang lain pun laku gak... karipap... habis... keropok n bahulu pun licin... boleh katakan pembeli ni 60%-70% orang M'sia jugak... so thanks to M'sian in Dukhan n yg datang ke Dukhan ni... dalam pada itu ramai juga orang bangsa lain datang menjenguk, bertanya dan membeli... yang kelakar nya ada antara depa ni... keropok pun depa rasa lain macam.. berkerut muka makan keropok... air chrysanthemum lagi lah asing buat mereka... dan satu lagi benda kelakar... ada sesetengah makanan tu memang kitaorang pun tak tahu nak translate ke english macam mana... korang tahu ke apa longan in english? bahulu? dan apakah fishing net bread dalam bahasa melayu??? hahaha
malam hari.... orang2 M'sia di Dukhan mempersembahkan dikir barat di dewan... depa dapat tepukan gemuruh dan siap menang award lagi... award apa... aku pun tak ingat... hehehe.

Kesimpulannya, meriah sungguh 2nd day ni... dan tak menang tangan melayan pelanggan... terasa berbaloi segala usaha memasak dan memikirkan buat jualan ni. walaupun aku tak sure sedap ke tak masakan aku, tp kalau dah habis makanan tu... kira ok lah kan... jam 10 kitaorang berangkat pulang ke D0ha sambil memikirkan apa yang nak masak esok.... sebab semua bahan dah habis... :-) oooh... for more pictures.. blh tgk kat album ni.


p/s - semua gambar projek Dukhan ni ehsan MT dan Papa. thanks

4 comments:

mt said...

mana le tahu tangan tu "berbedong" ke tak masa kecik :-))

ada ke roti jala tu jadi "fishing net bread".. kelakar kan.

nak explain longan, terpaksa bercerita pasal lychee and mata kucing. Orang Indonesia pun tergelak dengar mata kucing. Lain kali kena buat research and hand out flyer lah. Tak perlu berbuih mulut nak explain..hehehhe

huh.. ko expose aku dalam blog ni ye... hmmm...

zal said...

MT
hehehe... balik m'sia nanti tanya ur mom, tangan dulu berbedong ke tak.. hahaha...

memang ada plan gak nak buat flyers, tp bila semua kita kena buat... penat lah...

dah expose ker??? apa salahnya... takkan malu-malu kot.. hahaha

Pato & Pearl said...

the food looks good...lelaki alah baru sekarang..semua pas masak..hahahahaha
MT - macam ni boleh tempah roti MT tu lah

P&P

zal said...

P&P
ala.. ni cuba-cuba je... ooh... nanti i tanya MT blh ke pos roti MT tu ke S'pore?