Pergi...
Last week, kitaorang kat sini kehilangan member kitaorang yang ceria... dan banyak contact ngan satu group ni... dia dah kena hantar pulang ke Malaysia... sebab dia kerja ngan company You Ee Em yang beransur-ansur menghantar pekerja nya pulang ke Malaysia...
agak terasa jugak lah kehilangan... sbb ketiadaan dia maka kurang lah kecoh pada setiap kali majlis makan-makan yang aku buat... memang kalau ada dia makin ceria lah suasana... masa hantar tu ramai jugak lah member-member kitaorang hantar kat airport....
kepada boboi... selamat meneruskan hidup kat Malaysia tu.. best of luck!!! dan kalau dapat keje kat Abu Dhabi... bagi tahu kitaorang kat sini... boleh kitaorang g sana pulak!!!
Datang...
Selamat Datang Wan!!!!
semalam ada sorang lagi member aku datang (actually member kepada member aku kat KL.... so sampai sini jadi member aku lah kan)
dia baru start keje kat sini hari ni, keje company construction. Lucky him sebab sampai-sampai saja company dah provide dia sebiji villa 3 tingkat dengan 8 bilik... ntah kenapa villa tu seperti ditinggalkan oleh pekerja-pekerja company begitu sahaja, tak tersusun walaupun semua benda lengkap. dan disebabkan kebesaran rumah tu... agak scary lah jadinya...
malam semalam seperti biasa, kitaorang bawak lah dia gi dinner sekali, kenal-kenal dengan SK and MT. sembang-sembang sikit. then g beli barang-barang untuk makan-makan weekend ni (ooops... ada makan-makan lagi weekend ni... hahahaha). dah jam 10 aku hantar lah dia balik, ye lah... orang tu masih jet lag... lepas hantar dia kitaorang ke umah KM (host party weekend ni) nak citer-citer skit pasal party tu. dalam 30 minit kitaorang pun gerak lah balik umah, on the way balik umah wan sms tanya aku dah sampai umah ke belum... then aku immediately call lah... rupanya dia cakap dia seram duduk umah tu sorang2.... aku gelak kan dia... then buat U-turn g umah dia... ambil dia then bawak dia balik umah untuk tido... eh jangan la nak gelakkan dia... sebab bila aku tengok semula umah tu semalam... memang mengerikan jugak.. besar and kosong... kena tinggal tapi bagai berpenghuni....
anyway, kepada wan... semoga dapat cepat menyesuaikan diri kat D0ha ni... apa-apa masalah boleh contact aku (macam lah wan ni baca blog aku kan, tapi satu hari nanti dia akan jumpa jugak.. sorry ye aku taruh cite ko kat sini... hahaha)
No comments:
Post a Comment