Showing posts with label dukhan. Show all posts
Showing posts with label dukhan. Show all posts

Sunday, April 01, 2007

Projek Dukhan - Hari Ketiga

Hari ketiga projek Dukhan sepatutnya bermula jam 10pagi. tapi dengar citer tak ramai yang akan buka gerai, dan cuma tinggal Nizam, MT dan aku jer nak meniaga hari ni. KM dan Papa keje plak... kami bergerak ke Dukhan jam 10 dan sampai jam 11. Menu hari ni simple... Roti John, Nasi Lemak, Bihun dan Air. dengan tak mengharapkan sales yang bagus... kami pergi jugak dukhan sebab dah commited dengan committee utk berniaga selama 3 hari.

Seperti dijangka, tak ramai orang pun... dan tak banyak gerai dibuka... tetapi... rupa-rupanya dari jam 10pagi dah ada orang menanti nak beli nasi lemak dan roti john... dari jam 11 kami setup gerai... sampai jam 12.30 agak busy melayan pelanggan.. habis jugak lah 1 1/2 periuk nasi lemak... hehehe...

selepas jam 1, pelanggan amat kurang... masa tu lah baru lah aku n MT sempat nak keliling tapak pesta nak tengok apa yang ada.... ni lah yang ada...


jam 3 kami pun bersiap... dan jam 4 kami pulang dengan rasa seronok.. walaupun tak berapa ramai orang tapi hasil jualan seumpama hari pertama... berbaloi jugak datang... :-)

hmmm.. mungkinkah akan ada projek Dukhan tahun depan... ntah lah... kalau jual-jual around d0ha ni ok lah. penat lah travelling... but still we had a lot of fun!!! :-) terima kasih orang-orang Dukhan dan orang-orang Doha ke Dukhan atas sokongan dan kepercayaan korang beli makanan kami... :-)


p/s - gambar projek Dukhan ehsan MT dan Papa. thanks

Saturday, March 31, 2007

Projek Dukhan - Hari Kedua

Hari kedua bermula sangat awal, ye lah... sampai D0ha pun dah dekat pukul 12... so sebelum tidur, buat preparation untuk sambal tumis, isi roti john dan buat list barang perlu beli bila dah terbit matahari dan plan utk masak-masak sebelum ke Dukhan semula. Jam 2 lebih baru tidur.

Disebabkan hari kedua hanya bermula jam 3pm, ada lah ruang untuk menyediakan makanan di pagi hari... nak beli roti utk roti john especially. seawal jam 6 aku dah bangun. persiapan pun bermula...
Kitaorang kiranya sampai awal la jugak, dalam 2.45 dah nak set up gerai. jam 3 dah mula orang nak membeli air... tengah panas, haus... hari kedua ni merupakan hari kemuncak pesta ni.


Menu hari ni sama macam semalam cuma ada pertambahan Roti John dan Bihun Goreng... serta husband Yin demo buat donut kat gerai...

Sambutan... superb!!! jam 7, nasi lemak dah habis!!!! hehehe.... roti john yang sedap amat dimasak oleh MT pun memang laku... tak menang tangan... oooh utk orang arab kitaorang gelarkan roti john ni as kebab M'sia... utk org M'sia, bagi memelayukan nya... roti ni digelar Roti 'MT'. Eh MT betul ke tangan ko tak berbedong masa baby dulu??? hahaha...

Makanan yang lain pun laku gak... karipap... habis... keropok n bahulu pun licin... boleh katakan pembeli ni 60%-70% orang M'sia jugak... so thanks to M'sian in Dukhan n yg datang ke Dukhan ni... dalam pada itu ramai juga orang bangsa lain datang menjenguk, bertanya dan membeli... yang kelakar nya ada antara depa ni... keropok pun depa rasa lain macam.. berkerut muka makan keropok... air chrysanthemum lagi lah asing buat mereka... dan satu lagi benda kelakar... ada sesetengah makanan tu memang kitaorang pun tak tahu nak translate ke english macam mana... korang tahu ke apa longan in english? bahulu? dan apakah fishing net bread dalam bahasa melayu??? hahaha
malam hari.... orang2 M'sia di Dukhan mempersembahkan dikir barat di dewan... depa dapat tepukan gemuruh dan siap menang award lagi... award apa... aku pun tak ingat... hehehe.

Kesimpulannya, meriah sungguh 2nd day ni... dan tak menang tangan melayan pelanggan... terasa berbaloi segala usaha memasak dan memikirkan buat jualan ni. walaupun aku tak sure sedap ke tak masakan aku, tp kalau dah habis makanan tu... kira ok lah kan... jam 10 kitaorang berangkat pulang ke D0ha sambil memikirkan apa yang nak masak esok.... sebab semua bahan dah habis... :-) oooh... for more pictures.. blh tgk kat album ni.


p/s - semua gambar projek Dukhan ni ehsan MT dan Papa. thanks

Friday, March 30, 2007

Projek Dukhan - Hari Pertama...

Hari Khamis tu agak sesak skit... kami kena berniaga jugak... cuma KM saja yg sempat pergi untuk set up gerai (thanks KM, Shah n Dom), yang lain bekerja... masa lunch hour, aku sempat balik umah masak nasi lemak, jam 3 aku keluar office ambil Papa dan Yin dan terus memecut ke Dukhan. Oleh kerana jalan berliku-liku dan masih dalam pembaikan... sejam baru aku sampai ke tempat tu walaupun jaraknya 73km.

Menu hari ni simple saja, nasi lemak, roti jala, keropok dan bahulu, serta air... orang pun tak ramai... sales tak lah bagus sangat... tp dengan harapan yang hari jumaat, kitaorang plan harap-harap esok lebih banyak sales... dan effort berjaga malam, drive jauh-jauh ni berbaloi...
p/s - semua gambar projek Dukhan ehsan MT dan Papa. Thanks











Thursday, March 29, 2007

Projek Dukhan : Preparation...

Hari Jualan : 29 - 31 March (3 hari)
Jam Jualan : 29hb (5pm - 10pm), 30hb (3pm-10pm), 31hb (10am-6pm)
Menu :
- Utama : Nasi Lemak, Roti John, Roti Jala, Bihun Goreng
- Air : Longan, Chrysanthemum, Cincau (org perak kataair lengkong)
- Snack : Karipap, Keropok, Bahulu, Donut
Target profit : breakeven
Members : Papa (leader), KM, Zam, MT dan aku

setelah banyak teori dibincangkan dan banyak rough calculation dibuat... akhirnya menu di atas telah dipilih... setelah diputuskan... MT dan aku akan memasak makanan, papa buat air... KM beli bahan-bahan dari M'sia (kebetulan dia balik bercuti kejap) dan Zam kerja-kerja membungkus...

so sekarang ni... sangat busy membeli, memasak, membungkus, menyimpan, mengira-ngira dan memikirkan apa yang tak cukup... dan apa yang dah ada... for the time being... enjoy the pics...
p/s - semua gambar ehsan MT