Sunday, April 01, 2007

Projek Dukhan - Hari Ketiga

Hari ketiga projek Dukhan sepatutnya bermula jam 10pagi. tapi dengar citer tak ramai yang akan buka gerai, dan cuma tinggal Nizam, MT dan aku jer nak meniaga hari ni. KM dan Papa keje plak... kami bergerak ke Dukhan jam 10 dan sampai jam 11. Menu hari ni simple... Roti John, Nasi Lemak, Bihun dan Air. dengan tak mengharapkan sales yang bagus... kami pergi jugak dukhan sebab dah commited dengan committee utk berniaga selama 3 hari.

Seperti dijangka, tak ramai orang pun... dan tak banyak gerai dibuka... tetapi... rupa-rupanya dari jam 10pagi dah ada orang menanti nak beli nasi lemak dan roti john... dari jam 11 kami setup gerai... sampai jam 12.30 agak busy melayan pelanggan.. habis jugak lah 1 1/2 periuk nasi lemak... hehehe...

selepas jam 1, pelanggan amat kurang... masa tu lah baru lah aku n MT sempat nak keliling tapak pesta nak tengok apa yang ada.... ni lah yang ada...


jam 3 kami pun bersiap... dan jam 4 kami pulang dengan rasa seronok.. walaupun tak berapa ramai orang tapi hasil jualan seumpama hari pertama... berbaloi jugak datang... :-)

hmmm.. mungkinkah akan ada projek Dukhan tahun depan... ntah lah... kalau jual-jual around d0ha ni ok lah. penat lah travelling... but still we had a lot of fun!!! :-) terima kasih orang-orang Dukhan dan orang-orang Doha ke Dukhan atas sokongan dan kepercayaan korang beli makanan kami... :-)


p/s - gambar projek Dukhan ehsan MT dan Papa. thanks

2 comments:

Anonymous said...

kalau balik Msia, kena bawa handicraft banyak2. Boleh promote sikit. Kalau boleh mintak tolong those QR cabin crew lagi baik. Bawa balik sikit2.

zal said...

MT
yup... memang... banyak beli handicraft... beli yang cute-cute dan useless mcm kucing bali tu pun tak per kan... habis dijual without much marketing n explaination... kena set target market, kalau tepat, senang buat sales... (apa aku mengarut ni?)