Monday, April 30, 2007

Road trip : Shamal - Fort Zubara

Setelah solat asar kat masjid kecil kat Madinat al Shamal, kami terus menuju ke fort zubara (antara fort yg banyak gambar kat poskad qatar ni) tak jauh sangat dari madinat al shamal, tp signboard tak wujud. tp sbb kan jalan nye satu je... yakin je lah... sampai lah nampak fort tu kat tepi jalan...

Zubara ni dulu nya tempat yang besar. Antara tahun 1775 dan 1780 pernah diserang oleh orang Parsi ke atas Basra (selatan Iraq), pedagang dan peniaga melarikan diri ke Zubara ni. Pada zaman kemajuan Zubara, dijangkakan 5000 - 6000 orang tinggal di sini (kira besar lah tu, ni kawasan padang pasir ni...) Tapi pada tahun 1878 Zubara ni telah musnah akibat taklukan orang luar.

Fort Zubara ni di bina tahun 1938 dan digunakan untuk ketenteraan sehingga pertengahan 1980-an. Kini digunakan sebagai muzium (tapi apa yang ada? ada lah tembikar2 skit... dan beberapa seramik.. hehehe)

2 comments:

Ard said...

I like gamba that buildings kat al-Gharia tu! Very nice!!

zal said...

ard
i think u meant kat al zubara kot... al ghariya ada resort je...