Sunday, May 27, 2007

Pusing-pusing???

Satu lagi keratan akhbar (kerat dan tampal dari sini)


Operasi FIirefly dari Subang?

KUALA LUMPUR 26 Mei - Kerajaan mempertimbangkan dengan serius untuk
membenarkan Firefly, syarikat milik penuh Malaysia Airlines, mengadakan operasi
penerbangan pesawat menggunakan kipas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz
Shah di Subang, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy hari
ini.
Mengulas isu itu buat kali pertama, Chan berkata, Kabinet membincangkan
perkara itu Rabu lepas tetapi butirannya hanya akan diumumkan minggu
depan.
“Kami akan mengumumkan butiran lanjut minggu depan, selepas mesyuarat
mingguan Kabinet. Setakat ini saja yang saya dapat beritahu anda masa
ini.
Kami sedang meneliti untuk operasi pesawat itu,” katanya kepada
pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian ijazah Kolej Tunku Abdul Rahman
(KTAR) di sini.
Firefly yang dikenali sebagai syarikat penerbangan komuniti
yang ketika ini berpangkalan di Pulau Pinang, menawarkan perkhidmatan dua kali
sehari menggunakan dua pesawat Fokker Friendship (F-50), yang menggunakan kipas
dengan 50 tempat duduk, ke destinasi seperti Langkawi, Kota Baharu, Kuala
Terengganu, Kuantan, Phuket dan Koh Samui.
Syarikat penerbangan itu memulakan
operasi komersial bagi laluan domestik pada 3 April dan laluan antarabangsa pada
13 April lepas.
Terdapat spekulasi bahawa kerajaan akan membenarkan Firefly
menjadikan Subang pusat operasi keduanya bagi menawarkan penerbangan jarak dekat
dengan pesawat yang menggunakan kipas ke destinasi domestik dan
antarabangsa.
Ini termasuk laluan dari Subang ke Ipoh dan Senai selain Banda
Aceh, Padang serta Medan in Indonesia.
Difahamkan kerajaan mula meneliti
perkara itu selepas mempersetujui cadangan Fly Asian Xpress (FAX) untuk
menyerahkan Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) syarikat berkenaan kepada
Firefly beberapa bulan lagi.
Kementerian Pelancongan dilaporkan
bersungguh-sungguh melobi untuk Firefly mengadakan penerbangan jarak dekat dari
Subang memandangkan langkah itu dapat membantu meningkatkan industri
pelancongan.
Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAASA), atau sebelum
ini dikenali sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa Subang merupakan pintu masuk
antarabangsa negara yang utama dari 1965 hingga 1998, sebelum lapangan terbang
antarabangsa dipindahkan ke Sepang.
Peranan SAASA selepas itu menjadi kurang
penting, dengan lebih banyak mengendalikan keperluan segelintir penerbangan
membabitkan pesawat kecil yang menggunakan kipas, penerbangan sewa khas dan
perkhidmatan helikopter.
Chan berkata, bukanlah satu masalah bagi Firefly
untuk beroperasi dari Subang memandangkan lapangan terbang itu direka bagi
operasi pesawat yang menggunakan kipas, namun banyak pertimbangan yang harus
dibuat sebelum kerajaan boleh membuat keputusan akhir mengenainya.
“Tunggulah
beberapa hari saja lagi,” katanya.
– Bernama


- lah.. boleh plak pakai subang??? different type of aircraft kot... kapal terbang kipas.
- FAX bagi RAS pada Firefly... eh firefly tu anak sykt MAS. tujuan bg RAS pada AA/FAX dulu supaya MAS tak perlu tanggung... ni mcm pulang balik pada MAS je... hmm... cam ne tu...

dengan berita macam ni, yang ni, sbb aku suka berjalan... citer pasal airline saga ni mcm menarik jer... kenkadang tak kisah sgt apa akan jadi pada both companies... as long as the flight tix getting cheaper and less tax to pay lagi bagus... hehehehe....

but kalau ada sesapa yg dpt untung besar daripada all this arrangements (as usual).... bagus lah orang tu... pandai berbusiness lah.. hehehe... but yg teruk nya... nak bg sorang utk besar, selalu nya mesti ada org yg rugi besar... dan yg tak sedap nya... dan kalau yg rugi besar tu kerajaan... lagi lah rugi duit rakyat kan...

5 comments:

Anonymous said...

biasa la 2..kerajaan memang tolong kroni..jgn sentuh pasal kerajaan..
xpasal2 blog nnt kena black list

ridz1 said...

subang masih active lg la.

dhl, kargo, dr mahathir masih lg terbang dan mendarat kat subang. satu hr masih 5-6 penerbangan ada la.

aku dok kt kg baru subang.hari2 kapal terbang lalu atas kepala.risau gak.

actually firefly nih aku tak sure peranan dia.. hehehe

zal said...

anonymous
kenkadang tu nak jugak citer... hehehe... ubah topik ke politik skit2 jer...

ridz1
firefly suppose buat internal flight yg MAS n Air Asia tak cover... tp nampak gayanya dia nak kena ambil alih plak keje FAX.

and Firefly ni anak sykt MAS, so kalau dia rugi (suppose not, sbb kerajaan akan tanggung kerugian) MAS akan rugi semula lah. yang tetap untung Air Asia.

mt said...

and MAS will have another subs (currently dah ada FireFly) to take over FAX services in rural Sabah/Sarawak...

zal said...

mt
and tetiba jer akhirnya FAX dapat lesen terbang without even ada confirm destination lagi. FAX now can concentrate at their long haul budget airline... bear in mind, they are not subs of AA... hmmm... untung kan :-)