Monday, August 31, 2009

Hari Pembebasan!!!

Selaamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia... aku keje je kat sini... actually aku tak sedar pun its merdeka day today... hahahaha...

what's merdeka day to you anyway... nothing else but extra public holiday... balik kampung n berbuka puasa kat umah... right???

one told me, kenapa kita perlu meraikan hari merdeka... he said, bukan ke kita negara kita sebenarnya mmg sedia bebas sampai lah ada kuasa lain menjajah kita... bg negara kita, portugis, belanda, jepun dan british. so... dia kata, hari merdeka ni bagaikan kita meraikan perjuangan kita bebas... dan mengenang kan diri kita pernah ditakluk... dan kita mengenangkan sejarah pasal kita berjaya bebas... which is pada dia that's so colonial concept dan tak perlu diraikan sbb kita sememangnya bebas... we should actually celebrate our founder day (macam Qatar ni, national day ialah hari negara ni dijumpai oleh nenek moyang current ruler) or hari penubuhan malaysia...

anyway, that's his opinion... aku pun maybe terpusing2 nak explain, sbb he has a better word and phrase describing his opinion. again, what's merdeka to me hehehe.. another public holiday, so blh bgn tido lewat (kalau kat malaysia) kalau kat sini... hmm... nothing... ooops...

Saturday, August 29, 2009

FAQ: How to renew passport in Doha...

My passport dah penuh... aku plak kena renew RP, dan tak de tempat nak taruh RP baru. (hehehe... dah 3 tahun aku kat sini) ooh aku pun br tahu, yg kat dlm passport tu, kalau ada kesan cop i.e. sbb terkena cop page lagi satu, mmg consider page tu dah digunakan. page tu tak kira kosong, so visa or RP tak leh nak tampal kat situ.

RP aku expired masa aku cuti nanti... (yup aku akan balik malaysia raya ni hehehe..). since aku cuma ada approximately 19 days je (since balik dari afghanistan ari tu) utk buat RP, aku mmg mengharap sangat semua ikut flow and set timing.. any hiccups akan buat kan aku delay flight.

dari doha, kita blh dpt new passport within 14 days. kita blh apply through embassy yg akan hantar application ke Jeddah. what do u need:

1. Gambar with background biru

2. copy of current passport

3. copy of Kad Pengenalan

4. Saudi Riyal 330 passport fee

5. QR265!!! utk courier (siap bg tahu takde resit)

6. isi form yg embassy bagi


pas semua ni ke embassy, u'll get ur passport ready in 14 days... insyaAllah...

aku submit application aku 24/8/09 and am still waiting for my passport, harap2 dapat isnin depan...

(update: 7/9/09 aku dah dapat passport baru (versi lama), dgn duit SR12 dan QR100 balance dr duit aku bayar upfront)

Tuesday, August 25, 2009

BRB...

Back in doha... puasa... penat... nanti update lagi ye... :-)

Monday, August 24, 2009

KBL: Back to DOH

Hari last day tu aku sempat gak lah g shopping... ada lah dalam 2 jam sebelum nak ambik flight balik ke DOH. tu pun sangat tergesa2... aku kena settlekan semua benda sebelum balik. so cuma sempat g satu tempat, beli satu dua benda je. and kebetulan aku g ngan budak office yg nak beli carpet, so most of the time spent kat dalam kedai carpet tu, and since aku dah abis kan masa kat situ, aku pun beli lah sekeping carpet as souvenir :-) (sorry neither key chain nor fridge magnet could be found hehehe)
hari last tu, sabtu, was the first day of Ramadhan. sama mcm kat Doha, takde apa2 special nya ramadhan kat kabul ni, bukan nya mcm kat M'sia, Ramadhan i would say more like food fiesta instead of mengenang konsep lapar dan dahaga tu hehehe... since nak balik petang tu, aku tak berkesempatan pun nak berbuka kat sana. i wish i had the time berbuka kat sana walaupun sehari... hmm... rugi rugi rugi...
aku balik sekali ngan colleagues, sorang producer, sorang correspondent, 2 cameraman dan sorang engineer... with them (except for the producer ngan correspondent tu) ada at least 8 - 12 bags of equipments. so... mmg teruk lah travel ngna barang2 yg banyak tu... especially nak lepaskan polis dan checkpoint kat airport kabul. kalau ikut prosedur yg betul, kita kena xray semua barang dan angkut semua n jalan ke airport dlm 500meters. but that doesnt mean kita blh bawak keluar semua brg tu freely, surely tersangkut dan kena tahan. so to make things easy and as usual, we have to bribe our way to the airport. mmg keje nya salam n senyum je... but all these done by Dawood, bukan kitaorg. kita dok senyap je kat dalam kereta and pass duit je.bukan sorang nak kena bribe... almost semua polis kat tepi jalan tu stop our lorry n sibuk bertanya2 hmmm.. minta bribe lah.. then bukan depa je kita kena bg duit, bila dah kat parking lot, banyak plak porter yg nak ditips.. ye lah, kalau sorang bawak 3 trolley mmg lah perlu porter. sampai pakai 10 porters seluruh nya. luckily the check in process was done smoothly. the departure hall very simple. aku cari lah jugak kalau2 depa ada key chain or fridge magnet... tarak...

the flight back was less exciting compared to the flight datang ari tu. cumanya naik2 je, kapal terbang kena cecah 2000 feet secepat mungkin dan baru membelok dan membetulkan laluan (kalau tak salah aku lah). no food taken sbb puasa.
sampai kat dubai lagi satu kisah... aku tak sempat nak berbuka kat flight sbb kapal terbang land 10 minit sebelum berbuka. sampai kat terminal 2, aku beli air kosong je. dan nak menguruskan barang2 yg banyak tu, kena lepas kan custom yg nak cek itu ini. yg for sure depa nak take statement/byk soal kalau bawak flak jacket (jaket kalis peluru tu). sebabkan flak jacket surely depa akan tahan. pastu, dr terminal 2 kena naik teksi menuju ke terminal 1 utk ambik flight ke Doha. jauh 2 terminal ni. dan nak kena do all the check in dan lepas immigration. akhirnya jam 8.30pm br lah aku sampai ke lounge, nasib baik dpt jemputan ke business lounge, dapat lah makan free... good food!!!

jam 12.30am br aku sampai Doha. Panas!!!... the moment aku sampai doha, aku dah terkenang kan kabul. hehehe... cuaca kat kabul malam sejuk, dah autumn nak masuk winter. terus g sahur sbb esok nya nak kena masuk office... pretty tired... i really wish i could go back to Kabul utk holiday... jalan2 keluar dr bandar. InsyaAllah one day i will go there again.

Saturday, August 22, 2009

KBL: Videos

More videos on Kabul and Babur Garden... enjoy




Thanks Aizal for uploading these in youtube... (ada byk lagi lah... hehehe)

Friday, August 21, 2009

KBL: Puasa...

Nampak gayanya aku memulakan puasa tahun ni di Kabul... tp aku akan balik ke Doha esok, so tak sempat lah nak berbuka kat sini. (yeay!!! esok dah nak balik!!!)

talking abt puasa... again kat malaysia kenkadang bukan nya fikir bab menahan lapar dan dahaga... tp its all about food and bazaars... eat eat eat... so aku nak share some food that i took here... actually ramai tanya mcm mana mkn kat sini... bg aku ok je... sbb aku ni balun apa saja... hahaha.. local food, i don't really know their speciallity or cuisine, sbb tak berkesempatan nak g mana2 utk try (safety issue). but we had a chance utk rasa local food (perhaps) kat office, sbb lunch is provided kat office (nak keluar pun tak de tempat nak g, and again security issue)...
For local, as per kawan office cakap. they normally eat rice yg mixed ngan raisins then ada satu dish sayur and ada dish daging plus roti arab. tu je lah... very simple... tp mmg rice tiap2 hari mcm kita lah... cuma nasi depa byk2 color n byk2 gaya masak... tak lah nasi putih mcm kita tu...
and since guest house aku ni ada restaurant... and its a lebanese restaurant.. so mlm2 makan lebanese food lah.. sama je macam kat doha... so nothing special...
anyway... SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN!!! Ramadhan Kareeem... semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr Ramadhan sebelum2 ni... dan aku minta maaf, atas segala salah dan silap... insyaAllah.... Selamat Berpuasa!!!

Thursday, August 20, 2009

Air Asia X ke abu dhabi...

Finally... ari ni jual tiket ke abu dhabi... aku dah cek price... and aku dah jumpa dates harga RM200 pergi balik!!!!

good news for UAE ppl... org dok dubai and abu dhabi blh lah balik bila2 je... org dari doha ni, kena lah top up another approximately 1k to get to abu dhabi!!!

jeles jeles jeles....

aku ada baca article few months ago... air asia was considering abu dhabi, dubai, sharjah and bahrain airport for this journey... and akhirnya menang kat abu dhabi... i wonder why doha takde dalam consideration pun... mesti doha jual mahal... bodos!!!!

Wednesday, August 19, 2009

KBL: Shopping...

kat kabul ni tak de banyak shopping mall besar mcm kat tempat lain, ye lah.. bukan negara maju.. branded item ada, tp mostly dtg dr india or pakistan or china.. so samada betul2 branded or not.. dunno.. for makanan banyak imported goods, especially kat supermarket dekat dgn area UN, US embassy dan sewaktu dengannya... semlm aku sempat gi ke supermarket, sambil beli snacks n drinks utk org office aku beli some snacks for myself... brg2 bawah ni cost me approximately USD20++... mahal jugakkan... tp ye lah ada yg terang2 imported items... hehehe

sempena nak bersolat jumaat esok and nak meraikan kewujudan aku kat negara ni, siang tadi aku g tempah kurta utk aku pakai hari jumaat ni... a simple kurta, bayar lebih skit blh siap in 1 day :-) tempah aku tempah ni tak lah modern, aku ikut je driver aku bawak (pics below), and tak memilih sangat, aku ambik je yg color yg ada... its quite cheap though... for sepasang kurta for USD 20... ke mahal.. hahahaha... esok akan siap kurta aku... (first gambar - kedai beli kain, second gambar - barisan tailor)

ptg tadi pusing2 town... hari ni hari kemerdekaan afghanistan dr british (or russia... tak sure) so it is a public holiday sini. esok plak hari pilihanraya, so cuti gak. lusa plak hari jumaat, pun mmg dah siap cuti... sabtu plak menyambut ramadhan... pun cuti... its a long 4 days holiday kat afghanistan, jalan agak lengang... kedai tak banyak bukak... tp kedai2 dekat kawasan residential (mcm kat gambar bawah ni) bukak gak lah...

ni video kat jalan luar skit dr city centre... near kawasan perumahan... byk jual buah-buahan.. makanan etc.. tempat ni agak selamat, tp colleague aku tak de pun nak berhenti, so aku ikut je lah... anyway, from here dpt lah tgk skit2 bandar afghan...

Tuesday, August 18, 2009

KBL: Safety...

Senang cite, as all of u know, mmg tak selamat negara ni... tambah2 plak dlm seminggu ni lagi lah double tak selamat. Mmg betul Taliban cuba nak mengganggu pilihanraya kali ni... bilangan serangan taliban meningkat berganda2 dlm tempoh seminggu ni. awal pg ada 2 roket meletup kat presidential compound, ada bombing kat trak UN (i think UN kot) kat jalan antara jalalabad ke kabul. paling teruk kat kandahar (selatan afghanistan yg mana lebih ramai taliban), semlm ada bombing n roket berleluasa... dan takut2 kalau curfew terus je kat sana... tp alhamdulillah aku ok insyaAllah.. dok kat office je...
menurut kata org, utk monitor keselamatan ni, US dah lancarkan belon udara utk dpt kan view 360 degree bandar kabul ni minggu lepas... masa aku jalan2 kat town pun aku dah nampak dah belon udara ni. tp tak tahu lah setakat mana effective nya camera ni... or betul ke tak ada camera kat situ.
talking abt pilihanraya, ada org tanya aku sama ke demam pilihanraya sana ngan kat malaysia. rasanya bab berkempen mungkin sama i.e. berceramah n kempen ke merata tempat. tp antara beza nya sini, disebabkan ni presidential election, kempen dia mcm kat US, nak pilih presiden je... (dan jugak wakil2 tempatan, tp ni tak hebat sgt). so individu berkempen utk berusaha jadi presiden negara... so tak de lah bendera2 parti merata2 tapi lebih kepada muka calon2 presiden.
memandangkan ramai rakyat afghanistan sini yg buta huruf, aku tak sure mcm mana rupa kertas undi, samada kena pangkah ke macam mana... tp for sure muka calon kena ada 38 org kesemuanya, sbb kalau setakat taruh nama, ramai mungkin tak tahu sapa tu... dan utk mengundi, jari akan dicelupkan dgn ink yg kekal selama 2 minggu (ada kata2 yg taliban memang menentang election ni, sesapa mengundi kena potong jari... or else potong kepala terus). tp utk mengundi, pengundi kena tunjuk kad daftar undi, tp since perempuan kat sini tak diwajibkan tunjuk muka, so ada lah byk kad daftar undi yg tak bermuka dan boleh jual merata2...
sepertimana kat US, kat sini ada jugak presidential election debate... i.e. calon2 president berdebat sesama sendiri (setakat ni debat 2 - 3 - 4 penjuru lah kot, tak de lah 38 semua dok atas pentas). debat ni ditayangkan live di channel tempatan. apa2 soalan blh ditanya... kena bg tahu menifesto masing2...
lagi 24 jam pengundian bermula, mungkin kah taliban akan lebih mengganas esok bg menghalang terus pilihanraya? sejak semlm dah takde kempen dah kat tv or kat jalanraya... kempen tamat 48 jam sebelum hari pengundian... anyway, harap2 takde berlaku apa2 kejadian yg membahayakan semasa hari pengundian (eh tak thrill lah...) ok, kalau ada apa2 pun... tolong jangan libat kan aku ngan kengkawan kat sini... insyaAllah...

Monday, August 17, 2009

KBL: Bagh-e Babur...

Sempena hari terakhir berkempen utk piliharaya presiden afghanistan, kitaorg buat live show hari ni kat Babur Garden (Bagh-e Babur). Disebabkan faktor2 keselamatan, aku tak dibenarkan g awal ke Garden ni, lagipun aku bkn terlibat secara langsung pun utk show... so aku duduk lah kebosanan kat office sorang2... tp around jam 5 ada kereta dtg utk aku dpt menjenguk garden ni... alhamdulillah... dpt jugak aku dtg tengok walaupun sekejap...apa significant nya babur garden ni... Babur (Zahiruddin Muhammad bin Omar Sheikh) adalah pengasas kepada Dinasti Moghul di India... dia ni keturunan Genghis Khan (dr sebelah mak dia). Taman ini dikatakan dah dibina tahun 1528 atas arahan Babur. Dalam banyak2 taman yg dia bina, dia decided utk dimakamkan di taman ini. Dia meniggal tahun 1530 di Agra, setelah 9 tahun dia meninggal baru lah mayat nya dipindah dan dikebumikan di sini atas permintaan beliau. Yg putih tu lah masjid kat taman ni...
Sejak dr itu, pelbagai pembinaan di tambah di taman ni, dr tembok mengelilingi taman, marble screen, masjid, terusan air etc etc... oleh waris2 beliau termasuk lah Shah Jahan... namun selepas itu, berlaku gempa bumi 1842 yg meruntuhkan tembok dan masjid.. kemudian restored, tambah pool and fountains... pastu rosak balik sebab perang dan now restored dan conserved semula since tahun 2003...
mmg sekejap sgt aku kat sini, aku tak dpt pergi jauh, cuma sekitar pavillion... so aku tak de lah nampak the real garden... the terrace... the fountain... the tomb... etc etc...
belakang babur garden ni ada gunung tempat penempatan... aku teringin gak masuk kat salah satu umah tu... kalau ada rezeki... insyaAllah...
but at least.. i've been here and i view the sunset above kabul city center... stunningly beautiful!!!

Sunday, August 16, 2009

KBL: Keje...

Keje aku takde lah directly involve ngan keje2 production. therefore, org pun tertanya2 kenapa lah aku kena hantar ke sini... but basically aku tolong in admin side... and tolong in jaga bajet... senang citer...
office aku kat sini tak lah besar mana... it is in one of drug lords bungalow... tempat dia central jugak, quite near dengan area yg kena bomb tu. tp, kawasan ni mcm byk sgt construction lain, jalan teramat lah buruk... kat depan office, kat kiri ada je villa br buat.. so jalan tak cantik...

as i said, keje aku kat sini more into admin... termasuk lah nak siapkan newsroom... including g shopping kerusi.. dan tempah meja kat kedai perabot... brg2 sini agak mahal and mostly second standard item from china... so no choice.. with limited bajet, aku beli je apa patut... but this has open up opportunity nak g keluar jalan... eh, of course lah ngan budak office... kalau aku sorang mati lah.. they are not only tak leh cakap english most of them menulis pun tak blh... masa kat kedai kayu ni, semua pekerja ni sorang pun takde yg tahu menulis, depa cuma ada buku resit je, kenalah kita tulis apa kita beli dan berapa harga...

Pemuda or Petua???

I read this bila balik keje tadi... tak sempat baca news malaysia masa kat office:

Had umur bagi menjadi anggota Pemuda MIC serta pemegang jawatan dalam sayap kanan parti itu akan dilanjutkan daripada 40 tahun kepada 45 tahun bagi membolehkan lebih ramai golongan muda menyertainya, kata Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu hari ini.

Beliau berkata melalui langkah tersebut, MIC akan mempunyai lebih ramai anggota muda serta mampu menyediakan pemimpin pelapis.

hmmm... 40 - 45 tu muda lagi ke? dengan tambah umur 40 -45 dalam persatuan, adakah akan menambahkan pelapis? dengan tambah org 40 - 45 tu adakan golongan muda lebih tertarik? hmmm.. aku confuse jap...

(iklan jap... politik malaysia byk bahan jenaka dr politik afghanistan ni..)

Saturday, August 15, 2009

KBL: First Bomb...

Pagi tadi (abt 2 hours ago) lepas aku ambik coffee utk breakfast... duduk2 je kat garden tu sambil sembang ngan news team... tanya2 apa blh buat kat kabul, since it's a bit calm and semlm i spent whole day kat bilik do nothing... blh ke pergi market or any places to buy souvenir?... we've decided to go to one place when we have slack time, perhaps on the last day. and they said, kalau g ngan org office should be fine, tp jangan dok lama lah.. kejap2 je... sekadar tgk2 jap.

tetiba dengar bunyi letupan... terkejut jugak... tp tak de gegaran... 1 letupan yg agak kuat... but early assessment by org2 kat guest house kata it's quite near but perhaps not that big... the news team cepat2 call sana sini and decided the next move, depa dptkan kereta and terus ke tempat kejadian... aku, continue minum kopi and asked for ommelette... apa lagi aku blh buat...

after abt 1 hour plus, i managed to go to office (br ada driver ambik) dan meet up with the news team tadi. it was a car bomb near US embassy and NATO area. kereta tu siap blh lepas 5 police check points. br diletupkan... and estimate abt 20 dead and few more injured...

hmm... is that considered as tiny... i dont know... Alhamdulillah... am ok... anyway, plan nak ke market to kena lah reassess...

Friday, August 14, 2009

KBL: Solah Jumaat

Jumaat sudah aku g solat ngan office mate aku, supposedly hari jumaat hari cuti kat kabul ni, and thats the only day yg org cuti. hari sabtu pun depa keje. mostly offices kat kabul keje 6 days a week. org kata depa kena keje lebih sbb nak make up balik time yg hilang sbb berperang.


tempat kitaorg pergi jauh jugak dr office. office mate aku, dawood, tu kata situ tempat dia janji ngan kawan2 dia... apparently dia ada group of frens yg depa rapat with, kind of brotherhood. (org office aku yg lain cakap dia ni agak weirdo in beragama, aku tak kisah and tak libat kan aku, no hal). since the brotherhood duduk kat luar aku pun dok luar. sesampai je sana, around jam 1pm dah dengar ada ceramah agama. solat jumaat or zohor supposedly start jam 1.30pm lebih kurang.


ceramah tu on and on sampai lebih kurang 1.40pm dan azan...lepas azan semua org solat sunat 4 rakaat (normally kat malaysia 2 rakaat je) actually it was the same masa kat nairobi, depa punya solat sunat pun 4 rakaat. then khatib berkhutbah + doa sekejap je... dalam 10 - 15 minit, then terus solat jumaat. habis solat jumaat... semua bgn utk solat sunat 4 rakaat... pastu khallasss....
lepas abis solat semua ni, the brotherhood tu kumpul kat luar masjid tu n hugs each other... since aku join diaorg... so join the ritual. according to dawood, lepas solat tu depa selalunya akan continue baca quran. but dia kalau kena keje tak lah join, and in this case dia kena hantar aku ke office. this jumaat, dia kata they will kumpul kat masjid lain plak.

Thursday, August 13, 2009

KBL: Afghan-presndential-election...

Few may ask apa sebab aku ada kat kabul ni... aku sebenarnya kat sini utk coverage Pilihanraya presiden afghanistan sambil jengok2 office kecik kat kabul ni... talking abt the election... here are some infos on it... in case korang tak baca kat news lah...

Election ni akan diadakan dalam tempoh 7 hari, to be exact on 20th aug ni. Ni election kali kedua bg afghanistan selepas perang dengan amerika, election yg sebelum ni pada tahun 2004, dimenangi oleh Hamid Karzai i.e. president sekarang dgn 54% undi. election ni utk memilih president, setakat ni ada 38 calon (rasanya lah) termasuk 2 - 3 org perempuan. utk menang jadi president, calon kena dpt 50% + 1 undi... kalau takde yg dpt 50% ke atas, 2 calon teratas akan bertanding one-to-one dlm tempoh 6 minggu setelah selesai election ni.
utk election kali ni mungkin berlaku havoc sbb taliban dah clearly stated yg depa akan ganggu election ni dan mmg tak bersetuju pasal election ni. minggu lepas ada 9 roket meletup kat kabul... semlm ada fight kunduz province, dekat south helmund province... lagi 7 hari ni tak tahu lah kat mana... tp yg teruk byk nya kat southern area, kandahar and below... kat situ mmg kuat org taliban ni, dia dah arahkan supaya org ramai tak keluar mengundi. depa ada jugak block lebuh raya and kawal bandar2 mengelakkan org keluar mengundi.

utk election ni, Hamid Karzai ditentang hebat oleh Abdullah Abdullah... ada jangkaan Hamid Karzai takkan dpt more than 50% undi, dan kemungkinan besar head-to-head ngan abdullah abdullah... dgn abdullah abdullah blh turun ke kandahar dan berkempen mmg mengejutkan, sbb kawasan tu kawasan taliban... dia pun ada ke mazar e sharif utk berkempen...
aku ada sembang ngan beberapa org afghan yg bukan dr office aku... depa pun ada yg sokong hamid karzai ada yg abdullah abdullah... tp among them, ramai yg kata that they are not going to go out to vote... one maybe tak percaya ngan politik, the other cakap none of the candidate layak pun jadi president, and ada cakap its all planned and registration pun fraud... mcm blh agak je result.
it seems a general knowledge kat negara2 mundur yang mana government akan berusaha utk menjaga kekuasaan dlm government. apparently, hamid karzai ni pun mmg famous for corruption... no wonder... anyway, we shall see apa result in 7 days, i'll update more on the election soon...
p/s - br balik dinner dgn team... satu cover citer kat kandahar and the other ke mazar e sharif (balkh province)... hope they all balik dgn selamat...

Wednesday, August 12, 2009

KBL: Around town...

Hari ni aku berpeluang ke tengah bandar... aku kena g daftar diri kat balai polis central utk dptkan foreigners registration card. Apparently aku kena simpan kad ni sampai lah keluar dr negara ni.
this pic taken yesterday, masa dah dekat ngan office...

mmg tak develop lagi bandar ni... banyak lagi perlu dibuat... tp jalan2 kat bandar ok lah.. and kat bandar ni ada satu dua je traffic light, itupun kata colleague aku br start beroperasi 2-3 minggu sudah. jalan takde divider kat tgh2... so kenkadang jadi 2-3 lane sehala... tp most of the roads here mmg jadi jalan sehala... that'll be easier to handle kot.

here some of the pictures...
what astonished me most was bangunan residential yg dibina kat lereng2 gunung. umah2 tu umpama separuh kat luar separuh masih lagi dlm gunung... cantik dan unik...
so... apa hasil kad aku... aku rasa org yg isi form aku ni illiterate, mmg tak reti eja even dia copy directly dr passport aku. nama bapak aku salah eja... no passport pun tak betul... tarikh visa pun salah tulis... colleague aku ada offer bantu isi kad tu, dia plak kena marah, katanya sbb dia cakap mamat tu salah tulis... hehehe... what's the point of having this card when salah je info dia... dunno... hehehe
hope I will have other chance to venture out again. and harap2 dapat guna my DSLR... gambar2 atas tu semua guna my small camera and taken from a moving car...

Tuesday, August 11, 2009

KBL : Flight...

Flight dari Dubai ke Kabul jam 6.30am, utk jadi well prepared aku dah check in jam 3.30am. awal sungguh. Kam Air was not that bad... except for bau org kat dlm flight, (morning flight which more than half passenger sure tak mandi punya - not including me). but the food pun tak berapa blh makan, telur dia mcm very plain... anyway, aku rasa that really sbb bau org kot.. hahaha...
the flight was very smooth, aku pun byk tertidor.. its a 3 hours flight lalu atas deserts and gunung ganang je... however the excitement tetiba muncul bila dah nak mendarat
(one of the town i can see from top... apparently Kabul pun lebih kurang je..)

sampai satu point the pilot announce nak mendarat, the plane jadi very steep... macam menjunam instead of decsending skit2... dah lah very steep dia mcm berayun kiri dan kanan... very berayun, u can really feel it... and tetiba ada 2 kali dia buat turn kiri dan kanan... and nak sampai ke tanah laju dan menjunam and continue berayun kiri dan kanan... akhirnya Alhamdulillah.. aku dpt land dengan selamat :-)
aku citer la kat budak office pasal my experience, rupanya thats normal. they are trying to kurang kan time utk fly rendah, so kena decsending laju2. ni utk mengelakkan usaha sesapa nak bomb or lancar roket on the plane... hmmm.... logic gak...

fly dubai tu flight kat terminal 2 dubai airport - terminal 2 ni utk flight to Kabul, Baghdad, Kandahar and sewaktu dengannya)