Friday, September 11, 2009

Am back in Ipoh...

Back from doha... sampai tgh hari tadi jam 2.30pm... nothing much on the flight, cuma cutlery set dia dah tukar, no more white and grey... now dah colorful and nampak cheap.. hahaha... but nice change lah... cawan dia pun no longer normal transparent plastic, ada plastic hijau n biru etc... aku rasa br je 2 minggu depa tukar set ni. plus, blanket pun baru, tak lah keras mcm dulu, tp mcm kecik skit plak... apart from that, nothing much, accept the flight was very slow, delay sampai 30 minit.

ooh pg semlm hectic giler.. again ada problem bila nak keluar doha, aku punya Resident Permit kat doha ni tamat masa aku cuti ni, so aku kena lah renew sebelum balik. since aku punya passport pun baru siap (as in previous entry) aku terus lah submit passport for renewal of RP. tapi, sampai khamis (semlm) still tak siap, aku jumpa staff in charge at 10am dia kata aku kena buat sendiri... bengong, kalau aku kena buat sendiri bg lah aku buat hari rabu sudah, not this last minute. anyway, meringkaskan cerita, within that 1 1/2 jam tu aku berjaya renewed my RP... barely 15 minutes before the counter closed!!! fuh... lega...

now dah kat ipoh.. seminggu ni nak rehat2 je kat umah... melayan jet lag :-) ada sesapa org ipoh or akan beraya kat ipoh tahun ni.. jemput lah dtg umah :-)

Sunday, September 06, 2009

Doha Malaysian Bazaar (1 of 3 in 2009)...

Tahun ni aku decided utk tak memasak for jualan bazaar... bagi lah kat org2 lain. actually aku penat lagi balik dr afghan. dan aku rasa dah ramai malaysian yg dtg doha ni yg pernah ada experience berniaga masa kat malaysia. depa pun mostly better cook than i am. ye lah aku belajar memasak pun kat sini. so, during the bazaar aku cuma jalan2 je, ambik gambar hehehe..
oooh... aku bukan je tak masak, aku pun tak dok belakang meja utk berjual. bukan apa, aku ditugaskan utk kutip duit table dan jual tshirt. so... ada lah reason aku keluar dr keje usual aku... apparently being a freeman lagi best. aku seronok tengok telatah org... tengok org takut barang tak habis jual... tgk org happy jumpa makanan depa mengidam sekian lama... tengok kids play around... and since aku kena kutip duit table, i get to know to most of the seller... :-)
memang ramai org...compared to bazaar ramadhan ni dgn tahun lepas, lebih byk makanan dan ada terasa lebih malaysian. and penjual pun double up supply... selalunya setengah jam dah abis, kali ni 2 jam pun masih ada lagi makanan tak terjual. bukan takde org, tp mmg banyak supply.
here are some pictures:






and kan aku cakap aku kenal sellers, yg best nya, lepas je jualan, barang2 skit yg tak abis tu aku dpt free... alhamdulillah... hehehe... biasa lah rezeki org bujang mcm aku ni.. hahaha...

Thursday, September 03, 2009

Ramadhan in Doha...

this is my 3rd Ramadhan di Doha... (tak sangka betapa cepat masa berlalu, 3 tahun lepas aku tiba kat tanah Qatar ni 2 hari sebelum puasa, kalau ikut tahun Hijrah dah genap 3 tahun aku kat sini... dalam tak sedar...)

as usual, bila bulan ramadhan waktu kerja kat doha ni disingkatkan. kalau tahun lepas cuma wajib keje 5 jam je, tahun ni, circular kata 6 jam. hehehe.. still cepat je. tahun ni, aku agreed ngan member aku utk tumpang umah dia. pada aku, bila buka posa sorang2 ni, rasa pathetic sangat. so aku rasa better aku tumpang umah dia, at least aku masak or plan makan ada gak lah teman. tak lah sorang2... n tak payah sangat nak pikir apa nak makan.

memang lah konsep lapar dan dahaga ramadhan ni tak menjadi lagi... aku rasa ramadhan lebih kepada good food and fiesta of free food. g jemputan berbuka (iftar) umah member. member ajak makan kat luar etc... and tak sempat nak digest makanan berbuka dah kena makan sahur. kat sini, 3.50am dah masuk subuh, sgt awal, so kalau ari yg penat tu, jam 12am aku dah sahur dan tidur jam 1am. bangun 5 minit sebelum subuh utk minum air-solat- tido balik. talking abt free food, last weekend - hari khamis - al thani foundation jemput org2 malaysia berbuka, all fully sponsored!!! ada beriyani ayam dan kambing. ada dalca dan acar buah. lovely. since aku ditugaskan jadi committee, masa makan tu aku sibuk lah sikit make sure makanan ok. then pas solat ada terawikh dan ceramah. really felt like home. macam kat malaysia je bila ceramah pun dlm bahasa melayu.

the next day tu ada bazaar... will talk about it in the next entry :-)

Wednesday, September 02, 2009

KBL: First hand story

You may have read my so-called book (Kite Runner + Thousand of Splendid Sun) review dulu... u can still read it here... selepas aku baca 2 buku tu, aku mmg byk persoalan yg tak terjawab berkenaan Afghanistan dan Taliban... among all...

- samada betul Taliban tu mmg teruk dan simply bunuh org, as per book...
- samada buku2 tu hanya propaganda US
- samada betul perempuan ditindas teruk semasa pemerintahan Taliban
- samada betul ramai org Afghan benar2 membenci Taliban
- samada all the above justified US menyerang afghan

dan selepas baca 2 buku tu, aku bertekad utk g ke afghanistan semata2 nak merasa sendiri kehidupan kat sebuah negara yg pernah maju dan makmur yg sekarang ni jadi terkebelakang punca drpd perang dan pemerintahan Taliban.

so masa aku kat Kabul hari tu, aku sempat tanya ngan local i.e. office mate aku. He's Dawood, umur 30 tahun, single. Dia org Tajik (considered ke 3 besar kat afghan - pashtun bangsa paling ramai). Dia masih tinggal dengan keluarga dengan 9 adik beradik dia. Dia pernah hidup pada zaman Taliban. Masa aku jalan2 keluar ngan dia, aku berpeluang bertanya dia, pasal apa sebenarnya Taliban from his point of view and from the perspective org2 sekeliling dia. This is his story... (kalau ada fact yg salah tu, maybe salah aku sendiri yg ingat2 lupa citer dia, sorry)
Menurut Dawood, setelah kekalahan Rusia, Afghanistan ditadbir oleh Mujahideen (sekarang rasanya digelar Warlords). pada tahun 1996 Taliban merampas kuasa dan mula mentadbir Afghanistan ikut acuan mereka sendiri. Antara yg terawal tindakan depa ialah berkaitan dgn perempuan kena pakai burqa. Taliban ni kebanyakannya dr org2 pashtun. mengenai kes pembunuhan berleluasa tu, mmg berlaku. They simply killed others especially bangsa Hazara yg dikatakan lebih rendah taraf dia.

Dawood dan keluarga dia cuma sanggup tinggal di Afghanistan (Kabul) selama 2 tahun dalam pemerintahan Taliban. Tahun 1998 mereka meninggalkan rumah dan lari ke Pakistan. Menurut Dawood, depa terpaksa pindah sbb depa takut depa akan dibunuh kerana tidak sehaluan kata dengan jiran sekampung yg joint Taliban. Kata Dawood, sesapa saja buat masalah ngan org Taliban i.e. anggota dia, senang saja diserang dan dibunuh. Memang betul apa yg dilaporkan oleh akhbar dan tv yg katanya perempuan mmg ditindas. Bagi family Dawood yg tak pakai burka, depa mmg terasa terancam.
Pendekatan undang2 shariah yg diamalkan oleh Taliban terlampau extreme utk diikuti. Plus, ada katanya mcm patut diikuti oleh org2 yg bukan pengikut Taliban tapi org Taliban blh je buat sewenang2nya. dan since Taliban tu mmg mostly Pashtun, so, bangsa2 lain mmg simply lose the battle utk hidup aman. Org Pashtun ni mmg menunjukkan kuasa depa. since Mujahideen dikalahkan oleh Taliban, depa mmg berkuasa sepenuhnya. Although dia jugak pernah ada sejarah hidup masa berperang dengan Rusia, pada dia zaman Taliban lagi teruk lagi.

Dawood kembali ke Kabul dari Pakistan pada tahun 2002, setelah Taliban dikalahkan oleh US. Walaupun dia kata US bukan nya berniat baik utk hapuskan Taliban, tapi depa at least mampu utk hidup kat umah tanpa perlu rasa takut. since then, Kabul blh katakan agak tenang dan aman. dan masa sekarang ni, walaupun Taliban masih ada, tp ramainya kat Kandahar dan southern part of Afghanistan. Dan kata Dawood, kalau kes2 bom berani mati tu, selalunya org Pakistan yg buat, not an Afghan.
Banyak lagi citer dia kat aku, all about kesusahan hidup masa Taliban. anyhow, at least persoalan aku terjawab. its a first hand story dari org Afghan sendiri. Dawood sangat berharap yg perang ni dpt selesai, namun masa election tu, dia tak g mengundi jugak. katanya, dia pun tak harap ngan current president. corrupt jugak... tp tak lah sampai berbunuh-bunuh.