Sunday, November 01, 2009

Haj... tentative itinerary...

Ni jadual haji aku... simple and sekejap je... yg ni dipost oleh organiser... (plus some notes for me to check with the organiser during the discussion this thursday, tp kalau sesapa yg baca blog ni n blh jawab kan... please...)

17/11 :
- Initial date bertolak dari Doha ke Mekah.
- As per last year, actual date yang akan ditetapkan oleh Qatar Hajj committee, hanya akan diketahui seminggu sebelum bertolak.

18/11 – 19/11 :
- Tiba lewat malam atau awal pagi di Miqat, Taif untuk Niat Umrah & berihram

19/11 :
- Lakukan seberapa segera Ibadah Umrah Haji sejurus lepas tiba di tempat penginapan.

20 – 25/11 :
- Aktiviti bebas, Insyaallah kita akan buat pengisian/usrah selepas solat isyak di tempat penginapan.

25/11 :
- Selepas solat Subuh di Masjid berdekatan bertolak ke Mina menaiki bus.
- Berihram dari bilik hotel/apt. Bermulanya pantang larang Ihram. (kat mana nak Miqat - for me to check)

26/11 :
- Selepas solat Subuh bertolak ke Arafah.
- Dengar Khutbah Arafah sejurus solat Jamak Zohor & Asar
- Sejurus khutbah, boleh cari tanah lapang & tinggi untuk berdoa & bermunajat kepada Allah.
- Selepas Maghrib menuju Mudzdalifah.
- Solat Jamak Maghrib & Isyak di Mudzdalifah. (kutip batu?)

27/11:
- Selepas separuh malam, melontar Jamrat Aqabah (bagi couple/uzur) (for single like me, lepas subuh baru g melontar, go with a stronger crowd i guess... )
- Terbatalnya 10 pantang larang Ihram kecuali 3 pantang larang iaitu berkahwin, menjadi wali/saksi dan bersetubuh. (tak perlu tahlul awal ke? kat sini ke bercukur or lepas saei? to check)
- kemudian terus ke Masjidil Haram utk tawaf ifadah, Saie & tahallul. (tak sempat nak solat sunat hari raya haji di Masjidil Haram)
- Dari Maghrib hingga sekurang-kurangnya separuh malam bermabit di khemah, Mina.

28/11:
- Selepas zohor hingga sebelum Maghrib, pergi melontar Jamrat Ula, Wusta & Aqabah
- Dari Maghrib hingga sekurang-kurangnya separuh malam bermabit di khemah, Mina.

29/11 :
- Selepas zohor hingga sebelum Maghrib, pergi melontar Jamrat Ula, Wusta & Aqabah
- Dari Maghrib hingga sekurang-kurangnya separuh malam bermabit di khemah, Mina.

30/11 :
- Jemaah dari Qatar akan melakukan “Nafar Awal”. Oleh itu kena pastikan tidak masuk dalam zon Mina sejurus/selepas Maghrib pada hari ini. (kena check more on Nafar Awal)
- Bermalam di apartment/penginapan.
- Berkemas untuk bertolak esoknya selepas subuh.

1/12 :
- Solat subuh di Masjidil Haram, boleh buat tawaf Wida’ 6 pusingan sebelum solat Subuh habiskan 1 pusingan lagi selepas solat.
- Kita akan berangkat ke Madinah Munawarrah dalam jam 7.15am dari apartment.

3/12 :
- Selepas Solat Subuh di Masjid Nabawi, boleh ucap salam Wada’ pada Makam Nabi dan berangkat pulang ke Doha, Qatar

7 comments:

bambang said...

Zal

Doakan satu hari nanti, saya akan tiba ditanah suci. My best wishes to you dan minta maaf dan halalkan makan dan minum. Kalau ada terkasar bahasa, minta maaf sekali lagi.

bambang

famil said...

Selamat mengerjakan ibadah Haji :)

Alamk, lepas ni nak kena panggi Tuan Haji...

anap_ilmi said...

pada masa hari tarwiyah tu (sehari sebelum berangkat ke arafah) niat, mandi pe sumer kt hotel sajew.. xperlu keluar smula ke tmpt miqat. wt kt hotel saje...

Tahalul awal itu lepas melontar jamrah aqobah tu la.pastu dah leh tanggal ihram n boleh pakai baju biasa da..kt situ jugak kalau nak bercukur kee boleh daa..

zal said...

bambang
insyaAllah.. akan ada rezeki tu..

famil
thanks.. tak perlu, apa ada pada title, kalau tak blh nak carry...

anap_ilmi
thanks for the info... kalau nak dpt pahala bercukur tu, kena bercukur there and then ke? atau blh gunting rambut skit.. then bercukur later kat tempat lain?

anap_ilmi said...

haah..gunting rambut sikit je kat situ(at least 3helai)tanda kita dah tahallul (keluar dari ihram).bercukur tu... balik mekah nnt pun leh je. kalau nak bercukur kat situ pun boleh je.. nnt ramai je yg boleh tolong cukurkann.. tapi pakai pencukur biasa cap buaya tu laa... saketttt.berdarah2 kepala..kedai profesional sket.ahakzz...

hemiie' said...

dah lama follow blog ni.tp baru terdetik nak comment.tahun ni aku pun inyaAllah akan mengerjakan haji.InsyaAllah 13hb dari Malaysia.Harap agar sama2 dipermudahkan segala urusan dan mendapat haji mabrur.TQ for for da info..

zal said...

anap_ilmi
yup, ada dengar sampai berdarah abis ihram tu... sbb bercukur laju... tak sanggup...

hemiie'
insyaAllah... semoga tuan juga mendapat haji mabrur. Kalau ada rezeki blh jumpa di sana.