Saturday, September 30, 2006

Excess Baggage...

masa nak dtg dulu, masa kat airport nak check in bagagge, aku bawa byk barang sehingga terlebih berat... punya lah bermasalah sbb nak pack and repack brg2... and separuh drp brg aku hantar guna forwarder... ingat kan masalah excess bagagge tu berakhir kat situ.... but hell no! sepanjang hari aku berpenat lelah menguruskan nyer... (hehehe... eventhough cuma sehingga jam 1 tgh hari... tp kepenatan yg ditanggung memakan masa sehari) so aku consider memenatkan badan sehari suntuk...

jam 9.30pg dah gerak ngan MT ke airport... dia kata kebetulan dia nak hantar office mate, yg nak balik ke Mesir, ke airport jam 10pg... blh ler dia bawak aku ke kargo utk ambil brg2 tu... aku tiba dia kargo lebih kurang jam 10pg... mula2 beratur utk ambil shipment device... dah tu beratur utk byr for shipment... RM65... then dia kata utk ambil barang kena dpt clearance drp kastam... disinilah proses2 yg memenatkan bermula....

Aku dgn tak tahu apa2 dan selamba nyer pergi ke kaunter kastam dan serahkan segala dokumen yg ada... tergelak pegawai yg kat kaunter tu n dia kata kena isi form. Dia jerit pada sorang nih utk bg tahu apa maksud dia in detail. Mamat tu citer yg aku patut nyer isi form, bg mengelakkan masalah dia menyruh aku mengambil sorang 'clearance agent', yg ramai ada kat dlm satu bilik ni... aku pon beranya pada sorang mamat lain kat dlm bilik tu samada blh bantu aku... sorang tu kata ya, but kena lah bayar RM150 utk company dia, RM10 utk kastam labour charge and RM10-RM20 utk storage charge... hitung cepat mahu dekat RM200 kena nih... nak taknak... terpaksa lah aku bersetuju sbb rasa nyer semua org pon mcm tu kot... lalu aku pon menyerahkan semua dokumen yg ada pd aku pada my clarance agent, Mohamed Gamal namanyer (org mesir kot).

Agent tu memulakan keje nyer, dgn isi borang dan serahkan borang. Dia kata mungkin ada masalah skit ak keluarkan barang jika apa yg ada dlm kotak tu buku dan makanan, punca nyer sbb bg kedua2 brgn nih sepatutnyer kena mintak kebenaran dr health ministry dan publication minitry. but he said insyaAllah he will try to get the things out... aku menekor saja ke mana dia pergi maklumlah takut jugak kalau dia menghilang kan diri terus, tak keluar brg aku sbb semua dokumenada pd dia. Sampai satu masa dia kata aku tak perlu ikut dia sbb dia nak masuk ke dlm tpt kastam dan security.

Jam dah hampir ke pukul 11 (sejam dah kat situ), dah tak tahu ke mana agent aku pergi... tak nampak dah. MT dah nampak tak larat tunggu. tiba2 katanya dia dpt sms yg kawan satu office dia memerlukan kereta. so dia terpaksa balik. aku ok ajer lah... aku rasa blh usaha cari teksi (walaupon mmg kat situ jauh dr city centre tp rasanyer kalau jalan skit blh kot). so MT pon balik. jam 11.

Jam dah pkl 11.30am, aku dah nampak agent aku. dia kata dia dah jumpa brg aku. now dia memerlukan pegawai td mengesahkan brg tersebut blh dikeluarkan. tp dlm proses nak dpt tandatangan tu habis jugak lah 1 jam... dlm tempoh 1 jam tu aku dpt saksikan gelagat pegawai kat situ. setelah masuk zohor, masing2 berhenti buat keje sbb nak mula sembahyang zohor. setelah solat aku dpt tandatangan tu, dah la plak security kata dia tak nak keje (tak tahu apa punca). agent2 kat situ mulalah merayu... oklah dipendekkan citer jam 12.50... aku pon dpt brg aku dan settlekan semua payment.

Setelah dah settle, aku cuba call MT utk ambil aku semula (guna tel agent) kebetulan dah ada kete semula, so dia suruh tunggu ajer kat situ. sementara tunggu MT aku terfikir, adakah berbaloi semua usaha aku nih bg mengambil brg nih. Keseluruhan nyer aku membelanjakan lebih RM700 bg penghantaran:
- kos penghataran RM506
- kos membungkus (wrap dgn plastik) RM 7
- kos agent RM150
- kos pengeluaran brg dr kargo RM 65
- kos kastam RM 24
- tips pd agent (nih aku bg xde resit) RM 30
--------
RM782
======

apa yg ada dlm kotak tu (aku belum buka lagi tp seingat aku lah)?
- buku utk CFA (photocopy version) RM170
- kasut sukan dgn beg kasut (dah buruk) RM40
- kuah kacang segera RM30
- kicap 2 botol RM4
- 5 bendera malaysia (mini) RM5
- 20 hanger RM10
- lain2 perencah/bahan makanan RM50 (nih termasuk rempah kari, rempah buat rendang dinding, rempah2 lain... )
- kain pelikat RM20
- lain2 brg RM50 (max)
nilai brg yg dihantar = RM379

hehehe... tak sampai separuh dr kos penghataran.... berbaloi ker??? hahahahaha :) anyway, akan claim ngan company... harap2 dia bayar penuh (kecuali tips) semua belanja excess bagagge aku nih... insyaAllah....

------------------------------
so next time....bg sesapa yg nak pindah brg / hantar brg ke Qatar or the whole middle east and south asia (since kebanyakan worker paki and ind i assume kat tpt2 nih pon mcm nih) make sure buat delivery door to door or hantar ajer guna fedex or D h L or bayar ajer extra luggage charge pastu claim... the experience was not really worth at all...

2 comments:

Anonymous said...

nak komen, tapi tak terlarat nak komen.. macam mana tu? :-)

zal said...

hehehe... your points noted... Thanks sbb tolong hantar n ambil :)