Wednesday, September 06, 2006

Hujan ke???

Sedang fikir2 persiapan nak berangkat tetiba terfikir pasal nasib, pasal qada' dan qadar, pasal rezeki... Memang semuanyer ditentukan Allah... sapa tahu tetiba aku ada peluang plak nak menjelajah bumi Arab dan mencari rezeki di negara orang dan melihat dunia luar jauh dari tanah air... Namun sejauh mana kita bersyukur dalam sudut hati insan tak sempurna seperti aku nih ada jugak nak mempertikaikan itu ini... sigh

Dulu selalu terfikir berapa beruntungnya org2 seperti abg aku and beberapa kenalan lain yang berpeluang belajar di luar negara... dibayar perjalanan dan hidup nya di negara orang. Suatu pengalaman yang aku kejar masa habis belajar dulu. Namun usaha yang dibuat tidak lah melampau atau bersungguh... akhirnya belajar jer lah kat Bangi. Terasa jugak cemburu sebab org2 yg berpeluang belajar di luar negara beroleh pendedahan kepada dunia luar... dapat menikmati apa yg dikatakan cuaca 4 musim... lihat kehidupan 'orang putih' lebih dekat. bagi yang lebih adventorous, beroleh peluang melihat negara2 sekitar... menjelajah eropah... inilah diriku yang selalu jugak tak bersyukur (Astaghafirullah)

La nih tetiba pulak aku dapat rezeki ke luar negara, walaupun bukan negara 4 musim, tapi dengar kata orang ramai jugak orang2 yang lahir di negara 4 musim hidup di negara panas nih... hmmm... kadangkala terfikir jugak mampu ke nak harungi semua pancaroba hidup di negara orang nih sendirian. apa jadi kalau tiba2 apa yang diharap berlaku sebaliknya... apa nak buat kalau kerinduan perkara2 yang selalu dibuat saban hari... manalah pernah diri ini keluar negara lebih dari satu bulan.... ntah lah... rasa nya ok kot...

Harap-harap semua nyer lancar lah... syukur jer lah dengan apa yang dapat insyaAllah blh lah kot at least mengharungi dua tahun. Ada kawan2 bertanya apa nak buat selepas dua tahun nanti, nak balik keje kat sini ker? ntah lah... rasanya malas jugak nak fikir apa akan jadi lagi dua tahun. Walaupun diri ini mmg selalu berangan tapi... biar lah apa yang terjadi lagi dua tahun berlaku dengan sendiri.. take things one at a time.. sekarang nih... masa utk buat preparation nak pergi...

org ada kata.... hujan emas di negeri org, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Rasanyer belum layak kiranya aku ungkapkan kata2 ini sbb belum merasa lagi hujan emas kat negara org... apa kata kita kutip segala emas yg dihujani dinegeri org itu dan bawak ke neger sendiri... mungkin lebih baik kot... kurang2 blh buat rumah yg kukuh bagi mengelakkan diri dari kena hujan batu.... hehehehe

No comments: