Tuesday, August 14, 2007

Sponsorship - Exit Permit...

Aku baru dapat tahu hari ni yang hanya dia Qatar dan Arab Saudi je yang kena ada exit permit ruling. aku dulu ingat kat semua GCC countries.

Exit permit adalah document yg dikeluarkan oleh Imigresen sebelum resident kat Qatar ni dapat keluar dari Qatar. Utk dapatkan permit ni, company/sponsor kena bg surat support kepada imigresen... dengan kata lain, dapat approval dr company br lah imigresen keluarkan exit permit ni.

aku tak berapa pasti tujuan exit permit ni, tp secara logik nya aku rasa, disebabkan nak dapat residency kat sini perlu kan sponsor (samada majikan atau family) so, kalau nak keluar negara sponsor kena lah benarkan... jadi kalau lah kita cabut lari dari negara ni semua hutang boleh lah kita tuntut kat sponsor... sponsor ni kiranya individu yang bertanggungjawab ke atas kita.

tapi, kalau tengok kat negative side... macam susah je benda ni... macam tak de freedom... perjalanan tersekat... exit permit ni valid utk seminggu je, makna nya kalau hari khamis ni pakai exit permit, khamis depan nak keluar kena lah apply yang baru. ada juga exit permit utk setahun terus, harga dia QR500... dan kalau tetiba ada plan nak ke oversea... company sure tahu lah.. dan kalau leave tak approve... jangan harap lah exit permit approve kan...

lagi satu, 'kebebasan' kat sini memang sangat bergantung kepada sponsorship... withour sponsorship... makna nya kena lah deport (lain kali aku citer plak isu deportation dan sponsorship)...

*macam entry sempena merdeka plak... exit permit menyekat kebebasan... hehehe...

2 comments:

MT said...

this is slavery in the modern world..

zal said...

mt
kesian sapa yg tak bernasib baik.. :-(