Tuesday, January 08, 2008

Maal Hijrah...

kalau ikut kalendar cuti Malaysia, Maal Hijrah, jatuh pada hari esok... maka seeloknya lepas asar (atau sebelum maghrib) hari ni, bagi muslim kat Malaysia, patutnya baca lah doa tahun baru ni...

dan selepas Maghrib, sebagai petanda bermula nya tahun baru, baca lah doa tahun baru plak....

InsyaAllah... semoga tahun baru ni memberikan kita lebih keimanan, ketakwaan dan keberkatan dari Allah SWT. Semoga tahun ini diri kita lebih banyak beribadat yang khusyuk kepada Nya, bersedekah dan bertaubat... InsyaAllah... dan semoga kita semakin dekat kepada Nya (sesungguhnya kita makin dekat kepada Nya setiap kali tahun bertambah, kerana makin hampir tarikh ajal kita)


Harap-harap tahun ni aku dapat mengerjakan Umrah Ziarah, permission dah hantar dah kat Kedutaan Saudi 2 hari sudah, lagi sebulan baru tahu dapat kebenaran pergi ke tak... hmmm.. apa lah lama sangat nak benarkan orang g umrah ke tak..


eh.. kalau ikut hitung kasarnya, tahun depan, tahun baru hijrah dan tahun baru masihi mungkin berlaku pada tarikh yang sama... hmm... mungkinkah ada doa tahun baru beramai-ramai kat dataran klcc dan seterusnya konsert tahun baru??? :-)

2 comments:

famil said...

tahun ni lah (2008)
maal hijrah on 29 Dec 2008...

zal said...

famil
ye ye.. tahun ni.. 2008. tahun depan 1430.. :-p...
i do not have malaysian calendar yg dah set tarikh raya, maal hijrah etc...

sini tengok anak bulan