ada lagi cite pasal yemen yg aku tak habis nak citer...
Transportation
for those yg nak plan ke sana... transportation tak lah menjadi masalah... aku rasa berbanding dengan doha, aku jumpa lagi banyak teksi di Sanaa'. mungkin sbb kat sana org tak mampu nak beli kereta sendiri kot. tp for travelling luar daripada Sanaa', i think it's best utk hire a car n driver sepertimana yang aku buat. ni kerana, untuk keluar dari Sanaa kena ada permit.
nak dapat driver n kereta, tanya je kat hotel, ada punya. price sendiri tawar menawar lah. sebenarnya agak bahaya melawat keluar dari Sanaa', banyak kes pembunuhan/terrorist berlaku... seperti cerita ni, dan ni, dan juga sini.(yg ni berlaku 2 minggu sebelum aku ke sana) kejadian pengeboman ni berlaku banyak nya kat kawasan Al-Qaeda, jauh dari Sanaa' tp on the way nak menuju ke Hadramawt dan juga kat bahagian utara. tp org nak kata bahaya tu, ramai lagi org mati sbb accident jalan raya masa cuti perayaan kat Malaysia... so no big deal lah. Kalau dah ajal...
anyway, berbalik pasal transportation, around sanaa' teksi mmg banyak... as per above pics (clockwise). ada teksi biasa tp tak bermeter, agree ngan price dulu br naik... or kalau kat luar sanaa' blh gak tumpang lori macam ni. tp yg unik nya ada jugak van2 kecil ni, yg tak sure ke mana dia pergi, tp yg pasti nya masa dia bergerak mmg tak tutup pintu. tp bg aku, aku prefer meter.. so teksi baru mcm ni pakai meter... and it's really2 cheap lah teksi sana. btw, i do not advice drive sendiri... hehehe... the do not stop at traffic lights... hon org bagai nak gile!!! and seriously, no traffic rules!satu lagi perkara yg menarik ialah abt,
People & Culture
specifically pasal 3 benda/peristiwa i.e.
Qat n Yemeni
Qat ada lah sejenis daun. see pic first kat atas... dan pic sebelah dia ladang Qat.
dah menjadi satu rutin hidup Yemeni, depa mmg kena kunyah qat ni sepanjang hari... depa blh kunyah benda ni sampai kembung pipi... selalunya dari jam 2 ptg sampai around 6-7mlm... its a routine dan culture yg aku pun tak tahu apa faedah nya... org kata mcm dadah, tp blh plak depa memandu kereta masa tu, n tak khayal. org kata mcm stimulant... ntah lah... but seriously, dari polis n pak guard sampai lah penjaja tepi jalan.. semua org akan kunyah Qat pada waktu petang. they could spend dalam 600YR (dlm RM9) bg yg normal/org biasa ke 1500YR (RM22) bg org yg kaya utk Qat ni....
pic atas tu, second line tu... pakcik tua melepak tepi jalan sambil kunyah Qat, later tgk betapa besar and kembungnya pipi penuh ngan qat... oooh lagi jijik kalau tgk hasil kunyahan yg depa ludah.... mcm taik lembu basah.. hehehe
Kids
Yemen merupakan negara mempunyai pertumbuhan bilangan penduduk paling tinggi di dunia... so u can see kids around... tp kebanyakan nya miskin dan dari kecil lagi ada yg dah mula bekerja.... and as in my previous entry... kalau depa minta sedekah, they need pen instead of money... (tp mungkin sbb european tourist byk bg pen lah kot)
1. budak perempuan ni among sellers kat pekan thula, dia je penjual perempuan... so cute, and kecik je kedai dia... (tp... aku tak beli apa2 pun :-( )
2. tu budak tu duduk kat tepi ladang Qat yg group of pics sebelum ni, dia tgh jual Qat kat driver kereta aku...
3. 3 adik beradik comel ni sambut aku setelah sampai ke pekan Shibam, turun dari Kawkaban... they are the ones yg mintak pen.... the eldest sister tu lah... yg baru angkat kain jemuran... pastu adik dia 2 org... :-)
4. ni bebudak nak g sekolah... also requested for a pen... (which i didnt bring) they tried to converse in english...
5. bebudak kecik ni plak menari2 pegang jambia... ikut style orang2 tua kat wadi dhar
6. 3 org budak ni br balik dr sekolah kot... cuba memperdaya aku utk jadi guide menuruni kawkaban... tak perlu sebenarnya... sebab ada satu jalan je.. no need guide... tp cute cara depa buat marketing
7. kids at pekan thula... br balik sekolah
8 & 9... kids kat street.... sorang jual jagung, lagi dua jual telur... jagung tu kering ya amat (aku beli) telur tu aku tak sure makan macam mana... but thats telur rebus...
pakcik tua
anyway, sebelum aku balik aku citer aku g masjid... memang ramai org kat dalam masjid, baca al-quran.. mostly org tua.. sebab aku memang lain macam dressing dan rupa... semua org pandang lah.. until sorang pakcik ni tegur aku.... this one of my memorable memories kat yemen...
pakcik ni berbahasa arab dan bertanya kan samada aku org cina ke? then setelah aku cakap dtg dari malaysia... terus dia bersalam n senyum, and terus cium tangan aku... aku jadi hairan kejap... tak tahu mcm mana nak reflect... then dia cakap lah malaysia negara bagus... then nasihat muslim kena bersatu... dan berpegang ngan al-Quran....
tak semena-mena dia tanya aku samada aku tahu baca quran ke tak? of course lah aku mengangguk.. then dia suruh baca kejap tu jugak.. hik hik hik.. aku terus terkasima... hahaha.. then dia kata... ok, dia buka alfatihah n baca... aku pun baca... he was so happy and senyum meleret.. terus cium tangan aku n siap cium dahi... bertambah lah keterkasimaan aku.... hehehe... kemudian dia kata.. jemput lah berziarah ke serata masjid...
setelah aku pusing sana sini ambil gambar... pakcik ni panggil semula n ajak bergambar :-)
*memang tak proper dressing masuk masjid aku tu.. hahaha... still a memory that i won't forget :-)
yemeni people are very friendly... they'll greet u welcome whenever they see u (most of the times lah)... i wish i could stay there longer and explore other parts of yemen
2 comments:
memang muka cina pun kan.... hehehhehe
tak lah.. :-p
Post a Comment