Sunday, November 15, 2009

Haj: perjalanan diawalkan....

Aku balik je tgk game bola Brazil vs England aku dapat tahu, perjalanan haji diawalkan... asalnya 17hb jam 9pm, mlm semalam dpt berita 17hb jam 4pm... dan mlm td diberitahu 16hb jam 6pm... at first aku tak perasan tarikh... then br aku realise, it's tomorrow!!! yup... esok aku akan berangkat g haji...

tetiba aku rasa NERVOUS!!!... Ya Allah permudahkan lah perjalanan haji ku... permudahkan lah ibadat ku...

uiks.. beg tak kemas lagi... baju pun still kat laundry... alas tengkuk utk dok dalam bas tak de lagi... ilmu??? hmmm... masih ditakuk lama... guano ni???

again... kengkawan... minta maaf atas salah silap... halalkan makan minum... doakan perjalanan pergi dan balik aku selamat... insyaAllah...

Friday, November 13, 2009

Haj... the last 4 days...

mcm risau je plak nak g haji ni... dah tinggal 4 hari je lagi... setiap kali aku jumpa org, bila nak berpisah selalunya depa akan salam n mendoakan dpt haji mabrur. Terima Kasih kengkawan... walaupun aku pun tak sure, apa maksud mabrur sebenar2nya... sekarang ni aku rasa macam nak masuk exam besar yg aku rasa aku dah agak2 prepare tp tak tahu mcm mana finale question nya...

sekarang ni pun dah ada gak majlis2 utk mendoakan kesejahteraan pergi dan pulang... again, doakan haji mabrur. Alhamdulillah. harap2, korang pun dapat berpeluang g ke sana suatu hari nanti (bg yg belum pergi lah).

tp kenkadang aku fikir ibadah haji tu mcm tak lah susah sangat, confirm rukun nya... buat yg wajib nya... tinggal yg dilarang... insyaAllah lah... tp aku rasa yg lebih susah bila balik nanti. mampukah aku jadi org yg lebih baik dr sekarang (sebenarnya senang je... sbb aku mcm sial sekarang ni :-) ) tp blh tak aku jadi hamba Allah yg sesungguhnya memenuhi tuntutan Nya... hmm... bg aku tu lagi susah... mungkin blh utk sekejap... tp mampukah aku consistent lepas tu? InsyaAllah...

Monday, November 09, 2009

Ari tu plak...

Ni citer weekend sudah... tak sebusy weekend sebelumnya...

hari khamis malam dah start aktiviti... ada ceramah pasal haji... not really ceramah, tp lebih pada soal jawab dan discussion... kengkawan yg dah g haji tahun2 sebelum ni cite pengalaman depa...

hari jumaat plak ada games... Malaysia vs Indonesia... bertempat kat al khor.. aku main volleyball. games lain ada badminton n bola... apparently team aku kalah, tp bola n badminton menang... ala.. bg muka skit lah kat tuan rumah/organiser... hehehe (anyway, aku tak sangka aku masih boleh melompat.. walaupun dah gemuk ya amat!!!)
hari sabtu, aku organise makan2.. i.e. doa selamat utk aku dan 3 lagi kawan yg bakal g haji tahun ni. thanks to che le n ija yg sudi bg rumah mereka buat event... mmg ramai plak dtg.. nasib baik makanan cukup... aku masak simple je, tuan rumah buat kurma daging n masak nasi... aku cuma buat udang masak lemak tempoyak, pajeri nenas dan pecal... ada sorang member lagi buat bihun soto... dan ada akak sorang jamu pulut kuning... plus dessert yg bermacam2... :-) siap ada bunga telur lagi.. hahaahaha

lagi 7 hari aku nak berangkat g haji... bersedia ke? hmmm....

Wednesday, November 04, 2009

Ari tu...

Weekend agak busy... byk aktiviti... and kat Doha pun byk event... i.e. ada WTA tennis tournament (yg serena williams menang dan tahun ni aku tak g pun) dan Doha Tribeca Film Festival (DTFF).

Bagi aku weekend sudah start awal, hari rabu tu aku rasa dah weekend dah... it was my birthday rabu sudah 28.10 :-) tp aku tak lah celebrate apa2 pun, sbb aku tak tahu apa punca nak celebrate, bukannya ada apa2 significant nya hari tersebut dlm tahun 2009, tp it was really significant lah berpuluh tahun sudah bila aku lahir. but still kalau ada org nak celebrate birthday aku, aku terima je.. :-)
hari khamis lepas keje dah mula start aktiviti, seperti tahun2 lepas, antara summer ngan winter it is a good time utk buat aktiviti mengetam/crabbing (menangkap ketam). aku rasa berbondong2 org malaysia dok doha ni g ke al khor/simaisma g tangkap ketam. including my circle of frens... sampai kat simaisma pun dah ramai org, siapa geng2 org india dtg dgn bas lagi.. kat tengah2 laut masa cari ketam rasa mcm jalan kat mall, bising... semua bersembang and asyik lah berselisih... end up ketam pun tarak.. ada lah tapi sikit sangat... most of org malaysia yg turun ke laut dpt sikit last week.. ketam dah tahu dah kot, weekend kena dok umah, kalau tak mati kena tombak... :-)
tp it is not all about mengetam... selalunya kitaorg dah prepare bbq... so bab membakar tu lah best.. makan makan makan.. punya banyak ayam and kambing... sampai tak abis lah mentekedarah... btw, depa buat my birthday celebration ari tu, ada lah cake... and still dapat hadiah hehehe... terharu, thanks kak ruby & naguib, dilla n shah, abe & diba... :-) by around 11-12 kitaorg pun berangkat pulang ke doha... (oops, later2 dpt gak hadiah dr zaireen and che le n ija :-) thanks!!!)
Jumaat pagi takde apa2 aktivity.. since semlm dah tido lewat... tido je lah.. and kemas umah (that's the intention :-) ) tgh hari tu aku plan nak g tgk movie from DTFF (the festival film). cadangnya nak tgk movie Michael Moore - Capitalism : Love Story. tiket plak dah habis, n kena beratur kalau2 ada seat kosong... so we decided to purchase tickets for hari sabtu lah sbb takut abis mcm ari ni... but mmg sia2... tiket hari sabtu pun abis i mean for those show yg kitaorg blh tgk, apa punya bengong... aku cakap bengong sbb depa ada jual blue card so that kita boleh beli tiket screening... tp kalau semua cite nak tgk dah sold out, mcm membazir je beli blue card tu... so sbb kan geram, aku beli lah tiket tgk midnite malam tu... sin nombre.

Hari jumaat ada gak bowling tournament anjuran MAQ... tahun lepas aku complain.. and tahun ni aku tolong che le organise... aku rasa apa yg aku complain tahun lepas aku dah improve tahun ni... i.e. semua main serentak... takde lah masa sesetengah org tgh main ada yg dah balik dah... dan yg paling utama, aku dah minta the committee utk buat announcement dalam bahasa melayu hik hik hik... ini pun berjaya.. baru lah Malaysia... the game was ok... aku cuma dpt no 3 je... :-) actually ni lah first time aku nak menang game boling, pada balingan 10 utk game terakhir tu, aku blh menang if aku strike all the 3 throws tu... tp sbb terkejut/gugup... hampeh... spare pun tidak... jawabnya no 2 pun terlepas.. hehehe... takde rezeki... hasil duit menang tu pun dah abis... belanja kengkawan yg celebrate my birthday the night before... hehehehe...

so pas boling dlm 10.30pm tu siap2 terus g tgk Sin Nombre... a story about usaha org2 hondurans nak cross mexico menuju ke US... a story about kesusahan hidup di samping gangsterisme... the story about hope, loyalty, power, family, friendship, love and hope... all in one.. its a good movie, i kinda love it sbb cite dia about something yg aku tak pernah nampak before... life about other part of the world, which buat aku rasa nak g travel ke sana plak... and walaupun penat, aku tak pun tido.. so kira ok lah tu.. (aku akan tido kalau cite macam james bond and die hard.. but not life story :-) ) but what surprise me, ada gak sex scene... yg tak ditapis... hebat gak Qatar ni... and org semua faham... its normal, tak lah plak sampai nak kena ban kat surat khabar plak lepas tu... not that i know of lah... kat malaysia je kecoh, konon buka baju masa concert pun kecoh.. kalau nak kecoh, tak payah buat concert langsung, concert terkinja2 tu pun bukan budaya kita :-) anyway, jam 2am br sampai umah.

hari sabtu, ada training volleyball sempena friendly game antara malaysian ngan indonesian yg dok kat alkhor... jam 7am aku dah gerak ke al khor... game was good, we can have a stable first team lah... dengan latihan pun sekali, and like me after 3 tahun tak main volleyball... abis lah sakut semua sendi lepas training tu.. hahaha... (mmg pun, hari ahad... macam tak leh nak bend dah lutut... hik hik hik) al khor ni is another pekan 50km north of Doha... pekan utk org2 keje minyak je. kalau aku dok kat sini, dgn kemudahan main vb ni, sure lah aku tak gemuk mcm sekarang... hahaha
trained sampai jam 12... then balik n rehat... jam 5pm g plak celebrate birthday myra... anak aizal ngan yeen.. dia br 2 tahun... :-) again makan makan makan... thats the end of my last weekend... full of activities... :-) start with a birthday, end with another birthday.. :-) weekend ni pun mcm penuh gak rasanya :-) ada game lawan indon, ada ceramah haji and doa selamat...

Monday, November 02, 2009

Haj: 14 more days...

Lagi 14 hari saja lagi sebelum aku berangkat pergi menunaikan Haji, insyaAllah... frankly, persiapan aku pergi ni, langsung jauh dr perfect, tp aku buat sebaik mungkin insyaAllah... menurut buku panduan haji keluaran tabung haji, aku kena buat perkara2 berikut sebagai persediaan:

1. niat dengan penuh ikhlas hendak ke tanah suci semata-mata utk mengabdikan diri kepada Allah swt.

2. Mempelajari cara-cara pelaksanaan ibadah haji yg sempurna.

3. Membanyakkan taubat sebelum ke Tanah Suci

4. Membersihkan harta daripada perkara yg syubhah dan haram

5. Meninggalkan perkara-perkara maksat dan melalaikan

6. Mmbanykkan istighfar dan memohon keredhaan Allah swt

7. Memohon maaf dan keredhaan semua orang termasuk ibu bapa, suami dan sanak saudara

8. Berpesan kepada anak-anak dan kaum keluarga agar sentiasa bertakwa kepada Allah swt.

9. Menyelesaikan segala hak Allah swt dan hak manusia yg masih tertanggung pada dirinya

10. Memilih kawan yang soleh dan amanah sebagai teman

11. Menunaikan solat sunat mesafir sebelum berangkat ke Tanah Suci

Hmmm.... terasa sangat mcm nak pergi masuk big exam.. tak sabar nak menyempurnakan haji ni...

Sunday, November 01, 2009

Haj... tentative itinerary...

Ni jadual haji aku... simple and sekejap je... yg ni dipost oleh organiser... (plus some notes for me to check with the organiser during the discussion this thursday, tp kalau sesapa yg baca blog ni n blh jawab kan... please...)

17/11 :
- Initial date bertolak dari Doha ke Mekah.
- As per last year, actual date yang akan ditetapkan oleh Qatar Hajj committee, hanya akan diketahui seminggu sebelum bertolak.

18/11 – 19/11 :
- Tiba lewat malam atau awal pagi di Miqat, Taif untuk Niat Umrah & berihram

19/11 :
- Lakukan seberapa segera Ibadah Umrah Haji sejurus lepas tiba di tempat penginapan.

20 – 25/11 :
- Aktiviti bebas, Insyaallah kita akan buat pengisian/usrah selepas solat isyak di tempat penginapan.

25/11 :
- Selepas solat Subuh di Masjid berdekatan bertolak ke Mina menaiki bus.
- Berihram dari bilik hotel/apt. Bermulanya pantang larang Ihram. (kat mana nak Miqat - for me to check)

26/11 :
- Selepas solat Subuh bertolak ke Arafah.
- Dengar Khutbah Arafah sejurus solat Jamak Zohor & Asar
- Sejurus khutbah, boleh cari tanah lapang & tinggi untuk berdoa & bermunajat kepada Allah.
- Selepas Maghrib menuju Mudzdalifah.
- Solat Jamak Maghrib & Isyak di Mudzdalifah. (kutip batu?)

27/11:
- Selepas separuh malam, melontar Jamrat Aqabah (bagi couple/uzur) (for single like me, lepas subuh baru g melontar, go with a stronger crowd i guess... )
- Terbatalnya 10 pantang larang Ihram kecuali 3 pantang larang iaitu berkahwin, menjadi wali/saksi dan bersetubuh. (tak perlu tahlul awal ke? kat sini ke bercukur or lepas saei? to check)
- kemudian terus ke Masjidil Haram utk tawaf ifadah, Saie & tahallul. (tak sempat nak solat sunat hari raya haji di Masjidil Haram)
- Dari Maghrib hingga sekurang-kurangnya separuh malam bermabit di khemah, Mina.

28/11:
- Selepas zohor hingga sebelum Maghrib, pergi melontar Jamrat Ula, Wusta & Aqabah
- Dari Maghrib hingga sekurang-kurangnya separuh malam bermabit di khemah, Mina.

29/11 :
- Selepas zohor hingga sebelum Maghrib, pergi melontar Jamrat Ula, Wusta & Aqabah
- Dari Maghrib hingga sekurang-kurangnya separuh malam bermabit di khemah, Mina.

30/11 :
- Jemaah dari Qatar akan melakukan “Nafar Awal”. Oleh itu kena pastikan tidak masuk dalam zon Mina sejurus/selepas Maghrib pada hari ini. (kena check more on Nafar Awal)
- Bermalam di apartment/penginapan.
- Berkemas untuk bertolak esoknya selepas subuh.

1/12 :
- Solat subuh di Masjidil Haram, boleh buat tawaf Wida’ 6 pusingan sebelum solat Subuh habiskan 1 pusingan lagi selepas solat.
- Kita akan berangkat ke Madinah Munawarrah dalam jam 7.15am dari apartment.

3/12 :
- Selepas Solat Subuh di Masjid Nabawi, boleh ucap salam Wada’ pada Makam Nabi dan berangkat pulang ke Doha, Qatar