Showing posts with label AJI. Show all posts
Showing posts with label AJI. Show all posts

Wednesday, April 04, 2007

Balik Kampung...

hehehe.. bukan aku yang nak balik kampung yer... cuma nampak gayanya bulan 4 ni macam bulan balik kampung plak kat sini...

mengikut perancangannya MT nak balik kampung malam ni... kemudian Papa pun nak balik next week... pastu ada beberapa member lagi nak balik kampung later... including couple kat AJI ni yang nak balik KL untuk bersanding. dulu bila datang sini nikah tapi tak de majlis... now dah bunting baru bersanding... hahaha.. congrats to both of u!!! (see tinggal lah aku sendirian... tak berteman...)

dan bulan ni pun aku dapat tahu ada beberapa kawan-kawan aku dah nak balik ke Malaysia terus.. ada sorang mid-next month, sorang end next month... dan my very good fren the month after next month... and they are my very-very good and close frens of mine... sedih jugak bila nak kena tinggal kat sini kan...

tp yang best nye ada member balik kampung ni... aku boleh lah tempah barang dari KL... hehehe... blh lah dapur aku berbau belacan.... ada bau budu... ada bau rempah kari M'sia... hehehe...

ooh bercerita pasal balik... kat office aku dah buat ruling baru, katanya masa keje dah berubah ikut cara arab... masa keje yang baru ialah samada 7am-2pm atau 8pm -3pm... selama ni aku keje 8am-4pm yg kenkadang lanjut sampai jam 5... dengan new ruling ni... nampak nya lebih banyak masa lah aku kat umah.... tp nak buat apa yer??? hehehe...

Tuesday, April 03, 2007

Kew-Tel

mengarut punya Kew-tel... setahu aku, aku tak dapat ADSL lagi... so semalam aku pergi lah tanya admin bila lah aku nak dapat, atau orang akan datang install (sepatutnya 23 Feb, tp orang install tu salah number, 1 Apr 2 hari sudah plak, tetiba ada election so cuti). bila admin call Kew-tel katanya ADSL dah memang ada kat umah aku. so dia suruh cek whether aku ada tak line utk modem, mungkin modem saja yang tak de...

Malam tadi aku pun cek lah...tapi tak jumpa line/modem tu... pagi tadi aku complain lagi... aku cek ngan orang jaga housing utk cek ngan orang yang duduk umah tu sebelum aku wether dia ada tak ADSL modem. org tu kata tak de. orang jaga housing ni, dia kata why dont we check ur phone bill... i cakap as per last month my bill tak de pun incude ADSL charge, i.e. 200 per month.. cuma ada 33 per month je, line subscription.

bila cek current month bill rupanya dah ada ADSL... and yang terkejut nya aku.. charge dia QR1600++ sebab kononnya ADSL tu dah install 9/11... giler ke apa... so sekarang my admin n housing people nak g cek semula ngan kew-tel. bengong lah depa ni...

btw, tetiba hari ni tak de elektrik kat office aku... so aku kat umah lah sekarang... blogging n chatting from MT's home.. hehehe...

Wednesday, February 07, 2007

There goes my mentor...

Semlm satu perkara yg mengejutkan berlaku kat office. My collegue dah di’escort’ keluar setelah contract nya di'terminate' lebih awal. Apa sebab kena terminate dan masalah2 berkaitan tak boleh lah aku citer kat sini, sbb aku rasa perlu dirahsiakan. Masa dia kena escort keluar tu… ntah naper aku berdebar2 giler… seram sejuk ajer rasa badan…. Kesian kat dia.

aku rasa sedih setelah perkara ini berlaku kat dia. Dia tu umpama mentor aku kat office ni. Dia lah yg banyak tunjuk ajar aku… cerita kat aku gossip2 office… expose kat aku what a world/international media/production should be… dia jugak lah tempat aku bertanya what should I do… dia jugak lah tempat aku nak merujuk whether what I’ve said/email is right or wrong… and dia jugak lah tempat aku tanya2 pasal D0ha ni… so setiap hari kerja lebih kurang 7 jam aku akan dok sebelah dia… now dia dah kena terminate…

Kat sini lain macam skit caranya… kalau lah sorang tu kena terminate/diarah keluar… there and then… dalam tempoh 30 minit or less org tu terus kena keluar dr bangunan tempat dia keje. 2 hari sudah boss kawan aku kena… semlm collegue aku kena… so setelah HR/boss bg tahu dah kena terminate, HR akan request ID card, laptop and handphone (jika company provide lah) dan diarahkan keluar bangunan. Security akan escort keluar… apa saja keje atau brg2 atas meja… tinggal mcm tu ajer… don’t even have a chance to say good bye pada collegues and frens apatah lagi nak handover job... (ada best n tak best nyer ni)

Dan kalau lah company yg provide accommodation ada kemungkinan within 24 hours akan diarah keluar bangunan. Bukan itu sahaja… dlm tempoh yg ditetapkan kena tinggalkan bumi Qa+ar ni…

Aku rasa mcm tak berperikemanusiaan lah cara macam ni… tu lah agaknya nasib perantau mcm aku yg cari makan kat negara org ni… kemasukan aku kat sini atas sponsor company ni… so bila company ni terminate contract aku, meaning tak de sesapa yg sponsor aku kat sini, so aku kena keluar dari negara ni…

sponsor ni makna nya company or person ni akan kind of bertanggungjawab atas org yg dia sponsor. So let say nak mintak loan beli kereta, aku kena lah mintak permission/clearance dr company aku, aku nak ambil lessen pon kena ada surat, aku nak keluar dr qa+ar pon aku kena mintak company aku punya approval then baru blh dpt exit permit. So macam tu la kat sini… semua bergantung penuh kat sponsor aku ni…

to my my fren, collegue, mentor… semoga dpt selesaikan masalah ni sebaik2 mungkin… walaupun aku tahu dia takkan bukak blog ni, dan kalau dia bukak pon bukan dia faham kan… tak kisah lah… aku doakan ajer dia selamat dan tenang menghadapi all this…

Wednesday, January 31, 2007

Slow....

argh... dah lama aku tak lodge complaints thru blog nih.... kali nih aku nak complaint-complaint lagi... hehehehe....

1. aku dah 4 bulan kat sini... aku belum dapat lagi name card... hari tu org admin nih buatkan semlm aku cek dia kata org lain plak yg buat... hmmm... entah bila lah baru nak dpt.... kena tanya satu dunia ke baru blh nak dpt name card kan???

2. aku dah 3 bulan apply utk dpt internet connection... tak dapat2 lagi... blh kata tak dapat sbb org in caj tu sibuk jadi volunteer as!an games dulu... bila lah aku nak dpt internet connection ni!!!

3. aku dah nak beli kereta... tp aku tak der remote control utk masuk parking kat apt aku... kata org yg jaga remote control tu.. org yg tinggal kat situ dulu tak pulangkan.. and it takes time utk cari or dptkan approval utk beli new remote control yg berharga QR150 satu....

aku sebenarnya pon kena follow up pasal benda ni tiap2 hari bg depa rasa tak tenteram duduk sampai aku dpt benda-benda nih... kena kerah tiap2 hari sampai org nampak aku pon benci... since aku busy sekarang ni.. next week bila dah clear skit keje... aku kerahkan depa...

Monday, January 29, 2007

Where's the report?

busy ajer aku ni lately... tak sempat nak taruh entry aktiviti aku last weekend... n update korang pasal 'kenduri' weekend ni.... semua nya sebab aku dah kelam kabut aku tak produce apa2 report lagi kat my boss (dah lah aku dah terbang ke L0nd0n kan...) aku takut satu hari nanti dia tetiba jerit kat aku

"Where's the report!!!!"


so hari ni aku ke department aku semula, instead of operation sbb supervisor aku nak discuss... biasa lah bila kat my department aku akan giler2 busy n tak der peluang nak berinternet sbb location aku tak strategik langsung... sedang aku buat keje aku (dgn tekun dan teliti sambil kerut2 dahi... hahaha) my boss dtg kat aku... dan bertanya....

"Where's the report!!!!"


oooh.... soalan yg aku takut tu dah muncul....

kemudian dia tanya aku... berapa lama aku dah kat sini... aku cakap lah dah 4 bulan... then dia kata...

"i'm expecting you to submit a report in 2 months time"


hmmm... then dia bla bla bla... then bla bla bla.... (i.e. kata dia expect me to handle the operation well and jangan sampai depa ganggu my dept... and he said he cant check on me everyday... so buat baik2)

aku tak tahu samada nak gembira or not ngan his low expectation... tp for the time being i welcomed it as a good news.... arggh... tak perlu lah nak tension sgt kan... :-)

Later today aku argue ngan my supervisor plak... dia pula sibuk2...

there's a question of

ACCURACIES vs TIMELINESS

the reason aku tak blh bg report adalah figures2 yg aku akan bg nanti takkan accurate oleh sbb2 yg tertentu (tak blh lah nak disclosed kan) dan delay report dr org lain... tp dia blh suruh aku roduce report dgn figures yg salah dan biar org comment/critic/perbetulkan... which i totally disagree.... aku mesti lah jaga credibility of my report. apa guna bg report kalau tak tepat kan... kalau lewat pun... bukannyer lewat sehingga dah tak blh pakai lagi...

but anyway, aku tekad akan keluarkan report yg accurate dlm masa yg ditetapkan... which means... aku kena buat keje org lain bg memastikan keje aku jalan.... ni lah yg paling aku malas ni... nak kena siapkan keje org..!!!!

Thursday, January 25, 2007

Emails...

Sejak dua menjak aku kat sini aku rasa ada gak byk masalah keje aku timbul sbb kan email. Samada aku yg tak reti nak beremail (for working purpose) atau org lain (my bosses ok!!!) yg tak reti guna email. Kenkadang aku ni confuse gak benda2 ni… samada aku punya English koyak sangat atau aku tak faham apa org maksud kan atau org tak faham my str8forward email atau aku ni cepat skeptical dgn the email sender. Hmmm… ok.. aku bg 3 senario pasal problem email ni… (ingat ni interpretation aku… kalau org lain yg terlibat dlm kes aku ni mungkin lah dia rasa dia yg betul kan)

1. Copy n paste email exchange drpd 2 email thread yg berlainan dan create as if all the other email exchange tu dlm satu thread (apa aku tulis nih??? Tu lah sbb org tak faham English aku kot.. hehehe)
- mcm ni… let say satu topic tu dah dibincangkan berulang2 dan berbalas2 email antara beberapa pihak…. Boleh ker… satu pihak tu… membuat satu email baru dan meng‘copy paste’ bahagian2 yg dia rasa perlu sahaja dan hantar kat semua org… I don’t think so… email tak blh copy paste… patut dikekalkan all the email exchange yg wujud dlm satu thread kan… bahaya betul org yg buat mcm ni…

2. A personal email disebarkan kepada beberapa org yg tak terlibat.
- mcm ni… contohnya, aku bg report kat boss aku (sbb dia minta update dan dia dah promise takkan fwd my email tak tentu hala) yg ada bahagian2 yg masih belum bg report. Tp aku tidak lah detailkan reason bahagian yg delay tu tp aku cuma nyatakan mereka tidak siap lagi report. Tp boss aku menggunakan email aku tu dan hantar pada semua org termasuk bahagian2 yg dah siap report.

3. org yg guna email sbg pengganti bercakap kat telefon lepas tu salah anggap/salah faham apa yg ditulis kat dlm email. Without further discussion terus fwd the email to the ‘whole’ world termasuk org2 yg tak berkaitan… aku tak faham kenapa….

Sebenarnya susah nak terangkan secara bertulis masalah aku ngan email aku ni… mungkin aku ajer yg menghadapi masalah ni… org lain ok ajer… so aku kot yg patut berubah.. read emails properly…. Dan fikir the worse case scenario apa effect email yg aku hantar…

Terlajak perahu blh diundur… terlajak kata… org kata susah.. tp leh gak blh minta maaf dan tak leh nak jd bahan bukti (unless record kat tape) dan blh putar belit… kalau terlajak email… hmm.. ada black and white tau, blh jadi bukti court case dah lah nak recall pon tak sempat… hehehe…. Terpaksa buat public condemn atau public apology….hehehe…

(eh kalau korang tak leh nak faham aku punya senario kat atas tu... ignore kan ajer.. saje lah aku ngomel sorang2... tension tension tension...)

Tuesday, January 09, 2007

Bengang ngan Bengong yang Bangang!!!

Antara barang yang aku bawak balik dari M'sia adalah rambutan 7kg dan 2kg dodol (dalam bungkusan kecil 3 segi berperisa durian, pandan dan asli). so pagi tadi dengan gembira aku pon bawak lah benda2 tu ke ofis utk share ngan bebudak ofis lah.. sambil explain mcm mana makan and apa benda tu... (see i'm proud to sell/show m'sian culture kat sini, eh aku mmg selalu promo m'sia sebagai destinasi pelancongan tau)...

bila dah semua org masuk... aku pon nak agih2kan dodol tu kat semua org, sebelum aku ke pantry aku cakap kat pelana... pasal aku bawak dodol hari nih... dengan bangganyer dia replied... eh depa semua (budak office) dah try dodol tu... aku terkejut lah... then rupa nyer si pelana (yg bangang) nih dah ada bawak dodol bila dia dtg ofis ahad sudah (oh pelana ada balik m'sia jugak sbb nak angkut bini n anak2 dia ke d0ha ni). lah.. berkecai kegembiraan aku sekejap....

aku tanya pelana samada dia ingat yg sememangnya aku akan beli dodol dan bg kat bebudak office.. dia senyum ajer... mmg sebelum aku balik hari tu aku ada bg tahu pelana ni yg aku akan beli dodol... ye lah.. saja lah share citer kat dia, lagi pon masa aku nak balik hari tu dia belum decide nak balik m'sia... aku bengang giler bila aku tahu dia dah ceduk idea aku tu... dan dia tanpa segan silu, senyum ajer...

aku pon menutup hasrat nak bagi dodol kat bebudak office... tp aku berjaya menggembirakan bebudak office ngan rambutan yg aku bawak... dan semua macam terpinga2 n tak tahu macam mana nak makan rambutan tu... aku happy bangat... erm.. dan aku tak offer sebiji pon pada pelana yg bengong yang bangang tu...

ooh... ada 2 org perempuan kat ofis aku yg makan rambutan tu dan makan biji2 dia sekali, sbb depa ni berpurdah aku tak sempat nak remind depa jgn makan biji tu... dan yg mengejutkan aku depa kata rasanya mcm kacang almond (badam)... hmm.. tak pernah try lah plak... nasib baik lah aku tak bawak durian.. kalau tak... ada yg kena bawak hospital tercekik biji durian... hehehe...

anyway, mamat pelana tu memang lah bengong yang bangang dan suka buat aku bengang..!!!! (eh ada ke perkataan2 tu kat dalam kamus bahasa m'sia???)

Tuesday, December 26, 2006

Citer pasal L0ndon

ok... now nak citer skit pasal trip ke L0ndon... skit jer... tak nak citer panjang2 (nanti org bosan plak)... ;-)


Pre-L0ndon

hari sebelum ke sana tu mmg memenatkan, dgn notis yg pendek 2 hari ajer, aku kena settlekan tiket dan accomodation, dah lah sekarang musim cuti kan, so punya lah susah dpt tiket... dan bila dpt tiket plak tu, agent tu salah tulis nama... dah lah kena re-book jam 5.30ptg baru dpt tiket, i.e. 9 jam sebelum berlepas... nasib baik aku mmg plan nak fly mlm... senang.. tido ajer... satu lagi hal, office ni dah tukar ruling, kena ambil exit permit sendiri kat airport... hmm.. nasib baik yin blh tolong bawak ke airpot ptg tu sementara nak dpt tiket... itu pon terkocoh2 dibuat nya...

at last jam 2.10 pg naik pesawat... airport mmg sesak... ramai sgt org nak keluar dr D0ha bercuti... anyway, 7 jam flight tu... aku tido ajer... cuma bgn utk makan :-)


Hari 1
aku tiba di Ga+wick, L0ndon jam 7pg, urusan imigresen tak der lah rumit sgt, tapi beratur agak panjang, jam 8 br keluar arrival hall... dah siap sedia pemandu org putih botak menanti... jd boss pd org putih aku... hehehe... duduk kat belakang ajer... bawak mercedes lak tu.... mmg VIP :-)

dari airport terus ke office area Knigh+sbridge... sajer jer buat camtu... harap2 blh ler siapkan keje cepat2... tp jam 4pm aku dah penat giler dah... terus aku menuju ke hotel yg jaraknya jalan kaki lebih kurang 5 minit. tp sebab cuaca yg sejuk... terasa lah jugak duduk kat L0ndon nih... suhu masa aku sampai hari tu katanya -1degree... sejuk ler tu.. bercakap keluar 'asap' hehehe... tp org2 ofis L0ndon nih dgn selamba ajer biar aku berjalan ke hotel, macam lah aku tahu sgt pekan L0ndon nih... tp aku selamat gak sampai and check in...

aku lapar jugak masa tu... terasa nak order dr restaurant kat bwh... tp bila tgk view kat luar nampak mcm best jer kalau ak jalan2 kat luar dulu... cari2 makanan kat area Vic+oria Stn tu... dlm pada fikir2 tu tak sedar... aku terlelap terus... tak dinner aku mlm tu.. pepagi esok nyer menyesal... hehehe (apa yg aku sesalkan pon aku tak sure...) yg pasti ak tido dr jam 6.30pm - 6.30am... perggh... jet lag kot...


Hari 2

aku breakfast kat hotel... normal english breakfast... kemudian aku berjalan kaki ke office, nampak lah hyde park corner dlm perjalanan ke office aku tu... hari nih aku nak conentrate buat keje... mmg begitu lah pon jadi nya even lunch pon tak keluar... (jimat org2 yg amik aku keje nih)

mlm tu aku dpt contact cousin aku yg keje kedutaan... so aku ke umah dia... near m4rble 4rch area.... ooh mkn free lagi.. tak claim lagi... hmmm.. jimat duit company...

mlm lepas balik dr umah cousin aku... aku sambung buat keje... sampai 1am aku bekerja.. br tido...

Hari 3

hari terakhir aku bekerja di L0ndon.. kejap jer kan... aku mmg pulun habis... akhir nya berjaya jugak ler aku siapkan... walaupun tak der lah lengkap... tp aku rasa pak arab kat office aku dah leh terima dah nih.... tengahhari... lunch office L0ndon belanja... la... tak der claim lagi ler aku.. hehehe

mlm tu aku pon keluar sekejap... mlm minggu lah kan... aku menuju ke area picadilly circus... apa ada kat situ aku pon tak tahu sbb itu lah kali pertama aku jejak kaki kat situ... mmg ada ramai org ajer... club.. makan2... itu ajer.. n ada ler ala-ala funfair skit... ok ler.. jam 11pm aku balik ke hotel... penat...



hari 4

hari terakhir aku di L0ndon... aku mulakan hari lewat plak... setiap hari aku bangun jam 6.30am... hari aku nak berjalan nih aku sedar pon dah jam 8.15am... hmm... baru nak siap beg... turun breakfast... jam 10am baru ler aku memulakan langkah... mulanya aku nak naik ajer bas pelancong, tp memikirkan 20GBP dan aku kena commit ke semua tempat... aku decided utk jalan kaki ajer... my plan was... Buck!ngham Palace, B!g B3n pas tu nak naik the L0ndon e-y-e then ke +raflagar sq. pastu... jalan kaki yg paling jauh ke +ower br!idge... from the bridge terus aku ke 0xford st. konon2 nya nak bershopping...



mmg cadangnya nak jugak lah shopping n tgk2 apa yg murah... tp sbb exchange rate yg melampau... walaupun dah di tolak 70% harganye masih 10Gbp, RM70 utk t-shirt plain yg biasa2 ajer... so aku tak der lah bershopping (eh, aku beli sehelai ajer baju, jgn tak beli kan... dan beberapa t-shirt souvenir... yg ok ler tak ler murah...) tp yg best ialah merasa xmas celebration.. ni lah first time aku tgk celebration xmas... kat KL biasa2 ajer kan... :-)



aku berjalan dr pagi sampai lah jam 4pm... then cepat2 rush ke hotel sbb teksi dah book jam 5pm... tepat jam 5pm teksi tiba.... dan aku pon bergerak meninggalkan L0ndon...

di airport keadaan sesak skit... disbbkan kawalan ketat ke atas penumpang... dan byk flight delayed akibat cuaca buruk dua tiga hari sebelumnya... pemeriksaan tu sampai kasut pon kena masuk x-ray... erm.. tp kalau patuh semuanya tak der masalah... boarding gate pon lagi sejam sebelum berlepas br ditetapkan... tempat makan penuh... temat duduk penuh.... dah lah aku penat sepanjang hari berjalan... penat naik flight n keje pon tak hilang... mahu tak mahu.... aku duduk atas lantai ajer sampai gate dibuka...

tepat pada masanya gate pon dibuka... aku dpt seat paling belakang, ok lah... senang nak keluar dr pintu belakang bila sampai D0ha nanti.. tp to my surprise tetiba ada pegawai QR merayu utk aku pindah ke business class... aku dpt upgrade :-).... suka tak terhingga... hehehe... dpt duduk kat massage chair yg blh recline menjadi katil single... :-) wah.. seronok nya nak tido.... and the food... ok ler... tak berselera sgt sbb dah penat... anyway, ni lah apa yg aku makan...



mula2 ada strater... rasanya some japanese/chinese food...... then roti (and jus apple ok)... then meditranean buffet (ala... makanan arabic ajer... plus smoked salmon) then ikan cod (aku tak der diberi pilihan, bila masa aku nak pilih katanya tinggal ikan ajer... anyway, aku mmg prefer ikan pon) then... ice cream... (oops.. air tu org sebelah punya tau)... walla.... lepas makan aku terus tidor... aku decide taknak bangun for breakfast.. penat ler....

sampai kat D0ha jam 7am... jam 10am aku dah kat office.... efficient kan aku nih.. keje ajer tak henti2.. penat... tp seronok....

eh... esok nak naik flight lagi nih... :-)

Monday, December 25, 2006

Photo blog - L0ndon thru my eyes...

Ooh.. sekarang ni, masih busy nak menyiapkan report utk keje... so enjoy the pics and some short note first yer... will post more pics and report tonite... insyaAllah... btw, hari xmas nih pon keje tau...

the driver who picked me up at the airport

my hotel, adjacent to Vict0ria stati0n... (from outside, inside, the room-small room but i think if i convert to RM it was the most expensive room i've ever stayed, view from the window while having breakfast)


the xmas mood... around Picad!lly C!rcus and 0xford S+reet



places that i went on foot... hmm... since this was my 2nd time (first was with my family 12 years ago) i skipped all museums and gallery as i've been to the main one before. but, i still went to fly with the L0ndon Eye... mmg dah plan nak pergi sini whenever i got a chance to visit



ooh and this is the gadget for the business class... a massage chair which can also recline to become a single bed.... :-) ... will citer bab nih nanti... me in Business Class tau!!!

Tuesday, December 19, 2006

L0ndon

aku insyaAllah akan ke L0ndon mlm nih... ada keje nak disiapkan... sekejap ajer.. mungkin hanya 3-4 hari...

semoga aku sempat siapkan semua kerja dlm tempoh singkat nih... doakan yer... :-)

Monday, December 18, 2006

Padang pasir...

Aku pergi ke safari padang pasir anjuran office hujung minggu lepas... enjoy the pictures...




(sorry, tak sempat nak describe panjang... busy skit skarang nih...)

Thursday, December 14, 2006

Lesen???

Again...nak citer pasal lesen.... hehehe

setelah berfikir panjang tentang bila nak buat lesen.... pasal nak beli kereta.... dan perkara2 berkaitan dgn transportation... 2 hari sudah aku dah tetapkan diri nak ambil lesen kereta weekend nih...

tp semlm aku jumpa lah yin yg baru ambil ujian mata... dia cakap org yg bawak dia tu, blh tolong dapatkan lesen without test, dia blh convert ajer... ooh i got so excited and org tu pon kata dia blh tolong utk aku... dia kata untuk AJI staff blh lah dia tolong... :-) wa wa wa.... adakah ini lesen terbang??? hahaha tak kisah lah... aku dah fikir... kalau dia nak QR300 ke, QR500 ke aku tak kisah dah nak bayar... aku malas betul nak ambil test....

then tadi aku pon ikut lah ke traffic department again, pergi ngan Yin... dan dlm tempoh 15 minit... aku masalah pon selesai....

AKU DAH ADA LESEN!!!

wa wa wa.... Alhamdulillah.... now nak fikir kereta apa patut beli... hehehe.... aku rasa Yin nih mmg ada lucky charm with her... hidup dia kat sini mcm mudah dan murah rezeki lah... dgn dia lah aku dapat peluang dpt lesen mudah ni... :-) thanks Yin (aku tak sure dia ada ke tgk blog nih hahaha)
p/s - utk kesekian kalinya... bila aku complaint complaint kat dlm blog nih... ada ajer hikmah nyer.. Alhamdullillah... kemungkinan doa pembaca2 blog nih kot...

Wednesday, November 15, 2006

Launching!!!

You people in Malaysia.... do tune to AJI channel... we are launching the 24/7 channel in English today!!!! I understand that estro subscriber can watch the channel starting today... so if it starts at 3pm here... by 8pm i think it should be on air in estro... sorry i don't know which channel in estro... anyway, until further notice it will only be 12 hours channel (12pm-12am GMT time)with news broadcast from the entire world.. i.e. Key EL, L0nd0n, Washingt0n and of course D0ha. watch out yer!!! :-)

catch the everyw0man show... i think it should be on air this wednesday or friday... i was in the studio during the program recording!!! :-) uh... excited...

Wednesday, November 08, 2006

10 years celebration

1 November lepas ada celebration 10 tahun A J I arabic, (sorry lah lambat nak upload pics) so ni lah gambar2 masa celebration.... (aku tak tunggu sampai makan... so tak der lah gambar org beratur makan. separuh masa aku balik sebab lapar... hehehe)


ni lah logo sambutan 10 tahun.... kalau ikut kan gimik awal, nampak usaha A J I arabic dlm memberikan info yg berlawanan dgn media barat. dan mereka berjaya dgn cemerlang. sehinggakan tergolong top 5 the most influential brand in 2004! Tahniah A J I. (arabi channel lah... English tpt aku... tak tahu lagi)

inilah big-big shot kat channel nih... (aku rasa lah.. sbb sibuk aje org ambil gambar depa)

nih channel arabic... depan office aku ajer.. :)

nih pentas... tpt ucapan dan pertunjukan gimik and ada concerto live dr Itali bg meraikan sambutan... masa concerto tu lah aku balik... hehehe
ni lah org2 yg hadir semasa sambutan, office dan pentas dr sudut berbeza. sempena sambutan di lancarkan jugak tugu peringatan wartawan... tp aku tak ambil pon gambar tugu tu sbb tak cantik from my view...
ni lah managing director A J I arabic.... and bakal MD A J I network lah kot.... masa pagi sambutan, diumumkan yang A J I nglish akan dilancarkan 15 Nov nih... nanti kan pelancarannyer... hmm... kat M'sia dpt ker???

siap ada dolphin ais lagi kan.. melampau table decor dia... ye lah cuaca panas cepat aje dolphin tu cair

nih food spread dia... aku dah tinjau awal2 ada snack n dessert ajer.. aku plak mmg lapar giler... memikirkan semua org yg dtg akan serbu benda2 nih... n yg d serve pon snack... tu lah aku balik ajer.... :)

nih my office mate... bujang jugak... so org2 m'sia... nak tackle pak arab tak.. bg ur pic then i can pass to him. dia nih Qat4ri... so for sure kaya lah.... btw, sapa lagi ensem... (hahahaha perasan aku nih... nampak sgt dia lagi ensem n machodr aku)